Pertama kali anda menjejakkan mata dan sudah tentu bukannya kaki kedalam blog ini, anda akan semakin perasan bahawa blog ini memainkan peranannya yang sangatlah jiwang tahap raksasa. Tetapi anda juga harus perasan juga bahawa blog ini telah lama dalam memaknakan jiwang yang tersendiri bahawa:
'biarlah jiwang asalkan berpahala dan bergaya.'
Aiwah!
Disebabkan anda telah terlalu eksited untuk mengetahui definisi cinta, saya suka mendefinisikan cinta sepertimana saudara Hilal Asyraf telah mendefinisikan cinta dalam buku terbarunya 'Sebelum Aku Bernikah'.
Makanya saat ini marilah kita bersama dalam memaknakan erti cinta yang sebenar, dengan harapan suatu hari nanti agar Allah redha akan kita. Senyum.
....................
Cinta Adalah Ingin Bersama Ke Syurga.
Saya bina definisi cinta saya sedemikian, kerana ingin membina disiplin di dalam bercinta.
Cinta adalah ingin bersama ke syurga. Maka jika benar saya mencintai orang yang saya cintai, maka saya akan berusaha agar saya berada di syurga, dan dia berada di syurga. Maka semestinya jalan ke syurga ini tidak akan diisi dengan kemaksiatan. Semestinya syurga itu, tidak akan mampu dicapai dengan kemungkaran kepada Allah SWT.
Dan hendak pergi ke syurga, semestinya perlu membina diri menjadi yang lebih baik lagi. Perlu membina hati supaya menjadi yang lebih bersih lagi. Jadi mustahil hendak diisi waktu ini dengan perkara yang merosakkan diri, dengan tidak berbuat apa-apa?
Maka memperkasakan peribadi, mematangkan diri, meningkatkan kekuatan jiwa, adalah aktiviti-aktiviti yang mesti diusahakan, jika benar kita cinta kepada orang yang kita cintai. Kita akan mula berfikir betapa diri kita ini jika tidak pernah cuba berusaha bersungguh-sungguh untuk membina diri, bagaimana pula kita mahu memimpin pasangan kita ke syurga nanti?
Ya.
Maka jika kita definisikan cinta adalah ingin bersama ke syurga, kita akan mula melihat satu suasana lain dalam alam percintaan ini.
Cinta adalah usaha memperkasakan ibadah. Cinta adalah usaha membina kebersihan hati. Cinta adalah usaha mempunyai kekuatan jiwa. Cinta adalah usaha mempunyai kecantikan peribadi. Cinta adalah usaha mempertingkatkan kefahaman Islam. Cinta adalah usaha mencapai kemampuan berkahwin.
Ya. Itulah dia cinta. Bukan lagi seperti versi yang sebelumnya.
Dan perkara ini berjalan dari sebelum berkahwin, dan berterusan hingga selepas berkahwin.
Hilal Asyraf,
Buku Motivasi : Sebelum Aku Menikah.
Hilal Asyraf,
Buku Motivasi : Sebelum Aku Menikah.
...............................
Dan anda terharu dan semakin faham bukan, jom kita menelusuri pula perjalanan seterusnya dengan menonton video di bawah ini. Ehem! Berulang kali saya menonton video ini. Terharu kot!
Dan akhir sekali disebabkan saya semakin memahami bahawa cinta bukan sekadar kaseh dan suka, saya telah melakar dengan cerianya sebuah lakaran dalam memaknakan erti cinta yang sebenar itu sendiri. Uniknya kali ini, saya memasukkan ia sebagai tajuk usrah buat mutarabbi saya minggu itu juga. Yup! Sudah tentu mereka eksited!
Mereka gelak. Senyum. Dan saat itu saya jatuh cinta dan hati pada mereka. Ehem! Jadinya mulai sekarang jom kita bersama-sama, merapatkan saf-saf sambil tersenyum, berpegangan tangan dengan erat sambil mengatakan dengan sweet dan semangatnya:
'Biar kami jiwang asalkan berpahala dan bergaya'!
Ya, sambil itu jangan lupa tunjuk 'thumbs up' anda yang bergaya itu.
Walaweh, anda smart!
Ehem! Hasil lakaran adik-adik mutarabbi terchenta. Bawah sekali yang mahal tu, tanda soal? Hik
Jom singgah!
Laman web Hilal Asyraf:Langit Illahi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan