School Of Tarbiyyah

Sabtu, 16 Mac 2013

Kamilah ‘Ikhwah Tarbiyah Medikal Chenta’.

-kredit-


Disklaimer: Sebelum anda membaca cerpen ini, seeloknya terdapatnya di tangan anda sebuah kamus kejururawatan atau kamus tuan duktur kerana terdapat beberapa perkataan medikal yang boleh menyebabkan anda mengalami sindrom dizziness, morning sickness eh! atau kepeningan-ness jika tidak dirujuk segera di klinik berhampiran. Err saya tak menanggung sebarang risiko.

Juga kepada yang belajar medikal, silalah rujuk kamus dakwah dan tarbiah agar anda juga tidak alami masalah jiwa dan raga untuk memahami skop D&T di hospital. Dan akhir sekali beruntunglah mereka yang sudah berada dalam medikal, dan melibatkan diri dalam D&T, tetapi still tak futur dan lemau dek penangan kesibukan sistem hospitaliti anda.

Senyum

……………………..

Prang!

Jatuh bersepai. Semua makanan ditolaknya jatuh. Tinggal lagi meja kardiak itu sahaja lagi tidak diterbalikkannya. Semua mata yang ada di situ hanya mampu melihat. Termasuk jururawat lelaki berbaju putih bersih itu, hanya mampu sekadar melihat gasp! dan tidak berupaya melakukan sesuatu hal untuk membantu. Tergamam mungkin.

“Abang sudahlah tu ya. Tak baik buat rezeki semacam ini.” Ujar isteri dia. Lembut.

“Ewah! Engkau jangan pandai nak nasihatkan aku. Dahlah lambat, makanan pula rasanya macam hampeh!” Diajunya jari telunjuk pada isterinya.

Bergema wad pagi itu dengan suara pak cik tersebut. Seorang pengidap kencing manis atau dalam bahasa terma medikalnya Diabetic Mellitus (DM). Kronik. Seperti perangai barannya. Panas.

Terdiam lagi semua orang pesakit di situ. Bersebelahan katil pak cik itu terdiam seorang pesakit pemuda yang berbangsa Cina. Dimasukkan pada kelmarin hari kerna terlibat dalam kemalangan jalan raya. Selesai menjalani pembedahan memasukkan besi bahagian kakinya pada petang hari semalam. Bersama dia seorang puan mamanya.

 Isteri pak cik tadi memandang aku dengan pandangan teduh lantas cuba mengutip pinggan mangkuk yang bertebaran di atas lantai, sambil menguis-guis nasi  yang sudah jatuh tadi dengan tangannya.

Kesian. Inilah masanya untuk memberi bantuan sebaek mungkin. Aku pun dengan rasa rendah dirinya cuba membantu. Cubaan menjadi seorang jururawat budiman yang suka membantu orang lain.

“Hoi adek! Jangan kau cuba bantu mak cik kau tu. Aku beri pelempang sakti nanti baru kau tahu!”

Aku pun dengan beraninya masih lagi membantu mak cik tu. Memekak kan telinga. Aduhai tidak malukah pak cik berkelakuan sebegini? Apatah lagi manakah pergi terbangnya akhlak seorang Islam yang sepatutnya memberi layanan yang baek buat isterinya?

“Hoi adek! Kau pekak ke kau buta? Nah hambek ni!” Ludah pak cik tu dengan kasarnya. Arakian nasib baik aku sempat mengelaknya. Sambil membetulkan spek mata aku dengan sebelah tangan, mengucap hamdalah kerna berjaya mengelaknya. Fuh!

Bila difikirkan semula, entah keberapa kali aku berjaya mengelak ludahan setiap kali pesakit bertukar menjadi raksasa hijau yang masuk ke wad dalam masa setahun ini. Sudah menjadi resam pekerjaan ini benar-benar memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.

Aku pon berdiri sambil mata pak cik tadi tadi terus merenung tajam. Kelihatannya seperti mahu menerkam aku dengan  laparnya.

“Pak cik, tahu tak pak cik hari ini dan saat ini, pak cik bukan sahaja telah memalukan isteri pak cik, tambahan diri pak cik sendiri, tetapi perkara yang paling besar lagi adalah apabila…” naik turun suara aku. Sambil bahu terangkat-angkat, tangan mengepal tanda menjadi super saiya.

“ Bahkan pak cik sendiri telah memalukan agama Islam yang pak cik bawa. Pak cik telah membelakangkan ajaran baginda Muhammad SAW yang mengajar umatnya berakhlak mulia setiap ketika malah kepada isteri sendiri. Pak cik sendiri telah membawa fitnah kepada Islam yang sepatutnya berakhlak dan bermoral apabila ditimpa musibah atau kemalangan. Bukannya bertindak begini! Seolahnya menunjukkan pak cik tidak redha dengan musibah yang Allah beri. Muhasabah pak cik, muhasabah!”

Ucap aku dengan nada yang sedikit tinggi tetapi bergaya. Sememangnya bila berhadapan dengan perkara sebegini yang melibatkan emosi pesakit yang beragama Islam, yang tidak keruan dan bertindak agresif, aku kembali mengingatkan mereka dengan apa yang telah  diajarkan oleh Ar-Rasul.

Bertindak rasional dan tidak melawan kembali dengan emosi dan perasaan. Ewah! Itulah yang pernah diajari oleh contoh tauladan uswatun hasanah Ar-Rasul kita. Juga dalam konferens sorga bersama dengan ikhwah kesayanganku yang lain. Senyum bangga.

Tiba-tiba aku lihat dia diam. Menatap wajah aku sesaat lamanya. Senyap.


Kemudian air mata dia mengalir.


Eh!
……………………………..


“Staf nurse yang baik boleh bantu saya tak?”

“Insyaallah boleh. Kenapa ya?”

“Minta ambilkan handset saya terjatuh bawah katil.”

“Owh ok.” Senyum.

“Staf nurse, mahu Tanya boleh?”

“Boleh.” Senyum.

Aku menundukkan diri. Mengambil fon tangan berjenama S3 di bawah katilnya.

“Nah pak cik.”

“Terima kaseh staf nurse. Emm staf nurse, kenapa jadi staf nurse lelaki?” Soal dia tiba-tiba.

Haha. Ok. Aku tersenyum kulat. Semenjak di zaman belajar sehinggalah sekarang, aku tidak pernah berhenti mendapat soalan yang sebegini. Soalan yang kadang bila ditanya oleh rakan-rakan Ma’ahad dahulu bila berjumpa semula, sumpah terasa mahu menyorokkan muka dalam beg plastic, eh! Then arakian bertambah malu apabila ditanya ikhwah lain yang baru dikenali:

“Enta ambik kos apa? Usuluddin ya?”

“Err….” Kuis tanah dengan kaki. Garu-garu kepala tidak gatal. Mata pejam ketat.

Pasti ada jawapan.

 Ya, jawapan bergaya aku, agar aku mampu menjadi seorang yang bercita-cita  dalam dakwah dan tarbiah ini, yang digelar seorang murobbi nurse. Eh! haha sumpah aku sendiri pon tersengih kerang.

Well! Tak mustahil bukan.

“Jawapannya, sebab saya minat encik. Suka membantu dan menolong orang yang sakit.”

“ Owh jadi kenapa tak jadi doktor je. Kan nampak lebih elegan dan macho. Anak pak cik semua dah berjaya dan kebanyakan mereka ambil medik kat timur tengah. Pak cik bangga sangat. Alhamdulillah.”

Shock. Renjatan. Ya! Aku sudah biasa dengan jawapan macam ini sebenarnya. Senyum. Pemikiran rakyat Malaysia sudah tertanam daripada kecil bahawa kalau boleh pekerjaan yang paling mulia boleh buat adalah hanya menjadi seorang doktor. Hanya dengan menjadi doktor, anda mulia. Itu pemikiran di akar umbikan. Tetapi tidak aku. Kerna apa?

Kerna mulia kita, hanya dengan takwa. Letaknya di sini. Hati. Senyum.

Dengan sejauh mana kita mampu membawa dakwah dan tarbiah ini dalam bidang yang kita ceburi. Tidak kisah hatta walau orang itu seorang tukang mop lantai di hospital dan hanya dipandang sebelah mata, tapi dia lebih mulia daripada pengarah hospital , kof kof batuk jika dia seorang yang beriman dan bertakwa.

“tapikan pak cik, antara jururawat dengan doktor, siapakah lagi rapat dan selalu memantau perkembangan pak cik? Siapa yang selalu bertanyakan pak cik sudah makan ke? Pak cik sakit ke? Yang membantu pak cik berjalan ke tandas? Ya! Ya! Kalau bukan seorang nurse yang berbaju warna suci itu.?” Haha! Ok kalau doktor dengar ayat ni sumpah aku kena pulas telinga.

“Hoho. Ok ok. Anak menang. Betul juga tu.”

“Pak cik mahu tahu apa lagi yang lebih super terhebat lagi daripada itu semua?” Angkat kening.

“Emm apa dia?”

“Di sini. Iman dan takwa kita. Itu yang lebih penting dan membezakan kita pak cik.” Tangan dibaringkan ke atas dada. Sambil tersenyum.

Pak cik  tu pon tersenyum. Manis.

“Staf nurse?”

“Tentang semalam, saya minta maaf kerna bertindak panas baran. Bising malah telah memalukan nilai seorang Islam pada diri kita. Moga Allah mengamponkan dosa kita, minta maaf ya.”

“Tak mengapa. Moga Allah redha. Pak cik mahu tahu sesuatu?”

“Ya mahu. Apa dia?”

“Allah sayang pak cik tau.”

“Eh! Kenapa cakap macam tu?”

“Sebab Allah sayanglah Allah beri pak cik penyakit ni. Moga pak cik redha dengan ketentuannya ea.”

“Terima kaseh nak.” Senyum dia. Lalu menangis dan aku meminjamkan bahu untuk dipeluk. Peluk dengan kaseh dan mawaddah.

"Aliif laam miim. Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."

[al-Ankabut, 29:1-3]

“Allah…..aku redha.” Terdengar keluhan dari bisikan pak cik. Tersedu sedu.

Arakian selepas pagi tadi dimaklumkan bahawa dia akan menjalani pembedahan. Pembedahan untuk amputasi kaki kanannya, kerana telah mengalami sindrom kematian tisu atau gangrene. Maka untuk elakkannya daripada terus merebak, doktor telah sarankan agar…

Kakinya dipotong. Amputasi. Jenis Below Knee Amputation.

Dan sekarang, dia redha.

Allah….

Moga kaki sebelahnya bakal berada dan menapak ke surga dahulu. Senyum.

…………………………….

Telefon tangan di kocek seluarnyanya bergetar. Vibrate mode.

Hanya mampu tersenyum. Tak dapat diangkat arakian sedang membantu seorang doktor melakukan pemeriksaan setiap pesakit di bawah seliaan doktor tersebut. Sebagai team leader wad tersebut pada hari itu, dia perlu memainkan peranan dan konsentrasi yang tinggi untuk bekerja berbanding hari-hari lain.

Menemani doktor buat pemeriksaan. Buat laporan bertulis setiap pesakit. Mengurus aktiviti atau prosedur seperti fisioterapi, membuat pemerikasaan CT scan dan X-Ray dan pembedahan yang perlu kepada setiap pesakit, dengan mengarahkan staf jururawat dan staf pembantu hospital membantu. Belum lagi jika kes medico legal, yang sekarang ini mencapai tahap yang sangat menakutkan. Paling dahsyat sekali, jika kena marah dengan doktor akibat sedikit kecuaian. Fuh!

Sungguh, sangat membunuh!

Dan sumpah dia penat. Tapi mesej bergetar itu menyenangkan hati dia. Sweet gitu kata hati dia. Ahaks!

Hanya dia yang tahu mesej itu.

“Inche staf nurse, anda mengelamunkah?” Sapa doktor berkot putih itu. Dengan kehenseman dia, menyapa aku dihadapan pesakitnya, seorang wanita muda berumur lebih kurang 20-an. Berpakaian sopan dan menutup aurat dengan sempurna sekali. Pergh!

Tapi doktor ni tak akan marah, err sebab dia juga seorang ikhwah. Senyum.

“Ahai maaf akhi, maaf maaf.”

“Haha tak mengapa. Enta fikir apa?”

“Terfikirkan bulatan sorga kita. Insyaallah ahad ni kita akan buat rehlah. Enta dapat mesej ana tadi kan?”

“Alhamdulillah dapat. Ana dah nyatakan persetujuan.” Senyum  dia sambil memegang tapak tangan wanita itu dengan selamba wa wa hek eleh, eh! dia. Bahkan menyelak kain lengan wanita itu ke atas, dan memeriksa nadi brakialnya dengan tanpa rasa bersalah. Sambil mulutnya kata ‘cold and clammy’.

Gasp! Hati koyak. Langit guruh.

Mata tercengil!

Haish! Tak boleh jadi ni. Kena tegur. Seorang ikhwah telah melakukan suatu noda yang sangat besar ni, di hadapan aku bahkan ditatapi oleh mata aku dengan batilnya.

“Err Ammar. Kenapa enta pegang tangan dia tanpa minta izin? Ana sebagai murobbi enta, bahkan sebagai muslim seagama dengan ini minta izin boleh? mahu menegur fillah akh, tak boleh sebegini. Melanggar etika sebagai prinsip keikhwahan medikal kita.” Bisik aku pada telinga dia sambil tangan kanan menutup. Harap pesakit tak perasan.

Err tiba-tiba dia senyum. Aku tegur, tapi dibalas dengan senyuman. Amboih melampau. Kenapakah?

“Err akh. Huhu, enta dah lupa kah dia adalah adek perempuan ana. Semalam ana kan dah mesej enta. Haha.” Cakap dia dengan jelas. Terang tanpa tapisan.

“Eh! ye ke. Lupalah. Haha malu ana.” Tepuk dahi. Muka merah. Tunduk malu. Kuis-kuis lantai.

Adeknya tergelak kecil sambil menutup mulut. Huhu comel.

Blushing. Malu.

…………………..

-kredit-

“Ana ada satu persoalan mahu diajukan kepada antum, itupon jika antum boleh menjawab dengan bergayanya.” Beritahu Hafez  pada sesi persoalan di akhir konferens sorga mereka Ahad pagi itu.

Ber ‘rehlah’ bersama. Hati lapang.

“Apa dia akh, cer cite cer cite?” Celah Isam tersengih. Dongak dagu.

“Haha ok, ok. Kita semua kan dalam bidang perubatan, sumpah semua orang tahu akan kesibukan kita bila berada dalam bidang ini. Ditambah lagi dengan tanggungjawab setiap daripada kita dalam dakwah dan tarbiyah, dengan bawa halaqah ditempat masing-masing, dengan masalah jasadi dan maknawi, malah sebagai ayah pulak macam macam tuan duktur kita, Ammar. Jadi macam mana antum boleh lapangkan masa still dapat hadir walau sesibok mana? Tak futur dan lemau. Boleh kongsikan cerita tak?”

Ammar senyum. Menyapu leher.

Lantas cuba menjawab dengan gaya dukturnya.

“Sebenarnya bila kita tengok sejarah para anbiya’ kita boleh cuba mencontohi para nabi dan sahabah. Bagaimana mereka sesibok mana tapi still punyai masa dalam setiap apa yang mereka sepatutnya buat. Bahkan Baginda Muhammad SAW juga sebagai Presiden Madinah, Panglima perang, Ketua Ekonomi, dan segala jawatan tinggi yang Baginda pegang, tak sekali beliau futur dalam melayani dan menyikapi isteri-isteri beliau (ulang isteri dua kali: means perasaan isteri kan banyak), anak dan cucunya, bahkan dengan para sahabah beliau tersangatlah punyai sikap yang paling terbaik dalam melayani mereka. So, samalah macam kita. Kita dah belajar sirah dan patut mencontohi mereka. Kita dengan Baginda, kita implimentasikan perubatan dengan dakwah dan tarbiyah, baginda pula dengan kepimpinan yang merangkumi semua hal, so ce bagitahu siapa lagi sibok?”

“Juga kita sebagai ikhwah dalam bidang perubatan ini, pada ana tidak seharusnya menjadikan alasan kesibukan kita untuk tidak memberi ruang masa dalam wasilah tarbiah yang lain, ekspeselinya usrah. Tentu ada masa ruang yang kecil, yang boleh kita susunkan waktu untuknya. Bukankah kita dah belajar dalam muwasat tarbiyah: tersusun dalam urusan dan menjaga waktu?” Sahut Hafez.
“Antum pernah dengar tak ada akhawat tu dalam masa yang sama seorang tuan duktur, juga seorang ibu kepada anak-anaknya di rumah, tapi still mampu melapangkan masanya membawa beberapa grup usrah di luar kawasan, pergh! Dahsyat en!” Mencelah Isam.

“Tapikan Ammar, Hafez, Isam,  kalau ada orang kata kita yang dalam bidang perubatan ni tak perlu sibuk-sibuk dalam hal dakwah dan tarbiah ni macam mana? Yelah cukuplah kita dengan bidang hospitality kita, ilmu kita kan pada hospitality. mereka yang belajar Usuluddin, Syariah Islamiah dan sebagainya perlu diberi keutamaan untuk melakukan D&T. Haha itu yang selalu dipersoalkan oleh rakan seperjuangan ana yang lain, bila ana cuba ajak join gerabak sempoi ni.” Aju Khairul Faisal, seorang ikhwah gagah yang bekerja sebagai Medical Assistance atau MA di sebuah hospital terkenal di kota raya.

“Ok yang itu cuba murobbi kita jawab.” Muncung mulut Ammar tepat pada aku. Haha comel dia buat muka.

“ Sebenarnya mungkin salah kita juga kerna mereka tak memahami. Dalam D&T ni, tak semestinya mereka yang belajar agama sahaja wajib buat dakwah, bahkan dalam bidang skop yang lain lagilah diperlukan dakwah ni.”

Tarik nafas.

“Contohlah tak kan mereka yang belajar agama, kena pergi hospital then peringatkan tentang agama. Tak kata salah, tapi se’afdhal’nya mereka yang dalam bidang perubatan tu lah perlukan buat dakwah. Sebab kita lebih dekat dengan pesakit. Sebab kita lebih tahu akan keperluan fizikal dan emosi pesakit ketika memberi perawatan.”

“Tapikan akh, mereka yang belajar agama mungkin lebih luas pengetahuan mereka berbanding kita. Bila ditanya tentang sesuatu yang berkaitan dengan islam, tentu mereka lebih ekspert dan ceredik.” Ujar Isam. Seorang ikhwah dalam bidang Sains Perubatan. Baru pulang dari menjadi penceramah di sebuah IPTA perubatan di kuantan.

“Tapikan juga akh, ada satu rahsia yang jika antum semua perasan. Kita ada satu kelebihan berbanding mereka yang belajar dalam pengkhususan agama. Mahu tahu tak?” Ujar aku.

“Mahu.” Hafiz menyahut. Bersemangat.

Ahli usrah lain pula sekadar mengangkat kening. Meningkatkan konsentrasi.

“Apabila kita yang dalam bidang perubatan ni menceburkan dalam D&T, otomatik kita akan belajar mengenai agama. Belajar ayat tafsir Al-Quran, memahami tafsir hadith secara mingguan, bedah kitab Syarah Rasmul Bayan Tarbiyah dan Majmu’atul Rasail, belajar sirah nabawiyah dan para sahabah, belajar maratib amal, muwasat tarbiyah, belajar fiqah dan syariat dan banyak lagi yang letih untuk ana sebutkan lagi. Semuanya boleh kita peroleh dalam halaqah kita. Dalam D&T yang kita jalani kini.”

“Tapikan akh murobbi, ana ada satu pandangan. Tapi kalau mereka yang belajar agama tahu ni, konfem ana kena pelempang sakti mereka, haha.” Celah lagi Hafiz, seorang ahli Farmasi di sebuah hospital swasta Islamik di kota raya.

“Oh ye ke. Apa dia?” Jawab aku.

“Kalau mereka ada konferens sorga, mereka tak dapat belajar sains, bidang perubatan, dan sebagainya berbanding kita dalam konferens sorga dapat peluang menyeimbangkan diri dalam kedua-dua bidang. Betul tak tamsilan ana ni, haha.”


Semua ahli tertawa kecil. Aku senyum.

“Tapikan akh, jangan lupa bahawa itu tak beerti kita lebih baik berbanding mereka. Dan mereka juga tidak beerti lebih baik berbanding kita. Setiap daripada kita ada kelebihan dan kekurangan dalam bidang masing-masing. Maka sebab itu kita semua perlu bergabung membentuk satu barisan chenta fillah D&T tanpa mengira latar belakang bidang yang diambil. Sebab kita Islam dan kita semua bersaudara saling memerlukan kepakaran antara satu sama lain”

Tarik nafas.

“Kerana kita juga semua sama dalam D&T ni. Cuma satu sahaja yang membezakan kita adalah pada taqwa. Dan letaknya di sini.”Tangan aku pada dada. Senyum.

Semua ahli mengangguk kepala.



Senyap tiba-tiba. Semua orang memandang buku catatan masing-masing. Sambil tabung halaqah sedang berpusing.

“Emm minggu lepas kita cadang mahu letakkan nama kumpulan halaqah kita ni. So antum dah ada cadangan.” Aku memecah kesunyian dengan soalan.

“Ahah! Ana ada satu cadangan. Disebabkan kita semua dalam bidang perubatan, apa kata kita bubuh nama yang berkaitan dengan medikal. Huhu baru best!” Cadang khairul Faisal, sambil membetulkan duduknya supaya dekat dengan aku.

“Emmm apa dia ya?” Gumam Ammar.

Sunyi sesaat.

“Hah! Dapat dah!” Tepuk tangan sekali. Isam mencelah tiba-tiba.



“Jeng! Jeng! Jeng!  kitalah ‘Ikhwah Tarbiyah Medikal Chenta’! Amacam sedap tak?”

Semua orang tertawa. Aku pon sama. Faisal menolak kecil bahu Isam.

“Aik kenapa ni. Ok ke dak ni?”

“Ok tu ok, tapi kenapa kena bubuh chenta belakang tu. Hehe.” Soal aku.

“Sebab dakwah kita kan dakwah chenta. Da’wah is Chenta. Am I right?”

“Haha ok. Ana sangat setuju.” Ujar Hafiz.

“Alright!” Sahut  serentak Faisal dengan Ammar.

Dan aku pula seorang staf jururawat di sebuah hospital ibu kota terus tersenyum.

Senyum gumbira.

Moga Allah sayang kami semua dalam arena medikal tarbiyah ini.
-Nurse, Medical Asisstance, Tuan Duktur, Sains Perubatan di makmal, dan ahli Farmasi.

Dan kamilah ‘Ikhwah Tarbiyah Medikal Chenta’.

Ketawa kecil tutup mulut dengan tapak tangan.

Senyum sekali lagi.

-PAB-

Ceghite kali ini saya reka khas buat mereka yang berada dalam gerabak D&T ini, ekspeseli mereka  yang berada dalam bidang medikal or perubatan ini.

Juga sudah tentu buat semua hadek-hadek konferens sorga saya. Harap mereka tak perasan bahawa dalam ceghite ini telah digunakan sebahagian nama mereka sebagai watak. Eheh!

Moga anda tak futur, lemau tin biskut, dan kekal dengan tarbiah dan dakwah hingga akhir hayat.

Senyum dengan happy-nya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...