School Of Tarbiyyah

Selasa, 23 April 2013

Pemuda Kesatria Hijau: bertukar!

-Hah! Nampak sahutan kesatria Hijau tu? Apa lagi jum!-


Pemuda.



Bukannya 1 + 1 sama dengan gewomi.



Eh...tampar saya sikit.



Ok cukup-cukup jangan lebih. Ada juga yang masuk unit rawatan rapi nanti.


Apabila kita berbicara tentang pemuda, makanya sering tergambar dan terawang pada pemikiran kita bahawa pemuda itu mestilah seseorang yang memiliki rupa paras yang aww cutenya, eheh! kulit yang putih, rambut tutup dahi, tidak terlalu tinggi dan badan sedang-sedang, pemakaian yang bergaya, atas-pada-tarikh dan kasut yang mungkin berwarna-warni dan tidak lupa juga muka ala-ala gewomi. Err ok semua di atas mungkin ada pada fikiran anda yang mungkin tercenderung pada fenomena ceghite manusia sedang berlari atau pon dunia Kay-Pop. Angin sepoi bahasa.



Eh! Bukan?



Kalau bukan kita reverse: hidung yang mancung tersorong-sorong, mata bundar yang berwarna biru atau selainnya, kulit putih atau sedang-sedang, tinggi lampai menyentuh pesona awan biru err..badan taff-taff sikit dan beranjal dengan otot-otot silauan minyak itu, bergaya dengan kot hitam dan bertai mungkin, kasut bertukar setiap hari berkilat-kilat dan apa sahaja pada badan mereka segalanya sempurna pada pandangan kita.



Itulah pendefinisian era zaman ini bagi para pemuda.



Ya, mungkin itulah juga definisi pemuda pada pemikiran kita yang mungkin sedikit agak terpengaruh dengan media gambar dan cetak dari Holi-kayu itu. Terpengaruh di kotak paras bawah sedar kita. Eh ada kotak? Haha



Hatta paling koman pun pada mereka yang adalah fikrah islamik sedikit adalah dengan membayangkan pemuda yang gagah pom-pom itu mestilah lelaki yang di atas kepalanya mestilah sentiasa berketayap, manis dan sedap mata memandang, malu-malu ikan, sentiasa berbaju cekak musang dan berlengan panjang itu dan sentiasa terlekat pada beg sandangnya button ‘I Luv Gaza’ sambil membaca majalah artis menang dapat bintang di langit dengan riang bersama-sama kawan-kawannya. Batuk.



Pengsan.



Sudah tentulah semua di atas bukanlah pendefinisian yang betul lagi tepat jua padat tentang susuk tubuh seorang pemuda. Apatah lagi apalah gunanya andai pada fizikalnya mereka sangat memikat hati tetapi pada dalam diri batinnya mereka sangatlah tidak mampu memberikan sesuatu aspek yang dikatakan ketenangan jiwa, kebahagiaan hati dan kasih sayang dalam kehidupan mereka dan orang di sekeliling mereka. Kosong bak kata hadek Najwa anak Pak Latip.



Jauh daripada apa yang sepatutnya dikatakan pemuda.



Sekadar tin kosong kokak kola. Chantek di luar, kosong di dalam.

Yang akhirnya di tenyeh oleh anda, kemudiannya di ‘kick’ oleh anda dengan bergayanya ke dalam tong sampah di hadapan anda 100 meter. Fuh!



Ya! Jadinya sifat pemuda yang seharusnya ada pada anda mestilah:



Memberi dan sukakan memberi sesuatu. Kata orang, ada ‘isi’. Ada ‘kick’.



Boleh jadi mereka yang tadi meme-lah mampu memberikan sesuatu, tetapi sesuatu tersebut bukanlah suatu bentuk yang mampu memberikan kebahagian yang hakiki. Kebahagian yang tidak meninggalkan kesan yang mendalam di lubuk jiwa. Tiada getaran, cewah ayat aku!



Bersifat sementara. Seperti ada orang yang bahagia bila nonton gaya gang-nam eh! ada ke bahagia? Batuk. Tetapi bila masa berlalu orang akan lupa dengan tarian funny horse tersebut, arakian kenalah pula fenomena tsunami cutie frutie gewomi yang melanda. Selepas itu, entah apa pula tarian yang akan muncul. Mungkinlah tarian awan biru pula lepas itu, ok muntah kuning.



Jadi apa yang hendak saya bagitahu sebelum menyentuh aspek pemuda yang suka memberi itu, perasan atau tidak manusia itu jelasnya sifatnya sentiasa mencari.



Manusia sentiasa mencari dengan apa yang disebutkan sebagai bahagia.



Mereka mencari bahagia dengan sesuatu yang mampu memberikan kesenangan hati buat mereka. Selepas dapat bahagia di sini, mereka cuba bahagia di  situ. Selepas bahagia itu, mereka cari bahagia di sana. Kemudian bila dapat yang sana, mereka terus mencari yang sinun. Kemudian, oklah sampai bila tak habis, eheh.



Seperti kita bekerja untuk apa?



‘Nak cari duitlah. Apa lagi’



Kemudian?



‘Beli Mek Donal.’



Batuk di situ. Kemudian?



‘Beli rumah atas gunung rehat-selamanya’



Kemudian.



‘Emm Samsung S99?’



Mata bulat. Aku di zaman mana ni?  Ok kemudian?



Anda tergaru-garu lutut? Mengamuk dengan soalan saya? Mahu menduku kepala saya? Ok tenang. Relax dan cool.



Percaya atau tidak, anda akan terus menjawab-jawab soalan tersebut sehinggalah sama ada anda letih atau penat, mahupun tertidur dek terlalu letih untuk memikirkan apa lagi yang anda mahukan. Boleh jadi katil wad tanjung rambutan juga sudah tersedia buat anda. Gelak.



Sedar atau tidak, disebalik semua itu sebenarnya kita semua sedang mencari dengan apa yang dikatakan sebagai kebahagiaan.



Erti bahagia. Semua orang mencari itu.



Jadinya manusia sentiasa mencari erti bahagia dalam setiap matlamat mereka.



Makanya apa yang kita harapkan pada golongan yang pemuda ini mereka mestilah person-in-charge yang mampu memberikan erti kebahagian buat orang lain yang sentiasa mencari-cari erti bahagia tadi.



Bahagia bukan sahaja sekadar itu sahaja, tapi bahagia yang mana berpunca daripada manfaat, kebaikan, keamanan, kesejahteraan dan ketenangan yang disumbangkan oleh para pemuda tadi yang sifatnya suka memberi tadi.



Mungkinlah ada sebahagian aspek itu yang mampu mereka (baca: golongan yang kononnya kita-kita panggil pemuda) berikan, tetapi ia suatu sifat yang tidak kekal asli bahkan mudah rapuh sekali dek dunia ini sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, oleh pandangan dan perspektif manusia yang sentiasa berubah. Oleh teknologi canggih manggih dan pemikiran intelektual manusia yang sentiasa membuahkan fikiran dan prinsip. Hatta ikut prinsip dunia, semakin diteguk dunia, semakin dahagakan dunia. Semakin menjarah dunia, semakin tidak terjarah dunia. Tidak akan pernah puas. Eheh nampak tak seram kat situ.



Arakian mereka yang mencari erti bahagia inilah sepatutnya kita temukan mereka dengan erti Islam yang sebenar. Kita kenalkan kembali mereka dengan keindahan Islam. Kita kenalkan mereka dengan kebahagian dalam Islam. Agar mereka tahu akhirnya semua orang yang hidup dalam Islam ini dan mengamalkannya dengar benar-benar, adalah mereka yang sentiasa bahagia.


 Rasulullah SAW bersabda:  
“Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya” 

-Hadith riwayat Muslim-


Free stress product nampak en orang Islam ni.



Tidak sekadar menjadi muslim biasa-biasa, tetapi menjadi muslim yang luar biasa. Tidak menjadi muslim muallaf, tetapi menjadi muslim yang hakiki. Ohoi! Bangga!



Jadi persoalannya adalah siapakah penyampai yang sepatutnya memainkan peranan penting dalam membentuk individu yang ingin menjadi bahagia dengan Islam tersebut?



Siapakah yang sepatutnya memiliki sifat suka memberi tersebut?



Yalah! Kitalah! Kitalah pemuda yang sepatutnya berani memegang tanggungjawab ini. Kitalah pemuda yang sepatutnya menggabungkan diri kita menjadi sebahagian daripada penyebar bahagia itu. Kita lah sepatutnya menjadi penunjuk kepada mereka-mereka yang di luar sana yang sedang mencari-cari erti bahagia tersebut. Bukan hantu apatah lagi jin.



Tersedak.



‘Err sebab apa?’



Sebab pemudalah yang sentiasa membuahkan pemikiran yang baru dan lebih sesuai. Pemudah lah yang sentiasa mempunyai hamasah atau semangat yang sangat kritis lagi menggemparkan. Merekalah harapan baru buat ummah yang dahagakan erti kebahagiaan yang sebenar. Pemudalah yang sentiasa ada rasa untuk melakukan sesuatu yang mampu memberikan sesuatu sumbangan atau faedah.



Apa? Anda tak ada ‘rasa’ itu? Err anda pemuda kan?



Bukan pe-tua en? Angkat kening dua kali.



Dan kitalah yang menjadi catalyst buat mereka untuk melahirkan sumbangan tersebut. Dengan kita membina mereka, sebelum mereka mampu menjadi kader yang benar-benar punyai fikrah yang jernih dan jelas.



Jadinya bila kita berbicara tentang pemuda, sepatutnya pemuda adalah mereka yang mampu memberikan sesuatu sumbangan yang besar pada diri mereka sendiri seterusnya orang di sekeliling mereka. Bahkan dengan fikrah dan visi misi mereka yang jelas itu mampu pula memberikan faedah dan kebaikan buat insan lain yang bersama dengan mereka. Dan paling terbaiknya adalah mereka pula mampu membuat perubahan yang besar dalam aspek kehidupan manusiawi di sekeliling mereka daripada hidup tetapi akhirnya hanya hidup, hidup tidak membawa sebarang hasil bermanfaat kepada orang lain. Boleh jadi jua kita malu untuk mengaitkan pemuda sejenis ini dengan ‘harimau mati meninggalkan belang, manusia padam meninggalkan tanda soal’.



Hatta andai mereka tidak mampu memberikan sesuatu pun, cukuplah mereka menjadi antara orang yang kuat dalam menyokong setiap dakwah dan penyebaran Islam yang dilakukan. Jadilah pembantu kepada mereka yang berbuat baik dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Senyum.



Aha! Paling penting pula jangan menjadi mereka yang pula melawan dakwah dan penyebaran Islam. Mungkin tidak secara terang-terangan, tapi sekadar menjadi penyokong sistem jahiliyyah, itu juga sudah dilabel menjadi ‘duri dalam daging kambing’ bukan?



Persoalan seterusnya yang mesti anda angkat kening adalah:



‘Mahu tahu pemuda apakah kita sepatutnya jadi?’



Senyum. Naik dada.



Jawap saya wahai anda,

Jadilah pemuda yang punyai fikrah keimanan yang bersih yang yakin dengan Islamnya, benar-benar ikhlas dan suci niatnya untuk menegakkannya dalam sendi kehidupan, punyai semangat yang berapi-rapi untuk pertahankannya dan seterusnya tindakan untuk berkorban dalam memperjuangkan fikrah keimanan tersebut.



Tidak sekadar ber’hamasah’ bila menyanyikan lagu freedom inche Zain.



Tidak sekadar ber’syajaah’ bila nyanyi lagu ribatul ukhwah bersama ikhwah.



Tidak sekadar tidak punyai fikrah yang jelas walhal tidak mampu dalam memikirkan bagaimana ummah ini akan bebas jika hati-hati manusia di luar sana masih lagi terpenjara dengan gejala wahn atau chentakan dunia.



Hayatilah sepertimana Imam As-Syahid Hassan Al-Banna telah berkata:



"Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat

pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas

dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk

mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong

mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun

tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri

utama pemuda."





Ok terkesan bukan?

Nampak en apakah ciri-ciri UTAMA pemuda seperti yang dinyatakan:

1. Keyakinan

2. Kejujuran

3. Hamasah atau semangat

4. Tindakan



Jadinya mahu tidak mahu jadilah pemuda yang menggalas visi dan misi ini bermula dengan membina dan memantapkan keyakinan.



Jadikanlah diri anda pemuda yang jelas dalam membawa keyakinan akan fikrah ini, kerana asas kepada untuk membawa fikrah ini mestilah punyai keimanan yang jelas matlamatnya dan hati yang cerdik dalam menilai antara hak dan batil. Manakala asas kepada keihklasan adalah jiwa yang bersih dan jernih, dan asas kepada hamasah/ semangat ialah  perasaan yang segar lagi bugar. Dan akhirnya tindakan yang dilakukan pula dilatari oleh keazaman yang kuat lagi bergaya. 

Tiada gunanya hanya andai kita bersemangat sahaja, tetapi kita masih lagi lemau dan selesa untuk melakukan apa yang dinamakan 'tindakan'.



-kredit: Jadilah anda Ar-Rijal At-Taghyir: Pemuda Pengubah, bergaya en?-
Itulah sebabnya jika dilihatkan maka angkatan pemuda, sejak dahulu sehinggalah sekarang, tetap merupakan agen dan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka bahkan merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan, malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.



Allah berfirman;



"Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan

mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka."

-Al-Kahfi ayat 13-



Tidak percaya?



Lihat lah siapa tidak kenal dengan pemuda Mus'ab Ibnu Umair, si pemuda yang terkenal dengan gelaran si duta pertama ke kota Madinah yang telah dilantik oleh Baginda Ar-Rasul. Sehinggakan dikatakan tidak satu rumah pun di kota Madinah yang tidak pernah tidak didatangi oleh beliau. Fuh! kita di sini, ada rumah kita pergi?

Ok, tersedak.



Lihatlah juga pada Usamah Bin Zaid. Si pemuda yang telah dilantik oleh baginda Ar-Rasul untuk menjadi panglima perang untuk memimpin pasukan Islam menentang golongan kuffar. Sedangkan umurnya baru sahaja belasan tahun. Ohoi malunya kita!



Siapa tidak kenal Sultan Muhammad Al-Fateh pembebas kota Konstantinopel?


Siapa tidak kenal mereka? Err harap bukan andalah yang tidak kenal.


Dan semua ini tidak lain dan tidak bukan mestilah memerlukan suatu latihan yang sumpah sangat serius untuk membinanya. Bukan latihan fizikal memanjat gunung bersama badang si taff, bukan pula latihan memerah otak bersama inche rambut putih si pembuat mentol. Bukan bukan.



Pasti dan tiada keraguan melainkan kita membinanya melalui jalan tarbiyah dan dakwah ini. Sumpah! Ini sangat hot tahu!



“Oleh itu sepatutnya kamu berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kamu menentukan sikap untuk tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan sempurna.”



-As-Syahid Imam Hassan Al-Banna-



Tetapi realiti pemuda di negara kita hakikatnya sangat lemau tin mee segera. Mudah tertewas dengan realiti masa kini yang raksasa jahiliyahnya sungguh tersangatlah maha haibat. Ironi dan peliknya, kita kalah bukan kerana kita hidup dalam kesusahan ataupon penindasan, tapi kita telah kalah dalam kesenangan.



“Ada pemuda yang lahir serta membesar  di tengah-tengah umat yang keadaannya

tenang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup

mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari

kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang

hati dan tidak berfikir apa-apa.”



-As-Syahid Imam Hassan Al-Banna-



Tetapi beruntung pula mereka para pemuda yang lahirnya di tengah-tengah medan perang dan perjuangan dalam menegakkan hak-hak mereka. Mereka menjadi lelaki-super di tempat mereka, lantas dengan mudahnya mencebik dan membantal seta membuli jahiliyah dengan bergayanya. Tidak cemburukah kita?



“Di samping itu ada pula pemuda yang lahir membesar di tengah-tengah umat

yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, harta kekayaan yang disamun. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang. Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi pemuda tersebut supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri.”



-As-Syahid Imam Hassan Al-Banna-



Nanges. 

Malu tutup muka dan nyaris terjun sungai.



Mereka itu para pemuda yang sifatnya suka memberi itu, tidak lain hanyalah lebih banyak menumpukan segala perhatian, kecenderungan, pemikiran, harta, malah jiwa dan raga mereka demi kepentingan umat lebih banyak daripada faedah diri mereka sendiri.



Tika umat sedang berpeluh dengan lebatnya dalam lautan kealpaan, merekalah hadir membawa sampan peringatannya.



Tika umat sedang lemas dalam kegelapan merekalah yang membawa lilin untuk menerangi jalan tersebut.



Tika umat sedang lena diulit mimpi-mimpi indah bertemankan panda-panda gemok dan tembam maka mereka jugalah yang memberi penepuk bahu dan penampar sayang untuk disedarkan semula.



Merekalah pemuda yang bertindak dengan memberi sebaik-baik pemberian.



“Ketika bertindak sedemikian itu, pemuda tersebut akan memperolehi

kemenangan dan pelbagai kebaikan serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk

kebajikan dan pahala di akhirat kelak.”



-As-Syahid Imam Hassan Al-Banna-



Tetapi anda janganlah sedih sebab barangkali kita menjadi yang termasuk ke dalam golongan yang kedua itu, tentu ada hikmahnya. Seperti saya sebelum ini memikirkan alangkah indahnya jika dilahirkan sebagai seorang rakyat Palestin atau Syria, sudah tentu jalan melangkah untuk ke surga itu sangatlah mudah, bak kata orang di hujung jari je.



Tetapi bila ditempeleng oleh D&T ini, saya sedar bahwa jalan juang untuk mendapatkan surga di bumi yang aman sentosa lagi makmur damai ini ehem-ehem batuk-batuk ini juga sudah tentu terbuka luas buat mereka yang ingin mencari. Ada hikmahnya, kalau tak pasti saya dah tak menulis sekarang di blok ini, tetapi sedang memegang mesinggan atau bazooka dengan tersenyum bangganya. Pergh!



Hikmah di situ, Alhamdulillah. Nampak kan?



Walhal sepaling tinggilah hikmahnya, di antara sekalian jutaan muslim di atas muka bumi ini, kita yang berhingus, bertatih, berlampin dan masih menyusu dalam dakwah dan tarbiyah inilah yang akhirnya Allah pilih kita untuk menegakkan kalimah Islam di atas muka bumi. Kita juga mampu melihat dengan jelas mereka yang terus menerus tanpa jemu dalam berjuang dan bertukang lumus demi kebenaran dan kebebasan.



Dan seterusnya ia terpulang sama ada kita ini mampu mencontohinya, atau sekadar makan pisang goreng sambil menonton teletubis dengan girangnya.



Oleh itu, bersedialah wahai angkatan pemuda kesatria hijau, alangkah hampirnya kemenangan itu untuk orang-orang yang beriman, dan alangkah besarnya kejayaan yang akan dicapai oleh angkatan pemuda (ulang: pemuda) yang terus menerus bekerja dan bertindak.



Bertindaklah dengan memberi sesuatu yang berharga buat dunia yang sentiasa mencari erti bahagia tersebut. Bertindaklah sekarang dengan menumbuhkan rasa dalam diri untuk memberi sesuatu yang berharga dan bermanfaat buat umat ini. Perbaikilah diri dengan menumbuhkan rasa bahawa diri anda itu adalah seorang pemuda.



Kerana pemuda itu sifatnya mesti suka memberi bukan sekadar duduk melayan hitam-beri.



Memberi sepenuh getaran jiwa dan seikhlas hati bukan sekadar duduk depan muka buku bergewomi eh!


Dan sudah tentunya semata mata demi mengharap keredhaan Illahi. Nescaya dichentai Illahi.

 "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, jiwa raga, harta benda mereka dengan gantian syurga untuk mereka. Mereka berpegang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau dibunuh.Itu telah menjadi janji yang benar dari Allah di dalam kitab Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah, maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang paling besar."

-At-taubah ayat 111-

Yakinlah, ini jalan untuk mendapatkan 'kemenangan yang paling besar' tersebut.

Senyum.

err andai anda seorang wanita, tukarkan pandangan bacaan sebagai untuk seorang pemudi. Tapi andai anda bukan pemuda bahkan pemudi, err...(garu kepala)

-PAB-

Sedang dalam mood PRU13 ini, murobbi selalu hantar mesej minta bantuan untuk berkhidmat demi masa depan negara, jadi agen perubahan sedangkan tanggungjawab D&T di kampus pula semakin bertambah. 

Teringin rasanya mahu berjuang bersama-sama dengan mereka, tapi apakan daya, hanya mampu berdoa untuk mereka. Al-maklumlah, sedang juga dalam mood di tahun akhir pengajian. Banyak benda perlu difokuskan.

Andailah saya ini kesatria hijau: boleh berada di mana-mana tempat dalam dua masa, hoho! Tapi itu tidak mungkin.

Semakin itulah pula ramai hadek-hadek mahukan berbulatan gumbira di hostel mereka. Sampai tidak tercukup tangan ini untuk uruskannya. Allah lemahnya aku. Di tempat anda apatah lagi?


Tidakkah anda merasainya juga?

Makanya siapakah lagi yang mahu 'membawa' mereka melainkan kita? Kitalah yang menjadi agen 'perubah' dalam kehidupan mereka. Seterusnya dengan harapan kita pula mampu mencipta agen 'perubah' yang lain.

Walaupon anda bukanlah pemuda kesatria hijau di tahap pangkat tertinggi, tetapi yakinlah anda juga mampu menjadi agen 'at-taghyir' tersebut dengan cara bergeraklah dengan kriteria-kriteria seperti yang telah dinyatakan di atas. Dengan jalan tarbiyah dan dakwah ini.

Bergeraklah walau selangkah untuk mengubah dunia ini.


Yakinlah, bergeraklah. Anda juga mampu bertukar menjadi kesatria hijau itu juga tahu!

Yosh!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...