School Of Tarbiyyah

Khamis, 21 Mac 2013

Kematian yang menghidupkan. Psst! Doakan saya jugak mati syahid Fillah!

-kredit: kita yang mencemburui mereka-


Menarik bagaimana Allah aturkan hidup ini.
Menarik apabila kita diberi peluang mengenali 
dan mengagumi satu sosok yang mengesani hati hati,
hanya setelah dia pergi menemui Ilahi.

Sedetik babak kematian itu akan jadi peringatan,
Satu tamparan untuk kita berhenti sejenak 
dan menghargai seumur hidup kita yang telah Allah kurniakan.

Dari kecilnya, 
kita semakin dewasa, 
matang seiring dengan usia.
Bersama umur itu adalah nikmat Allah yang tak terdaya kita kira.
Bersama setiap hela nafas seorang hamba itu adalah penjagaan Allah terhadap hambaNya.
Dan selama panjang hayat itu juga 
kita telah diberi peluang untuk mengatur cara kematian kita.

Bila kita yakini bahawa kematian itu adalah satu pertemuan,
antara kita dan tuhan,
maka apa yang kita mahukan adalah saat yang penuh kegembiraan.

Kalau benar kematian itu adalah pengharapan kita untuk satu pertemuan,
maka Allah akan mengatur pertemuan itu bersesuaian dengan bagaimana gigihnya kita
berusaha untuk menyintaiNya di dunia.

Umpama pertemuan sepasang kasih,
Walaupun hakikatnya kasih sayang Allah tidak akan pernah diukur dengan segala galanya.
Dia kaya dengan cinta. Dia pemiliknya.

Allah sangat mengetahui hati kita.

Detik kematian yang indah itu,
Angan angan dan cita cita bukan bahan yang membuatnya.

Detik detik kematian yang indah tidak akan pernah dicipta dengan fantasi fantasi.
cara kematian tidak akan pernah dibina dengan bata bata angan angan.

Kalau kehidupan itu adalah satu nikmat yang Allah kurnia sama rata, kematian pula adalah seperti
aturan Allah yang bersesuaian dengan bagaimana kita menggunakan nikmat yang sebelumnya.

Kematian itu adalah satu penutup, kesimpulan dari satu hayat.
Justeru ia satu penutup yang membuka kehidupan baru di akhirat.
Ia satu detik singkat yang mewakili seluruh corak kehidupan,
bagaimana baiknya hayat kita susun dan isikan.

Ada insan yang hidupnya sendiri adalah islam.
Pengorbanan dan derita dalam memperjuangkan agama bukan lagi satu pilihan,
malah ia telah membumi dalam jasad dan sanubari, hidup dalam darah dan daging pendokongnya.

Dakwah dan tarbiyah itu tidak lagi bisa dicerai berai, ia sudah sebati bersama.

Maka dengan cinta itu,
detik detik kematiannya Allah zahirkan walaupun semasa hayatnya.

Seperti pemuda badwi di zaman baginda nabi, yang benar dengan niat dalam perjuangannya,

"Aku tidak menginginkan harta wahai Rasulullah. Aku berperang ini kerana mahu panah musuh ini
menusup betul betul di sini"

Sambil menunjukkan ke arah halkum nya. Pemuda itu tegas sekali menolak hak harta ghanimah demi menjaga niat sucinya.

Dan kerana kebenaran itu, Allah memperkenankan permintaannya.
Panah itu, tertusuk dalam menembusi halkum, lantas menyaksikan syahidnya seorang yang benar penyaksiannya.

Zaman menyaksikan,
bahawa cita cita kematian itu bisa ternyata
jika ia terpacul dari bibir bibir yang benar tanpa dusta.

Seperti Umar yang berdoa mahu syahid walaupun ketika itu para sahabat lainnya tertanya tanya, apakah dengan keamanan dunia Islam dibawah pemerintahan Umar ketika itu membolehkan beliau syahid?
Ternyata, kematian Umar juga menyaksikan syahidnya seorang yang benar kesaksiannya di tangan Fairus, Abu Lu'luah.

Seperti Dr Abdul Aziz Rantisi yang bertegas dengan niatnya
"Tiada apa yang berubah dengan kematian disebabkan sakit jantung atau Apache."

"Dan aku", tegas si syahid itu, 

"memilih Apache."

Ternyata, kematian Dr Abdul Aziz Rantisi juga menyaksikan kebenaran syahadah yang beliau bawa.
Pejuang itu bertemu dengan Ilahi kerana serangan Apache.

Mereka ini benar kesaksiannya. 
Tulus niatnya.
Dan kerana itu cita cita kematian mereka ternyata.




Mungkin itu sebenarnya bahan yang membina cara kematian;

kehidupan yang benar terhadap satu kesaksian.

***



Kematian adalah sesuatu yang sangat pasti.

Dan aku,

Aku sering menyelitkan harapanku dalam satu kepastian itu.


Semoga kematianku nanti kematian yang menghidupkan.
Semoga kematianku nanti membuktikan bahawa sedayanya aku berusaha mengota satu kesaksian.



Epilog:

Maka dunia hari ini dikejutkan dengan kematian seorang hamba Illahi yang sangat mulia di mata masyarakat dunia Islam, Al-Marhum Syaikh Said Ramadhan al-Buti. Meninggal beliau akibat penangan bom ketika sedang menyampaikan ilmu di konferens sorga dalam sebuah masjid  dekat Damsyiq semalam. Innalillah. Moga surga buat beliau amin. Jasanya buat dunia Islam sangatlah hebat hebat hebat! berbanding diri kita. Gasp!

Dan tidak lupa juga mari kita doakan agar kematian yang menjemput Saudara ikhwah kita Muhammad Nur Iman Shafiq (1989-2013). Dikau dalam kenangan. Aku dalam kerinduan: yang mana anda sudah pon tahu akan kesetiaannya pada jalan yang sumpah kool ini.

-Iman: anda dirindui. Nanges -


Sila baca: (kelik sini): Iman, Si Mujahid Setia karya Inche APG kita untuk lebih paham.

Ya wahai anda yang sedang membaca ini! Doakan saya juga bakal menyusul pada suatu hari nanti, juga dengan tersenyum dan girangnya. 


"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya),"

(Al-Ahzab Ayat: 23)



-PAB-

Ya pos kali ini membicarakan mengenai kematian. 

Saya sungguh terkesan dalam seminggu dua dengan ayat 'kematian'. Kematian kita, dan apa kan naseb kita selepas mati, baikkah atau sebaliknya.

Dengar lagu nasyid kematian oleh Dalam Kumpulan, Ketuhanan, Jauh Utara menyebabkan saya sebak. Sumpah buatkan saya nanges.

Owh ye!
Ehem! Arakian puisi ini sebenarnya dikarang dan disantuni dengan penuh chenta fillah oleh seorang ikhwah kenalan saya di mukabuku yang bernama Menang Atau Syahid Adwa'. Ianya telah dipost di blok ger beliau iaitu (kelik ini): Pena Cyrano (Ehem! pada pandangan saya dia seorang ikhwah yang comel dan gebu-gebu dengan D&T ini haha!).

Kepada Adwa': I'am sorry for my order kopi dan pasta from your blok ger. Oh! Your poem touched my heart and feeling. Ehem! Batuk. Sila jangan kembang, eheh!

Dan mahu tahu mengapa saya nanges. ok tenang. Kelmarin saya ditelefon tuan duktur dengan suspennya. Hati dup dap dup dap.

Kata dia cecair merah dalam badan saya mengalami sedikit ehem ehem sulit diceritakan di sini.

Arakian hati dalam dilema kesedihan. hoho! Sehingga ngadu kat iche murobbi-kun dan ikhwah dalam kumpulan saya. Tidak lupa juga share dengan hadek-hadek bulatan gumbira saya, semuanya berikan sokongan padu lagi ber-energi. Baring atas peha mereka sambil luahkan masalah tersebut, buatkan saya nanges lagi rasa dihargai, wahhhhhh!

Maka mohon ampon kepada kalian yang mengenali diri, agar diri ini syahid atau menang adwa' eh! didoakan untuk memasuki surganya dengan tersenyum.


Sebab saya terlalu rindu sanggggattt bertemu tuhan.



Ehem. Makanya penangan blog inche Adwa' ini buatkan hati sedikit senang:)



Senyum sedikit sedih, eh!

Juga nanges...


-kredit untuk Inche Maher Zain anda ingatkan saya: This worldly life just Dunya-

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan... 

sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)"

-Al-Ankabut ayat 64-


Nanges teresak-esak. 

suam.

1 ulasan:

Menang atau Syahid Adwa'. berkata...

"Sebab saya terlalu rindu sanggggattt bertemu tuhan."


:')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...