-(Kredit) Superheroin Akhawat dalam Nursing siapa sangka en!-
Kali ini saya ingin mengajak anda semua untuk mengenali seorang
tokoh yang tidak asing lagi dalam bidang kejururawatan. Ya, kejururawatan.
Bukan kedukturan atau pon ke-arkitek-an, bukan. Tetapi ikon dalam kejururawatan
yang mungkin anda pun tidak pernah mendengar namanya. Kecuali-lah anda juga
seorang bidadari atau pon bidadara yang juga mengambil bidang ini, sudah tentu
sedang tersenyum kecil tanda anda tahu siapakah orang nya yang saya akan
sebutkan sebentar nanti.
Err apa tak tahu? Ahah! Ini mesti kes tertidur dalam kelas ni,
tersengguk-sengguk sewaktu pensyarah bagi penerangan, kekeke jangan marah.
Senyum.
“Hish! Tak habis-habis PAB ni nak menulis
tentang kehidupan cik kak misi ni? Asyik cerpen dia hero-heroin mesti tangkap
muat bidadari-bidadara yang duduk kat hospital itu. Tak ada cerita lain kah?
Buat ah cerita arkitek ke? Tuan duktur ke? Angkasawan ke? Suria Perkasa Mukmin
vs Raksasa Jahiliyah ke? Baru lah ada class, ada umphh gitu!”
Err. Anda biar saya jelaskan.
Saya juga salah seorang daripada bidadari-bidadara hospital.
Itulah sebabnya saya selalu ceritakan tentang mereka, sebab suasana saya sudah
dibentuk sebegitu. Saya dekat dengan hospitaliti. Kalau saya menulis tentang
suasana pekerjaan kejuruteraan elektrik di pencawang elektrik, seriusli anda
akan terfikir dua kali ‘eh! betul ke dia menulis ni? Jururawat menulis tentang kejuruteraan
elektrik! Pergh! ’
Lap peluh.
Mutsaqqoful fikr? Epik.
Jadi berbalik kepada tadi, kenalkah anda siapakah Florence
Nightingale? Atau nama feymesnya Cik Kak Florence? Saya yakin ramai di kalangan
anda tidak pernah mendengar nama ini. Apatah lagi nama Rufaidah Al-Ansori. Hoho
juga tidak pernah dengar bukan? Jadi saya akan ceritakan siapakah mereka berdua
ini. Kedua-dua tokoh ini hakikatnya sangat haibat dalam sejarah kejururawatan.
Orang kata ‘xifu in nursing’. Menariknya, ada satu persamaan mereka berdua, iaitu
Rufaidah mempunyai bulatan gumbira yang sumpah riang. Dan Cik Kak Florence yang
bukan Islam itu pon juga tidak terlepas daripada berbulatan gumbira, eheh!
Senyum. Kenyit mata dua kali.
Untuk pusingan pertama, menjadikan epik cerita ini lebih menarik
saya akan ceritakan dahulu berkenaan Cik Kak Florence. Err minta bersedia,
sediakan catatan, boleh juga sediakan secawan kopi panas. Untuk saya juga,
kekeke.
Cik Kak Florence yang lahir pada 12 Mei 1820 adalah antara insan
yang bertanggungjawab dan sangat berjasa dalam menjadi seorang ‘British Nursing
Heroin’ semasa peperangan saudara pada
tahun 1854; sebuah peperangan antara negara Russia (Britain) dan Negara Turki
(France).
Ketika itu Cik Kak Florence-lah yang mengetuai segerombolan cik
kak misi bulatan gumbiranya seramai tiga dozen itu menuju ke kota
Konstantinople untuk berkhidmat di hospital ketenteraan British yang disediakan
ketika itu. Arakian hasil daripada jasanya dalam perawatan ketika itu
sehinggalah beliau lebih dikenali dengan gelaran ‘The Lady Of The Lamp’ atau
Cik Kak Lampu kerana dikatakan sentiasa membawa lampu semasa memeriksa pesakit
di kalangan tentera British yang cedera semasa peperangan itu.
"She is a ‘ministering angel’ without any exaggeration in these hospitals, and as her slender form glides quietly along each corridor, every poor fellow's face softens with gratitude at the sight of her. When all the medical officers have retired for the night and silence and darkness have settled down upon those miles of prostrate sick, she may be observed alone, with a little lamp in her hand, making her solitary rounds"
-(Kredit) Cik Kak Lampu dengan gula-nya sedang berjalan melihat pesakitnya- |
Oh! Gula-nya!
Apa yang kontranya adalah sistem hospitaliti ketika itu tersangatlah
mendukacitakan. Terlampau kotor dan tidak mengamalkan polisi kebersihan diri
dan pesakit dalam perawatan. Bayangkanlah hospital itu sendiri kotor, tentu
mem-bengkek-kan hati anda bukan? Bahkan kebanyakan pesakit yang dirawat di
hospital meninggal dunia bukan kerana tidak mendapat rawatan, tetapi kerana
sistem wad yang tidak kondusif malah ada pula sebahagian cik kak misi yang
tidak tahu buat kerja misi. Eh! Pelik bukan?
Geleng kepala.
Sehinggalah dengan usaha gigihnya dia, setelah peperangan tersebut
tamat pada tahun 1856, dia kembali semula ke kota London dan tanpa jemu
meneruskan perjuangan dia di sana; iaitu berazam membara mahukan memperbaiki
dan meningkatkan sistem hospitaliti di kota London. Semenjak daripada itu,
sistem hospitaliti mula menunjukkan sinar yang menyilaukan mata, eheh! Tidak
cukup dengan itu, beliau turut dianugerahkan Royal Red Cross oleh Permaisuri
Victoria pada tahun 1883 atas jasanya sebelum ini, termasuk menerbitkan
berdozen buku dan pamplet untuk memberi kesedaran di kalangan orang awam.
Err ok saya tahu, anda sudah mula bosan dan menguap dengan cerita
saya bukan. Hoho! Itulah sudah saya katakan tadi anda perlu menyediakan secawan
kopi tarbiyah tadi, kan sudah tersenguk-sengguk, eheh!
Mari, kita berkenalan pula dengan insan yang bernama Rufaidah
Al-Ansori, pengasas kejururawatan yang pertama, pergh! Tidak sangka bukan,
pengasas kepada ‘nursing’ sebenarnya adalah seorang wanita Islam. Apatah lagi
‘mother of nursing’-nya Rufaidah ini telah-pon mendahului Cik Kak Florence 1200
tahun lebih awal. Saya sebelum ini juga tidak percaya, tetapi selepas ditampar
sayang dek tarbiyah medikal, saya faham bahawa ia tidak mustahil.
Islam dan kejururawatan, seriusli tidak mustahil!
Mengapa? Tidak percaya? Cer baca ini.
“Pada masa dahulu seorang
muslimah itu juga memainkan peranan di medan jihad. Mereka telah melakukan
kerja memberi minum tentera dan merawat orang yang luka. Bahkan kadang-kala
seorang muslimah itu turut serta menghunus senjata. Contohnya Ummu Nusaibah
Binti Ka’ab kerana mempertahankan Rasulullah SAW dalam peperangan Uhud.”
-Syeikh Mustafa Mashyur-
Hah! Macam mana?
Jika anda perasan atau-pon mungkin sengaja tidak buat perasan,
eheh! selalu bukan ‘orang puteh’ diangkat menjadi orang pertama dalam sesuatu
bidang? Kononnya gempaq, yang menciptakan sistem matematik adalah Al-Plato tetapi secara tepatnya adalah Imam Ibn Al-Khawarizmi. Sama juga dalam bidang
optik dan penglihatan, konon-nya Al-Ptolemy dan Euclid, tetapi sebenarnya
adalah Imam Ibn Al-Haitham. Dan banyak lagi yang tidak mampu untuk saya sebutkan satu persatu agamawan Islam yang pernah menjadi pengasas kepada setiap kejayaan yang telah dicapai oleh Barat masa kini.
Ahah! Jadi andai bukan kita yang Islam ini yang mengangkat tokoh agamawan
kita sendiri, siapakah lagi? Kucing gebu kat rumah kita, err, ok terpesong di
situ.
Berbalik kepada tadi, nama sebenar beliau ialah Rufaidah Binti
Sa’ad yang berasal dari Kaum Bani Khazraj adalah antara orang Ansar yang
terawal memeluk Islam. Sebelum Islam, Rufaidah sememangnya sudahpun seorang cik
kak misi dalam kesihatan awam (public health nurse) di kalangan
masyarakatnya, dengan memberikan servis yang percuma. Maklumlah inche abi-nya
sememangnya seorang tuan duktur yang feymes di kalangan kaumnya semasa di
Yathrib.
Haibatnya dia, setelah disentuh cahaya Illahi, dengan penuh
kerelaan berusaha pula dalam mempertingkatkan kualiti dalam dunia perubatan dan
melatih seramai mungkin bidadari untuk mendalami ilmu perawatan ketika itu.
Makanya dari situ kita juga mendapati bahawa Cik Rufaidah juga berbulatan
gumbira bersama-sama geng akhowat bidadari-nya yang lain tadi? Ya, sama seperti
saya juga anda.
Kenyit mata.
Buktinya anda, Cik Rufaidah telah berjaya melatih sekumpulan
bidadari muslimah sebagai cik kak misi. Ya, sekumpulan cik kak misi yang
mempunyai jiwa yang ditarbiyah, jiwa yang penuh segar dengan cahaya Islami,
jiwa yang sarat dengan rasa chentakan Islam seterusnya sanggup berkorban demi
Islam yang dimanifestasikan dalam setiap episod peperangan jihad membela Islam
berlangsung.
Err tidak percaya lagi?
Masakan tidak bagaimana Cik Rufaidah dan bersama akhowat bulatan
gumbiranya mampu bersama-sama di dalam medan peperangan, jika tidak disentuh dan
disantuni dengan nikmat dakwah dan tarbiyah ini? Bagaimana pula Cik Rufaidah
dengan geng akhowatnya boleh menyertai medan peperangan Badar bagi membantu
memberi perawatan kepada tentera Islam yang cedera dan memerlukan bantuan
pengubatan jika tidak ditarbiyah dengan menanamkan keyakinan yang tinggi pada
geng akhowatnya untuk bersama-sama dengan perjuangannya, sehingga sanggup
menanggung risiko bersama para tentera Islam di medan perang?
Medang perang ooo bukan medan bunga wangi dan panda-panda gemok
berlari riang, bukan.
Ternganga bukan?
Ya! Jangan tidak tahu, melalui bulatan-bulatan gumbira di khemah
di luar Masjid Nabawi yang menjadi markas untuk melaksanakan aktiviti perawatan
itulah Cik Rufaidah berjaya meyakinkan hadek-hadek bulatan gumbiranya seperti Nusaibah
Binti Ka’ab Al-Maziniyyah, Layla Al-Ghifariyyah (isteri kepada Abu Dzar Al-Ghifari) dan Rubayyi’ Al-Muawwiz untuk keluar berjihad dalam
membantu tentera Islam yang berperang di medan jihad. Dan dek bulatan
gumbiralah yang menyebab Cik Rufaidah juga berjaya mengasaskan sekolah
kejururawatan yang pertama di kalangan umat Islam tika itu.
Mahu ditambahkan lagi cerita, hospitaliti dan madrasah tarbiyah
kejururawatan (pergh nama!) yang ditubuhkan Cik Rufaidah itu telah menjadi
contoh yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam bidang kejururawatan
sehingga kini. Melalui madrasah tarbiyah itu juga, ribuan cik kak misi a.k.a
para sahabiah yang mempunyai fikrah yang jelas telah berjaya dilahirkan.
Sekaligus menambahkan kualiti hospitaliti ketenteraan yang menjadi back-up
penting semasa setiap peperangan berlangsung.
Hendak dijadikan cerita lebih osemness, dalam kitab Al-Adabul
Mufrad, ketika lengan Sa’ad Bin Mu’adz RA terluka dalam peperangan Khandaq
kerana telah ditusuk dengan anak panah, beliau telah dihantar ke khemah
perubatan yang dibina di medan perang khandaq seterusnya telah dirawat oleh Cik
Rufaidah. Bahkan dengan bergayanya Cik Rufaidah mencabut anak panah yang telah
tertusuk tadi, seterusnya berjaya menghentikan pula pendarahan di tangan Sa’ad
Bin Mu’adz RA. Fuh!
(untuk lebih lanjut, cuba tonton filem ‘Omar Series’ di Tiub Anda.
Ada satu scene walau sekejap Cuma, menunjukkan kewibawaan Cik Rufaidah
dalam nursing-nya)
Bahkan, Ar-Rasul SAW apabila sempat singgah ke khemah perubatan
itu, bertanyakan pula dengan keadaan semasa dan ada masalah-kah kepada Cik
Rufaidah berkaitan dengan perawatan di khemah itu. Ahah! Jadi di sini anda,
jelas menunjukkan kegigihan dan kesungguhan Cik Rufaidah dalam melaksanakan
misi perawatannya bersama-sama dengan akhowat bulatan gumbiranya yang lain
dalam jangka masa perang yang sumpah panjang! Lasak lagi menyesakkan!
Tidak cukup dengan itu, semasa Ar-Rasul SAW mahu bersiap sedia
untuk peperangan Khaibar pula, Cik Rufaidah bersama geng-geng akhowatnya telah
berjumpa dengan baginda untuk meminta izin untuk bersama-sama sekali lagi untuk
menjadi barisan back-up medical team. Dan Baginda Ar-Rasul membenarkan.
Nampak anda! Bagaimanakah ini boleh terjadi, tidak lain dan tidak bukan
melainkan Cik Rufaidah berjaya menyentuh hati-hati ahli-ahli cik kak
misinya dengan pengisian yang sumpah
basah lagi menggugahkan jiwa. Boleh jadi Cik Rufaidah dalam bulatan gumbiranya
memberi pendedahan tentang nikmatnya jihad bahawa akhowat juga boleh syahid di
medan peperangan melalui jalan tersebut! Maklumlah kaum hawa kan tidak
dibenarkan berperang sama.
Anas ibn Malik pernah berkata:
"Muhammad SAW apabila
keluar untuk pergi ke medan peperangan, baginda membawa Umm Sulaim dan beberapa
wanita lain Ansar dengan dia, apabila dia berjuang dalam pertempuran, mereka
(iaitu wanita) akan memberi air kepada tentera dan merawat yang cedera. "
Imam An-Nawawi mengulas hadith ini, menjelaskan beberapa
faedah, beliau berkata: "Ini adalah bukti bahawa wanita juga keluar dalam
medan pertempuran dan orang-orang lelaki
yang berperang mendapat manfaat daripada mereka kerana mereka memberi air kepada
tentera dan merawat yang cedera, tetapi rawatan ini adalah untuk Mahram mereka dan suami mereka, dan jika mereka
merawat selain Mahram dan suami mereka, mereka tidak akan menyentuh tubuh orang
tersebut kecuali di tempat keperluan [iaitu tempat kecederaan]. "
Walau bagaimanapun, keharusan wanita merawat lelaki diperlukan
apabila keperluan atau memerlukan, seperti jika tiada doktor lelaki, dan
terdapat keperluan bagi wanita dan para akhowat untuk merawat lelaki, dan itulah yang dilakukan orang-orang
perempuan dan geng bulatan gumbira Cik Rufaidah pada masa Nabi Muhammad apabila lelaki sibuk dalam peperangan.
Dan mahu atau tidak mahu percaya, kesemua manifestasi jihad dan
pengorbanan jiwa yang dilakukan oleh sekumpulan cik kak misi geng bulatan
gumbira Cik Rufaidah itu tidak akan dicapai melainkan mereka mengamalkan suatu
konsep. Konsep yang dinamakan ijlis bina nu’min sa’ah yang bermaksud
duduklah bersama kami, kita beriman sejenak. Ohoi! Masyuk punya!
Ok itu saya tambah. Batuk.
Melalui konsep yang sangat efektif ini, yang mana proses
komunikasi yang berlaku secara lebih berkesan di antara anggota bulatan
gumbira, diharapkan dapat memberi pengaruh, mencermin diri, dan menilai diri
untuk bersama-sama ke arah keperibadian yang lebih baik, matang serta melatih
kerjasama dalam ruang lingkup mendekatkan diri kepada Allah SWT. Apatah lagi
seorang naqib atau ketua bulatan gumbira itu sendiri, menjadi contoh terbaik
dalam mengembangkan potensi setiap daripada ahli bulatan gumbiranya.
Di dalam sebuah konferens surga itu juga, naqib yang mengendali
bulatan gumbira itu akan berusaha mengenali dan mengambil perhatian serta
mendalami secara terperinci setiap aspek kehidupan setiap ahli bulatan
gumbiranya dalam batas syarak, tidak terkecuali juga kehidupan ahli keluarga
ahli bulatan gumbiranya itu. Dan semua ini hanya akan dapat dicapai dan
dikuasai melalui kuasa mu’ayasyah, hidup dan bergaul bersama. Makan setalam,
tidur sebantal dan baca Pesona Awan Biru sama-sama, err..
Yang lebih osemnya, rasa mahabbah (kechentaan), mawaddah (kaseh
sayang) dan ulfah (keakraban) yang dibaja dengan lemah lembut dalam bulatan
gumbira ini mengeratkan lagi ukhuwah yang menjadi resepi utama dalam kejayaan
sesebuah bulatan gumbira. Seterusnya rasa disayangi dan dihargai sesama ahli
bulatan gumbira tadi, bukan sekadar retorik semata-mata akan bercambah menjadi
muslim yang lebih bergaya dengan Islam, chentakan Islam dengan Allah dan
Ar-Rasul menjadi matlamatnya. Bahkan mereka yang percaya dengan sepenuh
keyakinan kepada sistem ini pula akan berusaha pula meng-konferens surge-kan
pula orang lain!
Ahah! Andai ini berlakulah kan, bukankah ia bukan semata-mata lagi
mimpi kita semua untuk meraih ustaziatul alam dengan lebih mudah dan berkesan?
Bukankah juga kita akhirnya akan merasakan bahawa kunci kepada kebangkitan
ummah itu, hanya dapat ditegakkan dengan ‘hidup’-nya hati setiap daripada orang
Islam, melalui medium bulatan gumbira?
Makanya anda, dapat dilihat kita kejayaan Cik Kak Florence
Nightingale bersama geng bulatan gumbiranya dalam menyumbangkan kejayaan
ketenteraan British dengan mengurangkan kadar mortaliti (kematian) di kalangan
tentera yang sakit semasa perang saudara itu. Tidak cukup sekadar itu, berjaya
pula meningkatkan kualiti sistem hospital yang bersih, teratur dan bersinar
bebas daripada kuman-kuman yang gemok berlari riang, err. Dan 1200 tahun
sebelum itu pon, Cik Rufaidah pun juga telah berjaya melalui bulatan gumbira
yang mengangkat tinggi al-Islam dari segi tarbiyah medikal di mata dunia.
Jadi sekarang, ambil bantal dan tutup muka. Malu. Eh! Takdelah
gurau je, kekeke.
Jadi sekarang, jika mereka berdua ini pon mampu komited dan
bersungguh-sungguh dalam berbulatan gumbira untuk meyakinkan geng-geng cik kak
misi mereka, apatah lagi kita yang sudah pun berada dalam zon ad-deenul Islam
yang sentiasa selesa ini.
Sedangkan Cik Kak Florence yang bukan Islam itu pon berbulatan
gumbira, inikan kita yang sememangnya Islam original, lagi mahu beralasan untuk
tidak berbulatan gumbira?
Jadi anda, jom! Berbulatan gumbira!
Yosh!
-PAB-
Bersempena Hari Jururawat Malaysia pada 12 Mei yang lepas, saya
ingin mengucapkan Selamat Hari Misi kepada semua bidadari-bidadara yang
berpakaian serba putih di hospital di seluruh Malaysia. Sungguh! Walau anda
semua adalah insan yang suci ini tidak pernah mendapat kebanggaan dan populariti
di mata kebanyakan masyarakat, tetapi jasa anda semua sumpah! sangat besar
dalam membantu dan merawat kembali orang yang sakit kembali pulih, dengan
izin-Nya.
Hoho! Saya tahu yang entri kali ini sangat terlambat dari tarikh
yang sepatutnya. Kekeke.
Saya juga mengucapkan Selamat Hari Mama kepada semua puan mama besar
di seluruh dunia yang sememangnya juga terjelepuk pada hari yang sama dengan
Hari Jururawat. (Fakta! Baik catit) Khususnya kepada puan besar saya di
kampong, harap anda membaca entri saya kali ini, eheh!
Juga kepada anda, mohon doakan saya yang bakal menamatkan zaman
bujangnya, eh! tershasul, zaman pembelajaran di institut pengajian saya yang
terchenta ini. Saya bakal menduduki peperiksaan dengan Lembaga Jururawat
Malaysia (LJM) pada bulan ini. Berdebar! Dup dap dup dap!
“Untunglah bakal graduationnnn…uuuu” kata anda.
Peluh besar.
Tetapi anda, mahu tahu apakah pada saya, nikmat apakah yang lebih
besar daripada nikmat bakal ‘graduation’ ini?
Tidak lain dan tidak bukan, nikmat saya disapa dengan pak cik
tarbiyah dan mak cik dakwah ini dengan lemah-lembutnya, serta penuh dengan
kaseh sayang sehangat mentari di institusi kejururawatan ini. Siapa sangka seperti
Cik Rufaidah. Eceh!
Ya, itulah nikmat saya sepanjang sepengajian-nya saya di sini sebenarnya.
Nikmat Dakwah dan tarbiyah. Tiada lain.
Senyum.
Tweet