School Of Tarbiyyah

Isnin, 10 Disember 2012

Pesanan pedas tapi manis tak hengat Inche Murobbi

Disklaimer: kepada inche murobbi-kun, suka citanya pesanan anda telah di letakkan tambahan pewarna kaseh sayang sesedap rasa, agar peringatan ini menjadi lebih pedas tetapi manis, ewah!

Argh!Letihnya mahu dapatkan hapdet terbaru tentang bulatan Sorga! 


"Bagi seorang al- akh atau al-ukh yang benar dalam Dakwah dan Tarbiyah ini, hujung minggunya adalah lebih sibuk dari hari-hari biasanya."
-Inche Murobbi-kun-


         Kata-kata ini tak pernah lekang dari ingatan. Ibarat gam gajah yang mengeras di tangan anda lalu anda cuba menggigitnya dengan susahnya atau juga seolah anda berlaga pipi dengan ikhwah dan tak boleh berpisah eheh! Serius tak tipu. Angkat tangan tunjuk peace!



Arakian yang haibatnya, golongan yang sering dipulau dan dijeling tajam mata sepet oleh Persatuan Anti-Usrah (PAU) ini mempunyai iman dan jiwa raga sebesar saiz raksasa yang luar biasa dan tidak mudah futur oleh gurauan dan pandangan kasar oleh golongan PAU tadi.



Tepuk dahi! Jika manusia yang rendah mujahadahnya dan pendek imannya senipis kulit bawang halus je, mesti dah kebuluran dan kehabisan energi lampu postomen bila terpaksa ke sana ke mari, hingga terkadang puluhan dan ratusan kilometer jauhnya semata untuk membawa hadek-hadek terchenta merasai nikmat taman Sorga-Nya atau juga menjadi mutarabbi yang bakal dicium di pipinya dengan kaseh sayang inche murobbinya. Belum lagi  yang tiada ferrari atau helikopter chantek itu, terpaksa pula menaiki publik untuk membawa bulatan gumbira yang ada panda comel di dalamnya eh! Senyum.



Tetapi tetap, si mereka itu, bila hari Isnin, tengok-tengok sudah tercegat dengan penuh senyuman dan bergaya di kelas pengajian mereka macam orang lain. Ironinya, mereka bukanlah super saiya yang mana ketika guna teknik menghilangkan diri berbunyi 'shiiiing' terus hilang tetapi mereka manusia seperti kita. ke murobbi anda adalah angel. Oh! Pengsan.



Jadinya, apa yang menyebabkan mereka itu sanggup berjauhan dari tempat tiduran lambungan mereka yang empuk itu, dari menonton movie tangkap leleh sambil menjamu pop dan kon. Oh kenapa? Jerit!


Sudah semesti jawapannya kerna IMAN mereka itu sendiri. Iman mereka, iman yang bergerak. Bukan statik. Tidak dibekukan hanya sekadar baik untuk diri sendiri. Tidak berqiamullail hanya untuk kepentingan diri selepas dikejutkan sms dari akhawat jelita berbunyi 'akh sayang, sekarang masa untuk tahajjud' eh! juga tidak mentilawah dan tadabbur Al-Qur'an, berseorangan di bilik dengan langsir yang tertutup melayang-layang di buai angin sepoi-sepoi bahasa. Tidak bersolat Dhuha 2 rakaat, hanya untuk memenuhi ketenangan peribadi tanpa terfikir, mengambil peduli bagaimana mahu membentuk dan merasakan orang lain merasai seperti dia rasa, demi untuk ummah yang terbaek ini..



Tetapi, iman mereka, iman yang bergerak melalui salur darah arteri dan vena yang seterusnya merasuki hati-hati manusia-manusia lain. Sama-sama (sila ulang dengan nada kuat) dengan manusia lain, mengajak dan melakukan bersama mereka. Ingin manusia lain turut merasai nikmatnya jalan ini. Nikmatnya ber-Mutaba'ah ibadah yang efisien ini. Seterusnya melakukannya bersama-sama. Sama buat, sama tanggung, sama dapat pahala, sama gembira, then sama masuk Sorga sambil berenang terjun ke dalam sungai susu itu! Semuanya dilakukan bersama-sama sambil tersenyum-senyum. Ewah nikmatnya! 



Best bukan masuk Syurga dengan best friend fillah forever! Anda tak mahu ke? Mahu bukan?


Iman mereka itu seterusnya, tergambar pada amal. Bukan hanya sekadar di tingkap ingatan, dan kemudian usai bulatan sorganya, masuk bilik dan main dota tersayangnya. Ha' cuh! Atau paginya belajar ayat-ayat Chenta dari Tuhan, tapi petang dan malamnya meleleh air mata menonton movie si jambu dan kayu bolli!




Maka, bagi seorang akh yang benar, jangan sekali-kali cuba melemahkan diri dengan kemaksiatan dan pembaziran duit juga masa. Kerana akh yang benar, hujung minggunya adalah hari-hari yang sibuk demi memenuhi tuntutan Tuhan di malam hari, dan tuntutan manusia atas nama perjuangan di siang hari.

Ibaratnya si pendosa di malam hari merintih atas dosanya di malam hari, tetapi menjadi gah ibarat singa di jalan Illahi di siang hari!Lap peluh.

Arakiannya juga akh dan ukh yang benar itu tidak mempunyai masa lapang sama sekali. Tangannya sentiasa gatal tergaru lagi tak keruan untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat, jika bukan untuk dirinya sudah tentu membuah untuk orang lain dan juga ummah terchenta.


Pepatah arab ada menyebutkan :
 "Air yang bertakung tidak mengalir akan di rosakkan oleh statiknya air itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan di bunuh oleh masa lapangnya itu"

Bukankah dalam muwosafaat tarbiah kita juga menasihati bahawa: tersusun dalam urusan (munazzamun Fi Syuunihi) dan menjaga waktu (harithun ala waqtihi)?


Ok, lap peluh besar.




Maka, siapa yang weekendnya mempunyai banyak kelapangan dengan aktiviti-aktiviti minum romantik dua straw atau melihat wanita dan lelaki chantek juga hensem di shopping mall juga segala bagai, tolonglah, Allah akan bertanya tentang itu, dan sedarlah imanmu sedang menderita. Iman anda sedang menyarungkan kapsul jahiliyyah indah itu. Maka berubatlah dan berpanadol lah dengan Taubat!

Makanya, satu penumbuk, belasahan dan cakaran sayang dari panda comel untuk diri saya dan anda. Wahai iman, majulah menuju mencapai Redha Allah!

Jadi bergeraklah sebelum hati anda yang berbentuk cinta itu 'mati' sebelum ianya mati dalam bentuk yang sebenarnya!




Ok, jom tukar jadi super saiya beriman. Senyum.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...