School Of Tarbiyyah

Sabtu, 8 Ogos 2015

Bagus Sangat Ke Jadi Nurse!?!?

- Nurse, ECG Love and Stetoscope-





p/s: Entri ini bukanlah hak milik PAB. Untuk makluman lanjut mengenai entri sebenar dan penulis sebenar anda bolehlah ke link berikut http://nuyyunkingdom.blogspot.com

Owh ye, agak lama belog ini menyepi, huhu.



Assalamualaikum.

Aku baru bangun dari tidur yang panjang sebab cuti. Ahahaha~
Lalu aku scrool scrool tweeter + fb + instagram.

Follow up keadaan semasa dunia, terutama dekat malaysia. Dan aku tertarik dengan post 'nurse gaji murah, kerja macam sampah' marah betul nampak ehhhh hakak ni. Hangin adik baca .

Hurm, aku bukan tak biasa baca rakyat malaysia post pasal kerja nurse bagai hina dan keji. Dah boring, tapi rasanya tergerak jari jemari aku ni tulis apa rasanya jadi nurse ni.

KALAU kerja nurse ni datang kerja gelak huuhaahuuhaaa pastu bagi ubat pastu hantar patient pergi x-ray pastu ikut doktor round pastu makan pastu huhuuhhaaahuhaa pastu balik, PPPEEERRGGHHH . Enjoy siot!

HAKIKATNYA!

Tidak sama sekali. Nehi. Kabi nehi !

Mentaliti mungkin dah set up kerja nurse tukang cuci berak kencing, bagi makan orang tua, betulkan channel tv ward, komplen makanan tak sedap,tukar cadar katil, siriyes talk eeh, time student dulu kita orang tak belajar okeh nak cuci najis bagai, takde dalam topik exam, takde dalam cross book . 

Kalau ikut hati, ape ade hal, bukan mak bapak aku, bukan muhrim saudara mara aku. Semua masalah korang dari tv takde siaran astro sampai la handpon korang takder charger kami tolong fikirkan, buat atas dasar KEMANUSIAAN.

Aku sedih LOL tengok orang tua tertiarap dalam toilet, terberak, terkencing, dan anak cekak pinggang, jauuuuuuhhhh berdiri, tak nak pegang, geli. 

Nurse lari-lari, panik. Mak yang tergolek tangan bernajis pegang lengan nurse, minta pimpin, nak bangun. 
Anak sambung balik tidur.

Haihhh, fast forward beb.
Letak diri kita jadi mak yang tergolek terberak terkencing, kita ada anak muka cantik ya rabbi, tapi kita nak minta tolong pimpin pun dia rasa geli. Apa rasanya ye ?!?

Terbuka aurat mak bapak depan yang bukan mahram. Kesian mak bapak weh.
Rasa macam nak menyumpah tak anak cenggini ?

Tapi apasal nak mengamuk dekat nurse jugak ? Bukan ke nurse dah tolong pegang pimpin mak, naikkan siderail katil mak . Taknak mak jatuh tergolek dari katil yang kecik tu.

Fikirkan !
Nurse ni banyak benda nak fikir. Anak, bini, laki, mak ayah yang jauh di perantauan lagi .
Korang ingat, nurse kerja macam robot, bertindak mengikut arahan, dalam kepala otak fikir pasal habis kerja nak shopping pergi dating, spa ?

Tidak sama sekali tidak. Dalam kepala dia, perbualan sehari dia dengan geng-geng dia, dengan mak bapak dia, boypreng dia 80% cakap pasal patient. 20% lagi makan tidur enjoy.

Sebab separuh hari dia hidup jaga nyawa patient yang bukan sesiapa pun dengan dia.

Nak ingat procedure apa plan for patient, patient complaint pening, penat, kepala otak terus fikir *jeng .. mcm pelik je pakcik ni harini*. Check vital sign, GCS, blood test, result scan, apa kaitan BP tinggi dengan sudden patient ade maelena stool. Mana pulak datang internal bleeding ni? Tapi HB normal, VBG normal, nak tranfuse darah ke? Muntah keluar bile color. 

haaa~ serabut tak baca ?

U know, nurse is a eye , ear, hand of doctor.
Setiap perkara yang happen dengan patient first responder is nurse. Nurse yang baik selalunya ada 6th sense bout their patient.
batuk bunyi lain pun nurse dapat detect *jeng .. macam pelik je pkcik ni*

Doktor and nurse and all medical team we are supporting each other, dan kau siapa nak hina hina nurse kerja macam sampah ?!?

Gaji nurse memang murah. siryez.

Takat rate standard 2k sebulan, untuk service suap makan, cuci najis, jaga kesihatan mak bapak korang yang dah melarat, terima makian korang, elok kami yg cantik molek ni jadi escort VIP. Ahahahaa.

Moga kepenatan kami tu kelak Allah janjikan pahala yang berlipat ganda.

Kami hari-hari datang kerja melawat orang sakit, insha Allah dah diredhai. Tapi kami tak pandang kot semua tu, malah kami redha ikhlas dan yakin pulangan janjian pahala, malah memberi makan orang tua, ringankan beban diorang, cuci luka, cuci berak kencing, baby muntah dkt baju nurse, pakcik terkencing dekat kasut nurse kami still boleh senyum gelak sebab adat bekerja . 

Apa yang kami risaukan lagi ? Allah memandang mulia keikhlasan kami dah cukup baik kan ?

Dan, manusia mana yang tak lari dari buat kesilapan ?

Nurse pun manusia biasa. Doktor, engineer, banker, architect pun pernah buat silap.

Dan setiap individu pun tahu tiada siapa pun yang sempurna dalam dunia. Diri sendiri terutamanya.
Andai ade relatives, mak ayah korang yang meninggal, terima dengan tabah dan redha.

Bukan sebab nurse or doctor yang tak pandai jaga. Tapi sebab ajal beliau Allah kata dah sampai masanya di dunia.
Aku sendiri pernah salahkan diri aku sebab aku insert ryles tube feeding, then few second arwah passed away.

Sedangkan dah berpuluh orang aku insert tube, ni first time jadi camni. Time tu aku nak buat copetency, Allah nak selamatkan aku agaknya time tu aku buat depan cikgu aku. Berlari cikgu aku announce code blue. Rhesus terlama pernah buat. Tapi Allah sayangkan arwah. Malah, Alhamdulillah family member pun redha arwah pergi .

Siap say Alhamdulillah coz Allah sayangkan arwah, jemput arwah.

Bila fikir balik, arwah sangat suffer dehydrated kering kontang badan, may also lead tu deathness either.
Allah nak tunjuk mati tu datang dari macam-macam cara.

Kita sebagai hambaNya kita ingat mati itu pasti. Kita pasti mati. Itu kan dalam rukun iman , terima qada' dan qadar :)

So, to all staff nurse out there.
BE STRONG ! BE BRAVE ! BE HONEST ! BE IKHLAS FISABILILLAH !

Yang bukan staff nurse or medical team pun, lets respect each other carier.

Setiap pekerjaan itu adalah rezeki yang halal untuk keluarga. Bukanlah kerja kita menghina, sebaliknya saling membantu terutama untuk kesihatan ahli keluarga kita.

Allah tahu apa kita buat untuk pesakit yang kita jaga kesihatannya. Niatkan dalam diri, jika bukan kebaikan dan pahala itu untuk diri kita, salurkan pahala dan kebaikan kita kepada keluarga yang kita sayang, agar bila kita tak dapat menjaga keluarga kita, nurse lain pun akan buat perkara yang sama dari kebaikan yang kita bagi dekat orang lain .

Chillll staff nurse , you are superwomen and superawesome ~

Syukran kathir for reading this :)

Ailebiu.
Ahahahhhahhaaaa~

3 ulasan:

Najwa Farhana berkata...

hmmm. i feel you. teruskan berbuat keranaNya.

Unknown berkata...

hai awak .
assalamualaikum 😊.
tq for sharing this blog, terharu !

pangiealey berkata...

Best 10 Casinos In Vegas for the New Year - Dr.MCD
The best casinos in Vegas, and the best 오산 출장마사지 welcome bonuses from 서귀포 출장안마 your lucky guest. 대구광역 출장안마 We have 사천 출장안마 listed 김천 출장샵 the top five casinos that offer the new year's

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...