School Of Tarbiyyah

Isnin, 26 November 2012

Resepi hadir ke Konferens Sorga Anda!


               
-kredit-

                Pernahkah anda yang khususnya sang murobbi kecil setengah jagung dalam usaha ini merasakan kesedihan seperti mana awan yang gebu lagi montel itu bersedih dengan guruhnya menyambar  tatkala melihatkan anak-anak usrah kita dengan kehadiran mereka yang sangat menyedihkan eh? Anda juga mungkin pernah mendengar keluhan anak usrah anda mengatakan bahawa mereka sudah jemu untuk hadir ke koferens sorga anda, kerna mengalami traumatik yang mana ahli PAU atau Persatuan Anti-Usrah di kalangan sahabat mereka berkata “Anda bajet baik ka? Mahu menjadi malaikat ka?”. Kemudian anak usrah mengurut dada sambil dalam hati berkata ptfff. Nauzubillah!


                Tanya anda: ‘Eh! Anda ini walau setahun jagung disapa hidayah berada di jalan tarbiyah, sudah mampu membawa awan-awan kecil yang lain (kesian awan dipersalahkan). Layak ke?’

                ‘Hei! Anda mahu tunggu malaikat turun dahulu untuk menggantikan anda membawa orang lain, barulah terhegeh-hegeh untuk membawa orang lain mengecapi nikmat ini? Tolonglah! Tiada yang sempurna. Kita hanya mampu mencontohi yang sempurna, Baginda Muhammad SAW’. Senyum  melihat awan. Gaya comel.

Bersedialah dengan resipi yang bakal anda hadamkan ini. Cernakan dengan betul dan sempurna. Simpan dengan ketat di peti simpanan ingatan yang paling dalam itu.

                Okey. Ini antara 6 resepi sesedap rasa untuk menghasilkan kek angan-angan yang telah saya suapkan ke dalam setiap mulut mutarabbi saya dengan rasa kaseh, sayang, cinta, rindu dendam, dan kelembutan yang amat sangat. Mengingatkan kepada mereka apakah yang perlu dibawa bersama mereka ketika menghadiri konferens sorga ini. Aiwah! Senyum berbunga mereka tahu. Ok! Nanti tak habis kepujian saya terhadap mereka! Sila cemburu.


TARBIYYAH

                Mengingatkan kepada mereka bahawa jalan atau usaha menjadikan diri ini lebih baik dari semasa ke semasa sememenya tidak senang. Nama sahaja mahu menjadi baik, sudah comfirm ia bercanggah dengan nafsu dan persekitaran kita. Ibaratnya anda berada di dalam bahtera bersama rakan lain dalam tarbiyyah ini, pelbagai gangguan bakal dihadapi. Daripada dalam kapal, kepekatan jahiliyah yang dahulunya anda mensayonarakan sentiasa melambai-lambai kembali supaya dipeluk anda semula, dipegaruhi sahabat anda yang sentiasa futur dan tidak istiqamah dalam D&T, atau juga anda terlupa untuk menghadiri program tarbiah tiap minggu, hingga anda tak perasan bahwa jiwa a.k.a cawan hati anda telah kosong. Kosong.kosong. Eh!

                Ingatlah, perubahan yang dilakukan bukan untuk sesiapa, tetapi untuk diri sendiri juga. Bak kata Ustazah Harlina Halizah Siraj, aspek paling penting dalam tarbiyyah adalah PERUBAHAN. Anda berubah, syaitonirrojim  yang untung. Eh silap! Anda sendiri yang untung, Tidakkah sorga itu menghauskan pandangan anda? Tepuk dada Tanya APG, ops!

                Jadi, berubah dan bergeraklah akhuna ukhtuna setiap masa dan saat. Jangan biarkan diri anda masih di takuk yang lama. Walau anda sudah beruban tahap gaban dalam usaha ini, tetaplah bergerak mencari kesempurnaan. Walau kesempurnaan tak akan berjaya digapai dengan riangnya, tetapi BERGERAK ke arahnya sudah menjamin magnet positif kebaikan akan menarik anda, manakala cas negatif akan menepuk dahinya (jangan perasan anda tak dapat lihat) kerana tidak percaya anda BERUSAHA meninggalkannya.

                Ingat! Siapa anda 5 tahun akan datang, bukan sesiapa yang menentukannya. Melainkan anda sendiri. Jangan biar sudah di tepi liang kubur, baru anda tersedar  yang anda sudah sumpah terlambat! Bye-bye.

                Oh ye Anda! Tarbiyah menjadi struktur utama pada kek yang sedang kita bina ini rekakan di petak khayalan dalam awan di atas kepala bahagian kanan anda. Err minta bayangkan.

               
MUJAHADAH

                Mahu atau tidak mahu anda juga perlu meyakini bahawa mujahadah juga menjadi antara ramuan terpenting dalam perjalanan ke tempat konferens sorga anda. Belum lagi mendengar cerita daripada ikhwah akhawat yang sanggup mengambil masa menaiki kereta, motor, bot, kapal terbang, berenang selat melaka dan segala bagai berjam lamanya perjalanan ke tempat konferens semata-mata untuk menghadiri konferens sorganya yang hanya mengambil masa 1-2 jam itu. Wahai! Mahu menangis terharu!

                Malah mereka yang menaiki pengangkutan awam, menukar-nukar stesen bas kemudian aliran transit ringannya, tiada jemu melakukannya setiap minggu. Ditambah lagi duit perjalanan pergi dan pulang setiap minggu, singgah sebentar membeli goreng pisang panas sebab perut anda berbunyi, bukankah ia banyak mengeluarkan duit dari poket kontang anda eh!. Terutamanya macam anda yang guna pinjaman , fuh! Lagilah. Peluk sejuk.

                Oh apakah yang mereka fikirkan? Apakah itu namanya mujahadah? Yup! Tidak syak lagi.

Sepertimana Imam Ahmad sanggup bersusah payah merantau, kemudian habis duitnya dan kemudiannnya sanggup bekerja menjadi hamba membahu barang berat selama berminggu HANYA untuk mendapatkan sepotong hadis Baginda. Tidak kah anda cemburu. Err tolonglah cemburu jika anda normal.

                Dan anda juga selalu mendengar  dan melihat di dinding sekolah anda dahulu kata-kata ‘Mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis’. Sepertimana mahu mendapatkan sesuatu, perlulah bersusah dahulu. Seperti mana anda mahu mendapatkan 4 tingkat flat dalam exam, perlulah bersusah payah dahulu mengulang kaji, menjawab soalan lepas, meniru kawan dalam matematik tambahan eh!bunyi cengkerik.sunyi, dan menggodam dengan baik pensyarah anda! Err.

                Kerna berutunglah anda daripada ayat itu terbalik menjadi mimpi ngeri ‘Malas itu best kerna sumpah aku penat’. Mahu kena tinju sayang agaknya. Muwosafat tarbiyah anda mana? Okey saya marah sayang. Senyum.

                Apa yang membezakan antara aspek mujahadah dengan tardhiyyah adalah, mujahadah lebih kepada ‘kekuatan JERI (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek) untuk mengekalkan diri atau istiqamah untuk berada dalam gerabak bahtera ini, walau mermaid melakukukan cobaan untuk menggoda anda dengan suksesnya. Eh! Anda faham ke’.

                Ok. Tambahkan mujahadah yang ibarat  buah kiwi atau durian (eh! Ada ke) yang berada dalam kek anda tersebut. Yang mana jika anda tergigitnya ia bakal mensenyumkan diri anda tak hengat dunia. Hohoho.


TARDHIYYAH

                Cer sebut Tardhiyyah? Aha! Berbelit bukan? Anda tahukah maksudnya? Tardhiyyah bermaksud pengorbanan yang sumpah osemness lagi powerful yang menguatkan hati. Okey itu saya tambah.
                Tit tit. Mesej masuk.

                “Mr. Murobbi. Hari ana akan komited untuk datang konferens riang kita. Walau korban masa rehat hujung minggu, walau korban wang berhengget-hengget, walau mendapat dengar usikan sumpah kasar kawan kau bajetkah alimkah, dan berjuta walau walaweh akan tetap ana datang ke bulatan sorga kita.”

             Oh! Saya terharu. Mata berkaca-kaca. Berkotak tisu dihabiskan. Mengalami amnesia sebentar.

                Arakian pula pengorbanan anda yang tidak dihargai dan dibentangkan dengan karpet merah lagi disambut dengan paluan kompang oleh pasukan kampong Inche Zainal Chemori, semata untuk menghadiri konferens mingguan, sungguh sangat memerlukan pengorbanan yang tinggi. Dan saat inilah hadeknya, mujahadah memainkan peranannya sebagai robin yang membantu super hero sang kelawar man, mengekalkan rasa kuat melawan sindrom malas hadir ke usrah dengan memberi sedozen alasan (hoho mohon terasa), atau bergusti dengan tele-lihat kesukaan anda semata untuk menghadiri konferens riang yang seketika cuma.

                “Err, minggu ini malaslah join usrah. Minggu depan boleh lagi.”

         Ahah! Nafsu anda ini berkechek sebegini dengan alasan yang bakal menjahanamkan anda tahu! Dan tahukah cawan hati anda perlu di isi dengan kadar segera setiap minggu setelah ia tertumpah ketika mana anda bekerja, berstudi, berstudo (studi + tidur), bergaul rojak campur asam, fuh! dengan kawan-kawan yang bukan bertudung lelabuhan atau berketayap atau skema eh!, berjahiliyyah dengan menonton movie dan melihat perempuan-lelaki chantek, dan segala bagai menyebabkan hati anda perlu di refillkan dengan kadar segera oleh peringatan yang basah, mencairkan lagi mensayu giakan!

                Oh! Jika tidak, ia bakal ditenggelami oleh kemalasan, menyebabkan anda selalu merasakan merasakan bahawa kematian HANYA akan datang menjemput apabila anda HANYA sedang berbulatan gumbira, atau ketika mensujudkan dahi anda sambil menangis di dalam mihrab cinta eh! Atau juga ketika anda sedang membaca belog ini (bunyi cengkerik) Tolonglah, kematian bakal menjemput anda setiap jam, minit dan saat kot!

                Just remember. You Only Live Once! (YOLO) and not twice. Dan juga tambahkan tardhiyyah ibarat penaik dalam membuat kek untuk menjadi lebih segar lagi membugarkan, membuatkan kek dalam angan awan anda itu lebih comel, cantik, menarik lagi tertarik kau memang da boom, eh!

               
IKHLAS
                ‘ Inche murobbi, mahu datang bulatan sorga pun kena ikhlas ke? Tak boleh tak ikhlas? Boleh datang usrah sebab mahu mendapat kan rakan taulan member baru. Kata Ukhwah Till Jannahkan. Kenalah tambahkan kenalan.’

                ‘Eh! Boleh ja. Tapi yang pastinya anda tidak mendapat suatu strategi yang sangat penting dalam aspek mengekalkan tarbiah kendiri, iaitu konsistensi dalam beramal, apatah lagi menghadiri konferens riang setiap minggu. Ibaratnya masuk ikut mulut, keluar sesuatu bauan yang err.”

                Suatu perkara yang yang membimbangkan saya apabila keberadaan kita dalam medan ilmu yang menjadikan ilmu itu tidak bermakna malah sia-sia adalah keculasan untuk beramal dengannya. Tidak kesah anda sesiapa, digelar Murobbi Super Kool atau Murobbi Super Jambu lagi encem. Ehem batuk-batuk. Perkara inilah sangat banyak mentadak sengajakan terlepas pandang dan buat!

                Sebagai contoh yang menggembirakan, pabila tidak ikhlas beramal dalam mengerjakan solat di awal waktu  seperti yang dituntut, ulang: di awal waktu, arakian jadilah dengan sengaja kita akan melewatkannya ketika masyuk menonton tayangan drama nona nenina yang melalaikan ops!

                Jadinya ukhwah fillah Abadan sekalian, ikhlas menjadi ramuan utama selain tarbiyah itu sendiri. Ikhlas menjadi isi dalam struktur kek coklat yang menyedapkan lidah anda itu sendiri. Eh terasa mahu makan kek pula. Anda belanja boleh?

                Juga tambahkan ramuan ikhlas ibarat perasa utama dalam kek anda. Jika tidak mempunyai perasa ini, ibaratnya kek anda mungkin menerima anugerah pertama di dalam buku pecah rekod dunia sebagai kek pertama tidak mempunyai rasa. Hingga lidah anda keliru, eh rasa apa ini?

                Permintaan saya : tambah perasa coklat sedap juga. Senyum.

               
SAKINAH

                Bersama kita kembali ke rancangan membuat kek bersama saya. Senyum.

Anda. Tambahkan ramuan hiasan iaitu sakinah ibarat krim yang melapisi bahagian atas kek comel lagi gebu anda itu. Bila mana sakinah mencantikkan kek itu, boleh makan lah. Aiwah! Ehem, bismillah dahulu jangan lupa ostad dulu dah ajar.

                Bilamana anda telah berusaha sehabis baik dalam berusaha menghadiri konferens riang secara konsisten hatta walau anda demam suam-suam kuku minggu itu, tahniah kerana anda akan merasai ibrah daripada konferens sorga yang dihadiri itu, iaitu sakinah. Ketenangan.

                Mahu atau tidak mahu saya dan kita telah bersetuju bahawa ada suatu masa kita telah merasai ketenangan apabila berada dalam bulatan gumbira yang menggumbirakan itu. Eh! Anda pernah kan? Ketika itu anda sedang mendengar curahat daripada sang murobbi yang membasahkan bersama teman sorga yang lain, kemudian tiba-tiba suasana menjadi sunyi, anda tidak mendengar sebarang suara walau tika itu murobbi anda masih berbicara. Pelik.

                Tup tup baru anda perasan tika itu anda anda sedang mengelamun betapa beruntungnya anda berada dalam bulatan yang men-sorga-kan anda itu. Anda berasa tenang. Seolah anda sedang baring dan lena dalam perut ibu anda yang mendamaikan itu. Juga berkaca mata anda yang bulat itu akibat manifestasi ketenangan yang diraih anda tika itu. Andai boleh, mahu saja dikekalkan masa itu. Oh nanges!

                Kemudian teman sorga lain menegur, sambil membisikkan di telinga:

                “Ana uhibukka Fillah. Hope we can together reach our hand into the Jannah.”

                Dan arakian temboh empangan mata berkaca anda pecah kerna terharu akan kejiwangan berpahala sahabat sorga anda itu. Sekali lagi anda berjaya menghirup sakinah itu dalam ukhwah fillah tersebut.

                Anda anda anda! Sila nanges. Ehem! Kalau air mata anda yang sompah ikhlas itu jatuh ke dalam ramuan kek, menyedapkan lagi tak?



BI’AH

                Anda sebut bi’ah. Suasana atau persekitaran. Bukannya bai’ah iaitu ikrar atau perjanjian. (Ece! dahulu kala saya pun silap tercakap dalam taujih, hehe)

                Bi’ah atau suasana sememangnya sangat banyak memainkan peranan dalam menjadi agen dalam perubahan diri kita, khususnya kita yang berada dalam bahtera ini. Berada bersama dalam lingkungan ‘orang-orang sorga’ ini membuatkan anda teringin dan termimpi-mimpi untuk bersama mereka setiap minggu. Anda angau akan mereka. Akibat penangan sepak terajang angau tersebut, anda lebih komited untuk menghadiri konferens sorga tersebut setiap minggu. Hatta esoknya exam final, ditambah dengan subjek ‘killer and death’nya. Walaweh! Lap peluh anda. Seram sejuk.

                Teringat ketika daurah saya yang lepas, seorang Super Murobbi Saiya Duper Zooper ini (shh! nama dirahsiakan) memberitahu bahawa bi’ah jugalah yang banyak membina dia menjadi dia yang kini. Keluar dari zaman jahiliyyah yang pekat dengan bantuan teman sorga yang lain mengajak dia merasai betapa manisnya menghadiri konferens riang, bermukhayyam dan segala bagai program tarbiyyah yang mana setiap satunya menyebabkan dia semakin ketat dengan jalan yang sompah panjang ini. Setiap satunya program tarbiyyah, sememangnya mempunyai nilai bi’ah. Itulah dia tumbukan yang dia rasa.

                Anda ketagih menghadirinya setiap minggu. Berlaga pipi dengan teman sorga anda. Oh tahniah! Kerna anda berjaya merasainya.

                Mahu tahu resipi untuk merasai manisnya bi’ah setiap masa dan tika? Ok saya beritahu. Shh! Jangan beritahu orang lain. Anda sorang je. Kenyit mata.
                ‘Rahsianya: Pejam mata tika sedang berbulatan sorga, tarik nafas nafas hembus perlahan-lahan. Katakan pada hati anda:

                “Bersyukur Ya Allah! Aku merasakan ketenangan ini. Kekalkan ia, aku dan mereka dalam suasana yang mendamaikan sebegini. Amin.”

                Dan teman anda pun menegur. “Anda mengantuk lagi demam ke?” hoho. Tepuk dahi.

                Pengakhiran kek anda, bi’ah itu diletakkan pula umpama buah ceri yang merah menyala lagi comel di atas kek anda. Yang mana ukhwah yang terbina dirasai manisnya hasil daripada bi’ah yang tercipta tersebut. Oh ye jangan lupa menulis tulisan di atas kek tersebut: Selamat hari Jadi Murobbi Kecil Pesona Awan Biru eh! Bukan. Batuk kecil.  Tulis ‘Ukhwah fillah Till Jannah!’ Senyum.


PENUTUP

                Err anda Tanya: ‘bila masanya di letakkan ke dalam ketuhar atau peti ais untuk mengekalkan struktur keknya, supaya kekal anjal lagi bergaya?”

                Jawab saya: ‘Eh mana saya tahu? Kek anda kan? Wakakaka.’

                Psstt, sebenarnya saya pun tak tahu buat kek. Kek dalam angan-angan di dalam awan di atas kepala sebelah kanan anda saya cakap di awal tadi. Jangan marah. Gelak besar. Hohoho.
               
Nota hati: Anda! Anda! Anda! Geleng kepala. Kelihatannya hapdet-hapdet muka buku dan kicauan burung anda semakin surut dengan isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa. Adakah ini dinamakan cinta palsu? Sumpah nanges!  Oh! Kemanakah cinta anda terbang?

Err. Jika mahu mahu buat kek jangan lupa belanja saya!
                

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...