School Of Tarbiyyah

Jumaat, 25 Januari 2013

"Err Akh, kata mahu tundukkan pandangan?"


-kredit-

              Dia menangis. Arakian dilapnya air mata yang mengalir dengan hujung lengan baju melayu putihnya. Warna kegemaran. Dia baca lagi ayat chenta dari Tuhan-Nya. Menangis lagi. Laju.

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

-An-Nur 31-

                Dia menangis lagi. Aku yang disisi terus menepuk bahunya. Berkali-kali. Bersabarlah akh sayang. Moga Allah mechentai anta, kerna Allah itu kan mengasihi hamba-Nya yang sentiasa memperbaharui taubatnya. Hebat Allah en.
                
“Ana sedih. Walau beribu kali ana cuba, tetap susah untuk menahannya.”

        Aku diam. Dia mula menutup mata. Menekan bebola biji matanya. Menundukkan kepalanya. Aku tahu, dia sedih, dan aku juga tahu yang dia sedih mengenangkan betapa mudahnya dia tewas dengan pandangan matanya sendiri.

                Hatiku jadi sebak. Menjalani proses tarbiyah bersama dia yang baek hati lagi innocent ini sebagai mutarabbi, buat pertama kalinya menceritakan masalah peribadinya dengan nada mengharukan, membuatkan aku menjadi seorang yang sebenarnya agak pemarah semakin lembut hatinya dan mudah terasa. Terasa yang dirinya sangatlah suci dan haibat iman dan taqwanya, sehingga menanges hanya kerana tidak berjaya menundukkan pandangannya.  Oh Sumpah! Aku mahu peluk ketat dia sebenarnya.

                Mutarabbi tersayang, anda hebat tahu!

             Terasa sangat betapa diri lagi banyak dosa dan hinanya diri berbanding dia!
               
 “ Kenapa akh pon sedih juga?” Sebab hendak tinggalkan tempat ini esokkah?”
Soal dia. Alahai sucinya muka bila dia bertanya. Eheh! Cubit pipi karang en.

                “Bukanlah akh, tapi sebab kita bakal berpisah.” Jawab aku.

                “Em!”

                Mata dia berkedip-kedip. Hanya itu kata yang keluar dari mulut kecilnya itu. Aku tidak menyambung perkara yang berkaitan dengan keberangkatanku esok ke luar negara bagi menyambung delegasi masa depanku, risau hatinya akan terluka atau berubah menjadi pilu. Biarlah hari-hari terakhir kami bersama ini penuh dengan rasa gumbira yang berbuah sorga dan rasa terharu lagi sayang ini.

               “Akh, ulama dahulu sangat menjaga matanya.  Khabarnya bukan sahaja terlihat aurat orang lain membuatkan mereka merasa malu, bahkan bertambah malu mereka jika melihat aurat sendiri.” Batuk. Cubaan untuk melarikan diri daripada terus bersedih.

              Dia terus memandang aku. Menantikan sambungan.

            “Dan percaya atau tidak erti ‘aurat’ pada pandangan mereka bukan sahaja bermaksud malu untuk melihat anggota zahiriah orang lain, bahkan bermaksud malu untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan ke tidaksukaan Allah terhadap mereka, sehingga mendedahkan keaiban mereka sendiri di mata Allah. Bukankah Allah itu sentiasa melihat malu mereka? Ya, Itu ketakutan untuk malu pada pandangan mereka tahu.” Jelas aku lagi.

Kemudian tidak semena-mena dia semakin bersedih. Aku pelik dan tersengih. Aik!

          “Err kenapa akh? Ana salah cakapkah. Maaf sangat” Tapak tangan aku cantum kan tanda memohon maaf, lagaknya seperti seorang teruna memohon maaf kepada puan mamanya. huhu

              “Beruntung siapa yang menjadi mutarabbi konferens sorga dengan akh selepas ini di Zaqazig nanti. Bila bercakap mesti menusuk hati. Teringat memori sebelum ini akh selalu memberi nasihat buat ana, memberi jawapan kepada setiap persoalan ana, bahkan membantu tiap saat susah mahupon ingatan tika senang. Maaf jika selama ini ana tidak menjadi mutarabbi yang baik buat akh.” Ucap dia. Aku dan dia bertentang mata. Tiba-tiba mata dia aku lihat terus bergenang.

                “Huh, terharu sampai mahu menangiskah?”

                ‘Boleh jadi dua mata yang saling tumpah menangis kerana bertemu dan berpisah, bersahabat kerna bakal dinaungi oleh kaseh sayang Allah di akhirat kelak’. Getus aku.

               Aku sedar keadaan sangat menyedihkan mungkin akan berterusan, cuba untuk bercanda dan menukar kepada suasana riang tidak menjadi nampak gayanya. Kena tukar strategi kalau begini. Ya, mentol aku lihat sudah menyala, eheh!
                “Anta sayang, mahu tahukah rahsia ana yang paling terbaik lagi menakjubkan ketika mana membawa konferens sorga selama ini? Mahu tahu?” Soal aku.

                “Apa dia?”

                “Menggeletek mutarabbinya setiap kali selepas muayasyah. Nah hambek ni!”

               Aku pula cuba terus bercanda. Mencucuk bawah ketiaknya yang masham itu.

                “Opocot! Ish enta ni!”

              Dia terkejut beruk. Eheh!  Lalu kami sama-sama ketawa. Bahuku ditolak. Aku ketawa puas. Mataku hangat sebenarnya, namun aku cuba untuk tidak mengalirkan air mata. Bimbang dia perasan.

                “Enta?”

                “Ya.”

                “Insyaallah adakah kita akan bertemu sekali lagi nanti?”

                “Insyaallah sudah semestinya. Andai  tidak….”

                “Andai tidak?”

                “Di sorga Allah kita bertemu sekali lagi.” Senyum.

Hati nanges.

Selang dua saat kami tersenyum dan senyap. Tiba-tiba:

"Akh, tengok tu, ada akhawat lelabuhan lah sana tu!" Sapa aku tiba-tiba.

"Mana-mana?"

"Situ nun." Tunjuk aku dengan jari.

"Tak nampak pon." Pandang dia pada aku.

"Err akh, kata mahu tundukkan pandangan, wakaka."

"Ish kurang asham. Nah hambek ni." Ditolaknya aku. Jatuh kerusi.

Aku terus gelak.

Senyum kerang.

…………...........................


DIJADIKAN INDAH PADA MATA.

Mata.

Eh! Anda nanges ke ketawa. Huhu.

Semua orang ada mata en. Jadi tidak kiralah mata anda sepet ganteng, bulat panda, bercahaya lighting, menyinar awan, silau lagi menyilaukan, berbintang lagaknya ketika anda sedang ternganga kerna dek penangan konferens sorga semalam, jadinya sudah tentu ia berfungsi untuk melihat. Eh!! Ada ke mata fungsinya untuk menggaru kepala anda yang tidak gatal itu. Senyum nakal.

                Walau bentuknya kelihatan kecil, lebih ketot daripada saiz otak anda (sebut seperti iklan susu, eheh comel) tetapi memainkan peranannya yang sangat besar. Seperti mana kata kebanyakan orang, tidak sesuatu perkara itu bermula melainkan permulaannya  melalui pandangan mata. Tidak salah juga kebanyakan kita dengar kata-kata yang  berbunyi dari mata turunnya ke hati.

                Mata. Fizikalnya mempunyai bahagian yang sangat unik. Mempunyai sklera, iris, pupil dibahagian hadapannya manakala sebagai pelengkap ditapis daripada mikroorganisma masuk dengan bulu mata yang nipis dan indah itu. Jadinya, mata anda juga tidak akan tergojol keluar andai anda terbersin atau rukuk berjam lamanya qiammullail anda tahu, kerana spesifikannya dalam keseimbangan udara luar dan dalam badan.

Jadinya apabila mata diberikan fungsinya untuk melihat, tidak dapat tidak ia mestilah tertarik untuk melihat sesuatu yang menarik pada pandangan matanya. Kerna ia adalah semulajadi. Fitrah suatu mahkluk bernama manusia. Sunnatullah kata hadek bulatan gumbira saya yang sumpah chubby itu.


"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa wanita-wanita, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik"

-Ali-Imran ayat 14-

                Menunduk pandangan di sini maksud saya bukanlah bermaksud anda sentiasa menunduk kepala ketika berjalan sedangkan gaung berada di hadapan anda atau juga ketika sedang memandu kereta , bukan bukan. Ia bermaksud anda menahan pandangan,  tidak melihat sesuatu yang memberi dosa percuma kepada anda. Ya anda faham bukan?

Dan jika anda perhatikan dengan saksamanya anda akan mendapati bahawa perkara pertama yang menjadi indah pada pandangan manusia ialah cik perempuan cik perempuan atau bidadari-bidadari dunia yang bermata bening en. Sungguh! Saya pon setuju dengan perkara ini. Allah hebat Allah!

Sepertinya fenomena. Ikhwah nakal suka melihat akhawat bertudung labuh. Batuk.  Akhawat pula suka melihat inche-iche korea yang hensem itu. Bunyi angin sepoi bahasa.

Err mestilah saya tahu sebabnya kenapa? Sebabnya saya bukan malaikat yang sentiasa haibat dengan kechentaannya pada Allah. Hanya manusia biasa merindui Allah juga seperti anda, yang bernafsu. Batuk.

Apabila kita ini manusia yang telah disediakan nafsu, diseimbangkan dengan akal makanya fitrah untuk memandang yang chantek ini seharusnya didasari dengan sesuatu yang mencantikkannya dan mengurusnya agar ia selari dengan apa yang Allah mahu dan sukakan. Ia, itulah yang dikatakan syariatullah. Syariatullah yang mengatur sunnatullah.

Ya! Syariatullah telah mengajarkan kita semua yang mengaku ittiba kepada Baginda Rasulullah SAW, agar menundukkan pandangan seperti yang telah diperintahkan oleh Allah menerusi surat Chenta-Nya:

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”

Untuk apa?

‘Ya agar yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
-An-Nur ayat 31-

Pada pandangan anda, tidak adakah rasa inkuiri mengapa Allah terus memberikan jawapan dengan mengatakan bahawa yang demikian itu lebih suci bagi mereka? Err anda ‘mereka’ itu adalah kita en, jangan lupa.

Ya, jika anda berjaya dengan suruhan Allah agar menundukkan pandangan, arakian anda telah pon tergolong dalam golongan yang suci. Kerna bila Allah mengatakan bahawa suci bagi mereka, yes yakinlah dengan tersenyum nakal bahwa anda berjaya menjadi suci eheh! Ohoi lagi haibat andai ikhwah dikatakan suci, kiki.

Then, lebih haibatnya, yang suci itu hanyalah Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Allah sahajalah mengetahui sama ada kita suci atau tidak?

Eh jika tidak?

Mesti adalah silapnya tu. Boleh jadi mata depan anda tidak melihat akhwat yang berjalan dengan sopannya depan anda, tapi ekor mata anda akhirnya mengikut jejak akhwat tersebut, walaupon tika itu anda seolah malu-malu tidak kucing listen listen listen eh!

Jadinya sama ada anda betul-betul suci, jawapannya hanya Allah sahaja yang mengetahui.


KESAN JANGKA PANJANG DAN SEKARANG, SAAT INI.

                Ketika anda bermain bola keranjang , anda akan berusaha untuk merebut bola daripada pihak lawan. Makanya anda tiada masa untuk melihat kepada yang lain, melainkan fokus tumpuan anda pada bola sahaja. Sedang rakan anda hendak memberi bola lajuan kuda pada anda, tiba-tiba keluarlah seorang al-ukh dengan tudung lelabuhan jambunya, menunduk manis di luar gelanggang, menyebabkan semua orang perasan di dewan akan keindahan bidadari dunia itu dan anda juga turut terpana. Pang! Tika itu anda sudah terlambat, sebab bola itu sudah pon melekat di pipi anda dan mata anda terbeliak dek hentaman bole tersebut. Semenjak itu anda dipanggil orang ramai, si hentaman bola akibat bola keranjang. Wakaka naseb baik buka mata keranjang tau!

                Jadinya mata juga perlulah latihan khusus untuk menidakkan pada pandangan yang liar. Biarlah seluruh dunia media dan telebison menunjukkan dan mempamerkan akan keindahan sesuatu yang haram buat kita, pedulikan dengan ah! Beranilah untuk berkata tidak, saat anda diajak kawan-kawan anda untuk ke konsert wonderpet err dengan bangganya. Beranilah untuk melawan nafsu pandangan, berlatihlah menunduk pandangan, biar dunia mengghurabakan mu, tetapi Tuhan mencintai-mu. Ewah!

                Kita pon tahu mata juga adalah permulaan kepada berlakunya budaya bermaggi cintun yang akhirnya membawa kepada kancah penjinakan eh penzinaan. Yup! Bukankah keperluan untuk mengorat itu bermula dengan mata? Ya bila mata melihat chantek, mestilah hendak memikat. Tiada orang mengorat bermula dengan memejam mata, kemudian bersiul pada gadis yang ingin dingoratnya(eh macam mana dia nengok?), rupa-rupanya yang disiulnya adalah pada puan ummi saya. Pang! Percuma sarapan pagi sakti daripada tuan papa saya, eheh!

Jadin mereka yang menjaga pandangan, Insyaallah akan terpelihara daripada keinginan membuak-buak untuk menikmati budaya bermaggi cintun dengan lahapnya, sambil melihat jari dengan MSG tambahan, hehe.

Cuba anda bayangkan pula apakah kesan yang menyebabkan jika pandangan mata terhadap sesuatu yang indah itu tidak ditundukkan, jika ia sudah ter’overdosed’, alamatnya ia membawa kepada kecelakaan kepada anda, khususnya sedang anda berjalan dengan melihat akhwat lelabuhan itu tanpa pejam jelik dan akhirnya terperosok ke lubang ular atau pun terlanggar tiang kantin dengan bunyi yang dahsyat, akan kegemaanlah bunyinya. Nampak kan.

Maka begitulah, jika pandangan itu tidak didasari dengan iman dan taqwa, tiada kekuatan untuk menahan mujahadah untuk menahannya, terlampau enak untuk memandang, arakian akhirnya akan membawa kepada kemudharatan. Meme-lah boleh jadi tidak nampak pada jangka masa pendek, tapi yang pasti ia akan membawa kepada kesan jangka masa panjang.

Boleh jadi anda akan terasa untuk mencari alasan bagi membenarkan diri anda bercinta dengan bidadari dunia itu dengan alasan kononnya fillah, atau juga berkahwin awal kononnya untuk mengelakkan zina hati tanpa melakukan persediaan diri yang cukup, atau juga bakal dipelempang saktikan oleh zaujah anda nanti bila anda terkantoi melihat dalam diam wanita lain tika sedang sakan bershopping di masjid jamek, eheh!

Boleh jadi guna masa anda telah berkahwin nanti, anak cumel anda akan berkata:

“Papa, kenapa papa nengok cerita Kayu Bolli ni, tukarlah cerita karton adek nak nengok”

Gasp!

Kesemua ayat di atas: adalah ‘kesan ketagihan’ jangka panjang akibat pandangan mata yang tidak didasari dengan syariatullah. Takut pula jika ia terus membawa kepada kejadian ‘pemuda haruan yang bukan makan anak’ pula mana tahu en? Nauzubillah min zalik. Geleng kepala.

Minta jauh.


HURAIAN SYAIKH: AZIMUN FITNAH

Menurut Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin rahimahullah berkata tentang ayat ini mencadangkan untuk mendahulukan (waspada) terhadap perkara yang paling berbahaya kemudian barulah prihatin dengan perkara bahaya yang lainnya.

Oleh karena itu didahulukan wanita, karena fitnah cinta kepada syahwat berupa wanita merupakan fitnah yang paling besar. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tidaklah aku tinggalkan suatu fitnah bagi para laki-laki yang lebih berbahaya daripada fitnah wanita.”

Ketika anda membaca ‘fitnah cinta kepada syahwat berupa wanita merupakan fitnah yang paling besar’ yang mana kemudiaannya diberikan dalil semenjak 1400 tahun dahulu daripada Baginda: sememe-nya jika anda mengambil serius, peluh besar akan mengalir di dahi anda. Lap cepat.

Sehinggakan buktinya, dikatakan antara faktor kejatuhan kerajaan Melayu Melaka adalah kerana tewasnya Sang Sultana pada godaan wanita. Bukan itu sahaja berabad sebelum itu ramai sudah pemimpin yang jatuh arakian kerna wanita, seperti kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniiyah, antaranya disebabkan ketua rajanya kesukaan untuk berfoya-foyaan dengan puan-puan dayang, ish ish.

Owh ye. Tengoklah sekarang pon sudah terbukti. Kayu Harimau pon tewas akibat skandal 18sx tot tot nya sebelum ini. Adoyai. Belum lagi dikira dengan ramainya remaja juga hadek-hadek wanita zaman kini yang kebanyakannya mengaku muslim, telah akhirnya berjaya menjadi alat propa kepada syaitonirrojim untuk menundukkan kaum Adam yang telah lemau imannya itu. Bukti? Err anda ada baca berita kan..

Bahkan jika melihat sendiri sejarah zaman Rasulullah SAW sendiri, kedudukan wanita telah pon dijadikan bahan untuk memerangkap atau mem’fitnah’kan golongan yang berdakwah akan Islam terchenta.

Sehingga Ar-Rasul kita diberi ganjaran daripada pembesar Quraisy berupa wanita, pangkat dan harta. Tetapi dengan bergayanya Ar-Rasul menolak dengan penuh rasa bangga demi Islam terchenta. Hebatnya aura penangan wanita, dijadikan perangkap oleh golongan tertentu untuk dijadikan fitnah buat lelaki yang rendah imannya, khusus umat Adam akhir zaman ini. Kesian en.

Dan sehinggalah hadirnya Islam, telah menerangi kembali dunia dengan antaranya mengangkat martabat wanita ke tempat yang mulia, melindungi mereka dengan sebaiknya. Menganugerahkan tatacara hidup dan pelengkap diri yang sempurna.

Dan kini? Ish ish kesian sungguh apabila raksasa jahiliyah kembali meratah dunia dengan lapahnya, antaranya juga menggunakan sang hawa sebagai modalnya. Jadi siapakah penyelamatnya? Ya kita. Kitalah anda.

Umat Adam so kenalah cari benteng diri. Pendinding. Join gerabak tarbiyah, Insyaallah selamat. Ehem promote skit! Yosh!

Kesian sekali lagi.

Mafhumnya pesan Baginda Nabi, "Sesungguhnya Allah mencatatkan balasan zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan. Zina lidah itu adalah ucapan. Kaki berzina dan zinanya adalah melangkah. Tangan itu berzina dan zinanya adalah merangkul. Dan hati mengharap dan berkeinginan. Dan kemaluan itu mengiakan atau mendustakannya."

-Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan Imam Baihaqi dalam Shu'ab Iman-

Ok, andai anda merangkul rakan baek terchenta anda sendiri tak mengapa. Sebab ia berjiwang lagilah berpahala en. Err asalkan sama jantina~ love fillah!


ANALOGI SANG BELANG OREN DAN SANG BELANG HITAM PUTIH

So apa kata saya beri analogi mudahnya:

                Suatu ketika anda berjalan di taman layang-layang, ada hadek-beradek teletubbies melompat keriangan, bunga-bunga chenta jatuh dari langit, awan menari dan tersenyum pada anda yang baek. Tiba-tiba ada dua makhluk berjalan di hadapan anda. Yang pertamanya, makhluk sang misai berbelang badannya mengaum lantas melakukan cubaan untuk menerkam anda dengan laparnya. Ghauuum! Eh!

                Makanya anda terus berlari sepantas kereta api yang kepatahan pedal breknya, dan apabila anda memandang ke belakang akhirnya harimau itu anda melihatnya kelihatan kepenatan sambil air matanya tumpah eh! kerana tidak kelaparan akibat tidak dapat merasai betapa lazatnya daging anda jika dicecah dengan sambal kerang, eheh.

                Kemudiaannya anda berjalan lagi sambil terlompat keriangan, lagaknya seperti orang sedang angau bercinta dengan seorang bidadari yang tinggal di jalan Al-Chemori. Arakiannya sedang anda berjalan, tiba-tiba seekor nyamuk juga berbelang-belang badannya (eh mana satu badannya en?err  Garu kepala) dari jauh sedang terbang kencang pada anda sambil mata anda sepet kerna kenyit dengan tangan seakan kata ‘ek eleh! Nyamuk je, macamlah aku takut sangat’. Fuh anda berlagak-lagak tika itu. Bongkak. Maklumlah anda dah besaq.

                Dan sudah tentu anda tidak berkudung lipas anda lari seperti daripada sang belang tadi bukan?

‘Yosh! Jadi apa kaitannya cerita si belang dan si nyamuk ni dengan ceghita kita ni wahai PAB?’

                Eheh mestilah ada kaitannya anda. Kaitannya adalah pada persepsi.

               Ya persepsi bagaimana kita memandang sesuatu perkara. Mungkin boleh jadi perkara itu sangat kecil pada kita, tetapi hakikat kesan akibat daripada yang kecil itulah sangat memberi banyak risiko pada diri kita. Persoalannya berapa ramaikah orang sudah meninggal akhirat eh dunia akibat terkaman sang belang bermisai berbanding hisapan sang berbelang hitam putih kecil? Ya sudah tentu super fakta terang lagi bersuluh mengatakan bahawa ramai yang meninggal dunia akibat AEDES yang dibawa oleh nyamuk kecil cili api berbanding kita mendengar kes kematian akibat terkaman sang berbelang misai itunyang berlaku kadang kadang bukan?Ya perut sang belang pon mungkin asyik berbunyi akibat kelaparan, kruk kruk.

                Jadi begitulah juga mudarat jangka panjang jika anda adalah insan yang tidak berusaha dalam menunduk pandangan. Berusahalah dalam menunduk pandangan. Ya tak mengapalah andai anda gagal berkali-kali pon, sentiasalah bertaubat segera dan beristighfarlah. Semoga anda suci kembali Insyaallah. Err anda mahu jadi suci kan?
                                                      
                ” Jaminlah kalian kepadaku akan 6 perkara ini nescaya aku jamin syurga untuk kalian; iaitu bercakap benar dalam percakapan, menunaikan janji, melaksanakan amanah, memelihara kemaluan, menundukkan pandangan, dan menghindari dari menyakiti orang lain”

-Riwayat Ahmad, Ibn Dunya, Ibn Hibban dan al-hakim-

PENGAKHIRAN: KEJAYAAN OSEMNESS DALAM MENUNDUK PANDANGAN
           
Ya, sudah tentu anda tahu di setiap kesusahan yang anda tekunkan dengan bersungguh-sungguh akhirnya akan membuahkan sesuatu yang sangat berharga. Seperti anda dahulu waktu kecik, puan ibu meminta anda membeli tepung jagung untuk dibuat jamuan hari jadi anda. Then bila anda pulang dari kedai dia memberi wang upahan, dan ciuman kaseh itu. Ha, itulah hadiah bila anda bersusah untuk ke kedai dengan menaiki motor inche papa anda tanpa keizinannya, hehe.



"Pandangan adalah anak panah beracun dari anak panah iblis. Siapapun yang menghindarkannya kerana takut kepada Allah, Allah akan mengurniakan keimanan yang akan ia temui manisnya di dalam hati," 

-HR Al-Hakim-
Ya seperti itu jugalah anda akhirnya akan merasai kemanisan iman yang abadi. Sompah anda akan terlanggar bahu Yang Berhormat Tuan Iman itu dan dia memberikan gula-gula yang manis buat anda, yang membuatkan anda terbuai-buai kerana ketenangan di dalam hati yang amat sangat. Sambil anda tersenyum dan tersengih sendiri-sendiri akibat penangan Yang Berhormat Tuan Iman dengan gula manis saktinya.

                Perlulah anda meyakini bahawa dengan menundukkan pandangan, sompah syaitonirrojim juga akan menepuk dahinya akibat anda jenis yang mengucapkan ‘astaga’ dalam hati bila terlihatkan sesuatu yang menarik, then terus dia terkencing dalam seluar (eh! syaiton pakai seluar ke?) apabila anda meng-up-kan level anda ke tahap super dengan meng-lower-kan mata anda.

                Sumpah kalau puan ummi saya, atau saya sendiri melihat anda begitu, saya akan berikan surat tawaran untuk merisik cik hadek bidadari saya. Hoho

ANUGERAH AWARDS: MATA TERMAHAL DI SISI ALLAH

-kredit-

Marilah bersama dalam menjadikan mata kita sangat chantek lagi kachak bergaya bergaya pada pandangan Allah. Sehingga tidak perlulah diletakkan bayang mata dan sebagai bagai untuk menghiasinya. Iaitu dengan mata anda bermalam dalam keadaan berjaga di jalan Allah: sama ada menyertai Briged Al-Qassam, hoho ataupon dengan berdiri di malam hari memohon redha Illahi. Allah 2x comel sungguh anda!

Bahkan dengan menangis ketika anda memohon pengampunan dan rindu dengan serindunya pada Allah, pada saat itu anda dijanjikan dengan mata anda akan terpelihara daripada bakaran api nar di akhirat kelak.

Rasulullah saw bersabda, “Ada dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka; mata yang menangis kerana merasa takut kepada Allah, dan mata yang berjaga di malam hari kerana menjaga pertahanan kaum muslimin dalam jihad di jalan Allah.” 
-HR. Tirmidzi-

Bukannya kerna dek penangan cerita si muka jambu yang bersiri itu, eheh!

            Jadinya, anda kenalah meyakini bahwa dengan menunduk pandangan, anda akhirnya akan menjadi suci dan seterusnya meraih kemanisan iman yang Abadan-abada.

Dan perkara yang paling mesti dijaga dengan ketat oleh para dai'e dalam jalan dakwah ini adalah janganlah kerna asbab semua perhiasan dunia ini, menjadi penghalang kepada kita untuk terus maju jaya dengan girangnya dalam da'wah ini.

"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa wanita-wanita, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik"

-Ali-Imran ayat 14- 


Ehem, sorga kot siapa tak mahu en!


-PAB-

Doakan saya yang kini sedang dalam teori dan praktikal sedangkan disekeliling saya sentiasa dipenuhi bidadari-bidadari cik nurse yang bermata bening. Doakan agar mata ini mendapat petunjuk untuk tidak terkesan dek penangan senyuman dan sengihan mereka- err seram sejuk tiba-tiba.

Ok, jom sucikan mata anda lagi dengan menggosoknya menggunakan ayat chenta-Nya.

Bukan dengan menonton movie atau menjeling geng lelabuhan itu, ehem batuk.
JOM!


p/s: video yang saya tonton, saya nanges teresak-esak. Allah 2x. Kerna hanya menunduk pandangan, orang bukan Islam tertarik untuk masuk Islam. Fuh lap peluh ketiak.

Anda boleh?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...