School Of Tarbiyyah

Sabtu, 22 Disember 2012

Sebuah Bulatan Gumbira Halawatun Nisa'


-kredit-

               Petang itu angin dingin sepoi-sepoi budi bahasanya menyenangkan suasana, beralun tenang menelusuri setiap inci dan sisi daun serta sesekali menggoyangkan pokok nun yang berdiri gagah. Awan yang baik berombak tenang, beralun dan berawangan di langit Illahi. Damainya petang, menjadi perasaan kesyukuran buat sang awan di langit Illahi kerana masih diberi kesempatan untuk bernaung dan berkhidmat buat Tuhan pencipta-Nya.

                Jauh bernaung di bawah awan, di dalam perpustakaan sebuah kolej swasta kelihatan seorang murobbi kecil sedang cuba menahan tangisan terharunya. Cermin mata gelapnya menjadi pelindung daripada air mata kecilnya tumpah buat sekalian kalinya. Masakan tidak, perpisahan yang bakal terjadi itu sangat menyebabkan hatinya dilanda kesedihan. Di atas meja hadapannya, terletak beg plastik berwarna putih. Kelihatan di dalamnya sehelai baju melayu moden, kemas  terlipat rapi. Pemberian hadek-hadek bulatan sorga-Nya sebentar tadi. Dia pasrah.

                “Ini hadiah buat murobbi. Hadiah khas daripada hadek-hadek usratul humaira.” Senyum mereka menyebabkan murobbi kecil tersebut semakin dirundum kesedihan. Perpisahan atas nama tarbiyyah islamiyyah dan ukhuwwah kerana Lillahi Taala itu dia paksakan jua untuk menerimanya. Tangisan dalam hati dia, Allah Azza Wajalla sahaja yang tahu dan mengerti.

                Dia mengangkat bahagian tengah cermin matanya yang sedikit jatuh. Tika itu dia juga dapat melihat di pelipis air mata mutarabbinya kelihatan berair. Mungkin juga perasaan mereka sama seperti yang dirasainya. Menangisi pemergian murobbinya untuk diganti dengan murobbi yang lebih hapdet dan sesuai buat mereka. Murobbi yang bernama ‘akhawat’ yang telah ditetapkan atas demi tuntutan fiqh keutamaan dan kesesuaian dalam dakwah dan tarbiyyah, perpisahan itu dianggap sebagai penyaksian untuk mendapatkan antara 7 naungan kaseh Allah di akhirat kelak.

                “Dalam lipatan baju itu adanya penanda buku, istimewa juga buat murobbi.” Ucap hadek yang baru dalam usrah dan tarbiyyah tersebut. Mereka itu yang tegap teguh ketika mana konflik bulatan sorga sedang menjadi ghuraba di mata sepet pelajar kejururawatan di kolej swasta itu.

                Makanya, murobbi kecil itu melakukan sekali lagi cubaan untuk menyembunyikan kesedihannya, mungkin juga ego singa ikhwahnya dengan senyuman manis, menahan rasa pilunya dengan ucapan terima kasih. Pada dia, cukuplah perpisahan itu tidak perlu di tangisi, kerana perjalanan mereka baharu sahaja bermula. Doa dia semoga hadek-hadek bulatan sorga terus dan istiqamah dan mujahadah dalam sistem acuan tarbiah Islam yang sebenarnya ini. Menjadi akhawat berjaya dunia mahupun akhiratnya. Tidak lupa juga diberi ingatan tentang ‘Resepi  hadir ke Konferens Riang anda!’ buat kali yang terakhir.

                Dalam sistem gastro bas, perjalanan pulang ke hostel membawa dia mengingati kembali bagaimana perjalanannya seorang ikhwah membawa bulatan sorga sekumpulan hadek-hadek cik perempuan yang mahukan sebuah konferens keriangan yang bisa membantu mengisi kekosongan cawan hati, dan merasai cinta Allah dan Rasul-Nya serta menikmati ukhwah Islamiyyah yang mana terlompatnya panda-panda kecil yang comel di dalamnya. Eheh!

                “Bilakah daripada kami pelajar kejururawatan pengambilan baru mendapat peluang merasai nikmatnya susu juga madu di taman Sorga-Nya?”

                Soalan yang ringkas menjengah peti mesej simpanan muka bukunya dia perhatikan. Penghantarnya bernama Fatma. Terkejut dan tersampuk jin juga mulanya. Campur sedikit prihatin. Tetapi mungkin kerana letih dan putus tali asanya beberapa hari ini kerana ketidak komitmen hadek-hadek lelaki tersayangnya menghadiri bulatan sorga yang dibawanya, di samping tugasan dan masuknya dia ke dalam semester baru yang semakin menyempitkan dada, dia gagahi jua.

                ‘Kata sayang,batuk dua kali, mestilah hendak bersama-sama ke syurga-Nya’.

                Hari yang ketiga, apabila mendapat kekuatan baru hasil daripada sentuhan lembut dan kata azimat juga mungkin pelempang sakti daripada super murobbinya dalam konferens Bilal Rabahnya semalam, dia kembali bangkit meningkatkan keazaman.

                Melihatkan kepada usaha dakwah dan tarbiyyah di kolejnya ibarat nyawa-nyawa ikan di lautan mediterranien belakang rumah Inche Papa, dia juga mengerti bahawa persatuan islami yang di bawah pimpinannya yang cuba diserapkan unsur ke-ikhwahan dan keakhawatan tampak terlalu sukar laluannya. Berduri dan beronak-onak. Berjerung-jerung eh! Mungkin kerana perbezaan pandangan, konflik dalaman, kekurangan komitmen daripada jawatankuasa sedia ada juga kekurangan pengalaman dalam usaha murni ini. Dia mengerti itu semua, kerna jalan ini bukankah tidak dibentang permaidani merah?

                Sebelum ini selalu dia terfikir.

                “Kenapalah aku ditakdirkan  dalam bidang yang sistemnya jauh daripada Islam?”

                “Kenapalah aku keseorangan sahaja dalam usaha tarbiyyah, di kalangan kursus kejururawatan ini yang tampaknya dikelilingi oleh bidadari-bidadari bermata bening dunia yang tidak ke-akhawatan?Oh!pengsan”

                “Bilakah akan hadirnya pembantu-pembantu agama Allah dalam bidang kejururawatan ini? Tidak adakah di kalangan mereka yang mahukan konferens sorga yang menenangkan ini? Atau masih lagi aku yang kekurangan usaha, tidak sehabis baik, juga bersarangnya karat jahiliyyah dalam hati ini?”

                “Tidak adakah juga ikhwah mahupun akhawat yang berminat untuk menyertai program kejururawatan ini?” Oh!

                Atau juga.

                “Aku bukanlah orang yang baik untuk membawa orang lain. Baik untuk diri sendiri sahajalah cukup tak boleh ke?”

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, 'Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah,' kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyenangi kehidupan di dunia daripada kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit!



Jika kamu tidak berangkat, nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pon. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."

[at-Taubah, 9:38-39]


Paaaannggggg! Pelempang sakti diberikan. Sumber ayat APG? Mata berpusing. 


Membaca ayat-ayat chenta dari Illahi pagi itu, menyedarkan aku. Sesungguhnya ia tidak aci! Apabila aku yang menyedari perkara ini hanya memilih untuk berdiam diri, baik sendiri-sendiri sahaja. Kemanakah aci anda itu, india kah? Eheh!

Faktor kekurangan murobbi atau murobbiah, atau lebih senang disebut ‘murobbi murobbiah yang baik sendiri-sendiri’ menjadi barah di institusi ini juga menyebabkan aku terdorong untuk membawa bulatan akhawat tersebut. Biarlah aku menanggung risiko dan libasan mautnya, aku akan tetap berapi untuk melakukan cubaan tersebut. Arakian terfikir bagaimana jika ia adalah lubuk untuk berdakwah dan mewujudkan bulatan Sorga yang baru, tetapi aku melepaskannya begitu saja sambil mengenyit mata. Sebelum penyesalan kemudian hari, aku memilih untuk bersusah hari ini!

                Super ironinya, aku menyembunyikan segala bagai aktiviti bulatan Sorga mingguan akhawat baru yeay yang diberi nama Halawatun Nisa’. Nama sempena diberi dan difikir oleh mereka sendiri dengan girangnya. Antara rasa bersalah dan gumbira, aku pening memikirkan bolehkah atau betulkah cara juga pilihan yang aku buat ini.

                “Inche murobbi-kun,(bukan nama sebenar) bolehkah seorang ikhwah membawa bulatan sorga akhawat atau sebaliknya, akhawat membawa bulatan sorga akhawat? (Dalam hati: Eh ada ke? Jumpa saya boleh mahu beri hadiah eheh!)

                “Tidak boleh sebenarnya. Enta pun tahu bukan? Usrah ini tautan hati. Andai tautan hati berlaku antara berlainan jantina, lama kelamaan niat yang baik lagi suci lagi tahap angel itu boleh lain jadinya. Sebaiknya, pilihlah murobbi yang sama jantina dengan kita, Insyaallah dipermudahkan.”

                ‘Err jika ia berbentuk sementara?’ Soalan itu aku biarkan dipenjara dalam pemikiran. Antara rasa bersalah kerna sebahagian mereka rakan ikhwah seperjuangan sudah sedia maklum akan kondisi aku yang membawa bulatan sorga yang dipenuhi bidadari bermata bening itu. Ewahh!

                Juga rasa bersalah kerana masih lagi membawa hadek-hadek tersebut mengenal Cinta Allah dan Rasul, takut-takut dalam membawa dakwah rupanya dosa besar sedang mengintai dengan lagak CSI-nya. Arakian aku dengan super murobbi itu sedang dalam perjalanan mencari murobbiah yang baru buat mereka. Insyaallah lebih bergaya dan bermutu anjal iman dan taqwanya.

                Setibanya aku di hostel, terasa berkeinginan untuk menyarungkan baju melayu putih pemberian mereka. Bismillah, tidak semena-mena kepulan awan di atas kepala timbul, kembali sedih mengenangkan kekhilafan diri sepanjang membawa mereka berbulatan sorga. Banyak sungguh dosa, tetapi Allah yang Maha Cinta itu masih memberi peluang untuk aku membawa orang lain mengenal cinta-Nya. Hidayah-Nya.  Oh tuhan! Nanges.

                Fatma. Seorang akhwat jururawat baru Insyaallah. Sentiasa tersenyum manis dan mempunyai keinginan rasa ingin tahu yang kuat. Sentiasa bertanya di akhir bulatan sorga, membuatkan aku lebih rajin membaca. Batuk. Tit, tit! Mesej masuk berbunyi:

‘Syukran atas segala-galanya. Halalkan segala ilmu yang diberikan kepada kami yang tak ternilainya. Kami akan sentiasa mendoakan akh berjaya dunia dan akhirat. Bittaufiq Wannajah.’
-Fatma-

                Halimatus Sadiah. Seorang akhwat jururawat yang cerdik ini, mempunyai nilai intelektual yang tinggi. Sentiasa bersikap matang dan bersikap lembut dalam setiap perlakuannya. Hebatnya dia akhawat sebulatan dengannya pernah memuji ‘ana melihat dia, teringat Allah, akh.” Tot tot! Mesej masuk:

‘Syukran atas segala-segalanya. Hadiah sekecil itu tidak boleh menandingi ilmu Allah yang kami dapat daripada akh. Maafkan kami di atas segala kekurangan. Success dunia akhirat J Semoga usaha kita semua mendapat keredhaan Allah S.W.T, aminn’
-Sadiah-

                Hasniza. Lebih gemar orang memanggilnya Nailah Al-Farafisha. Nama muka buku dia. Kata dia, nama akhawat tersebut adalah isteri kepada Saidina Uthman Al-Affan yang tersangat pemalu itu. Oh! Saya pon baru tahu tau! Seorang pelajar sains perubatan yang merupakan bekas pelajar sekolah agama Ma’ahad. Menyebabkan dada saya kadang-kala kembang-kempis untuk menyebut dan mengingati ayat Quran atau hadis di hadapannya. Takut tersilap.

                Kelmarin dia bersama rakan karibnya, juga ahli Halawatun Nisa’, Siti Khadijah si peminat kucing miaw miaw itu berjumpa dengan aku usai mensyuarat persatuan Islam kami. Termasuklah ahli yang lain (dirahsiakan nama). Berdetak jantung mengalahkan bom Israel di Gaza tika itu. Ece!

                ‘Minta maaf akh andai kami tersalah tersilap sepanjang akh membawa bulatan Sorga ini. Minta maaf juga atas ketidak konsisten selalu kami untuk menghadirinya. Maaf.’
- Nailah -

                Dan aku terus mengukir senyum. Tidak tahu mahu bersedih, atau gembira. Terharu? Oh! Mata pandang atas tangan ke dada.

                Ok lah saya mengaku terharu tahap gaban tika itu. Dalam hati ada taman. Pengsan.

                Tidak lupa juga seorang ahli halawatun nisa’ yang bernama Aqila. Berasal dari Malaysia eh! Kuala Lumpur. Aktif, mudah mesra akan rakan sahabatnya yang lain dalam bulatan ini. Haibatnya dia mempunyai rasa inkuiri dan tahap mujahadah yang tidak kalahnya dengan ahli yang lain. Bunyi lagu warkah cinta eh! Oh! Ya bunyi mesej masuk. Kejap:

‘Terima kasih atas segala nasihat dan ilmu yang diberikan. Doakan kejayaan dunia dan akhirat. Ana minta maaf juga atas segala kesilapan.’
-Aqila-

                Juga seorang bidadari dalam bulatan sorga ini, yang mana aku melihatnya seperti melihat diri sendiri. Maklumlah, membawa bulatan yang penuh dengan bidadari komfem tidak boleh menunduk pandangan, melainkan memandang dengan pandangan hikmah lagi suci juga biasa-biasa. Seorang yang agak kurang bercakap tetapi di sebaliknya aku teka dia seorang ubi yang diamnya berisi eh! diam-diam ubi berisi. Hayati namanya. Betis bergetar, tanda mesej masuk. Bzzz:

‘Terima kasih sebab jadi murabbi saya dan kawan saya. Terima kasih di atas semua ilmu yang akhi beri. Doakan saya, sadiah, aqila, dan Fatma sampai ke semester 9 dan LJM’
-Hayati-

 ‘LJM tu apa? Lan Jamah Mek Di ke, atau jenama cap tepung baru keluaran Jalan Chemori eh!’

Err bukanlah anda. LJM itu singkatan kepada Lembaga Jururawat Malaysia yang mana setiap daripada pelajar akhir kejururawatan akan mengambil periksa tersebut. Arakian saya pula, err biarlah rahsia bak kata Cik Siti Nor Wan Kembang. Bunyi cengkerik.

                Tidak dilupakan juga buat akhwat Halawatun Nisa’ yang lain, kesemuanya dalam gerabak kereta api tarbiyah dan da’wah ini sangat membuatkan hati aku terus bersemangat untuk membawa bulatan sorga yang lain dengan lebih bergaya. Sasaran terkaman singa aku akan lebih kuat untuk membawa hadek-hadek pengambilan baru. Mata bersinar, gelak nakal, eheh!

                Malam semakin lewat, dengan kipas yang berpusing ligat di atas, aku teringatkan sesuatu. Lantas tangan cuba mencari satu gambar yang pernah aku tangkap dengan kemas dan di edit secukup rasa. Gambar itu menjadi manifestasi buat halawatun nisa’ yang berjanji untuk bercinta dan merentasi onak dan duri dalam jalan tarbiyah ini. Aku perhatikan mereka tersenyum ikhlas atas sebuah pertemuan antara mereka kerana Illahi ini. Aku bersyukur.

                Arakian, malam itu dalam doa dakapan ukhwah ku buat mereka, mata menangis di atas kekhilafan diri ini sepanjang menjadi murobbi kecil yang banyak kekurangan. Aku panjatkan doa buat mereka, tulus dari hati (seriyes), :

                “Ya Allah, kekalkan mereka dalam jalan cahaya ini. Semoga mereka terus bersinar dan bermanfaat buat manusia lainnya di dunia juga di akhirat.”

Amin.

Nanges.

Ehem! Sengaja dikaburkan agar bidadari-bidadari ini dicemburui oleh anda, eheh!


Akhawat,
Dalam rentangan ukhwah aku menunjuki jalan buatmu,
Walau penuh kekurangan pada aku,
Tuhan masih memberi keizinan untuk terus menjadi cahaya buatmu,
Mengenali jalan cinta yang penuh dengan sakinah tanpa jemu.

Akhawat,
Lihatlah awan yang menaungi kamu,
Seolah ia tersenyum majaz pada kamu,
Berterima kasih kerana berusaha mengenal agama Tuhan-Mu,
Awan yang comel itu cemburu pada kamu tahu,
Menjadi khalifah melalui jalan tarbiyah dengan perlahan sambil tersenyum malu,
Cemburu juga malu kerana masih berusaha untuk mengenali cinta Allah dan Rasul-Mu.

Akhawat Halawatun Nisa,
Teruslah berada dalam jalan tarbiyah ini sambil berpimpin tangan antara kamu,
Boleh jadi surga Tuhan sangat merindui perjuangan mujahadah kamu,
Semoga berpimpin tangan antara antum semua kekal ke situ,
Di surga yang aman damai yang menyenangkan kotak hati-mu.

Pasti dan doakan bahawa diriku,
Bakal menyertai antum semua di pintu surga Illahi itu.

Tersenyum.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...