-kredit- |
Saat mereka mendoakan,
“Barakallahu laka,”
Kubisikkan kepadamu,
“Cintamu, sehangat ciuman
bidadari.”
Kau menjawab,
“Ada keberkatan sewaktu bidadari
itu cemburu.”
-Bahagianya Merayakan Cinta:
Salim A. Fillah-
Wanita muslimah itu cantik. Baru keluar daripada kereta kancil putihnya. Bersama baju lengan panjang labuhnya, dia kelihatan seolah seperti bidadari. Sopan cara berjalan dengan menutup aurat secara sempurna itu menambah lagi aura ke-akhawatan-nya.
Dia bidadari.
Wanita bercermin
mata itu melangkah dengan sopan kearah seorang lelaki yang segak beruniform warna putih di hadapan pintu rumah. Lelaki itu tersenyum. Tersenyum
melihat wanita itu yang semakin mendekati. Manis dengan tudung labuhnya yang
berwarna ungu cair itu. Kemudiannya jarak antara mereka berdua hanya tinggal
sejengkal sahaja. Lelaki itu tersenyum lagi.
“Err kenapa senyum
semacam je ni?”
Suara mulus
wanita itu kedengaran teragak-agak. Senyuman dan diam lelaki itu membuatkan dia tertanya-tanya. Pelik.
“Lorh kenapa?”
Wanita itu mengangkat kening. Bercekak pinggang. Bertanya sekali lagi.
Wanita itu mengangkat kening. Bercekak pinggang. Bertanya sekali lagi.
“Ostajah chomel
sangat hari ini. Itu sebab saya senyum.”
Terus lelaki tadi mencubit lembut kedua-dua belah pipi gebu wanita tersebut. Wanita itu dengan spontan kedua belah tangannya cuba meleraikan cubitan sayang tersebut. Lelaki itu perlahan-lahan melepaskan cubitannya. Senyuman dia masih belum hilang daripada pipinya. Mata mereka berdua bertemu.
Terus lelaki tadi mencubit lembut kedua-dua belah pipi gebu wanita tersebut. Wanita itu dengan spontan kedua belah tangannya cuba meleraikan cubitan sayang tersebut. Lelaki itu perlahan-lahan melepaskan cubitannya. Senyuman dia masih belum hilang daripada pipinya. Mata mereka berdua bertemu.
“Sechantek mana
pun wanita solehah di dunia ini, se-sopan mana pun kelihatannya mereka, juga
seindah mana bidadarinya mereka masih belum mampu dapat menandingi ostajah saya.”
Ucap lelaki tersebut.
Wanita itu senyap,
mata berkelip berkali-kali dan mengusap lembut pipinya. Pipi gebunya tadi
bertambah merah. Terharu mungkin.
Senyap tiba-tiba.
“Err ok, kejap
kejap, kenapa tiba-tiba awak jiwang semacam ni? Banyak gula nampak. Awak demam ke?” Tangan kanan
wanita itu menyentuh dahi lelaki di hadapannya.
Senyuman lelaki
itu semakin lebar. Melihat tangan wanita itu menyentuh dahinya, dibiarkan sahaja. Wangi, lembut dan menyejukkan.
“Tak panas pun.
Kenapa ni? Awak baru balik dari kerja hospital kan? Jom masuk rumah, awak mesti
letih bekerja hari ini kan?”
Terus wanita itu menarik tangan kanan lelaki tersebut. Membuka pintu rumah dengan kunci di tangan kirinya. Lelaki itu mengekori.
Terus wanita itu menarik tangan kanan lelaki tersebut. Membuka pintu rumah dengan kunci di tangan kirinya. Lelaki itu mengekori.
Kemudian tiba-tiba lelaki itu menarik lembut semula tangan wanita itu. Spontan badan
wanita itu menghala kearah lelaki tersebut. Terangkat kedua belah kening wanita
itu. Terus dipeluknya wanita itu dengan seeratnya.
Terkejut.
“Kenapa ni awak inche staf nurse Marwan, awak ada masalah ke?”
Lelaki itu
tergelak kecil dengan panggilan tersebut. Wanita tersebut cuba menolak dengan
tangannya. Terasa pelik dengan tingkah laku suaminya. Tiba-tiba.
“Saya rasa rindu
kat ostajah je. Letih sangat hari ini. Tapi bila dah jumpa semula ostajah
sekarang, rasa letih tu dah hilang. Entah dah terbang ke mana.”
Senyum.
Senyum.
“Owh macam tu.
Saya pun sama, rindu. Tapi awak peluk dan cakap macam kita setahun tak
jumpa je, peliklah.”
Ditepuknya
perlahan bahu Marwan. Wanita itu berpaling dan berjalan perlahan-lahan bergerak
kearah dalam rumah. Marwan berlari kecil mengikuti isterinya.
“Alah, dapat
pahala kan ostajah?” Dia senyum. Memandang isterinya yang kini sedang berjalan
beriringan bersamanya ke bilik.
“Yelah tu ostad
nurse.”
“Eh! Eh! Gelaran
‘ostad nurse’ pun ada, siapalah tu?”
“Awak lah.”
Marwan mengangkat
kening, ketawa kecil. Azimah pun ikut sekali ketawa, menutup mulut. Bidadari.
“Ostajah zimah
baru pulang daripada bawa bulatan gumbira kan? Jom teman saya ke dapur, kita masak nasi
paprik kegemaran kita sama-sama. Ditariknya pula tangan Azimah ke dapur.
“Eh kejap kejap!”
Azimah memberhentikan langkah sambil menunjukkan tangan tanda berhenti. Marwan
terikut berhenti.
“Kenapa?” Marwan
angkat kening.
“Err awak tak
mahu tukar baju dulu ke? Tlunjuk Azimah pada baju putih Marwan. Kemudian bercekak
pinggang.
“Alah! Bukan
kotor pun?” Marwan mengerbangkan baju putih nursing-nya.
“Awak selalu
macam tu, lepas balik kerja je mesti hendak ke dapur dulu.” Azimah menembamkan
pipi. Menghentak kecil kaki. Comel.
Pecah ketawa
Marwan. Menggeleng kepala.
“Ostajah tak
perlu risau. Hari ini staf nurse Marwan akan memasak free untuk ostajah zimah, ok? Ostajah mesti letih hari ini bukan, jadi saya akan berkhidmat untuk ostajah”
Senyum manis Marwan. Menepuk lembut ubun kepala Azimah.
Senyum manis Marwan. Menepuk lembut ubun kepala Azimah.
Azimah mengecilkan mata. Menembam bam-bam-kan pipi lagi.
Bidadari.
Bidadari.
“Tapi awak
mestilah lagi letih daripada saya bukan? Maaf salah saya tentang itu. Saya
tak pandai memasak sehebat awak.” Azimah bersuara teragak-agak. Marwan
memandang, senyum.
“Tak mengapa.
Lagipun bila saya memasak untuk orang saya sayang, orang yang saya chenta, saya rasa bahagia. Ekspeseli
orang itu adalah ostajah terchenta saya”
“Jazakallah awak.”
Jawab Azimah dengan menembamkan pipi lagi.
“Afwan juga.”
“Tapi lagi satu,
kenapa hari ini awak panggil saya ostajah. Bukan selalu zimah je ke? Tiba-tiba je. Peliklah dialek bahasa, nak kena cubit dengan saya ke?”
Azimah mencebik. Bercekak pinggang. Gaya kebiasaan dia.
Marwan memahami.
Azimah mencebik. Bercekak pinggang. Gaya kebiasaan dia.
Marwan memahami.
“Alah! Comel dan
bergayalah nama ostajah tu.” Marwan tersengih.
“Yelah tu.”
“Dan paling
penting, awak ostajah, penyeri dan pemberi inspirasi kepada hati saya.”
Senyum.
Senyum.
Azimah terdiam
membisu. Terharu. Matanya terasa hangat. Marwan perasan.
“Jom masak!”
Laung Marwan semangat. Cuma mengalih suasana tadi, sambil memimpin tangan Azimah menuju ke dapur. Azimah menggeleng kepala.
Senyum.
Laung Marwan semangat. Cuma mengalih suasana tadi, sambil memimpin tangan Azimah menuju ke dapur. Azimah menggeleng kepala.
Senyum.
Ya! Itulah suami
dia.
Baru dua bulan
mendirikan rumah tangga bersama Marwan. Antara kejutan pada diri dia, dia tidak
menyangka yang Marwan sentiasa mengharmonikan, menceriakan, meromantikkan
suasana dalam rumah. Kata Marwan, dia ‘second time’ berjiwang dengan wanita
iaitu dirinya sendiri. Yang pertama ibunya. Dia tersenyum.
Marwan, seorang
staf nurse yang bekerja di sebuah hospital Islam swasta di kota raya. Manakala diri
dia seorang muslimah yang juga tenaga pengajar di sebuah sekolah rendah agama
swasta.
Marwan juga
seorang ikhwah. Antara ikhwah yang pernah ditolak lamarannya berkali-kali dan tidak
sangka kini bergelar zauj yang disayangi.
Seorang lelaki
yang sopan. Umpama kelembutan Saidina Othman, sehingga seluruh malaikat malu
kepada dia.
Seorang suami,
kurnian dari Illahi.
Penyeimbang
kehidupan dia.
Inspirasi hati.
....................................
Ke hadapan suami saya yang amat disayangi,
Surat ini ku tulis dengan hati yang
terus-menerus berdoa agar diri kita berdua sentiasa thabat mengatasi apa jua
halangan dalam perjalanan kita meraih redha Illahi. Hingga saat ini, diriku
meyakini bahwa dikaulah imamku, penunjuk jalan buat surga-ku.
Juga suamiku, ketahuilah, sehingga ke hari
ini diriku sangat bersyukur dirimu telah sudi menjadikanku sebagai zaujahmu,
penyeri taman hatimu dan sayap kiri dalam perjuangan dakwah dan tarbiah hidupmu.
Maafkan diriku. Kadang ada masanya sikap dan
bicaraku terkasar, diriku benar-benar menghargai segala nasihat dan teguran yang
diberikan olehmu. Bukan diri ini tidak menghormatimu, tapi peribadi sedikit
kasar-ku benar-benar memerlukan sentuhan kelembutan dan kesopananmu.
Sesungguhnya sejak awal pernikahan kita sehingga sekarang, diriku sentiasa
merasai nikmat pimpinan kelembutan dan panduan kesopananmu. Jazakallah atas
nikmat kerna membawa diriku menjadi isteri yang solehah, da’i yang muslihah dan
akhwat yang berjasa untuk ummah.
Dan sehingga ke saat ini, maafkan diriku yang
pernah dahulu menolak pinanganmu. Tetapi kekuatanmu, kepercayaanmu terhadap
diriku untuk meneruskan niatmu menyuntingku tidak pernah luntur, terus berusaha
memilihku. Dan buat kali ketiganya, diriku menerima lamaranmu yang berharga
itu.
Maafkan diri ini suamiku.
Sehingga ke saat ini, ramai daripada ikhwah
dan akhawat dalam dakwah dan tarbiah yang mengenali kita berdua, sedikit berasa
aneh dengan pilihan kita berdua. Ya! Memilih teman hidup yang sangat berbeza
latar belakang keluarganya, gaya hidupnya, pekerjaannya dan cara pemikirannya.
Tapi, ya suamiku! Dakwah dan tarbiah telah
menyatukan kita berdua. Itu katamu bukan?
Ketahuilah suamiku, dirimu sehingga ini selalu
menanyakan apakah sebabnya diri ini sebelumnya pernah menolak pinangan-mu sebanyak
dua kali. Ya! Segan untuk memberikan jawapannya. Segan dengan kebaikanmu, malu
dengan sifatmu yang sangat mencontohi kehidupan sunnah Rasulullah. Romantikmu
menyentuh hatiku.
Ketahuilah jururawat hatiku,
Setahun yang lepas apabila murobbiahku memaklumkan
bahawa diri ini dipinang oleh seorang ikhwah, hati menjadi sedikit bergetar.
Berbunga mungkin. Ada juga sedikit gementar, mungkin tidak bersedia lagi.
Bercampur pelbagai perasaan.
Dan apabila mendapat tahu bahwa ikhwah
tersebut adalah seorang ‘ikhwah nursing’, diri ini menjadi sedikit ragu-ragu.
Terkejut. Penasaran. Memikirkan pelbagai perkara. Tidak terjangkau langsung
bahawa diri ini mendapat pinangan daripada seorang nurse lelaki. Dan pelbagai
perkara yang menganggu kotak fikiran jika diri ini bersuamikan seorang nurse,
menyebabkanku mengambil keputusan menolak pinanganmu buat pertama kali. Ya!
Tanpa melihat biodatamu ta’aruf-mu yang dikirimkan kepada-ku. Hanya keranamu seorang
nurse.
Maaf suamiku.
Mungkin pada tika itu diri ini tidak matang pemikirannya.
Memikirkan dirimu mungkin seorang lelaki yang lemah lembut, sedikit terserlah
‘kejambuan’ (maafkan suamiku,hehe) sedangkan isteri-mu ini seorang yang sifatnya
berbeza jelas. Memikirkan dirimu selalu mungkin akan berikhtilat dengan para
wanita di hospital tempat kerjamu, ikhwah yang tidak thiqah dan tidak menjaga
batas ikhtilat tersebut sebaiknya. Tidak cemburukah diriku nanti? Juga hasil
daripada pemerhatian sebahagian akhawat, mereka meminta diri ini memikirkan beberapa
kali sebelum menerima pinangan-mu. Apatah lagi bagaimana kesibukanmu di
hospital, mampukah membantu perjalanan proses dakwah dan tarbiyah mu dalam
kehidupan seharian. Siapa yang tidak mengenali gergasi kesibukan dihospital?
Thabat-kah dikau?
Bisakah bersatu diriku yang digelar ustazah
dengan seorang nurse? Serasikah kita? Apakah persepsi masyarakat, ikhwah dan
akhwat yang mengenali kita nanti?
Apatah lagi apabila berkeluarga nanti? Itu
yang sentiasa menari di pemikiranku dahulu.
Dan dapatku simpulkan wahai suamiku, bahawa
ketika itu mungkin kita mempunyai corak pemikiran yang sangat jauh bezanya,
umpama-mu daripada planet Marikh dan diri ini pula daripada planet Pluto.
Apatah lagi apabila dapat mengetahui bahawa
dirimu juga bukanlah berasal daripada keluarga yang berlatar belakang-kan agama.
Sedangkan antara impian-ku, hendak bersuamikan seorang ikhwah yang lahir
daripada berlatar belakang-kan agama. Seperti yang selalu disarankan oleh ayah
dan ummiku.
Dan apabila mereka juga terkejut dengan
pinangan-mu yang seorang ikhwah nursing, tidak punyai latar belakang agama, mereka
sedikit ragu-ragu. Membuatkanku rasa menekad untuk menolak pinangan-mu buat
pertama kali. Apakah alasannya? ya! Hanya kerana dirimu seorang nursing.
Sehinggakan terbitnya padaku bahawa ‘tiada ikhwah dalam nursing’. Ya! Kejam
bukan diriku?
Maafkan diri ini, suamiku. Prejudis terhadap
dirimu.
Dan suatu hari apabila mengetahui daripada
murobbiahku yang menziarahi keluargaku, bahawa dirimu menyunting buat kali
kedua, diri ini semakin dihimpit perasaan bersalah. Dan murobbiahku menegur
akan sikap-ku, tidak melihat biodata-mu, pandangan hidupmu dan wawasan hidupmu
yang dikirimkan kepada e-mel ku. Ya! Kerna sifat prejudisku, memadamkan
pandanganku terus padamu. Tidak melihat e-mel-mu awal-awal.
Dan ketahuilah bahwa e-mel-mu sangat
mengesankan hatiku setelah dikirimkan setahun yang lalu, tika pinangan pertama
ditolak. Ternyata, terdapat satu baris rangkap perkataanmu, wawasan hidup dan
cara pandang-mu terhadap kehidupan ini sangat menyebabkan aku tidak ragu-ragu
untuk menolak pinangan-mu kali kedua tersebut. Lantas ku suarakan pada ayah dan
ummiku.
Katamu suamiku:
‘Dalam Baitul Muslim yang hendak
dibina berdasarkan gerak dakwah dan tarbiyah, kadang kala kita tidak perlu
memikirkan sangat bagaimana perbezaan ketaranya pasangan kita. Kerna apabila
kita berada bersama dalam gerabak ini, Insyaallah automatik dengan toleransi dan
saling menerima seadanya yang saling kita belajar kesan daripada dakwah yang
kita buat sebelum ini, menjanjikan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam melayari
kehidupan kita bersama. Walau diri ini seorang nurse, dan dikau seorang
ustazah.’
‘Dan diriku, meminangmu sekali
lagi dengan Nama Allah, kerna Dakwah dan Tarbiyah ini.’
Dan diriku, saat itu mengalir air mata.
Mengenang akan kesilapanku terhadap mu suamiku, bersangka buruk dengan mu.
Dengan gambar-mu yang dikirimkan, diriku
senang hati dan menerimanya dengan berlapang dada. Kemudiannya ceritera bahawa
ketinggian komited-mu dalam dakwah ini menurut murobbiahku, terutamanya pernah menjadi
peneraju dalam dakwah kampus dan kolej-mu, menyebabkan ku semakin mendapat
pencerahan hati untuk menerima pinanganmu kali kedua tersebut.
Ketahuilah suamiku, diri ini memohon ribuan
kemaafan sepanjang hayatku. Memohon ribuan terima kaseh di atas segala yang pernah
kau berikan.
Dan di saat majlis ta’aruf kita berdua bersama
murobbiah-ku dan murobbi-mu serta keluarga kita berdua, dalam keadaan yang tenang
tersebut. Diri ini sentiasa mengingati katamu:
"Walau saudari menjadi setegas
Saidina Omar Al-Khattab dalam kehidupannya, izinkan ana pula menjadi selembut
Saidina Othman Zunnur Ain dalam kehidupannya. Agar kehidupan kita ini saling meraikan,
saling menyeimbangkan. Menyederhanakan antara satu sama lain. Juga mewujudkan
kebersamaan dalam setiap perbezaan”
Moga dikau suamiku, sudi menjadikan diri ini
sebagai teman-mu di surga nanti.
Ketahuilah, diri ini bersyukur dirimu menjadi
suamiku.
Kurniaan daripada Illahi. Maha Chenta.
Lembutkan aku selembut Saidina Othman.
Nota hati: Terima kasih atas hadiah hari
jadi, sebuah buku merah jambu yang sangat berharga. Moga tautan hati antara
kita semakin bertambah dari semasa ke semasa, Insyaallah amin.
‘Sesungguhnya mawaddah itu adalah
cinta yang tumbuh, terbina dan bertambah dari semasa ke semasa di sepanjang
bahtera perkahwinan dilayari.’
-Edisi Istimewa, Aku Terima
Nikahnya: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil-
………………………………………..
“Cinta selalu memerlukan kata,
tidak seperti perasaan lain. Cinta memerlukan kata-kata lebih daripada apa pun.
Oleh itu, apabila cinta berkembang dalam jiwa, tiba-tiba kita merasakan
dorongan tidak terbendung bagi menyatakannya dalam kata-kata. Namun begitu,
sepasang mata tidak mampu mengungkap semuanya. Mata hanya sanggup menyampaikan
pesan yang ada badai di lautan jiwa. Itu sahaja.”
-Cinta Terkembang Jadi Kata:
Ustaz Anis Matta-
‘Sudah lewat ni. Tugas aku memasak hari ini. Tapi nak masak apa
ya?.’
Azimah keluar daripada kereta kancilnya sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Seperti biasa, baru
pulang daripada mengajar. Sambil
mencari kunci rumah dalam beg galas warna ungu kesukaannya, dia terus bergegas semakin
mendekati ke arah pintu rumah.
Tiba-tiba dia perasan ada satu nota kecil berbentuk hati merah
jambu terlekat kemas di muka pintu. Dijengket sedikit kakinya dengan mata
semakin mengecil. Membetulkan cermin mata. Dia membaca:
“Saya menchentai awak kerana awak
solehah, chantek, kemas dan chubby.”
-Jururawat hati awak-
Azimah ketawa kecil, menutup mulut. Geleng kepala.
‘Tak habis-habis suami aku seorang ni..’
Dia tak pelik sebenarnya keadaan itu. Seringkali dia menemukan
nota-nota seperti itu di setiap sudut rumahnya. Kadang di pintu bilik tidur,
pintu bilik air, almari pakaian, pintu stor, meja solek, bahkan sehinggalah di
dalam peti sejuk, terlekat pada kotak minuman susu coklat kegemaran dia.
Dia ketawa kecil. Masih lagi tersenyum sendiri.
Kata suaminya, antara resepi untuk mengekalkan mawaddah dalam
baitul muslim yang telah dibina adalah dengan sentiasa memperbaharui niat
dengan memikirkan kemanakah hendak dibawa tujuan rumah tangga yang dibina,
seterusnya memvariasikan perkataan, perbuatan yang mampu menyenangkan hati pasangan kita.
Buatlah sesuatu yang lain daripada lain sebagai tanda sayang kita, yang membawa
kita dan pasangan kita bersama-sama mendapat redha Illahi. Khususnya dengan
perkataan, kerna perkataan itu mencairkan.
Rata-rata masyarakat hari ini menurut suaminya juga, sudah
terbiasa dengan persaksian chenta tanpa rasa. Kata chenta tapi perkataan dan
perbuatan mereka selepas beberapa tahun perkahwinan dibina, akhirnya berjalan
dengan lemau ibarat biskut cap ah pong. Arakian ‘sifat untuk beromantik’ itu
tidak dibina sedari awal, maka akhirnya hilang terbang menerawang ke mana.
Tidak kisahlah, kriteria perkahwinan itu bersifat baitul muslim
atau tidak, ia seolah sama sahaja. Tanpa rasa dan kata. Kita semua faham sebab
ia realiti, bukan sekadar fantasi. Maka antara visi dan misi suami dia katanya, mahu menjadi seperti kata-kata Saidina Umar
Al-Khattab.
-Kredit- |
“Jadilah seperti anak-anak di
hadapan isteri kamu”
-Umar Al-Khattab-
Lalu dia memulas tombol pintu. Melihatkan adanya motor skuter
hijau muda kesukaan Marwan ada di ruang parkir depan rumah, dia tahu Marwan
sudah pulang. Seriusli, dia ketawa sebenarnya melihatkan kesukaan Marwan pada
motor skuter. Tapi apa pun, penunggangnya maseh lagi seorang yang baek hati,
soleh dan sangat mendamaikan jiwa.
Yelah! Lelaki yang minat motor skuter ni, pada pandangan dia
sebelum ini adalah seorang lelaki yang mungkin terserlah sifat ‘kejambuannya’,
tapi itulah kelebihan mereka: pandai beromantik. Romantik halal berbuah pahala,
menurut Marwan. Dia tergelak bila Marwan cakap sebegitu. Tapi mungkin ada
benarnya.
“Assalammualaikum, saya dah balik.”
Ucap Azimah, mengurut bahunya dengan tangan kanannya sambil
berjalan terus laju ke dalam rumah. Terdengar jawapan balas salam dari dapur
diiringi dengan bunyi periuk diketuk kelekang-kelekung, sambil mesin blender
berbunyi laju, tahulah dia Marwan telah dahulu mengatasinya sekali lagi.
Spontan dengan itu senyuman Azimah kembali mengendur. Manifestasi pipinya kembali
tembam. Mata mengecil.
Melihatkan juga kebersihan dalam dan luar rumah yang juga sentiasa
terjaga kemas dan rapi, dia faham benar siapa juga yang rajin mengemasnya.
Bahkan bunga-bungaan yang berwarna-warni dan pokok kaktus comel di pagar luar
rumah sentiasa berseri, dia juga faham benar siapa juga yang selalu menjaga dan
menyiramnya.
Dia mengeluh.
Ya! Dia faham keadaan tersebut. Dia sedih dan menyesali hal itu. Walau
sebanyak kali pun dia mengucapkan ribuan kemaafan pada Marwan akan kelemahannya
itu, dia masih lagi tidak mampu berdaya saing. Dia sudah berusaha, tapi masih
lagi jauh dan benar-benar sedang berusaha mengatasinya. Kadang kuat dan
bermotivasi, kadang dia lemah, dan kadang rasa ‘down’ dan kecewa menyesali diri.
‘Maaf awak, saya tidak pandai memasak .’
‘Maaf awak, saya tidak pandai nak buat kerja rumah, nak menjahit.’
‘Maaf awak, saya tidak pandai nak ber-romantik.’
‘Maaf awak, saya tidak pandai nak berlembut.’
Dan banyak lagi maaf.
Arakian kata itu sudah banyak kali diucapkan dia. Tapi ucapan yang
diberikan Marwan semenjak perkahwinan mereka tidak pernah berubah. Sekalipun.
‘Tidak mengapa awak. Rasulullah
sendiri pun ‘paling terbaik’ dalam layanan terhadap isteri Baginda kan. Melihat
senyuman awak dengan masakan saya ini pun, sudah cukup menggumbirakan hati
saya. Awak juga sedang berusaha bukan? Chaiyok!’
Sumpah! Dia nak menangis setiap kali melihat suaminya kata semacam
itu.
‘Sucinya suami aku ni Ya Allah…’. Mata Azimah berkaca-kaca.
Terharu.
Pap!
Kedua belah tapak tangan suaminya dia depan muka.
Azimah tersedar.
“Hah! Mengelamun-lah tu.” Ujar Marwan.
Azimah mengeleng kepala.
“Awak masak lagi? Bukankah hari ini giliran saya?” Balas Azimah, berpeluk
bahu dengan nada merajuk.
“Tak mengapa. Ostajah mesti letih kan? Sekarang baru lepas minggu
peperiksaan anak murid awak kan? Jadi mesti perlu banyak menanda kertas. Saya
faham. Jom makan!” Marwan menarik tangan Azimah ke meja makan. Tetapi Azimah
tidak bergerak. Pegun. Pergerakan mereka berdua terhenti.
“Awak ni!” Menembam pipi. Kolam matanya semakin berair.
Marwan perasan.
Dan akhirnya Azimah menitiskan air mata dia. Tumpah.
Nanges teresak-esak.
Nanges teresak-esak.
“Kenapa awak jadi macam ni? Baek sangat.”
Marwan terdiam. Menatap senyap Azimah. Bahunya terhenjut-henjut cuba
menahan tangisan.
“Saya tidak layak untuk awak. Kenapa awak pilih saya dulu?”
Tiba-tiba Azimah bersuara kembali, mengundang kembali ceritera lepas buat
Marwan.
“Kenapa pilih saya? Bukankah waktu ta’aruf dahulu saya dah kata
saya tidak pandai memasak, tidak pandai buat kerja rumah, tidak pandai nak be-romantik
dan layan awak, bahkan tidak pandai juga nak panggil awak dengan panggilan ‘sayang’
atau ‘abang’? Kenapa awak tika itu masih juga berdegil untuk memilih saya?
Kenapa?”
Marwan hanya tersenyum. Menggeleng kepala.
Suasana sunyi kembali. Bunyi esakan Azimah sahaja
kedengaran.
Azimah terus menundukkan wajah.
“Maafkan saya.”
Lantas Marwan mengambil tangan Azimah, kemudiaannya meletakkannya
di dada dia. Kelihatan Marwan bersahaja, masih mengekalkan senyuman manisnya.
“Sebab awak adalah Azimah. Itu sahaja. Cukup istimewa dalam hati
saya. Perempuan terbaik untuk saya. Menurut penceritaan murobbiah awak dalam
emel yang dikirim sebelum ta’aruf kita, diri awak seorang solehah, beradab, berperibadi
mulia walau sedikit kasar dan tegas orangnya. Tidak mengapa sebab saya suka,
sebab disebaliknya adalah manja. Suka baca novel fakta dan sejarah. Suka dengar
nasyid Shoutul Harakah. Suka main sofbol dan bola jaring. Suka tonton drama
Omar Series, Murobbi, Naruto dan thriller sikit-sikit.” Azimah mengangkat
kembali kepalanya. Melihatkan Marwan memandang ke atas, mengingat satu persatu.
Marwan menyambung.
“Minat join usrah dan program tarbiah. Walaupun masih di peringkat
muayyid, telah mampu berusaha untuk membawa halaqah di tempat belajar dulu.
Saya suka. Bahkan sangat merendah diri dan bersederhana dalam kehidupannya.
Tidak kah itu sudah cukup memikat hati saya?”
“Walau saya suka susu coklat tetapi awak benci susu? Walau saya
seorang yang pemarah dan berdarah panas tetapi awak seorang yang tidak pandai
nak marah dan lembut orangnya?”
“Walau saya sering menolak untuk berjalan sambil memegang tangan
awak? Walau saya jarang memberi hadiah dan kata-kata manis buat awak?”
“Walau waktu di kampus dahulu, ramai akhawat memanggil saya
‘akhawat besi’ atau di kalangan pelajar lelaki dengan gelaran ‘Muslimah Singa’,
awak suka?
Mata sepet Azimah tadi membesar. Dia menyeka air matanya dengan
lengan baju jubahnya.
“Saya tidak pernah kisah dengan semua itu. Cukuplah awak menjadi
Azimah. Hadirnya awak, membantu dengan memberi inspirasi. Hadirnya awak
membantu menguatkan hati tika saya sedih dan kecewa dengan mad’u yang diseru.
Walau awak tidak pernah perasan awak telah lama menjadi penyejuk mata, penawar
hati dan penajam fikiran buat saya dengan kurnian Illahi. Tidak perlu asbab
yang lain.”
Mata Azimah dan Marwan bertentang pandang.
Kening Marwan terangkat. Dia tersengih. Kemudian dia ketawa kecil.
“Eh! Kenapa awak ni? Orang serius menangis ni” Azimah menolak dada
Marwan.
Marwan memandang lama wajah Azimah. Kemudian ketawa lagi.
“Baru saya tahu waktu di kolej dahulu pelajar perempuan panggil
awak ‘Muslimah Singa’. Murobbiah awak tak cakap pun dalam emel yang orang lain
panggil awak macam tu. Haha!” Pecah ketawa Marwan. Geli hati. Azimah tersedak.
“Sayang ni! Geramnya, dia kenakan kita pulak. Sukalah tu.”
Azimah mencubit lembut perut Marwan. Tembaman mulut Azimah tadi terus berubah menjadi senyuman manis. Lantas dia ikut tersenyum. Spontan hati Marwan jadi lapang oleh senyuman dan tawa kecil Azimah. Comel.
Bidadari.
Azimah mencubit lembut perut Marwan. Tembaman mulut Azimah tadi terus berubah menjadi senyuman manis. Lantas dia ikut tersenyum. Spontan hati Marwan jadi lapang oleh senyuman dan tawa kecil Azimah. Comel.
Bidadari.
“First time saya dengar awak panggil saya sayang. Ulang lagi
boleh?”
“Eh! Mana ada.” Naik bahu Azimah.
“Adalah tadi.” Acu jari Marwan pada Azimah.
Pipi Azimah kemerahan. Menembamkan pipi.
“Ulanglah lagi.” Ulang Marwan. Dia tertawa kecil.
“Tak mahu.” Azimah bergegas ke dapur. Berlari anak. Menutup
telinga. Malu.
“Malulah tu.”
Marwan mengikut. Gelak kecil.
“Nak buat apa?” Marwan bertanya sambil meletakkan kedua tangannya
pada bahu Azimah dari belakang. Mereka berjalan beriringan.
“Buat air jap.”
“Awak pandai ke buat air?” Angkat kening. Marwan tak percaya.
“Air kosong je.” Azimah mencebik.
Ketawa Marwan pecah sekali lagi. Azimah seronok mendengar suara
ketawa tersebut. Di dalam hati di saat ini, dia bahagia. Di bahagia apabila
‘jururawat hatinya’ juga bahagia. Dia bahagia dengan perbezaan antara dia dengan
Marwan, kerana dalam perbezaan itu dia menemukan kebahagian. Azam dia belajar
daripada suaminya. Kerana antara tanda kita mencintai, maka cintai itu hadirnya
bersama tanggungjawab.
Tanggungjawab memahami perbezaan dan meraikannya.
Kata suaminya.
.....................................
“Kenapa zimah tolak pinangan dia?”
Senyap. Tiada jawapan.
“Azimah Bintu Abdullah Omar Al-Faruq, ana
bertanya enti ni?” Lambaian tangan murobbiahnya, Suriana di hadapan muka Azimah
yang termenung panjang. Spontan Azimah membelakangkan sedikit kepalanya ke
belakang. Lalu dia mengalihkan perhatian kepada murobbiahnya tadi. Bulat mata.
Kelip mata berkali-kali.
Gosok mata.
“Ye apa dia ukht?” Azimah terpinga-pinga.
Menembamkan pipi.
“Adeh! Ni mesti mengelamun si dia ni kan?”
Suriana mengaju jari. Tersenyum.
“Eh! Siapa si dia yang ukht maksudkan
ni?” Azimah mengangkat kening sambil
membetulkan sweater kelabu yang sedang dipakainya. Suasana dalam surau yang
berdingin hawa ditambah hujan lebat di luar menambahkan lagi kesejukan.
“Ala! Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu
bertanya pula.” Usik Nailah. Melanggar lembut bahunya dengan bahu Azimah.
Sshh! Keluar wap.
Pipi chubby Azimah kemerahan. Malu.
Ahli halaqah dia semuanya ketawa kecil.
Termasuk Najwa Fatehah yang dari tadi asyik menyalut roti cap putih dengan
kacang coklat untuk dimakan bersama. Petang itu usai halaqah, mereka asyik
dengan bercanda dan bermuayasyah, mengenali hati budi masing-masing dengan lebih rapat lagi.
“Kenapa zimah tolak pinangan Marwan?” Suriana
mengulang.
Senyap. Tiada jawapan. Azimah menunduk
kepala. Kemudian murobbiahnya memegang lututnya. Mata mereka bertemu.
“A’ah. Ana dengar daripada Wawa as a rakan
sekerja Marwan, yang Marwan seorang ikhwah yang perangainya lemah lembut,
sopan, bijak dan bersahaja juga cool orang omputeh cakap. Wajahnya teduh,
tenang dipandang meskipun sedikit jambu.” Nailah bersuara sambil tersenyum bila
sampai kepada ayat ‘jambu’ dihujung ucapannya.
Kemudian mencubit lembut pipi Azimah.
Semua senyum. Suriana mengangguk.
“Macam Wawa kan orangnya?” Azimah bersuara.
Memandang Najwa.
“Macam ana?” Najwa terkejut. Terhenti
kerjanya sedang melipat roti yang telah dicalitnya tadi kepada dua.
“A’ah kan, macam Wawa je perangai Marwan tu.
Maklumlah mereka berdua ni kan diplomanya nursing, mestilah besar sifat sopan
dan terserlah kelembutan mereka kan?” Nailah menimbulkan teorinya. Tersengih.
“Tapi Murobbi kepada Marwan kata kat ana,
lembut Marwan bukan lembut wanita atau apatah lagi nauzubillah min zalik pondan
tau, tapi lembut seorang lelaki. Lebih sedap ayatnya kita guna ayat ‘lelaki
sopan’.” Terang Suriana. Senyum. Nailah hanya mengangguk.
“A’ah. Marwan lelaki yang sopan tau zimah.”
Najwa menyokong. Mengangguk dan tersenyum meyakinkan Azimah. Azimah mensepetkan
mata.
“Jadi kenapa dia tak memilih Wawa sahaja?
Kenapa ana? Bukan Wawa lebih sesuai dengan dia ke? Ana dengan dia ibarat awan
di langit dan tanah di bumi kan?” Azimah mendepakan tangannya. Menimbulkan
soalan.
Najwa terkedu.
Najwa terkedu.
“Kriteria dia menyebabkan zimah tidak suka
ke?” Soal Suriana.
“Bukan.” Geleng Azimah. Comel.
“Sebab ana yang jadi orang tengah?”
“Bukanlah ukht.”
“Jadi sebab apa?” Sambung Najwa.
“Sebab dia seorang nurse.” Jawab Azimah.
Menembamkan pipi semula.
Semua ahli halaqah yang mendengar, terangkat
kening.
Nailah Farafisha dan Najwa Fatehah penasaran.
Suriana hanya tersenyum, menggeleng kepala.
Dia rasa, dia temui jawapan penyelesaian.
……………………………………..
Salji yang mula turun memutihkan pandangan. Manik-manik salji turun
dengan perlahan. Angin dingin meniupkan udara yang menusuk kulit. Keindahan
salji petang itu senang hati ditadabburi oleh mata, seterusnya disentuh dengan
rasa lembut pada tangan yang menadah.
Marwan sedang berjalan dengan perlahan, ditemani di sisinya seorang
isteri yang dichentai fillah, Azimah. Mereka sedang berada dalam sebuah
perjalanan bersama rakan jaulah yang lain, sambil singgah sebentar untuk
menikmati salji turun. Kesemua mereka lengkap dengan baju sejuk yang tebal dan berbulu,
dan bersarung tangan. Sejuk. Gigil. Suhu udara sekitar 16 darjah selsius
sungguh diraikan mereka berdua. Menambah rasa indah.
Jaulah Syitawiyah yang dianjurkan persatuan Mahasiswa D&T Malaysia memberikan peluang untuk mereka kembali berbulan madu setelah
arakian masing-masing sibuk dengan bebanan tugasan kerja, selain mengeratkan
semula silaturrahim dengan rakan taulan ikhwah dan akhawat yang pernah berjuang
bersama-sama tika di bumi Zaqaziq Mesir dahulu. Di sini mereka kembali menyulam
rasa.
“Ukhti, ana pergi ke sana sebentar ya.” Sapa Suriana.
“Ok. Hati-hati ya.”
Balas Suriana dengan kenyipan mata kanan. Azimah tertawa kecil.
“Sejuk kan.” Marwan lantas mengambil tangan kiri Azimah, lalu
dimasukkan tangan mulus itu ke dalam poket kanan baju sejuk tebalnya. Azimah
terbulat mata, memandang Marwan. Terasa janggal. Pipi memerah.
Marwan tidak endah, sekadar memandang ke depan sambil masih
berjalan beriringan.
“Maaf saya tidak selesa. Malulah ikhwah akhawat yang lain kat sana
nengok.”
“Alah! Saya zauj awak kan ostajah. Lagipon biar mereka cemburu,
moga cepat mereka pula bina Baitul Muslim. Then awak selesa bukan? ” Senyum
Marwan memandang Azimah. Tertawa kecil.
“Err ok, ok.” Hati Azimah berbunga. Malu. Chenta.
Kemudian Azimah memandang langit. Marwan pun turut memandang.
“Kenapa awak pandang langit? Ada yang tidak kena ke?”
“Saya cuma terfikir akan ayat-ayat chenta yang pernah diberikan
awak dalam ta’aruf kita, Awak pilih saya sebab awak kata saya punyai sikap
kurang seperti Saidina Omar Al-Khattab dan awak pula punyai karakter kurang
seperti daripada Saidina Othman Zunnur Ain. Err boleh awak jelaskan?”
“Oh itu.”
“A’ah.” Azimah mengangguk.
“Pernah dengar ketegasan Saidina Omar sehinggakan jalan-jalan di
Kota Madinah yang pernah dilalui oleh beliau, ditakuti untuk digunakan pula
oleh syaiton yang direjam? Disebalik sahabatnya yang rapat iaitu Saidina Othman
pula yang terkenal dengan sikap pemalunya beliau, sehingga seluruh malaikat pun
malu juga kepada Saidina Othman. Ironik sungguh kan?”
“Emm. Pernah dengar juga. Hebat kan. So?”
“So macam tulah juga kita berdua. Saya nakkan pendamping yang
persis Saidina Omar. Tegas tetapi disebaliknya seorang yang lembut hatinya,
seperti Saidina yang lembut hatinya pada ayat Allah surah Toha, juga kaseh pada
rakyatnya.”
Marwan senyum, kemudian menyambung.
“Bayangkanlah kalau kita dua-dua perangainya sama, seperti dua-dua
tegas, tidak lembut perilakunya, tiada kelembutan, tiada rasa marah dan
sebagainya, rasanya bagaimanakah suasana rumah tangga kita? Ehem! Adakah ia
akan menggumbirakan?”
Azimah menggeleng.
“Jadinya saya lebih lembut hatinya, lebih cenderung dan tertarik hatinya
pada awak. Sebab utama kerna Allah dan Rasul-Nya kemudian kerna awak berbeza
sifatnya dengan saya. Bukankah perbezaan itu yang mengindahkan hidup kita?
Semuanya terpulang bagaimana pula kita meraikan, menerima dan saling bertolak ansur.”
Marwan menepuk lembut ubun Azimah. Tersenyum.
“Em betul betul betul! Macam ukht Suriana cakap, dia beri analogi
mudah yang ana setuju sangat, yang ana rapat sangat dengan Wawa bahkan selesa
bersama. Padahal Wawa seorang yang lemah lembut, sopan santun, berbudi bahasa
dan pemalu lagi. Macam awak seriusli sifat dia, itu yang menyebabkan saya
semakin senang hati dengan awak.”
“Err awak, saya lelaki lah.” Marwan bercekak pinggang. Berlagak
garang.
“Oklah, awak ‘jambu’ je.” Ketawa kecil Azimah, sambil memanjangkan
ayat ‘je’. Ketawa kecil. Tutup mulut.
Azimah lari kecil. Cuba mengelak.
Marwan ketip bibir, marah sayang. Cuba mengejar.
Kedua-dua tersenyum. Dalam salji putih yang turun dingin mendamaikan,
mereka berdua bermain salji. Mereguk cinta berbuah pahala.
Doa Azimah.
‘Moga awak menjadi pelembut jiwa saya di dunia juga di surge kelak,
amin.’
Senyum pada langit.
' Berakhir sudah resah ini,
Sakinah menyandar dengan bahgia pada rindu dalam hati,
Terima kaseh ya Rabbi atas pertemuan ini,
Kekasih syurga jiwaku sudah ku temui.'
Srrrhhh!
Salji ditaburkan atas kepala Azimah. Marwan tertawa.
Azimah menembamkan pipi.
'Bengkeng!'
-PAB-
Buat kali keduanya saya menulis sebuah penulisan yang berlatar belakangkan chenta dan kaseh selepas cerpen Di Sebalik Awan Menanti Senyuman Bidadari(tekan). Ehem! Arakian seperti biasa maseh lagi mengekal identiti dengan memasukkan unsur dakwah dan tarbiyah, sedikit aspek baitul musleem agar diri dan juga orang yang membaca tidak berada di dunia lain, err. dan maseh punya deria kakinya berpijak di bumi nyata.
Perbezaan nyata penulisan saya sebelum ini adalah bila saya mula menukar tajuk kepada yang lebih pendek, ringkas, tepat, padat, simple, mimple, pimple ok mengarut!
Padahal ia bukanlah kesukaan saya. Ehem! Terasa ada yang tidak kena. Tapi seperti kebanyakan orang kata, tidak cuba manakan tahu hasilnya. Malahan terus menggunakan nama orang sebagai tajuk besarnya. Eheh! Habislah saya kalau orang-orang yang namanya serupa dengan tajuk ceghite ni, tidak suka dengan karakter yang diletakkan, lantas memboikot dengan menyebarkan blog dan post ceghite ini eh!
Makanya besarlah harapan saya agar semua yang sudi membaca dapat mendapat ibrah yang terkandung di dalamnya, manakala yang buruk dapat dijadikan sebagai tauladan untuk tidak dicontohi, dan juga dijadikan sempadan buat diri, ewah!
Makanya besarlah harapan saya agar semua yang sudi membaca dapat mendapat ibrah yang terkandung di dalamnya, manakala yang buruk dapat dijadikan sebagai tauladan untuk tidak dicontohi, dan juga dijadikan sempadan buat diri, ewah!
Juga sebarang tumbukan cadangan, tamparan komen silalah. Saya suka dan tidak marah. Ini serius. Ulang suara ehem ehem! serius. Senyum.
Selain itu nama-nama yang digunakan juga tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggalkan dunia ini. Sebarang kebersamaan mungkin suatu kebetulan, dan jika sama pun, moga anda terasa khusyuk ketika membacanya. Eheh!
Senyum.
Senyum.
Kenyit mata. Penuk makna.
Tweet
3 ulasan:
cerita ini sangat menarik dan menyentuh perasaan seperti kisah yanh nyata.
Finally. Alhamdulillah.
One piece of comment: moga Allah pandu dan terus thabbatkan langkah tho dah ehem
berbm. Heh.
Cbs Expert's NBA Basketball Picks - KDNBLB dafabet link dafabet link 우리카지노 마틴 우리카지노 마틴 fun88 soikeotot fun88 soikeotot 223pechanga habanero - ajiadinh123
Catat Ulasan