”When an elder dies, one of your doors for dua has closed. So while they‟re living, make the best of that relationship and ask them for their duas”
-Imam Tahir Anwar-
![]() |
[Kredit-Ini bukan puan Opah, tapi hati tetap sayu sumpah!] |
“Opah opah, kenapa opah cubit-cubit ikan goreng tu jadi kecik?”
Goyang tangan kecil lagi tembam anak kecil itu pada peha opahnya.
Opah hanya tersenyum melihat cucunya. Tersenyum manis menampakkan kedutan usia
emas di wajah bersihnya.
Mata sepet anak kecil itu masih melihatkan tangan opahnya menggaul
isi ikan yang sudah dikecilkan, selepas dipisahkan daripada tulang ikan sebentar
tadi kemudiannya digaul bersama dengan nasi dan kicap manis cap udang di
hadapannya. Terliur.
Kemudian anak kecil itu menongkat dagu duduk bersilang.
Menembamkan pipi melihat opah yang terchenta masih lagi sedang menggaul nasi
dengan ikan yang telah dilumatkan dengan khusyuknya.
Opah tersenyum masih lagi tidak menjawab.
“Ok dah siap gaul dah. Nganga mulut cucu opah.” Sua tangan opah
pada mulut cucunya itu.
“Aaaaa” Nganga mulut anak kecil itu. Menyahut suapan dari opahnya.
Tangan kiri opahnya pula menadah suapan kanan, elak daripada lebihan nasi
terjatuh.
Kembung mulutnya. Mengunyah-ngunyah. Menembamkan lagi pipi yang
sedia tembam.
“Sedap tak?”
Mata cucunya membulat. Mengangguk berkali-kali sambil mulut masih
lagi terkumat-kamit.
Comot.
……………..........................
“Opah opah, kenapa opah letak kain putih ni kat dahi adik?”
Anak kecil yang berbaring itu mengangkat kain putih kecil yang berada
di atas dahinya. Sedikit berat kerana baru sahaja diperah sedikit dengan air
sejuk. Opah yang disisi tersenyum manis.
“Letak-letak. Adek kan demam. Jadi kenalah letak kain basah ni kat
atas dahi Adek.” Ujar opah lembut. Menahan bahu cucunya daripada mengangkat
kepala daripada ribaannya.
“Owh macam tu.” Anak kecil itu meletakkan kembali kain putih
tersebut di atas dahinya. Tiba-tiba anak kecil itu membulat mata, ternganga
mulut melihat opah tersenyum daripada pandangan bawah dagu opahnya. Terpana
dengan senyuman opah yang manis.
Rasa selesa dan damai dengan senyuman itu.
Kemudian anak kecil itu mendengar opahnya mendendangkan alunan
yang sangat indah. Sambil menepuk lengan kecil cucunya, menggoyangkan sedikit
badan mengikut rentak alunan tersebut.
Anak kecil itu masih lagi sekadar memandang dari bawah. Tepat ke
muka opahnya.
“Opah.” Panggil anak kecil itu lembut.
“Ya, cucu opah, kenapa sayang?” Pandang opah. Masih tersenyum.
“Adik sejuk.” Anak kecil buat gaya menggigil, memeluk badan.
Lantas terus opah menyelimutkan cucunya dengan selimut warna-warni
pelangi. Tidak cukup dengan itu, opah terus baring bersama cucunya itu, dan
memeluk cucunya dengan kaseh sayang. Rasa chenta.
Tenang.
Hangat.
………………………......................
“Opah opah, kenapa opah cantumkan semua kain kecik berwarna-warni
ni?
Anak kecil melihat opahnya sambil memegang patung mainan pandanya.
Mata membulat melihat keindahan warna-warni kain licin yang membentuk menjadi
selimut yang terhasil daripada gabungan kain-kain kecil. Dijahit sendiri oleh
opah.
“Opah nak buat apa?”
“Opah nak buat selimut. Untuk adek juga. Nanti adek atau ummi adek
boleh pakai.” Terangkat kening opahnya dua kali. Senyum manis.
“Selimut. Bestnya!” Terlompat girang cucunya.
“Untuk opah tak de ke?” Anak kecil itu menyoal tiba-tiba. Angkat
kening.
Opah sekadar menjawab dengan tersenyum.
.............................................
Semua sketsa pendek di atas adalah sekitar memori yang pernah saya
lalui bersama-sama dengan opah saya yang terchenta. Seorang wanita yang sangat
saya kasihi dan chentai sepenuh hati saya. Satu-satunya opah yang saya ada,
kenal dan sangat saya sumpah sayang!
Opah adalah panggilan bagi ‘nenek’ khususnya orang yang berasal
daripada negeri utara, tepatnya di negeri Perak Kite. Ehem.
Opahlah yang menjaga saya semasa kecil kira-kira berumur tujuh
tahun ketika ummi dan ayah gigih mencari sesuap nasi. Opahlah yang mengisi masa
ruang dan lapang ketika hati kecil saya memerlukan kasih sayang seorang nenek.
Lantas opah menyudikan diri untuk menjaga saya dengan sendirinya.
Opah seorang wanita yang hidup dengan sederhananya. Dia seorang
wanita yang sering tersenyum. Senyuman dia tidak pernah tidak mesti melembutkan
hati saya ketika memandangnya.
Apatah lagi semasa kecil, saya suka memandang senyumannya itu.
Terutamanya dari baringan di atas ribaannya, saya terpana melihat senyuman opah.
Menariknya juga opahlah satu-satunya nenek saya yang masih lagi mempunyai jalur
keturunan Cina berkulit putih chantek berseri ehem ehem! batuk, hinggalah boleh
dikatakan inchek ayah dan inchek yop saya serupa sungguh dengan keturunan
berkulit putih itu. Oh ye termasuk hadek-hadek gegirl saya. Ok sumpah ini bukan
saya nak hidung kembang. Tetapi itulah keistimewaan opah dari segi keturunan.
Opah. Saya rindu opah. Serius arakian lama tidak berjumpa
akibatkan kesibukan tahap raksasa di kota raya, menuntut ilmu selain
melompatkan diri menjadi hero/in yang memakai suit D&T di malam hari dengan
bergayanya.
Tapi kini.
Seolah saya tidak percaya telah tiba masanya.
Opah pergi buat selamanya, dengan senyuman manisnya yang dibawa
pergi.
Isk Isk.
Nanges.
………………………...............................
“Assalammualaikum. Pak Long ni” Suara di sana bergetar.
“Waalaikumussalam, ye Pak Long.” Saya menyahut. Tika itu usai
solat maghrib di surau hostel, saya berkesempatan bersama rakan surau pergi ke
gerai berdekatan. Duduk dan minum bermuaiyasyah.
“Tahu tentang opah?” Suara Pak Long sedikit pelik.
“Kenapa dengan opah? Opah sudah keluar hospital ke? Saya
bertanyakan. Risau. Sememangnya opah kebelakangan ini kerap kali berulang alik
daripada rumah ke hospital bersama ayah, atau mak saudara dan pak cik saudara
saya yang lain. Cuma di sebabkan komitmen saya semakin tinggi terhadap
pelajaran dan juga D&T di kota raya ini, cubaan menangguhkan dahulu niat
untuk melawat opah yang tersayang.
“Opah dan meninggal. Asar tadi.” Perlahan Pak Long bagitahu.
Suasana senyap sebentar. Saya yang mendengar seakan tidak percaya.
Mulut saya spontan mengucapkan lafaz innalillah.
“Esok Pak Long nak pulang ke kampong. Mahu tumpang sekali?”
Dengan perasaan masih tidak percaya, saya menyatakan persetujuan.
Telefon dimatikan. Rakan-rakan memandang. Tiba-tiba dada saya sebak. Hati saya
mencucuk-cucuk.
Perlahan air mata hangat mengalir. Saya tertunduk ke bawah. Tak
mampu menahan.
“Opah.”
……………………………...........................
Lutut insan itu jatuh terjelepuk di hadapan seorang wanita yang
sangat dikenalinya, terbaring kemas
menutup aurat dengan telekungnya. Serba putih. Seakan tidak percaya insan itu
kini berada di hadapan mata dengan keadaan sebegitu. Terasa baru semalam dia
melihat insan itu tersenyum. Senyum yang manis itu.
Dia baru sahaja sampai daripada kota raya tempat dia menuntut
ilmu. Bergegas terus ke dalam rumah, selepas bersalam dan mencium tangan puan umminya
lantas mencari insan yang dirindui senyumannya itu. Walau dia tahu senyuman itu
dia tidak akan menatapnya lagi.
Menurut puan ummi, opah meninggal arakian sebelum tibanya azan
Maghrib. Dan beberapa minggu sebelum itu dimasukkan ke Hospital Besar, kerana
masalah tiga serangkai yang sumpah dikenali sebagai ‘silent killer’ itu.
“Opah…” Sebut dia perlahan-lahan. Bahu dia terhenjut-henjut. Turun
naik nafas dia sambil air mata hangat laju mengalir dari mata sepetnya. Hidung
berair. Berkali-kali juga dia menyeka air di bawah pipinya dengan lengan
bajunya. Berkali-kali seolah-olah tidak akan berhenti.
Semua orang melihat dia dan keluarga yang mengelilingi wanita yang
terbaring sepi itu. Suasana sayu. Saat semua orang ahli keluarga diminta untuk
memberikan salam yang terakhir oleh Inchek Imam, teroyak dia pecah tanpa suara
lagi. Kucupan dan sedekah Al-Fatihah daripada cucu-cucu kecil yang tidak
mengerti, dia lihat dengan penuh pengertian.
Dia terus melihat opahnya dengan pandangan kosong. Putih bersih
muka opah. Seolah-olah semua memori bersama opah kembali saat itu menjengah
mindanya. Air mata hangat mengalir, dibuka cermin matanya lalu diseka air mata
yang semakin lama semakin laju tertumpah.
Dia cuba menahan teroyak tadi, mungkin malu dengan orang ramai memandang
tetapi memori-memori semasa kecil dengan opahnya kembali menerawang, seolah
semuanya kembali kealam nyata. Seolah semua itu kini di hadapan mata dia.
Bagaimana dia terkesan dengan cubitan kecil ikan yang digaul
dengan nasi kuah kicap manis sedap sungguh oleh opahnya.
Bagaimana dia sejuk hati dengan pelukan dan ciuman pada pipi
tembamnya oleh opah setiap kali bertemu ketika dihantar oleh puan umminya
sebelum berangkat mencari rejeki.
Bagaimana dia tersentuh dengan layanan opah ketika dia berjalan di
atas siling rumah opahnya secara senyap-senyap, konon-kononnya seorang
superhero di siang hari, rahib di malam hari err lalu siling rumah itu pecah
dan nyaris dia jatuh ke lantai. Mujur opah menjadi heroin dia, menyambutnya
daripada terjelepuk jatuh ke lantai. Fuh! Lap peluh. Yang paling tidak percaya
pada dia, opah tidak marah bahkan siap tersenyum sambil mengenyit mata dua kali
lagi. Hebat. (sambil geleng kepala.)
Bagaimana dia juga terkesan dengan panggilan keramat ‘adek’ pada
dia, yang menurut dia opah menyebutnya dengan penuh kelembutan dan kaseh
sayang.
Terbayang juga dia pada memori terakhir yang dia ukir bersama
opahnya. Tepatnya pada Aidilfitri yang lepas. Hari raya yang pertama. Hari yang
sangat dia senang hati dengan senyuman itu.
“Ummi ummi, perasan tak adek sekarang sudah lebih tinggi daripada
opah kan kan?”
Tangan kanan dia memeluk bahu kanan opahnya. Lantas opah
tersenyum, menepuk bahu cucunya itu yang kini telah menginjak dewasa. Terus
ummi dan opah ketawa kecil.
Tenang. Menyenangkan hati melihat opah sebegitu.
“Allahuakbar!” Laungan angkat takbir Imam menghentikan lamunan
dia. Pada takbir yang ke empat solat Jenazah yang didirikan, terus air mata dia
mengalir laju lagi, sambil mendoakan kebaikan buat opahnya.
‘Moga Allah sayang opah ya, amin’
Kucup dia pada dahi opahnya sebelum solat tadi. Putih bersih dan
tenang di sebalik wajah yang kini telah menemui Illahi.
………………………….....................
Usai urusan pengebumian opah semua orang beransur pergi
meninggalkan tapak perkuburan. Talkin yang dibacakan sebentar tadi terus
mengecilkan hati dia, mengesankan hati dia. Juga pada hadirin yang hadir.
Suasana sunyi. Hanya esakan mak cik saudaranya kedengaran.
“Adik, mak su pergi dulu.” Tegur mak su-nya. Bahu disentuh lembut,
meminta izin kembali ke rumah opah.
“Baik mak su.” Jawab dia. Menghantar mak su dengan pandangan
sekejap.
Lantas dia membuka sebuah lembaran yang berzip dan berkulit
coklat. Al-Quran kecil. Dicarinya mudah surah yang dikenali sebagai jantung
al-Quran itu, terus dibacanya dengan tartil dan perlahan-lahan. Menghayati dan
hati benar-benar cuba menghubungkannya dengan Illahi, agar diterima sebagai
hadiah buat opah yang telah pergi.
“ Yassin…” Perlahan dia menyebut. Sampai sehingga ayat ke
kesepuluh kolam air matanya terasa kembali hangat. Cuba menahan. Masuk ayat ke
lima-belas terus dia kembali mengalirkan air mata. Hangat pipinya.
Entah ke berapa kali. Teresak-esak.
Bacaan dia betul-betul terganggu dengan esakan itu. Terus
kemudiannya esakan dia semakin kuat, melepaskan suara tangisan yang semenjak
melihat opahnya terbaring tadi terpendam. Dia melepaskan betul-betul tangisan
itu. Tidak lagi teroyak senyap.
Air mata dia menitis jatuh ke kuburan.
Bukanlah dia seorang yang mudah menangis. Arakian kematian itu
sendiri sebenarnya hampir setiap hari dia telah melihatnya terutamanya di
hospital, berikutan dia seorang jururawat di mana tempat dia praktikal. Hampir
sahaja setiap hari dia melihat kematian, seolah kematian itu sesuatu yang
menjadi kebiasaan buat dia.
Tetapi kematian opah terchenta, sangat mengesankan hati. Bukanlah
ikatan darah itu yang menyebabkan dia menangis sebegitu kuat, tetapi terdapat
satu nilai yang begitu dia terkesan dengan opahnya. Ya! Kaseh sayang opah, penuh
dengan nilai yang dinamakan sebagai ‘ikhlas’. Sungguh!
Melalui senyuman yang terakam dek memori, dia sedar itulah tanda
‘ikhlas’ kaseh dan sayang daripada opah.
“Opah opah, kesian dengan opah sebab demam hari ini.”
Ucap anak kecil itu dengan
nada manja. Memuncungkan bibirnya.
Mereka berdua sedang menaiki basikal tua merah. Opah sedang
membawa cucunya yang baru pulang daripada tadika. Anak kecil itu tenang memeluk
opahnya daripada belakang. Ketat. Tanda sayang.
“Tak pe. Opah kan kuat.” Balas opahnya tersenyum. Menampakkan lagi
garis kedut pada pelipis matanya yang sepet itu.
“Tak pe, tak pe opah. Nanti adik sudah besar, adik akan jadi
doktor kemudian adik akan rawat opah, jaga opah baik-baik hingga opah hidup
sihat.” Goyang badan anak kecil itu. Memanjang sedikit kepalanya melihat wajah
opahnya dari bawah.
Opah tersenyum. Dan mata anak kecil itu terus memandangan senyuman
indah itu.
Terus bibir anak kecil itu menguntum senyuman. Berbunga hati.
Tarikan hingus kedengaran. Mata dia terus meneliti bacaan di hadapan, sempat membaca dan menghayati maknanya.
"Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."
-Yassin ayat 83-
Ayat itu dihabiskan.
“Maafkan adek ya opah. Adek tak sempat nak ‘rawat dan jaga’ opah.”
Ucap dia perlahan sambil menutup mulut menahan suara esakan.
Air mata dia terus tumpah dan mengalir. Bahu terhenjut-henjut
Hangat.
‘Moga Allah izin kita berjumpa di surge kelak ye opah’
-PAB-
Seriangah Bt Basir adalah seorang puan besar kepada ayah saya yang telah pergi menemui Illahinya kelmarin. Yap! boleh dikatakan dia antara 10 insan yang jika orang bertanyakan siapakah antara dalam hidup saya paling sayangi, saya akan jawab dengan bangganya ' Opah saya.'
Sudah tentu bukannya 'oppa sarang hey!' atau yang lainnya.
Kepada opah yang dichentai, ketahuilah cucumu ini sangat merindui pelukan hangatmu.
Menanti senyuman indahmu kembali.
Di surga nanti, Insyaallah.
Saya, nanges tersenyum. Lap air hidung~
Nota tangan: sempat menanges lebat semasa membuat penulisan kali ini, oh! (dua-dua tangan atas meja, dahi tersujud atasnya)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan