WARNING!
Anda dinasihatkan untuk tidak berasa sindrom morning sickness iaitu loya dan
muntah ketika membaca post kali ini. Kerana cerita ini kisah rindu, membuahkan
cinta yang melimpah ruah dan memanifestasikan kejiwangan yang berbuah pahala. Aiwah!
.............................................
Ketika sedang sibuk menelaah
dengan rajin lagi fokusnya mata pelajaran yang sangat susah lagi mencabar sambil melukis awan (eh! sempat pula dia) Athar, tersenyum lebar dengan rasa rindu dendamnya kepada
ikhwah teman sekonferens riangnya, cuba menghantar mesej ‘jiwang’ nya seperti
biasa:
“Assalam
alaik akhuna Naim. Ana rindulah pada enta. Senyum.”
“Wassalam
alaik, hehe. Kenapa ya? Bukan ke baru jumpa dalam usrah minggu lepas, hehe.”
“Itulah
semakin jumpa semakin rindu pulak, hehe.”
“Hehe. Tak
mengapa. Nanti jumpa next usrah pula ya.
Insyaallah. Uhibbuka Fillah!”
“Uhibbuka
Fillah. Emm...Naim?”
“Ya ana!”
“Jiwang
kita, jiwang berpahala kan. Mahu melaga pipi enta yang lembut itu boleh. Hehe.”
“Haha. Betul
betul betul. Boleh je, he. Ada-ada je enta ini”
Dan malam
itu, Athar mendoakan sahabatnya itu dalam sujud tahajjudnya sebelum tahiyat
akhirnya:
‘Ya Allah,
hamba-Mu ini mencintainya kerana-Mu. Diriku ini suka memeluknya, mencium
pipinya yang lembut, kemudiannya dia akan membisikkan ke telingaku ‘uhibbuka
fillah’. Kehadiran dia bersama ikhwah lain dalam hidupku mendamaikan jiwa,
melembutkan hati, memberi sebutir sakinah dan kaseh sayang ke dalam hati. Maka,
saksikanlah bahawa saat ini aku redha dan tidak malu untuk menyatakan bahawa…
Menangis…
'Aku mencintai
dia dan mereka kerana diri-Mu.
Teringin benar mahu
memimpin tangan bersama-sama mereka ke Jannah-Mu. Mencapai Keredhaan-Mu. Dengan harapan Dikau tersenyum majaz pada kami. Amin..'
p/s: Wahai
ikhwah! Jangan malu untuk men’ekspresi’ kan kejiwangan anda kepada ikhwah yang
lain. Harapannya moga apabila kita mencintai mereka dengan menonjolkannya, maka
itu lebih terkesan di hati. Bukankah ia berpahala!
Ehem, rindu kepada si pipi lembut. Anda? JOM berjiwang pahala! Tweet
1 ulasan:
terbaik akhi.
ps: susah nak jumpa ikhwah terang terangan ekpresi kejiwangan dengan ikhwah lain. alhamdulillah. moga menjadi contoh. aiwah
Catat Ulasan