Amaran: Untuk post kali ini, anda! anda! anda! dinasihatkan untuk menyediakan sekotak tisu atau sapu tangan berbunga anda itu, boleh juga guna hujung baju besar anda itu eheh! kerana sumpah anda akan menangis juga teroyak akibat tusukan panah terharu kerana menonton video sajak ini. Buktinya? Err saya juga telah menangis kot~
Pada kita derita itu
Pada gagalnya peperiksaan
Laparnya perut pada makanan
Putusnya cinta pada kekasih pujaan
Jauhnya ibu ayah dari dakapan
Juga habisnya duit dalam bekalan
Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
Maruah keluarga dipijak-pijak
Anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
Tanah air Islam diinjak-injak
Irama kita
Suara lagu yang mendayu-dayu
Irama mereka
Buldozer yang menghiasi setiap pagi
Ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi
Sungguh sukar kita berada di tempat mereka
Kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
Berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
Berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
Tangisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
Putusnya cinta atau geramnya pada manusia
Tangisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
Kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
Pada umur yang panjang
Agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan
Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi...
Pada syahid tanpa henti
Pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta...
Siapakah kita berbanding mereka?
-kredit-
Face palm buat saya berkali-kali selepas membacanya. Soalan di akhirnya 'Siapakah kita berbanding mereka' ibarat tembakan lighting hame hame ha daripada sang murobbi-kun itu. Menusuk hati, mengoyak jiwa. Zresssh!
Makanya, hampir setiap hari tanpa jemu saya sudah cukup sudah tidak habis menontonnya. Moganya keinginan untuk kesana, menjadi antara sukarelawan dalam bidang perubatan, ehem maklumlah seorang inche nurse yang gagah membantu saudaraku terchenta di Palestin. Ehem! Dr. Muharikah boleh join sekali tak agaknya? Ammu Afdholin? Senyum.
Anda! Anda! Anda! Jom doa sama-sama buat mereka, tanpa jemu. Dengan rasa sayang sayang hey!
Sayang Palestin daripada saya: Bakal sukarelawan suatu hari nanti , PAB. Senyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan