School Of Tarbiyyah

Isnin, 19 November 2012

Kami Bukan Hipokrit. Kami sentiasa bergerak.

              “Akh comel, mahu bertanya boleh?” Tanya dia. Mata bersinar-sinar. Menyilaukan mata saya. Terus menyambung tanpa dijawab kembali. Akh comel? Err.

                “Ana bukan sempurna tetapi sekadar berusaha menjadi baik, salahkah? Hipokritkah? Ana tersangat down apabila rakan-rakan yang lain, mempersoalkan perubahan yang ana lakukan. ” Soal dia, mutarabbi tersayang.

          “Mahu menjadi baik, salahkah?” Mata bersinar tadi kembali layu. Dia merenung langit. Seakan kolam matanya bergenang dengan air, bersatu dengan hujan rintik. Dan dari luahannya, saya dapat menangkap permasalahan yang bermain pusing  ligat ibarat twister di benak pemikirannya.

               Oh siapakah dia?

         Seorang ikhwah yang menyukai haiwan comel bernama panda, hehe. Senyum. Seorang yang pendiam tetapi menceriakan. Juga seorang yang pemalu tetapi mendamaikan. Dia, seorang ikhwah yang baru menjadi baby dalam tarbiyah dan da’wah ini. Trade mark dia berkelip sebelah mata sambil menunjukkan jari tanda aman.

Beginilah rupa si Panda ketika melihat anda dengan spek mata besarnya. Senyum.

               Pagi itu hujan rintik. Hari minggu. Usai bulatan gumbira dia menceritakan kisahnya. Sebagai murobbi suatu keperluan untuk menjadi pendengar yang setia. Menjadi qudwah hasanah terbaik buat mutarabbinya. Sayang bangat pada dia. Anda, sila jangan cemburu.

                Dia menghulurkan tapak tangan pada renyai hujan itu. Di bawah pokok yang sederhana rendang kami berteduh. Ece macam cerita dalam kisah romantik pula. Hehe. Ok kemudiannya mungkin disebabkan suasana yang sejuk mendamaikan sebegini, menjadi catalyst buat dia menceritakan masalah yang melanda ombak hatinya.

                Terima kaseh Allah! Boleh muayyashah lebih dengan dia. Senyum.

            Saya melihat tapak tangan dia yang sedang menadah air rahmat-Nya. Sejuk. Dan bibir berdekatan lesung pipitnya masih lagi masam mencuka.

              “Akhuna sayang, kita yang berada dalam bahtera Tarbiyah ini seharusnya meyakini bahawa baik adalah apa yang Allah kata baik. Baik itu adalah apabila kita beriman dengan sebenar-benar keimanan kepada Allah seterusnya mengamalkan Islam secara menyeluruh, itulah dia definisi baik bagi kita.”

                Dia mengangkat kening matanya. Memandang bola mata saya, mungkin perlukan penjelasan. Saya senyum. (dalam hati berharap dia kan tersenyum akhirnya sebelum berpisah dari konferens riang kali ini)

"Boleh jadi juga bukanlah kita dikira sebagai hipokrit, tetapi menjadi hipokrit adalah mereka yang Islam, tetapi kecut dan lemau dalam mengamalkan Islam. Mereka Islam, tetapi ibadah dan akhlak tidak menunjukkan ke-Islam nya mereka. Kita yang mahu kembali mengamalkan Islam dikatakan hipokrit?"

             “Menjadi baik bukan mudah akh. Lebih men-kompleks-kan lagi apabila manusia itu seringkali membuat kesimpulan algoritmanya bahawa menjadi baik itu beerti harus menjadi sempurna. Sangkaannya  baik itu sama dengan sempurna. Baik = Sempurna.

                Mustahil. Mustahil sekali manusia akan mencapai tahap kesempurnaan.”

Sambil itu tanganku ligat melukis di langit awan quotion matematik bahawa baik tidak beerti harus lagi wajib menjadi sempurna. Baik = Sempurna. Salah sama sejuta satu kali!

             “Tetapi apa yang menjadikan kita istimewa adalah apabila kita yang berada dalam bahtera Tarbiyah ini sentiasa BERGERAK kearah kesempurnaan tersebut. Walau tahap super saiya kita tidak berjaya memeluk dengan ketatnya kesempurnaan itu, namun dalam eksplorasi kita semua mencari kesempurnaan tersebut, Insyaallah diri akan lebih meningkat kearah kebaikan.”

                Saya tersenyum pada dia. Sambil mengucapkan kata-kata tadi dengan feelingnya. Peringatan juga untuk diri ini yang kadang leka.

                “Ibarat analoginya Mama Dayang di Paris sedang dalam perjalanan ke gerai nasi lemak Mama Mia di Perak, dia sudah tentu akan cuba  bergerak bukan? Jika bukan dengan Air Asia sambil bergayanya, atau paling kurang dia cuba menaiki basikal tuanya yang mempunyai kuasa kuda itu. Walau Mama Dayang tahu dia tidak akan sampai jika menaiki basikalnya, sekurangnya dia masih BERGERAK. Agar jarak dirinya dengan nasi lemak wangi Mama Mia dengan jauh tahap gabannya, masih boleh dihampiri berbanding hanya duduk diam sahaja menunggu kiriman surat laju yang mengandungi nasi lemak sampai kerumahnya, sambil minum kacip kak Fatimah.” Eh cerita ini ada kaitan ke? Hehe harap dia faham. Senyum.

              Ahah! Dan dia tersenyum sikit nampaknya. Wah Akhuna sayang! Senyum lagi, boleh?

            “Dan akhi sayang, semakin jauh perjalanan dalam mencapai kesempurnaan, semakin diri kita dengan kehendak-Nya semakin meningkat menjadi baik. Makanya, apabila berkehendak menjadi baik harus disertai dengan dengan segenggam kesabaran, kesungguhan, ketabahan dan kekuatan hati.

                Dimulai dengan mencari bi’ah yang baik, yang ada panda (saat ini dia semakin menampakkan giginya yang putih, hehe) riang sambil melompat dengan mata bulat bersinarnya, buatlah perancangan dengan mewujudkan sasaran. Lakukan secara istiqamah. Biar perlahan-lahan, asalkan ia berkekalan.

                Percayalah akh sayang, inilah jalan kita yang berada dalam bahtera ini. Jalan untuk mereka yang berjaya dalam melakukan perubahan. Bergeraklah menjadi baik, walaupun sukar kerna kita tidak pernah nampak sebarang kerugian dalam berusaha menjadi baik. Yakinlah akh sayang” Genggam tangan aku meyakinkan pada dirinya. Chaiyok!”

                “Terima kaseh akhi. Tapi kalau ana down juga dengan kata-kata mereka bagaimana caranya ana untuk hadapinya? Ana letih.” Dia terduduk mencangkung sambil meluruskan tangannya di atas siku. Muka tertunduk ke bawah. Saya terharu. Tiba-tiba keluar lampu di sebelah kepala. Senyum.

                Sambil merangkul bahunya dengan kaseh dan sayang.

            “Senang je. Pedulikan kata mereka akh. Jangan kesah. Enta kena menyakini bahawa : walau kita tidak boleh menjadi sempurna, kita masih boleh mencontohi yang sempurna. Itulah dia, Baginda Muhammad SAW. Qudwah Hasanah buat kita.”

                Dia tersenyum, sambil matanya berair. Er terharu ke?

              “Uhibbuka Fillah Akh.” Dia menyebut ungkapan kaseh dan sayang kerana Allah dalam bahasa Arab. Dia mendekati dan melagakan pipinya  dengan pipiku.

            “Terima kasih atas segalanya akh. Ana akan selalu pesan anta. Harap Allah izinkan ana bersama-sama dengan anta di syurga-Nya nanti ya.” Sambung dia. Saya menepuk belakang tubuhnya.

             “Uhibbuka Fillah Kaman. Ana juga mencintaimu kerana Allah.” Balas saya. Senyum.

Dan petang itu hujan rintik terus membawa kami larut dalam pelukan kaseh dan sayang yang ketat itu. Seriusli, ia menjadi antara detik yang sangat pekat dalam memori saya sebagai murobbi setahun jagung ini.

Err. Anda! Sila terharu ya. Senyum.


Nota memori: Di pemikiran terawang-awang Mukhoyyam Khoriji pada minggu lepas. Rindu dendam pada mereka semua. Ukhwah Fillah, moga kita bersama ke syurga-Nya dengan sweet lagi manisnya ya! Senyum. Salam hijrah 1434H!

JOM bergerak!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...