School Of Tarbiyyah

Jumaat, 31 Mei 2013

Cik Kak Florence Pon Berbulatan Gumbira seperti Cik Rufaidah!

-(Kredit) Superheroin Akhawat dalam Nursing siapa sangka en!-

Kali ini saya ingin mengajak anda semua untuk mengenali seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam bidang kejururawatan. Ya, kejururawatan. Bukan kedukturan atau pon ke-arkitek-an, bukan. Tetapi ikon dalam kejururawatan yang mungkin anda pun tidak pernah mendengar namanya. Kecuali-lah anda juga seorang bidadari atau pon bidadara yang juga mengambil bidang ini, sudah tentu sedang tersenyum kecil tanda anda tahu siapakah orang nya yang saya akan sebutkan sebentar nanti.

Err apa tak tahu? Ahah! Ini mesti kes tertidur dalam kelas ni, tersengguk-sengguk sewaktu pensyarah bagi penerangan, kekeke jangan marah.

Senyum.

“Hish! Tak habis-habis PAB ni nak menulis tentang kehidupan cik kak misi ni? Asyik cerpen dia hero-heroin mesti tangkap muat bidadari-bidadara yang duduk kat hospital itu. Tak ada cerita lain kah? Buat ah cerita arkitek ke? Tuan duktur ke? Angkasawan ke? Suria Perkasa Mukmin vs Raksasa Jahiliyah ke? Baru lah ada class, ada umphh gitu!”

Err. Anda biar saya jelaskan.

Saya juga salah seorang daripada bidadari-bidadara hospital. Itulah sebabnya saya selalu ceritakan tentang mereka, sebab suasana saya sudah dibentuk sebegitu. Saya dekat dengan hospitaliti. Kalau saya menulis tentang suasana pekerjaan kejuruteraan elektrik di pencawang elektrik, seriusli anda akan terfikir dua kali ‘eh! betul ke dia menulis ni? Jururawat menulis tentang kejuruteraan elektrik! Pergh! ’

Lap peluh.

Mutsaqqoful fikr? Epik.

Jadi berbalik kepada tadi, kenalkah anda siapakah Florence Nightingale? Atau nama feymesnya Cik Kak Florence? Saya yakin ramai di kalangan anda tidak pernah mendengar nama ini. Apatah lagi nama Rufaidah Al-Ansori. Hoho juga tidak pernah dengar bukan? Jadi saya akan ceritakan siapakah mereka berdua ini. Kedua-dua tokoh ini hakikatnya sangat haibat dalam sejarah kejururawatan. Orang kata ‘xifu in nursing’. Menariknya, ada satu persamaan mereka berdua, iaitu Rufaidah mempunyai bulatan gumbira yang sumpah riang. Dan Cik Kak Florence yang bukan Islam itu pon juga tidak terlepas daripada berbulatan gumbira, eheh!

Senyum. Kenyit mata dua kali.

Untuk pusingan pertama, menjadikan epik cerita ini lebih menarik saya akan ceritakan dahulu berkenaan Cik Kak Florence. Err minta bersedia, sediakan catatan, boleh juga sediakan secawan kopi panas. Untuk saya juga, kekeke.

Cik Kak Florence yang lahir pada 12 Mei 1820 adalah antara insan yang bertanggungjawab dan sangat berjasa dalam menjadi seorang ‘British Nursing Heroin’ semasa  peperangan saudara pada tahun 1854; sebuah peperangan antara negara Russia (Britain) dan Negara Turki (France).

Ketika itu Cik Kak Florence-lah yang mengetuai segerombolan cik kak misi bulatan gumbiranya seramai tiga dozen itu menuju ke kota Konstantinople untuk berkhidmat di hospital ketenteraan British yang disediakan ketika itu. Arakian hasil daripada jasanya dalam perawatan ketika itu sehinggalah beliau lebih dikenali dengan gelaran ‘The Lady Of The Lamp’ atau Cik Kak Lampu kerana dikatakan sentiasa membawa lampu semasa memeriksa pesakit di kalangan tentera British yang cedera semasa peperangan itu.

"She is a ‘ministering angel’ without any exaggeration in these hospitals, and as her slender form glides quietly along each corridor, every poor fellow's face softens with gratitude at the sight of her. When all the medical officers have retired for the night and silence and darkness have settled down upon those miles of prostrate sick, she may be observed alone, with a little lamp in her hand, making her solitary rounds"

-(Kredit) Cik Kak Lampu dengan gula-nya sedang berjalan melihat pesakitnya-

Oh! Gula-nya!

Apa yang kontranya adalah sistem hospitaliti ketika itu tersangatlah mendukacitakan. Terlampau kotor dan tidak mengamalkan polisi kebersihan diri dan pesakit dalam perawatan. Bayangkanlah hospital itu sendiri kotor, tentu mem-bengkek-kan hati anda bukan? Bahkan kebanyakan pesakit yang dirawat di hospital meninggal dunia bukan kerana tidak mendapat rawatan, tetapi kerana sistem wad yang tidak kondusif malah ada pula sebahagian cik kak misi yang tidak tahu buat kerja misi. Eh! Pelik bukan?

Geleng kepala.

Sehinggalah dengan usaha gigihnya dia, setelah peperangan tersebut tamat pada tahun 1856, dia kembali semula ke kota London dan tanpa jemu meneruskan perjuangan dia di sana; iaitu berazam membara mahukan memperbaiki dan meningkatkan sistem hospitaliti di kota London. Semenjak daripada itu, sistem hospitaliti mula menunjukkan sinar yang menyilaukan mata, eheh! Tidak cukup dengan itu, beliau turut dianugerahkan Royal Red Cross oleh Permaisuri Victoria pada tahun 1883 atas jasanya sebelum ini, termasuk menerbitkan berdozen buku dan pamplet untuk memberi kesedaran di kalangan orang awam.

Err ok saya tahu, anda sudah mula bosan dan menguap dengan cerita saya bukan. Hoho! Itulah sudah saya katakan tadi anda perlu menyediakan secawan kopi tarbiyah tadi, kan sudah tersenguk-sengguk, eheh!

Mari, kita berkenalan pula dengan insan yang bernama Rufaidah Al-Ansori, pengasas kejururawatan yang pertama, pergh! Tidak sangka bukan, pengasas kepada ‘nursing’ sebenarnya adalah seorang wanita Islam. Apatah lagi ‘mother of nursing’-nya Rufaidah ini telah-pon mendahului Cik Kak Florence 1200 tahun lebih awal. Saya sebelum ini juga tidak percaya, tetapi selepas ditampar sayang dek tarbiyah medikal, saya faham bahawa ia tidak mustahil.

Islam dan kejururawatan, seriusli tidak mustahil!

Mengapa? Tidak percaya? Cer baca ini.

“Pada masa dahulu seorang muslimah itu juga memainkan peranan di medan jihad. Mereka telah melakukan kerja memberi minum tentera dan merawat orang yang luka. Bahkan kadang-kala seorang muslimah itu turut serta menghunus senjata. Contohnya Ummu Nusaibah Binti Ka’ab kerana mempertahankan Rasulullah SAW dalam peperangan Uhud.”

-Syeikh Mustafa Mashyur-

Hah! Macam mana?

Jika anda perasan atau-pon mungkin sengaja tidak buat perasan, eheh! selalu bukan ‘orang puteh’ diangkat menjadi orang pertama dalam sesuatu bidang? Kononnya gempaq, yang menciptakan sistem matematik adalah Al-Plato tetapi secara tepatnya adalah Imam Ibn Al-Khawarizmi. Sama juga dalam bidang optik dan penglihatan, konon-nya Al-Ptolemy dan Euclid, tetapi sebenarnya adalah Imam Ibn Al-Haitham. Dan banyak lagi yang tidak mampu untuk saya sebutkan satu persatu agamawan Islam yang pernah menjadi pengasas kepada setiap kejayaan yang telah dicapai oleh Barat masa kini.

Ahah! Jadi andai bukan kita yang Islam ini yang mengangkat tokoh agamawan kita sendiri, siapakah lagi? Kucing gebu kat rumah kita, err, ok terpesong di situ.

Berbalik kepada tadi, nama sebenar beliau ialah Rufaidah Binti Sa’ad yang berasal dari Kaum Bani Khazraj adalah antara orang Ansar yang terawal memeluk Islam. Sebelum Islam, Rufaidah sememangnya sudahpun seorang cik kak misi dalam kesihatan awam (public health nurse) di kalangan masyarakatnya, dengan memberikan servis yang percuma. Maklumlah inche abi-nya sememangnya seorang tuan duktur yang feymes di kalangan kaumnya semasa di Yathrib.

Haibatnya dia, setelah disentuh cahaya Illahi, dengan penuh kerelaan berusaha pula dalam mempertingkatkan kualiti dalam dunia perubatan dan melatih seramai mungkin bidadari untuk mendalami ilmu perawatan ketika itu. Makanya dari situ kita juga mendapati bahawa Cik Rufaidah juga berbulatan gumbira bersama-sama geng akhowat bidadari-nya yang lain tadi? Ya, sama seperti saya juga anda.

Kenyit mata.

Buktinya anda, Cik Rufaidah telah berjaya melatih sekumpulan bidadari muslimah sebagai cik kak misi. Ya, sekumpulan cik kak misi yang mempunyai jiwa yang ditarbiyah, jiwa yang penuh segar dengan cahaya Islami, jiwa yang sarat dengan rasa chentakan Islam seterusnya sanggup berkorban demi Islam yang dimanifestasikan dalam setiap episod peperangan jihad membela Islam berlangsung.

Err tidak percaya lagi?

Masakan tidak bagaimana Cik Rufaidah dan bersama akhowat bulatan gumbiranya mampu bersama-sama di dalam medan peperangan, jika tidak disentuh dan disantuni dengan nikmat dakwah dan tarbiyah ini? Bagaimana pula Cik Rufaidah dengan geng akhowatnya boleh menyertai medan peperangan Badar bagi membantu memberi perawatan kepada tentera Islam yang cedera dan memerlukan bantuan pengubatan jika tidak ditarbiyah dengan menanamkan keyakinan yang tinggi pada geng akhowatnya untuk bersama-sama dengan perjuangannya, sehingga sanggup menanggung risiko bersama para tentera Islam di medan perang?

Medang perang ooo bukan medan bunga wangi dan panda-panda gemok berlari riang, bukan.

Ternganga bukan?

Ya! Jangan tidak tahu, melalui bulatan-bulatan gumbira di khemah di luar Masjid Nabawi yang menjadi markas untuk melaksanakan aktiviti perawatan itulah Cik Rufaidah berjaya meyakinkan hadek-hadek bulatan gumbiranya seperti Nusaibah Binti Ka’ab Al-Maziniyyah, Layla Al-Ghifariyyah (isteri kepada Abu Dzar Al-Ghifari) dan Rubayyi’ Al-Muawwiz untuk keluar berjihad dalam membantu tentera Islam yang berperang di medan jihad. Dan dek bulatan gumbiralah yang menyebab Cik Rufaidah juga berjaya mengasaskan sekolah kejururawatan yang pertama di kalangan umat Islam tika itu.

Mahu ditambahkan lagi cerita, hospitaliti dan madrasah tarbiyah kejururawatan (pergh nama!) yang ditubuhkan Cik Rufaidah itu telah menjadi contoh yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam bidang kejururawatan sehingga kini. Melalui madrasah tarbiyah itu juga, ribuan cik kak misi a.k.a para sahabiah yang mempunyai fikrah yang jelas telah berjaya dilahirkan. Sekaligus menambahkan kualiti hospitaliti ketenteraan yang menjadi back-up penting semasa setiap peperangan berlangsung.

Hendak dijadikan cerita lebih osemness, dalam kitab Al-Adabul Mufrad, ketika lengan Sa’ad Bin Mu’adz RA terluka dalam peperangan Khandaq kerana telah ditusuk dengan anak panah, beliau telah dihantar ke khemah perubatan yang dibina di medan perang khandaq seterusnya telah dirawat oleh Cik Rufaidah. Bahkan dengan bergayanya Cik Rufaidah mencabut anak panah yang telah tertusuk tadi, seterusnya berjaya menghentikan pula pendarahan di tangan Sa’ad Bin Mu’adz RA. Fuh!

(untuk lebih lanjut, cuba tonton filem ‘Omar Series’ di Tiub Anda. Ada satu scene walau sekejap Cuma, menunjukkan kewibawaan Cik Rufaidah dalam nursing-nya)

Bahkan, Ar-Rasul SAW apabila sempat singgah ke khemah perubatan itu, bertanyakan pula dengan keadaan semasa dan ada masalah-kah kepada Cik Rufaidah berkaitan dengan perawatan di khemah itu. Ahah! Jadi di sini anda, jelas menunjukkan kegigihan dan kesungguhan Cik Rufaidah dalam melaksanakan misi perawatannya bersama-sama dengan akhowat bulatan gumbiranya yang lain dalam jangka masa perang yang sumpah panjang! Lasak lagi menyesakkan!

Tidak cukup dengan itu, semasa Ar-Rasul SAW mahu bersiap sedia untuk peperangan Khaibar pula, Cik Rufaidah bersama geng-geng akhowatnya telah berjumpa dengan baginda untuk meminta izin untuk bersama-sama sekali lagi untuk menjadi barisan back-up medical team. Dan Baginda Ar-Rasul membenarkan. Nampak anda! Bagaimanakah ini boleh terjadi, tidak lain dan tidak bukan melainkan Cik Rufaidah berjaya menyentuh hati-hati ahli-ahli cik kak misinya  dengan pengisian yang sumpah basah lagi menggugahkan jiwa. Boleh jadi Cik Rufaidah dalam bulatan gumbiranya memberi pendedahan tentang nikmatnya jihad bahawa akhowat juga boleh syahid di medan peperangan melalui jalan tersebut! Maklumlah kaum hawa kan tidak dibenarkan berperang sama.

Anas ibn Malik pernah berkata: 
"Muhammad SAW apabila keluar untuk pergi ke medan peperangan, baginda membawa Umm Sulaim dan beberapa wanita lain Ansar dengan dia, apabila dia berjuang dalam pertempuran, mereka (iaitu wanita) akan memberi air kepada tentera dan merawat yang cedera. "

Imam An-Nawawi mengulas hadith ini, menjelaskan beberapa faedah, beliau berkata: "Ini adalah bukti bahawa wanita juga keluar dalam medan pertempuran dan orang-orang  lelaki yang berperang mendapat manfaat daripada mereka kerana mereka memberi air kepada tentera dan merawat yang cedera, tetapi rawatan ini adalah untuk Mahram  mereka dan suami mereka, dan jika mereka merawat selain Mahram dan suami mereka, mereka tidak akan menyentuh tubuh orang tersebut kecuali di tempat keperluan [iaitu tempat kecederaan]. "

Walau bagaimanapun, keharusan wanita merawat lelaki diperlukan apabila keperluan atau memerlukan, seperti jika tiada doktor lelaki, dan terdapat keperluan bagi wanita dan para akhowat untuk merawat lelaki, dan itulah yang dilakukan orang-orang perempuan dan geng bulatan gumbira Cik Rufaidah pada masa Nabi Muhammad apabila lelaki sibuk dalam peperangan.

Dan mahu atau tidak mahu percaya, kesemua manifestasi jihad dan pengorbanan jiwa yang dilakukan oleh sekumpulan cik kak misi geng bulatan gumbira Cik Rufaidah itu tidak akan dicapai melainkan mereka mengamalkan suatu konsep. Konsep yang dinamakan ijlis bina nu’min sa’ah yang bermaksud duduklah bersama kami, kita beriman sejenak. Ohoi! Masyuk punya!

Ok itu saya tambah. Batuk.

Melalui konsep yang sangat efektif ini, yang mana proses komunikasi yang berlaku secara lebih berkesan di antara anggota bulatan gumbira, diharapkan dapat memberi pengaruh, mencermin diri, dan menilai diri untuk bersama-sama ke arah keperibadian yang lebih baik, matang serta melatih kerjasama dalam ruang lingkup mendekatkan diri kepada Allah SWT. Apatah lagi seorang naqib atau ketua bulatan gumbira itu sendiri, menjadi contoh terbaik dalam mengembangkan potensi setiap daripada ahli bulatan gumbiranya.

Di dalam sebuah konferens surga itu juga, naqib yang mengendali bulatan gumbira itu akan berusaha mengenali dan mengambil perhatian serta mendalami secara terperinci setiap aspek kehidupan setiap ahli bulatan gumbiranya dalam batas syarak, tidak terkecuali juga kehidupan ahli keluarga ahli bulatan gumbiranya itu. Dan semua ini hanya akan dapat dicapai dan dikuasai melalui kuasa mu’ayasyah, hidup dan bergaul bersama. Makan setalam, tidur sebantal dan baca Pesona Awan Biru sama-sama, err..

Yang lebih osemnya, rasa mahabbah (kechentaan), mawaddah (kaseh sayang) dan ulfah (keakraban) yang dibaja dengan lemah lembut dalam bulatan gumbira ini mengeratkan lagi ukhuwah yang menjadi resepi utama dalam kejayaan sesebuah bulatan gumbira. Seterusnya rasa disayangi dan dihargai sesama ahli bulatan gumbira tadi, bukan sekadar retorik semata-mata akan bercambah menjadi muslim yang lebih bergaya dengan Islam, chentakan Islam dengan Allah dan Ar-Rasul menjadi matlamatnya. Bahkan mereka yang percaya dengan sepenuh keyakinan kepada sistem ini pula akan berusaha pula meng-konferens surge-kan pula orang lain!

Ahah! Andai ini berlakulah kan, bukankah ia bukan semata-mata lagi mimpi kita semua untuk meraih ustaziatul alam dengan lebih mudah dan berkesan? Bukankah juga kita akhirnya akan merasakan bahawa kunci kepada kebangkitan ummah itu, hanya dapat ditegakkan dengan ‘hidup’-nya hati setiap daripada orang Islam, melalui medium bulatan gumbira?

Makanya anda, dapat dilihat kita kejayaan Cik Kak Florence Nightingale bersama geng bulatan gumbiranya dalam menyumbangkan kejayaan ketenteraan British dengan mengurangkan kadar mortaliti (kematian) di kalangan tentera yang sakit semasa perang saudara itu. Tidak cukup sekadar itu, berjaya pula meningkatkan kualiti sistem hospital yang bersih, teratur dan bersinar bebas daripada kuman-kuman yang gemok berlari riang, err. Dan 1200 tahun sebelum itu pon, Cik Rufaidah pun juga telah berjaya melalui bulatan gumbira yang mengangkat tinggi al-Islam dari segi tarbiyah medikal di mata dunia.

Jadi sekarang, ambil bantal dan tutup muka. Malu. Eh! Takdelah gurau je, kekeke.

Jadi sekarang, jika mereka berdua ini pon mampu komited dan bersungguh-sungguh dalam berbulatan gumbira untuk meyakinkan geng-geng cik kak misi mereka, apatah lagi kita yang sudah pun berada dalam zon ad-deenul Islam yang sentiasa selesa ini.

Sedangkan Cik Kak Florence yang bukan Islam itu pon berbulatan gumbira, inikan kita yang sememangnya Islam original, lagi mahu beralasan untuk tidak berbulatan gumbira?

Jadi anda, jom! Berbulatan gumbira!


Yosh! 

-PAB-

Bersempena Hari Jururawat Malaysia pada 12 Mei yang lepas, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Misi kepada semua bidadari-bidadara yang berpakaian serba putih di hospital di seluruh Malaysia. Sungguh! Walau anda semua adalah insan yang suci ini tidak pernah mendapat kebanggaan dan populariti di mata kebanyakan masyarakat, tetapi jasa anda semua sumpah! sangat besar dalam membantu dan merawat kembali orang yang sakit kembali pulih, dengan izin-Nya.

Hoho! Saya tahu yang entri kali ini sangat terlambat dari tarikh yang sepatutnya. Kekeke.

Saya juga mengucapkan Selamat Hari Mama kepada semua puan mama besar di seluruh dunia yang sememangnya juga terjelepuk pada hari yang sama dengan Hari Jururawat. (Fakta! Baik catit) Khususnya kepada puan besar saya di kampong, harap anda membaca entri saya kali ini, eheh!

Juga kepada anda, mohon doakan saya yang bakal menamatkan zaman bujangnya, eh! tershasul, zaman pembelajaran di institut pengajian saya yang terchenta ini. Saya bakal menduduki peperiksaan dengan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) pada bulan ini. Berdebar! Dup dap dup dap!

“Untunglah bakal graduationnnn…uuuu” kata anda.

Peluh besar.

Tetapi anda, mahu tahu apakah pada saya, nikmat apakah yang lebih besar daripada nikmat bakal ‘graduation’ ini?

Tidak lain dan tidak bukan, nikmat saya disapa dengan pak cik tarbiyah dan mak cik dakwah ini dengan lemah-lembutnya, serta penuh dengan kaseh sayang sehangat mentari di institusi kejururawatan ini. Siapa sangka seperti Cik Rufaidah. Eceh!

Ya, itulah nikmat saya sepanjang sepengajian-nya saya di sini sebenarnya.

Nikmat Dakwah dan tarbiyah. Tiada lain.

Senyum.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...