School Of Tarbiyyah

Memaparkan catatan dengan label Curahat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Curahat. Papar semua catatan

Isnin, 13 Mei 2013

Senyuman Opah terchenta menemui Illahi


”When an elder dies, one of your doors for dua has closed. So while they‟re living, make the best of that relationship and ask them for their duas” 

-Imam Tahir Anwar-


[Kredit-Ini bukan puan Opah, tapi hati tetap sayu sumpah!]

“Opah opah, kenapa opah cubit-cubit ikan goreng tu jadi kecik?”

Goyang tangan kecil lagi tembam anak kecil itu pada peha opahnya. Opah hanya tersenyum melihat cucunya. Tersenyum manis menampakkan kedutan usia emas di wajah bersihnya.

Mata sepet anak kecil itu masih melihatkan tangan opahnya menggaul isi ikan yang sudah dikecilkan, selepas dipisahkan daripada tulang ikan sebentar tadi kemudiannya digaul bersama dengan nasi dan kicap manis cap udang di hadapannya. Terliur.

Kemudian anak kecil itu menongkat dagu duduk bersilang. Menembamkan pipi melihat opah yang terchenta masih lagi sedang menggaul nasi dengan ikan yang telah dilumatkan dengan khusyuknya.

Opah tersenyum masih lagi tidak menjawab.

“Ok dah siap gaul dah. Nganga mulut cucu opah.” Sua tangan opah pada mulut cucunya itu.

“Aaaaa” Nganga mulut anak kecil itu. Menyahut suapan dari opahnya. Tangan kiri opahnya pula menadah suapan kanan, elak daripada lebihan nasi terjatuh.

Kembung mulutnya. Mengunyah-ngunyah. Menembamkan lagi pipi yang sedia tembam.

“Sedap tak?”

Mata cucunya membulat. Mengangguk berkali-kali sambil mulut masih lagi terkumat-kamit.

Comot.

……………..........................

“Opah opah, kenapa opah letak kain putih ni kat dahi adik?”

Anak kecil yang berbaring itu mengangkat kain putih kecil yang berada di atas dahinya. Sedikit berat kerana baru sahaja diperah sedikit dengan air sejuk. Opah yang disisi tersenyum manis.

“Letak-letak. Adek kan demam. Jadi kenalah letak kain basah ni kat atas dahi Adek.” Ujar opah lembut. Menahan bahu cucunya daripada mengangkat kepala daripada ribaannya.

“Owh macam tu.” Anak kecil itu meletakkan kembali kain putih tersebut di atas dahinya. Tiba-tiba anak kecil itu membulat mata, ternganga mulut melihat opah tersenyum daripada pandangan bawah dagu opahnya. Terpana dengan senyuman opah yang manis.

Rasa selesa dan damai dengan senyuman itu.

Kemudian anak kecil itu mendengar opahnya mendendangkan alunan yang sangat indah. Sambil menepuk lengan kecil cucunya, menggoyangkan sedikit badan mengikut rentak alunan tersebut.

Anak kecil itu masih lagi sekadar memandang dari bawah. Tepat ke muka opahnya.
“Opah.” Panggil anak kecil itu lembut.

“Ya, cucu opah, kenapa sayang?” Pandang opah. Masih tersenyum.

“Adik sejuk.” Anak kecil buat gaya menggigil, memeluk badan.

Lantas terus opah menyelimutkan cucunya dengan selimut warna-warni pelangi. Tidak cukup dengan itu, opah terus baring bersama cucunya itu, dan memeluk cucunya dengan kaseh sayang. Rasa chenta.

Tenang.

Hangat.

………………………......................

“Opah opah, kenapa opah cantumkan semua kain kecik berwarna-warni ni?

Anak kecil melihat opahnya sambil memegang patung mainan pandanya. Mata membulat melihat keindahan warna-warni kain licin yang membentuk menjadi selimut yang terhasil daripada gabungan kain-kain kecil. Dijahit sendiri oleh opah.

“Opah nak buat apa?”

“Opah nak buat selimut. Untuk adek juga. Nanti adek atau ummi adek boleh pakai.” Terangkat kening opahnya dua kali. Senyum manis.

“Selimut. Bestnya!” Terlompat girang cucunya.

“Untuk opah tak de ke?” Anak kecil itu menyoal tiba-tiba. Angkat kening.

Opah sekadar menjawab dengan tersenyum.

.............................................

Semua sketsa pendek di atas adalah sekitar memori yang pernah saya lalui bersama-sama dengan opah saya yang terchenta. Seorang wanita yang sangat saya kasihi dan chentai sepenuh hati saya. Satu-satunya opah yang saya ada, kenal dan sangat saya sumpah sayang!

Opah adalah panggilan bagi ‘nenek’ khususnya orang yang berasal daripada negeri utara, tepatnya di negeri Perak Kite. Ehem.

Opahlah yang menjaga saya semasa kecil kira-kira berumur tujuh tahun ketika ummi dan ayah gigih mencari sesuap nasi. Opahlah yang mengisi masa ruang dan lapang ketika hati kecil saya memerlukan kasih sayang seorang nenek. Lantas opah menyudikan diri untuk menjaga saya dengan sendirinya.

Opah seorang wanita yang hidup dengan sederhananya. Dia seorang wanita yang sering tersenyum. Senyuman dia tidak pernah tidak mesti melembutkan hati saya ketika memandangnya.

Apatah lagi semasa kecil, saya suka memandang senyumannya itu. Terutamanya dari baringan di atas ribaannya, saya terpana melihat senyuman opah. Menariknya juga opahlah satu-satunya nenek saya yang masih lagi mempunyai jalur keturunan Cina berkulit putih chantek berseri ehem ehem! batuk, hinggalah boleh dikatakan inchek ayah dan inchek yop saya serupa sungguh dengan keturunan berkulit putih itu. Oh ye termasuk hadek-hadek gegirl saya. Ok sumpah ini bukan saya nak hidung kembang. Tetapi itulah keistimewaan opah dari segi keturunan.

Opah. Saya rindu opah. Serius arakian lama tidak berjumpa akibatkan kesibukan tahap raksasa di kota raya, menuntut ilmu selain melompatkan diri menjadi hero/in yang memakai suit D&T di malam hari dengan bergayanya.

Tapi kini.

Seolah saya tidak percaya telah tiba masanya.

Opah pergi buat selamanya, dengan senyuman manisnya yang dibawa pergi.

Isk Isk.

Nanges.

………………………...............................

“Assalammualaikum. Pak Long ni” Suara di sana bergetar.

“Waalaikumussalam, ye Pak Long.” Saya menyahut. Tika itu usai solat maghrib di surau hostel, saya berkesempatan bersama rakan surau pergi ke gerai berdekatan. Duduk dan minum bermuaiyasyah.

“Tahu tentang opah?” Suara Pak Long sedikit pelik.

“Kenapa dengan opah? Opah sudah keluar hospital ke? Saya bertanyakan. Risau. Sememangnya opah kebelakangan ini kerap kali berulang alik daripada rumah ke hospital bersama ayah, atau mak saudara dan pak cik saudara saya yang lain. Cuma di sebabkan komitmen saya semakin tinggi terhadap pelajaran dan juga D&T di kota raya ini, cubaan menangguhkan dahulu niat untuk melawat opah yang tersayang.

“Opah dan meninggal. Asar tadi.” Perlahan Pak Long bagitahu.

Suasana senyap sebentar. Saya yang mendengar seakan tidak percaya. Mulut saya spontan mengucapkan lafaz innalillah.

“Esok Pak Long nak pulang ke kampong. Mahu tumpang sekali?”

Dengan perasaan masih tidak percaya, saya menyatakan persetujuan. Telefon dimatikan. Rakan-rakan memandang. Tiba-tiba dada saya sebak. Hati saya mencucuk-cucuk.

Perlahan air mata hangat mengalir. Saya tertunduk ke bawah. Tak mampu menahan.

“Opah.”

……………………………...........................

Lutut insan itu jatuh terjelepuk di hadapan seorang wanita yang sangat dikenalinya,  terbaring kemas menutup aurat dengan telekungnya. Serba putih. Seakan tidak percaya insan itu kini berada di hadapan mata dengan keadaan sebegitu. Terasa baru semalam dia melihat insan itu tersenyum. Senyum yang manis itu.

Dia baru sahaja sampai daripada kota raya tempat dia menuntut ilmu. Bergegas terus ke dalam rumah, selepas bersalam dan mencium tangan puan umminya lantas mencari insan yang dirindui senyumannya itu. Walau dia tahu senyuman itu dia tidak akan menatapnya lagi.

Menurut puan ummi, opah meninggal arakian sebelum tibanya azan Maghrib. Dan beberapa minggu sebelum itu dimasukkan ke Hospital Besar, kerana masalah tiga serangkai yang sumpah dikenali sebagai ‘silent killer’ itu.

“Opah…” Sebut dia perlahan-lahan. Bahu dia terhenjut-henjut. Turun naik nafas dia sambil air mata hangat laju mengalir dari mata sepetnya. Hidung berair. Berkali-kali juga dia menyeka air di bawah pipinya dengan lengan bajunya. Berkali-kali seolah-olah tidak akan berhenti.

Semua orang melihat dia dan keluarga yang mengelilingi wanita yang terbaring sepi itu. Suasana sayu. Saat semua orang ahli keluarga diminta untuk memberikan salam yang terakhir oleh Inchek Imam, teroyak dia pecah tanpa suara lagi. Kucupan dan sedekah Al-Fatihah daripada cucu-cucu kecil yang tidak mengerti, dia lihat dengan penuh pengertian.

Dia terus melihat opahnya dengan pandangan kosong. Putih bersih muka opah. Seolah-olah semua memori bersama opah kembali saat itu menjengah mindanya. Air mata hangat mengalir, dibuka cermin matanya lalu diseka air mata yang semakin lama semakin laju tertumpah.

Dia cuba menahan teroyak tadi, mungkin malu dengan orang ramai memandang tetapi memori-memori semasa kecil dengan opahnya kembali menerawang, seolah semuanya kembali kealam nyata. Seolah semua itu kini di hadapan mata dia.

Bagaimana dia terkesan dengan cubitan kecil ikan yang digaul dengan nasi kuah kicap manis sedap sungguh oleh opahnya.

Bagaimana dia sejuk hati dengan pelukan dan ciuman pada pipi tembamnya oleh opah setiap kali bertemu ketika dihantar oleh puan umminya sebelum berangkat mencari rejeki.

Bagaimana dia tersentuh dengan layanan opah ketika dia berjalan di atas siling rumah opahnya secara senyap-senyap, konon-kononnya seorang superhero di siang hari, rahib di malam hari err lalu siling rumah itu pecah dan nyaris dia jatuh ke lantai. Mujur opah menjadi heroin dia, menyambutnya daripada terjelepuk jatuh ke lantai. Fuh! Lap peluh. Yang paling tidak percaya pada dia, opah tidak marah bahkan siap tersenyum sambil mengenyit mata dua kali lagi. Hebat. (sambil geleng kepala.)

Bagaimana dia juga terkesan dengan panggilan keramat ‘adek’ pada dia, yang menurut dia opah menyebutnya dengan penuh kelembutan dan kaseh sayang.

Terbayang juga dia pada memori terakhir yang dia ukir bersama opahnya. Tepatnya pada Aidilfitri yang lepas. Hari raya yang pertama. Hari yang sangat dia senang hati dengan senyuman itu.

“Ummi ummi, perasan tak adek sekarang sudah lebih tinggi daripada opah kan kan?”

Tangan kanan dia memeluk bahu kanan opahnya. Lantas opah tersenyum, menepuk bahu cucunya itu yang kini telah menginjak dewasa. Terus ummi dan opah ketawa kecil.

Tenang. Menyenangkan hati melihat opah sebegitu.

“Allahuakbar!” Laungan angkat takbir Imam menghentikan lamunan dia. Pada takbir yang ke empat solat Jenazah yang didirikan, terus air mata dia mengalir laju lagi, sambil mendoakan kebaikan buat opahnya.

‘Moga Allah sayang opah ya, amin’

Kucup dia pada dahi opahnya sebelum solat tadi. Putih bersih dan tenang di sebalik wajah yang kini telah menemui Illahi.

………………………….....................

Usai urusan pengebumian opah semua orang beransur pergi meninggalkan tapak perkuburan. Talkin yang dibacakan sebentar tadi terus mengecilkan hati dia, mengesankan hati dia. Juga pada hadirin yang hadir.

Suasana sunyi. Hanya esakan mak cik saudaranya kedengaran.

“Adik, mak su pergi dulu.” Tegur mak su-nya. Bahu disentuh lembut, meminta izin kembali ke rumah opah.

“Baik mak su.” Jawab dia. Menghantar mak su dengan pandangan sekejap.

Lantas dia membuka sebuah lembaran yang berzip dan berkulit coklat. Al-Quran kecil. Dicarinya mudah surah yang dikenali sebagai jantung al-Quran itu, terus dibacanya dengan tartil dan perlahan-lahan. Menghayati dan hati benar-benar cuba menghubungkannya dengan Illahi, agar diterima sebagai hadiah buat opah yang telah pergi.

“ Yassin…” Perlahan dia menyebut. Sampai sehingga ayat ke kesepuluh kolam air matanya terasa kembali hangat. Cuba menahan. Masuk ayat ke lima-belas terus dia kembali mengalirkan air mata. Hangat pipinya.

Entah ke berapa kali. Teresak-esak.

Bacaan dia betul-betul terganggu dengan esakan itu. Terus kemudiannya esakan dia semakin kuat, melepaskan suara tangisan yang semenjak melihat opahnya terbaring tadi terpendam. Dia melepaskan betul-betul tangisan itu. Tidak lagi teroyak senyap.

Air mata dia menitis jatuh ke kuburan.

Bukanlah dia seorang yang mudah menangis. Arakian kematian itu sendiri sebenarnya hampir setiap hari dia telah melihatnya terutamanya di hospital, berikutan dia seorang jururawat di mana tempat dia praktikal. Hampir sahaja setiap hari dia melihat kematian, seolah kematian itu sesuatu yang menjadi kebiasaan buat dia.

Tetapi kematian opah terchenta, sangat mengesankan hati. Bukanlah ikatan darah itu yang menyebabkan dia menangis sebegitu kuat, tetapi terdapat satu nilai yang begitu dia terkesan dengan opahnya. Ya! Kaseh sayang opah, penuh dengan nilai yang dinamakan sebagai ‘ikhlas’. Sungguh!

Melalui senyuman yang terakam dek memori, dia sedar itulah tanda ‘ikhlas’ kaseh dan sayang daripada opah.

……………………………………….


[Kredit-memori bersama puan opah tetap tersemat di jiwa, cewah gitu!]

“Opah opah, kesian dengan opah sebab demam hari ini.”

Ucap anak kecil itu  dengan nada manja. Memuncungkan bibirnya.
Mereka berdua sedang menaiki basikal tua merah. Opah sedang membawa cucunya yang baru pulang daripada tadika. Anak kecil itu tenang memeluk opahnya daripada belakang. Ketat. Tanda sayang.

“Tak pe. Opah kan kuat.” Balas opahnya tersenyum. Menampakkan lagi garis kedut pada pelipis matanya yang sepet itu.

“Tak pe, tak pe opah. Nanti adik sudah besar, adik akan jadi doktor kemudian adik akan rawat opah, jaga opah baik-baik hingga opah hidup sihat.” Goyang badan anak kecil itu. Memanjang sedikit kepalanya melihat wajah opahnya dari bawah.

Opah tersenyum. Dan mata anak kecil itu terus memandangan senyuman indah itu.

Terus bibir anak kecil itu menguntum senyuman. Berbunga hati.

Tarikan hingus kedengaran. Mata dia terus meneliti bacaan di hadapan, sempat membaca dan menghayati maknanya.

"Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."
-Yassin ayat 83-

Ayat itu dihabiskan.

“Maafkan adek ya opah. Adek tak sempat nak ‘rawat dan jaga’ opah.” Ucap dia perlahan sambil menutup mulut menahan suara esakan.

Air mata dia terus tumpah dan mengalir. Bahu terhenjut-henjut

Hangat.

‘Moga Allah izin kita berjumpa di surge kelak ye opah’

-PAB-

Seriangah Bt Basir adalah seorang puan besar kepada ayah saya yang telah pergi menemui Illahinya kelmarin. Yap! boleh dikatakan dia antara 10 insan yang jika orang bertanyakan siapakah antara dalam hidup saya paling sayangi, saya akan jawab dengan bangganya ' Opah saya.'

Sudah tentu bukannya 'oppa sarang hey!' atau yang lainnya.

Kepada opah yang dichentai, ketahuilah cucumu ini sangat merindui pelukan hangatmu.

Menanti senyuman indahmu kembali. 
Di surga nanti, Insyaallah.

Saya, nanges tersenyum. Lap air hidung~

Nota tangan: sempat menanges lebat semasa membuat penulisan kali ini, oh! (dua-dua tangan atas meja, dahi tersujud atasnya)


Khamis, 21 Mac 2013

Kematian yang menghidupkan. Psst! Doakan saya jugak mati syahid Fillah!

-kredit: kita yang mencemburui mereka-


Menarik bagaimana Allah aturkan hidup ini.
Menarik apabila kita diberi peluang mengenali 
dan mengagumi satu sosok yang mengesani hati hati,
hanya setelah dia pergi menemui Ilahi.

Sedetik babak kematian itu akan jadi peringatan,
Satu tamparan untuk kita berhenti sejenak 
dan menghargai seumur hidup kita yang telah Allah kurniakan.

Dari kecilnya, 
kita semakin dewasa, 
matang seiring dengan usia.
Bersama umur itu adalah nikmat Allah yang tak terdaya kita kira.
Bersama setiap hela nafas seorang hamba itu adalah penjagaan Allah terhadap hambaNya.
Dan selama panjang hayat itu juga 
kita telah diberi peluang untuk mengatur cara kematian kita.

Bila kita yakini bahawa kematian itu adalah satu pertemuan,
antara kita dan tuhan,
maka apa yang kita mahukan adalah saat yang penuh kegembiraan.

Kalau benar kematian itu adalah pengharapan kita untuk satu pertemuan,
maka Allah akan mengatur pertemuan itu bersesuaian dengan bagaimana gigihnya kita
berusaha untuk menyintaiNya di dunia.

Umpama pertemuan sepasang kasih,
Walaupun hakikatnya kasih sayang Allah tidak akan pernah diukur dengan segala galanya.
Dia kaya dengan cinta. Dia pemiliknya.

Allah sangat mengetahui hati kita.

Detik kematian yang indah itu,
Angan angan dan cita cita bukan bahan yang membuatnya.

Detik detik kematian yang indah tidak akan pernah dicipta dengan fantasi fantasi.
cara kematian tidak akan pernah dibina dengan bata bata angan angan.

Kalau kehidupan itu adalah satu nikmat yang Allah kurnia sama rata, kematian pula adalah seperti
aturan Allah yang bersesuaian dengan bagaimana kita menggunakan nikmat yang sebelumnya.

Kematian itu adalah satu penutup, kesimpulan dari satu hayat.
Justeru ia satu penutup yang membuka kehidupan baru di akhirat.
Ia satu detik singkat yang mewakili seluruh corak kehidupan,
bagaimana baiknya hayat kita susun dan isikan.

Ada insan yang hidupnya sendiri adalah islam.
Pengorbanan dan derita dalam memperjuangkan agama bukan lagi satu pilihan,
malah ia telah membumi dalam jasad dan sanubari, hidup dalam darah dan daging pendokongnya.

Dakwah dan tarbiyah itu tidak lagi bisa dicerai berai, ia sudah sebati bersama.

Maka dengan cinta itu,
detik detik kematiannya Allah zahirkan walaupun semasa hayatnya.

Seperti pemuda badwi di zaman baginda nabi, yang benar dengan niat dalam perjuangannya,

"Aku tidak menginginkan harta wahai Rasulullah. Aku berperang ini kerana mahu panah musuh ini
menusup betul betul di sini"

Sambil menunjukkan ke arah halkum nya. Pemuda itu tegas sekali menolak hak harta ghanimah demi menjaga niat sucinya.

Dan kerana kebenaran itu, Allah memperkenankan permintaannya.
Panah itu, tertusuk dalam menembusi halkum, lantas menyaksikan syahidnya seorang yang benar penyaksiannya.

Zaman menyaksikan,
bahawa cita cita kematian itu bisa ternyata
jika ia terpacul dari bibir bibir yang benar tanpa dusta.

Seperti Umar yang berdoa mahu syahid walaupun ketika itu para sahabat lainnya tertanya tanya, apakah dengan keamanan dunia Islam dibawah pemerintahan Umar ketika itu membolehkan beliau syahid?
Ternyata, kematian Umar juga menyaksikan syahidnya seorang yang benar kesaksiannya di tangan Fairus, Abu Lu'luah.

Seperti Dr Abdul Aziz Rantisi yang bertegas dengan niatnya
"Tiada apa yang berubah dengan kematian disebabkan sakit jantung atau Apache."

"Dan aku", tegas si syahid itu, 

"memilih Apache."

Ternyata, kematian Dr Abdul Aziz Rantisi juga menyaksikan kebenaran syahadah yang beliau bawa.
Pejuang itu bertemu dengan Ilahi kerana serangan Apache.

Mereka ini benar kesaksiannya. 
Tulus niatnya.
Dan kerana itu cita cita kematian mereka ternyata.




Mungkin itu sebenarnya bahan yang membina cara kematian;

kehidupan yang benar terhadap satu kesaksian.

***



Kematian adalah sesuatu yang sangat pasti.

Dan aku,

Aku sering menyelitkan harapanku dalam satu kepastian itu.


Semoga kematianku nanti kematian yang menghidupkan.
Semoga kematianku nanti membuktikan bahawa sedayanya aku berusaha mengota satu kesaksian.



Epilog:

Maka dunia hari ini dikejutkan dengan kematian seorang hamba Illahi yang sangat mulia di mata masyarakat dunia Islam, Al-Marhum Syaikh Said Ramadhan al-Buti. Meninggal beliau akibat penangan bom ketika sedang menyampaikan ilmu di konferens sorga dalam sebuah masjid  dekat Damsyiq semalam. Innalillah. Moga surga buat beliau amin. Jasanya buat dunia Islam sangatlah hebat hebat hebat! berbanding diri kita. Gasp!

Dan tidak lupa juga mari kita doakan agar kematian yang menjemput Saudara ikhwah kita Muhammad Nur Iman Shafiq (1989-2013). Dikau dalam kenangan. Aku dalam kerinduan: yang mana anda sudah pon tahu akan kesetiaannya pada jalan yang sumpah kool ini.

-Iman: anda dirindui. Nanges -


Sila baca: (kelik sini): Iman, Si Mujahid Setia karya Inche APG kita untuk lebih paham.

Ya wahai anda yang sedang membaca ini! Doakan saya juga bakal menyusul pada suatu hari nanti, juga dengan tersenyum dan girangnya. 


"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya),"

(Al-Ahzab Ayat: 23)



-PAB-

Ya pos kali ini membicarakan mengenai kematian. 

Saya sungguh terkesan dalam seminggu dua dengan ayat 'kematian'. Kematian kita, dan apa kan naseb kita selepas mati, baikkah atau sebaliknya.

Dengar lagu nasyid kematian oleh Dalam Kumpulan, Ketuhanan, Jauh Utara menyebabkan saya sebak. Sumpah buatkan saya nanges.

Owh ye!
Ehem! Arakian puisi ini sebenarnya dikarang dan disantuni dengan penuh chenta fillah oleh seorang ikhwah kenalan saya di mukabuku yang bernama Menang Atau Syahid Adwa'. Ianya telah dipost di blok ger beliau iaitu (kelik ini): Pena Cyrano (Ehem! pada pandangan saya dia seorang ikhwah yang comel dan gebu-gebu dengan D&T ini haha!).

Kepada Adwa': I'am sorry for my order kopi dan pasta from your blok ger. Oh! Your poem touched my heart and feeling. Ehem! Batuk. Sila jangan kembang, eheh!

Dan mahu tahu mengapa saya nanges. ok tenang. Kelmarin saya ditelefon tuan duktur dengan suspennya. Hati dup dap dup dap.

Kata dia cecair merah dalam badan saya mengalami sedikit ehem ehem sulit diceritakan di sini.

Arakian hati dalam dilema kesedihan. hoho! Sehingga ngadu kat iche murobbi-kun dan ikhwah dalam kumpulan saya. Tidak lupa juga share dengan hadek-hadek bulatan gumbira saya, semuanya berikan sokongan padu lagi ber-energi. Baring atas peha mereka sambil luahkan masalah tersebut, buatkan saya nanges lagi rasa dihargai, wahhhhhh!

Maka mohon ampon kepada kalian yang mengenali diri, agar diri ini syahid atau menang adwa' eh! didoakan untuk memasuki surganya dengan tersenyum.


Sebab saya terlalu rindu sanggggattt bertemu tuhan.



Ehem. Makanya penangan blog inche Adwa' ini buatkan hati sedikit senang:)



Senyum sedikit sedih, eh!

Juga nanges...


-kredit untuk Inche Maher Zain anda ingatkan saya: This worldly life just Dunya-

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan... 

sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)"

-Al-Ankabut ayat 64-


Nanges teresak-esak. 

suam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...