CERITERA 2
Senyum Antara Tautan Hati, Hujan dan
Pelangi.
-kredit-
‘Ukhuwah
ini semanis coklat. Tersangat kesedapannya sehingga menjilat jari. Manisnya
coklat cair tidak dapat menandingi apabila ukhuwah ini mencapai tahap ke’super’an
dan ke‘saiya’annya yang tertinggi. Wah sangat OSEM!’
Teringat
dia kata-kata naqibah terchenta. Hik, seorang naqibah yang happy-go-lucky.
Senyuman masih tidak lekang sungguh daripada bibirnya semenjak tadi. Tersenyum
teringatkan bulatan gumbira Al-Humaira’nya yang happening dan bergaya.
Mendidik hati dan dirinya menjadi hamba yang lebih muslihah, daripada semasa ke
semasa. Itulah yang dikatakan nikmat hidup dalam tarbiyah, menurut murobbinya.
Memorinya
masih lagi menerawang, mengingati setiap bait-bait kata yang pernah ditumpahkan
oleh kaseh sayang seorang ukhti yang disayanginya. Belajar erti bahagia dan
ketenangan dalam kehidupan dengan prinsip sentiasa bahagia untuk memberi.
“Ukhti, kenapa dalam kehidupan
kita sebagai manusia, juga sebagai seorang pelajar memerlukan kita untuk tetap
terus istiqomah berada dalam jalan da’wah dan tarbiyah ini ye?” Tanya dia pada
sesi konferens riang tika itu, usai solat sunat Tarawikh setahun yang lepas.
Hujan
renyai tika itu mencipta sedikit metafora asap keluar daripada bicara mereka. Sejuk.
“Soalan
Nisa’ itu itu sudah lama sebenarnya diungkapkan Allah dalam surat cinta-Nya:
“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang diutuskan kepada manusia, kamu menyeru
kepada ma’ruf dan mencegah daripada kemungkaran dan kamu beriman dengan Allah.”
(‘Ali Imran: ayat 110)
“Ehem!
Bukankah Allah Maha Cinta itu menghantarkan kerja yang sangat mulia buat kita.
Bahkan setelah mana kita mengucapkan Syahadatul Haq, maka wajiblah pula kita
melaksanakan tanggungjawab atas saksi yang telah kita ucapkan, agar ianya tidak
sekadar menjadi palsu. Bahasa Arab kita panggil ianya sebagai Syahadatuz Zur,
syahadah yang palsu”
Sambil
menadah tangan menyambut deraian hujan, Murobbinya, Ukhti Aisya Zinnirah terus
menyambung kata cinta buat mutarabbi terchentanya.
“Apa
yang menyebabkan kita mesti istiqomah dan tetap terus berada dalam da’wah dan
tarbiyah ini juga telah Allah ungkapkan dalam surat cinta-Nya sekali lagi:
"
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka
dengan memberikan syurga untuk mereka. Maka bergembiralah dengan jual beli yang
telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."
(At
Taubah:ayat 111)
“Dan sesiapa yang mencari deen (agama/
jalan hidup) selain Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada
hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.”
(‘Ali Imran: ayat 85)
“Juga
apa yang menyebabkan da’wah itu menjadi lebih istimewa lagi apabila Allah telah
dijanjikan oleh Allah Maha Kaseh melalui sabdaan Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Jika seseorang mendapat hidayah daripada
Allah lantaran atau asbab kamu, ianya lebih baik bagimu daripada apa yang
disinari matahari.”
(Hadis riwayat al-Tabrani)
Khairunnisa’ yang mendengar sabdaan Baginda senyum saat itu. Suka akan janjinya
dari Rasul terchentanya.
“Khairunnisa’ Zunnur Ain kenapa ni termenung
tersengih sorang-sorang”? Sahabatnya Fatimah menyapa dengan sedikit menyiku.
Memorinya terhenti saat itu. Merindui Murobbinya.
“Amboi
panggil nama panjang ana terus ye. Hik. Ana tersangat rindukan bulatan gumbira
Al-Humaira’ kita. Rindu untuk kembali berjumpa dan merenung wajah mereka yang
tomei lagi bersih tu. Baru berjumpa rasa mahu berjumpa lagi. Rindu, hehe.” Ucap
Khairunnisa’.
Petang
yang hujan rintik itu, mereka berdua masih lagi menunggu kereta api untuk ke
Kuala Lumpur Sentral. Manik-manik hujan turun menitis dengan bayu angin damai
membawa lukisan harmoni. Mencipta ketenangan di langit stesen kereta api ketika
itu.
“Owh,
ana pun merindui mereka. Ukhti Aisya naqibah yang caring dan happy-go-lucky
, Ukhti Anis Amirah yang pandai memasak roti cinta, Ummi Sakinah yang kelakar
dan menceriakan selalu bulatan kita. Hehe sangat merindui mereka.” Senyum terbit
di pipi Khairunnisa sambil mengira
dengan jarinya seperti kanak-kanak riang.
“Ha,
satu lagi yang enti lupa nak cakap.”
“Apa
dia?”
“Fatimah
Al-Qasira yang tomei dan sukakan coklat! Hehe” Bercakap sambil tersenyum manis
dan meletakkan tangan tanda peace di pipinya. Comel. Masuk dalam bakul
dan mengangkat sendiri.
“Eww
gediknya Fatimah ni. Bukan manja lagi ye dia. Nah! Ambil cubitan cinta dari ana
ni!” Balas Khairun dengan gaya mahu mencubit bahu sahabatnya.
“Hehe,
betul apa! Eh kejap tertinggal satu lagi watak yang sangat penting. Entilah,
Khairunnisa Zunnur’Ain, bidadari yang tersangat pandai memasak coklat yang
sangat OSEM! Itulah sebabnya dia menjadi sahabat sejati ana. Hehe.” Cubitan
pula mengenai pipi si Khairunnisa’. Manja.
Suasana romantik berbuah manis
pahala terus dinikmati mereka berdua. Perhentian kereta api penuh tenang,
mencipta panorama buat mereka berdua berkaseh kerna Illahi. Hujan renyai turun
seolah cemburu dan menangis keharuan melihat keakraban mereka berdua. Damai.
Tren
kereta api sampai ketika itu dan mereka berdua memilih koc jambu di bahagian
tengah. Koc khas direka untuk golongan bidadari. Membuatkan para lelaki miang
pasti berasa untung jika dapat mencelah ke sana. Menjadi serigala di celahan
bidadari.
Muslimah
berdua tersebut masuk ke dalam sistem gastro koc jambu. Keduanya manis
mengenakan busana muslimah, terus memilih lokasi untuk duduk di kerusi yang
disediakan. Khairunnisa’ menjeling jam tangan bertali ungu hadiah daripada seseorang
wanita istimewa. Tepat 10:30 pagi. Tidak ramai penumpang kereta api ketika itu.
Dapat dikira tanpa menggunakan gerakan kinetik tenaga jari.
Awan
terus menurunkan rahmat ketika itu. Sejuk tetapi damai buat mereka yang berada
di dalam gastro tren, sehingga menjalar dan menyentuh ke bahagian sendi dan
tulang.
Kadang
mata-mata cantik memandang dua bidadari tersebut duduk berbicara sopan, mungkin
tertarik dengan pemakaian muslimah dan tudung bidang 60 mereka. Tenang untuk
memandang.
“Ukhti
Aisya sangat tinggi kerendahan hatinya. Dia kalau memberi penyampaian dalam
usrah semacam pengisian tersebut bukan ditujukan khas pada sesiapa, tapi untuk
dirinya sendiri. Kadang-kala kata-kata pedas dia membuatkan kita tak terasa
sangat. Itu yang ana salute pada Ukhti Aisya”. Khairunnisa’ membuka
bicara sambil tangannya ligat membuka majalah JOM! Yang dibelinya tadi di kedai
7 Eleven. Majalah yang menurutnya tersangat best!
“A’ah
kan, walau dia seorang pelajar medik yang gerenti sibuk sangat, tapi masih lagi
mampu meluangkan masa dengan kita, berukhuwwah, dan berkaseh chenta dengan kita
setiap minggu. Allahurobbi besar sungguh pengorbanan Ukhti Aisya untuk kebaikan
kita.” Kata Fatimah menguatkan hati khairunnisa’. Tumbuk tapak tangan tanda
hebat!
“Hehe,
benda yang paling ana suka tentang Ukhti Aisya adalah dia sangat caring dan
sangat mengambil berat tentang kita. Selalu mesej bertanyakan khabar dan
menyatakan rindu dendam pada kita. Juga tak pernah melupakan hadiah setiap kali
birthday anak usrahnya.” Khairunnisa membelek jam yang dipakainya. Masih
cantik dipakai. Hadiah birthday daripada murobbinya tersayang, Ukhti
Aisya Zinnirah, nama yang istimewa buat dia.
Mereka
berdua senyum. Memori memutarkan kembali ceritera bulatan gumbira Al-Humaira’
nya setiap minggu, replika kepada sistem diasaskan Imam As-Syahid Hassan
Al-Banna di Mesir. Menceritakan kembali kelebihan setiap satu watak dan peranan
setiap ahli usrah dalam bulatan tersebut. Inilah ceritera baru bermula.
Khairunnisa
Zunnur’Ain mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Cubaan menerobos ke langit
yang menurunkan hujan, tapi gagal kerna dihalang abstrak hasil daripada titisan
air pada kaca tingkap kereta api. Abstrak itu lalu menghasilkan memori
perbualan dia dengan Ukhti Aisya.
“Ukhti
sayang! Kenapa ye ukhti tak pernah bosan dengan kami. Maksud ana, ukhti
sentiasa mengajak kami, hantar mesej setiap kali mengingatkan tentang waktu dan
masa bulatan Humaira kita? Walau kadang-kala kami rasa malas mahu datang, ukhti
tak pernah jemu menjemput kami daripada rumah. Kami terharu sangat!” Khairun
bertanya, sambil mengangkat kening menunjukkan petanda soal.
“Huhu
soalan Khairun itu ukhti jawab semula dengan satu soalan. Adakah untuk mencintai
dan merindui seseorang kerana Allah memerlukan alasan untuk menolaknya dengan
kukuh?” Senyum Ukhti Aisya dengan pandangan cinta, khas buat mutarabbinya
terchenta.
Kening
menaik tanda soalan power itu tersangat susah untuk dapat dijawab
kembali, mungkin lebih susah sedikit daripada peperiksaan untuk menjawab soalan
cikgu tadika bagi mendapatkan coklat cadburry yang sangat manis.
“Jawapannya tentu sahaja tidak perlu. Ibarat ummi kepada Khairun adakah perlu
dia menyatakan sebab untuk dia menyintai dan mengasihi Khairun sepenuh hatinya?
Dia sentiasa memberi dan memberi seriously tanpa jemu langsung dan dia
tak memerlukan alasan untuk memberinya bukan?”
Ya!
Jawapan itu sangat memberkas dalam relung sudut hatinya. Membunga dengan
berduri yang tersangat tajam. Memerahkan pipinya yang putih persis Al-Humaira,
nama bulatan Gumbiranya.
Bunyi pintu kereta api terbuka dan suara
rakaman audio tentang pengumuman perhentian seterusnya mengejutkan dia dari
lamunan. Mencipta paradigma bahawa itulah antara memori terindah buat dia
bersama naqibah terchenta.
“Khairun, ana cemburu sangat
dengan kebolehan Ukhti Anis Amira memasak roti cinta. Wah! Cemburu sangat! Lagi
satu Ukti Anis bila bercakap lembut sangat bahasanya, mendayu hingga buat ana
menangis terharu bila dengar bacaan al-Qurannya semasa usrah. Tertib dan
murrattil lagi” Fatimah memuji, kelihatan senyum terbit di pipinya yang bersih.
“A’ah
ana terharu apabila dia sentiasa setiap kali usrah, membawa roti cinta
ciptaannya. Tak pernah jemu, bahkan sentiasa mencipta suasana cinta-mencintai
dalam bulatan kita. Kadang-kala ana terasa penuh dan terisi cawan cinta sahabat
dalam diri ini, hingga tidak memerlukan cinta makhluk yang tidak halal buat
ana, hik” Ucap Khairun dengan gaya tangan tunjuk thumbs up!
“Tapi
kan ana tak pernah sangka yang rupanya Ukhti Anis mengambil bidang dalam
kejururawatan. Katanya, dakwah dia bagaimana mahu mengislamisasikan bidang
kejururawatan yang dipelajari. Seriously, lihatlah kadang-kala bagaimana
syariat Islam itu tidak di amalkan sepenuhnya di sebahagian hospital dan klinik
yang tertentu. Sungguh mesti Ukhti Anis
rasa itulah tanggungjawab dia selepas habis belajar nanti.”
Khairunnisa terdiam. Termenung
seperti biasa. Memikirkan bagaimana keberadaan mereka berada dalam sistem yang penuh
sedikit kepincangan ini. Hakikatnya manusia yang digelar ‘mereka’ itu sangat
sedikit jumlahnya, mempunyai keinginan, fikiran, hati dan rasa untuk mengubah
sistem ini kembali kepada kejernihannya.
Ya, ‘mereka’ adalah anak kepada
sistem jahiliyah ini. Perungkai kepada kebatilan yang kadang-kala menjadi
kebiasaan buat mereka yang tidak memahami. Azam mereka menerangi, menunjuki dan
memimpin sistem ini kepada yang lebih murni. Ya, jika bukan mereka siapakah
lagi yang mahu merealisasikan ayat cinta dari Tuhan Sang Pencipta bahawa umat
ini adalah sebaik-baik Ummah?
Yang mana diciptakan untuk mencipta
kebaikan dan mencegah kebatilan? Sambil dengan bangga dan senyum bunganya
mengucapkan sayonara kepada jahiliyyah yang sudah terlalu pekat dan ligat itu.
“Kata Ukhti Anis, dia terkesan
dengan puisi yang ditulis oleh Akhi Hilal Asyraf dalam akaun Muka Bukunya.
Mungkin juga sebagai pendorong dia untuk terus tetap berada dalam jalan da’wah
dan tarbiyah ini. Yelah, bukankah kita ini untaian tasbih kepada usaha da’wah
baginda, agar dengannya ia menjadi kebanggaan kita untuk berjumpa dengan
Baginda nanti.”
Kita akan hancurkan jahiliyyah,
walau ia umpama mentari.
Panas,
bebola gergasi.
Kita tidak akan berundur,
atau merasa gentar dan takut,
kerana kita punya Ilahi,
yang menciptakan matahari.
Angin terus menunjukkan melangit
kesyukurannya lagi dengan terus membasahi bumi dengan kesejukan angin yang
mendamaikan. Awan terus memberi hujannya
tanpa jemu petang itu, memberikan ibrah bahawa erti ketenangan dan kedamaian
dalam hidup itu adalah pada erti memberi.
Memberi sepertimana sifat Allah yang
suka memberi. Persis juga seperti seorang ibu yang kasih dan mencintai anaknya
dengan suka memberi.
Bicara bisu sedetik diselangi irama
melodi daripada tingkap lutsinar kereta api hasil daripada titisan hujan terus
memainkan peranannya. Sejuk mencengkam membuat mereka sedikit terkesan. Tangan
dikepal bulat, lalu ditiup bagi menghasilkan haba. Hangat.
“Allahumma Soyyiban Nafi’an”
“Emm doa itu di ungkapkan tika hujan
kan Khairun?” Soal Fatimah.
“A’ah. Ana dengar doa ini dibaca oleh
Ukhti Aisya semasa jaulah kita yang lepas. Waktu itu hujan lebat sangat, ana
duduk berdua-duaan dengan dia.”
Memorinya menerawang sekali lagi
menerobos atmosfera langit pertama. Bicara romantik diingati sekali lagi,
ketika hujan rintik menemani mereka berdua di bawah pokok rendang, mengharap
teduhan kasih-sayang sang pokok.
“Khairun, hujan itu ibaratnya
bicara hati kita sang manusia. Setiap butirnya hujan itu mencipta manifestasi
kisahnya tersendiri. Setiap butir mereka mewakili perasaan manusia seperti
sedih, gumbira, tenang dan gelisah, juga segalanya terhimpun dalam kandungan
awan.”
Mereka memandang awan. Hujan
rintik. Jaulah Musim Hujan itu dinikmati sepenuhnya.
“Hujan yang mewakili perasaan
manusia tidak berhenti di situ sahaja, bahkan terus berusaha menciptakan
gabungan warna yang indah lagi menyenangkan. Khairun, nampak ada pelangi di
situ, cantik!.” Tunjuk Ukhti Aisya pada lelangit mendung. Senyum.
Senyum Khairun kepada awan dan
pelangi membunga. Kelihatannya awan dan pelangi itu berinteraksi dengan dia,
membentuk antara mereka cas positif sayang dan cas negatif keharuan. Kata awan
seolahnya dia sudi menumpahkan air matanya. Terharu kerana manusia bernama
Aisya Zinnirah dan Khairunnisa’ itu sudi mendengar bicara hatinya si makhluk
Allah. Bertasbih dia dengan senyuman. Manis Aisya dengan tahi lalat kecilnya di
lesung pipi.
Fatimah melihat awan, mencuba
memahami akan metafora yang dicipta Khairunnisa’. Lantas pandangannya beralih
pula kepada Khairun yang masih tersenyum melihat awan.
“Suka sangat, hehe.” Jawab
Khairunnisa’. Senyum.
“Kenapa?”
“Sebab dengan melihat awan
hati kita akan memiliki ketenangan. Awan itu ibaratnya Usratul Humaira’ kita ini.
Tenang dan menyejukkan hati. Bulatan gumbira kita ini satu nikmat Allah yang
tidak mampu kita bayar hatta memiliki segunung emas dan permata seisi dunia.
Seperti janji Ukhti Aisya, akan dia bawa hati-hati yang berhajat supaya turut
merasai manisnya hidup dalam berhalaqoh, sunnah tarbiah Rasul-Nya. Hidup
berhalaqoh itu antara madu dan nikmat
dalam perjalanan dakwah dan tarbiyah ini!”
“Mahu tahu apa yang Ukhti
Aisya ungkapkan lagi?”
“Mahu!”
“Kata dia, akan dia sebarkan cinta dan
lazatnya madu ini untuk semua! Percaya atau tidak, kini kitalah yang telah
merasai manis dan lazatnya madu itu. Alhamdulillah sangat! Hehe.” Senyum dia
pada awan dan Fatimah.
“Alhamdulillah, juga atas jalan ini
Allah telah temukan kita berdua.” Senyum Fatimah pada awan, juga pada Khairun.
Petang yang hujan itu tidak
menunjukkan bilakah ia akan mulai berhenti. Terus bahagia dengan memberi corak
dan kesejukan kepada bumi. Bumi juga bahagia menerima, menjadikan mereka berdua
antara ciptaan Illahi yang sangat serasi.
“Khairun mahu tahu apa harapan ana
sebagai murobbi buat antum semua?”
“Emm, apa dia Ukhti Aisya?”
“Harapan ana agar kita semua nanti dapat bersama menjejaki taman-taman syurga. Berpimpin
tangan dengan sweetnya. Meraih kaseh dan Cinta-Nya juga.” Senyum dia pada
Khairun.
Menitis air mata dia kerana
gembira seperti hujan petang itu. Terharu.
“Terima kaseh ukhti. Uhibbuki Fillah”
Senyum. Doa dia petang itu, agar harapan yang dibina oleh Murobbinya itu, bakal
menjadi kenyataan. Bercinta hingga ke syurga!
Ya, Hingga syurga. Dan ya Allah, terima kaseh atas nikmat aku berada dalam usaha da'wah dan tarbiyah ini, tak mampu untuk aku membayarnya. Alhamdulillah.."
-PAB-
Fuh~seriusli ini adalah sambungan daripada ceritera yang sebelum ini. Terasa ingin menyambungnya lagi. Antara point saya, agar kita semua bersyukur kerana nikmat Allah yang telah meletakkan kita dalam gerabak tarbiah dan da'wah yang sumpah haibat ini, Alhamdulillah...
Err anda dah ada dalam gerabak ini kan?
Tekan:
Antara Bulatan Gumbira, Pesona Bunga & Awan Biru i
Tweet
“Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui "
(61:10-11)
Fuh~seriusli ini adalah sambungan daripada ceritera yang sebelum ini. Terasa ingin menyambungnya lagi. Antara point saya, agar kita semua bersyukur kerana nikmat Allah yang telah meletakkan kita dalam gerabak tarbiah dan da'wah yang sumpah haibat ini, Alhamdulillah...
Err anda dah ada dalam gerabak ini kan?
Tekan:
Antara Bulatan Gumbira, Pesona Bunga & Awan Biru i
Tiada ulasan:
Catat Ulasan