School Of Tarbiyyah

Rabu, 22 Januari 2014

Non-religious background yang sumpah lejen dalam d&t

-(Kredit) err kami pong mampu jadik lejen en? -

Ok baiklah, dengan rasa tidak bersalahnya saya memohon sepuloh jari dengan harapan anda semua memaafkan saya. Yelah, dek hampir 2 bulan lamanya belog PAB ni menyepi. Tidak di hupdate, makin berhabok pulak rasanya, lantas menyebabkan anda makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi tak basah menantikan sebarang entri dari saya, eheh.

Ok ok perasan. Tangan kat dada mata pandang atas.

Arakian kerana dek monster kesibukan yang menyerang di hospital, maka menjadi kewajipan saya sebagai salah seorang supernursing (cewah! Aish! Tepis angin) membantu menyelamatkan dan memberi rawatan kepada pesakit dengan ijin Allah. Bukan mudah, kena pulak menumbuk, menyepak, menyumpit dan menyekeh kepala monster kesibukan tu hingga jebam. Malah tidak lepas juga saya turut mengajak monster kesibukan tu pula untuk tunduk menyerah sebentar mengikuti dan membawa pula petakan gumbira.

Gelak kuat. Tangan di pinggang.

Ok baiklah. Ini bukan entri yang menyentuh isu semasa berkaitan pemboikotan sayur kangkung yang dijual mak limah di pinang sebatang. Bukan juga berkaitan kenaikan harga minyak RON 97 di stesen minyak milik pak cik husin toncit. Bukan.

Bukan pula tentang isu penggunaan kalimah Allah dan apatah lagi jauh dari itu, ayat-ayat gediks macam chantek jer, macam comel jer. Bukan.

Bukan juga gaya selfie dengan mata yang bulat hitam terbojol bajet comel, lalu dipos di muka buka, kicauan burung, gram-insta, aplikasi apa dia, ataupon kami-chat dan sebagainya.

Bukan. Tapi berkaitan ikhwat akhawat non-religious background. Apa kaitannya dengan dunia d&t. Hoho

Ok baiklah.

Pernah atau tidak anda yang berada dalam dunia d&t dengan manjanya dan in comfort zone selama ni, menjumpai mereka yang dalam bidang non-religious background pon turut melaju bersama-sama anda dalam medan d&t ini? Makan setalam bersama, bangun qiam bersama, nyanyi lagu jalan juang bersama, tidur sebantal bersama, gelak tawa fillah bersama sehinggalah terjun mandi sungai pon bersama-sama hei, pernah ke?

Jawapan anda mungkin ye, mungkin tidak. Tapi saya tahu, kebanyakan anda mungkin akan berkata ‘ya’.

‘Eleh! PAB nie, nak cakap budak nursing ni spesel ah tu macam dia dalam d&t nie.’

Ok ok. Bukan itu maksud saya. (gosok belakang kepala)

Maksud saya di sini, anda mungkin pernah menjumpai ikhwah or akhawat yang bersama-sama kita dalam gerabak ni, terkezut bila pertama kali bibit-bibit perkenalan anda yang ditaburi bunga-bunga chenta itu, diberitahu yang beliau bukanlah berlatar belakangkan pendidikan agama pon. Apatah lagi bukannya mengambil bidang pengajian atau lepasan agama semasa di IPTA or IPTS dahulu.

“ Enti ni murobbiah lejen ana nengok. Selalu bagi taujiah. Jadi imam qiam bulanan akhawat. Jadi penceramah jemputan untuk daurah mabit bulanan. Err enti ambil kos usuluddin, fiqah, quran dan sunnah, ilmu wahyu kemanusiaan dan sebagainya ke?”

“ Err bukan. “

“ Habis tu.”

“ Nursing jer.”

“ Erk”

Tersembur. Tersedak. Terkezut. Tak tersangka. Dan segala ter mungkin terucap di bibir anda yang mulus itu.

Maka dari moment itulah, entri ini muncul untuk membicarakan dan memberi persoalan yang penting berkenaan ‘mereka-mereka yang lejen’ ini yang disapa mak cik hidayah untuk mengikuti dan seterusnya mempertaruhkan pula nyawa mereka di jalan juang ini.

Atas sebab apa kita yang bukan lahir dari family berlatar belakangkan agama, bukan jua dalam bidang pengajian agama, tapi Allah beri juga ‘a small special gift’ untuk ‘membesar’ dalam jalan ini?

Yosh! Maka betullah nasyid lejen yang selalu hadek2 tadika nyanyikan tu:

‘Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa’

‘Ia tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai’

-Raihan-

Maka dari situ dapat kita fahami bahawa, mereka yang membuat kerja dakwah ini asalnya kadang kala bukanlah mereka yang berasal daripada keluarga yang yang mengamalkan agama pon. Jauh lagi yang mengambil bidang pengkhususan agama, tapi Allah telah memuliakan dan menentukan mereka-mereka ini untuk membuat kerja dakwah ini.

Kerana apa agaknya?

Adakah kerana mereka ini kachak-kachak dan chantek-chantek belaka, eh

Adakah kerana mereka punyai kelebihan berbanding mereka yang pro lagi huffaz Quran 30 juzuk ditambah dengan hadith 30 Imam Nawawi

Adakah kerana mereka power ini dan power itu dalam  menentukan hukum-hakam agama

Owh sudah tentu bukan

Tapi kerana apakah?

Yup! Sudah tentu kerana sifat kasih-Nya Allah ke atas mereka. Sifat Ar-Rahim dan Ar-Rahman-Nya. Kerana sifat penchentanya Allah. Kerana Allah hendak memuliakan mereka dengan jalan ini, tanpa memilih siapakah mereka di sebalik asal usul dan latarbelakang mereka. Supaya mereka tidak menjawab di akhirat kelak:

“ Maaf Allah, saya tak buat dakwah, ajak orang buat baik sebab saya bukan belajar agama, bukan juga seorang ostad apakan lagi membesar dalam suasana perkampungan ‘tahajjud chenta”

Guruh.

Kerana Allah juga hendak tunjukkan pada kebanyakan orang yang buat kerja dakwah dan berada di jalan yang sumpah ohsem ni, bahwa syarat utama untuk join jalan juang ini tak semestinya mesti menjadi ostad ostajah dahulu, berlatar belakangkan pendidikan agama, first at least memakai jubah apatah ketayap, join geng lelabuhan, duduk-duduk lepak hanya di masjid 24 jam, sembang bab nikah dan baitul muslim dan juga seangkatan dengannya, bukan bukan.

Bukan juga jalan d&t ini hanya layak atau memang dikhaskan untuk golongan tertentu sahaja. Tetapi jalan juang ini Allah telah menciptakan ia buat semua orang, tanpa mengira siapa asal usul mereka, keturunan, pangkat, rupa dan segalanya. Kerana Allah menciptakan setiap daripada mereka punyai kelebihan yang mana jika kelebihan itu jika diasah sampai lebam, Insyaallah akan berguna untuk dakwah, mencapai ustadziatul alam.

Means, setiap daripada kita, Allah telah menciptakan potensi untuk sumbang kemajuan buat Islam. Tinggal sahaja lagi, untuk kita mencungkil apakah potensi tersebut.

Err maka joinlah bulatan gumbira. Bakal murobbi/ah anda akan membantu anda mencarinya. 

GGG

Nak dikatakan juga, kebanyakan ikhwah akhawat yang saya kenali sepanjang berlari-lari mengejar hadek-hadek comel dan menjalankan konspirasi tarbiyah bersama-sama mereka dalam d&t ni, adalah berasal daripada keluarga yang biasa-biasa je macam ibu ayah kadang tak solat pon, sentuh Al-Quran apatah lagi. Janggut inche papa ada yang lebat, cakap pon lebat tapi amal tak haibat. Puan mama, cik kakak dan apatah puan nenek, berpeluh dan menggigil dengan penampilan mereka.

Hipertensi dibuatnya.

Juga, ditambah pelik-kan dengan bidang pengajian yang diambil oleh mereka sendiri semasa zaman belajar. Hinggalah masa ‘la’ ni tengah kerja. Ada yang engineering, media, law, mekanikal, guru bahasa omputih, cik misi lelabuhan dan satu lagi paling rare lagi melopongkan ialah pertanian. Pergh lejen!

Dan tak kurang juga hadek-hadek bulatan girang saya sendiri terdiri daripada farmasi, pembantu perubatan, fisioterapi, ahli makmal dan ahli hospital yang lain. Mereka juga ikhwah akhawat. Bergerak dengan tarbiyah. Tanpa perlu berada dalam institusi agama, mereka terus berlari dan memecut sama bersama kita dalam arena d&t ini yeay!

Sebagai contoh yang ehem ehem boleh tahan hebat juga, seorang hadek bulatan girang saya, Adek ‘S’ juga seorang ‘misi’ yang comel, dahulunya tidak pandai mengaji Al-Quran, solat pon perlu diperbaiki, mutabaah ibadah always low charger. Non-family religious so not-supporting. Ayah mak orang politik erk! Apatah lagi nak bercakap soal agama. Setelah beberapa bulan berlalu, peralihan murobbi/ah berlaku, maka detik menyedihkan ditakdirkan berlaku saya dengan Adek ‘S’ terpaksa berpisah (nak nanges jap) untuk dia dibulatan gumbirakan pulak oleh seorang lagi  super senior ‘misi’ yang sememangnya sangat lejen lagi saiya dalam arena d&t ni.

Nak dipendek cerita, tup tap tup tap, ece lele, sekarang saya macam tak percaya bila melihat hadek ‘S’ sekarang dengan perkembangan baru beliau yang wow! Sumpah ohsem! Khabarnya hadek ‘S’ sekarang telah pon menjadi seorang murobbi/ah yang membawa pula hadek-hadek untuk dibulatan gumbirakan di institusi di mana beliau belajar.

Masha Allah. Nanges terharu. 

Teresak-esak.

Mahu pula contoh yang bersifat antarabangsa?

Kenal As-Syahid Dr. Abdul Aziz Al-Rantisi ?

Beliau yang berback-ground kan seorang inche duktur pakar kanak-kanak, sebagai timbalan kepada Syeikh Ahmad Yassin di dalam gerakan HAMAS selain dilihat sebagai tokoh perjuangan rakyat Palestin mewakili golongan profesional. Telah pun membawa ramai orang mengenal dakwah dan Islam. Lejen bukan?

On the another hands, Perkumpulan Blogger-Blogger d&t yang Osemness (tekan) juga turut dianggotai oleh mereka yang kebanyakan daripada non-background religious academic.

Err… tak percaya?

Silalah lihat Kak A, seorang duktur dengan d&t keyboard warriornya Muharikah.

Silalah lihat Inspector Saahab, bukan seorang polis tapi Islamic management dengan d&t keyboard warriornya Nasi & Lemak.

Silalah lihat Inche Jamed Musafirin, seorang pengembara tegar (garu kepala) dengan keyboard warriornya Bibit Cinta Illahi (BCI)

Mahu lagi?

Silalah lihat juga Cik Prada, seorang siswazah peguam dengan keyboard warriornya Diari Bulatan Gumbira (DBG)

Silalah lihat lejen blogger, Inche Gabbana of Angel Pakai Gucci, seorang pemegang ijazah dalam bidang bisnes dan sains politik dari oversea.

Mahu lagi? Err ok

Silalah lihat juga Pesona Awan Biru, seorang nurse di sebuah hospital di kota raya metropolis dengan belognya Pesona Awan Biru. Ok sila hiraukan yang ini.

GGG

Ohoi ohoi apa perasaan anda, rasa lejen bukan mereka ni?

Cakap ‘pergh’ nak dengar. Eheh!

Dan contoh terbaik, kita boleh ambil daripada kisah para sahabat. Yang dekat dengan Ar-Rasul SAW.

Siapa tidak kenal Abu Dzar Al-Ghifari, dari suku Ghifar, yang terkenal dengan gangsternya. Suku perompak yang sangat kejam, bahkan jadi simbol kepada dunia gangster semasa zamannya. Kalah kot Yakuza mahupon abang Long. Tapi bila Abu Dzar masuk Islam, dakwah kepada kaumnya, menjadilah kaum beliau pula sebagai pendukung kebenaran.

Background gangster tapi jadi lejen dengan Islam. Lejen!

Bilal Ibn Rabah, seorang hamba juga muazzin tapi menjadi lejen dengan Islam. Sumpah lejen!

Siapa tidak kenal Abdullah Ibn Mas’ud, seorang anak muda miskin yang hidup dari upah mengembala kambing jer. Tapi menjadi lejen dengan dakwah dan Islam. Pergh!

Juga seorang pakar ekonomi dan usahawan terkenal, Abdurrahman Ibnu Auf, walaupun mengendalikan harta dunia langsung tidak menghalang beliau untuk terus berjuang demi Islam, seterusnya merangkul gelaran antara 10 sahabat yang bakal layak ke surga.

Lejen, pergh!

Dan banyak lagi para sahabat telah membuktikannya. Tak larat rasanya nak sebut satu persatu.

So, apakah persamaan antara mereka semua ni?

Yup! Mereka tidak lahir in background Islamic, atau pon belajar pengkhususan agama, tapi mereka memiliki special gift from the Most Gracious Allah, iaitu fikrah dalam beragama untuk terus mengislahkan manusia.

Nanges.

Allah juga hendak tunjuk yang surga itu bukan hanya hak milik cipta para alim ulama bahkan ostad ostajah, ana enti jer, tapi Allah nak tunjuk juga yang surga Allah itu mampu dimiliki oleh semua orang, termasuklah para inche duktur, inche pengisi pam minyak, inche tukang sapu sampah bahkan nenek leha jual nasi ayam berdekatan rumah saya juga layak masuk surga Allah, andai dia turut beriman dan seterusnya bersama-sama berjuang di jalan ini!

Tapi yang Allah hendak tunjukkan bahawa syarat utama yang paling penting untuk buat kerja dakwah dan terus thabat di jalan juang ini adalah dengan adanya ‘kesedaran’ untuk terus bergerak melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik dan ‘kemahuan’ untuk terus memperbaiki diri, seterusnya pula memperbaiki orang lain. Ummat ini.

'Islah nafsak wad’u ghairak'

Maka dari situ, dakwah yakni menyeru dan tarbiyah pula memperbaiki diri. Itu yang slogan dan prinsip yang harus kita sentiasa sematkan ke dalam setiap dada-dada kita. Seperti mana ‘mereka yang non-religious background sumpah lejen itu’ telah buktikan.

Maka, perkara yang harus setiap daripada kita yang bukanlah lahir daripada ‘non-religious background’ ataupon belajar pengkhususan agama dalam negara atau over-sea sekalipon, mestilah yakin dan tidak bermanja bam-bam untuk terus bergerak dalam memberi sumbangan kepada ummah ini.

Pokoknya, keistimewaan anda itu harus dicari sehingga jibam walau anda tidaklah berasal daripada perkampungan ‘tahajjud chenta’. Demi meningkatkan martabat ummah dan mengembalikan Ustadziyatul Alam kepada umat ini!

Tidakkah setiap daripada kita meskipun tidak berada dalam bi’ah lingkungan beragama mengimpikan surga. Tak aci jika surga itu hanya dikejar oleh mereka yang sudah selesa dalam beragama sedangkan kita hanya duduk-duduk mengunyah chispmore. Maka, ayuh lah kita bergerak, mengejar fastabiqul khairat.

Dan agar kita, mampu pula menjadi seperti mereka yang sumpah lejen-lejen itu.

Walau memang tidak di mata manusia, cukup di pandangan Allah.

Agar boleh kita cakap:

'Saya beriman dan kool dengan d&t!'

Kenyit mata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...