School Of Tarbiyyah

Khamis, 7 Mac 2013

Wahai Tuan Duktur! Jangan Futur! - versi PAB


Disklaimer: Ehem! Batuk kof kof. Buat makluman ini bukanlah penulisan hasil dari air tangan saya. Arakian di kopi pasta daripada Inche Gabbana akibat kesukaan (err) atau keterasaan (err) saya pada entri dia yang sompah berbisa kali ini. Walau saya bukan tuan duktur, tapi err saya maseh dekat dan sentiasa bekerja bersama para duktur yang dijadikan subjek utama tersebut. Senyum. Sibuk eh? Fuh berpeloh kot..

Nursing. Ehem.

Apapon, saya juga sedikit dilema dalam pencarian mereka yang bernama 'ikhwah nursing'. Setakat berada dalam D&T ini, saya sempat mengenali seorang ikhwah nursing dan seorang lagi hanya sempat dengar beritanya, tak sempat mengenali empunya diri.Haih!

Ya! Sudah pupuskah mereka? Jika jumpa minta bagitahu saya. Atau mereka juga sudah lama tenggelam, then futur? Haih!!!

Then komen-komen sayang atau penampar manja pada entri ini, membuatkan saya berfikir. Ya! Kami yang dalam bidang perubatan, sompah tahu kesibukan kami tahap raksasa monster Gaban. Tapi bila masuk bab D&T, mungkin setiap orang ada cara D&T nya sendiri. Err macam saya, tika beri perawatan pada pesakit, cakap kat telinga dia: “Allah sayang anda tahu”. Hehe senyum.

Ok sori. Disklaimer panjang en. Silakan menjamu selera.

...................................

(kredit)

[Nota kecil: Seperti yang dijanjikan, ini adalah kesinambungan kepada post "Makcik Peah Yang Suka Memfitnah" tetapi khusus untuk mereka yang bergelar duktur, tabib, pegawai perubatan dan yang seangkatan dengannya. (yang ini Inche Gabbana tulis, bukan saya T_T)


Dan artikel ini saya tujukan khas buat mereka yang sudah berkenalan mesra dengan tarbiyah dan dakwah, dan sudah/pernah pula mengamalkannya. Kepada anda yang tiada kena-mengena tapi masih terasa dengan penulisan ini, err, padan muka itu bukan salah saya. Eheh. Moga bermanfaat. Hoyeah.]


Saya beri amaran awal-awal. Kepada yang mengandung lima bulan dan ke atas, yang ada sejarah darah tinggi dan sakit jantung, yang mudah mengalami ketidakseimbangan mental dan yang mudah jadi emo tak tentu fasal, anda dinasihatkan supaya tidak terus membaca penulisan ini. Sumpah.

Kali ini saya mahu ambil pendekatan no holds barred. Saya akan berlaku jujur dan telus. Terlalu jujur.

Maka anda yang benar-benar mahu menyudahkan penulisan saya ini, terutamanya anda yang menjadi subjek utama kepada penulisan ini, paling tidak saya nasihatkan pakailah losen kalis api dan laser, atau jaket kalis peluru dan bom. 
Baiklah. Tarik nafas. Hembus. Baiklah.

Semenjak kecil doktor sememangnya menjadi antara cita-cita utama yang mahu saya kecapi. Malah masih saya ingat dengan jelas sekali, ketika di tingkatan lima, saya masih menanam cita-cita untuk menjadi doktor. Doktor forensik; terpengaruh dengan CSI gamaknya. Peluh kecil. 

Namun perancangan Allah mengatasi segala-galanya. Ketika proses untuk meminta biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara, bidang perubatan langsung tiada dalam senarai permohonan saya. Saya akhirnya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang bioteknologi di Australia dan saya menerimanya.

Ya, benar. Silalah buat wajah terkejut. Saya memang pernah mendapat tawaran tersebut. Malah lebih seminggu lamanya saya berada di sebuah kolej persediaan untuk ke bumi Koala gemok itu, sebelum sekali lagi perancangan Allah yang lebih osem mengambil tempatnya. Tidak berapa lama kemudian, saya mendapat pula tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Kerajaan Bersatu dalam jurusan Ekonomi. Tanpa berfikir panjang, tambahan pula ketika itu saya tidak nampak masa hadapan dengan bioteknologi (hohoho..), saya terus menerima tawaran yang itu pula. 

Dipendekkan cerita, akhirnya saya lulus periksa dan dengan rasminya memegang ijazah dalam bidang ekonomi, lulusan sebuah sekolah ekonomi di Kerajaan Bersatu. Alhamdulillah.

Sekolah Ekonomi London yang telah menyelamatkan saya. [Kredit]
Apabila difikir dan difikirkan berulang-kali, yakinlah saya bahawa bukan kebetulan perancangan Allah untuk saya sebegitu rupa. Apatah lagi kebetulan itu adalah bahasa Argentina. Eh. 

Dan antara perkara yang amat saya paling terlalu bersyukur adalah saya tidak ditakdirkan menjadi seorang doktor. Espeseli setelah berjinak-jinak dan berkecimpung dalam tarbiyah dan dakwah, hati ini menjadi semakin lega dan hidung mampu mengembang selesa kerana tidak perlu menyarung kot putih dan menggantung stetoskop di leher sambil berlari-lari di kaki lima hospital. 

Eh mengapa pula Inche gabbana..? Bukankah menjadi doktor adalah suatu pekerjaan yang sungguh mulia..? Menyelamatkan nyawa manusia di luar sana dengan ijinNya. Tidakkah anda merasakan tiada pekerjaan yang lebih mulia daripada seorang doktor..? 

Uhm uhm. Jujurnya, saya tidak punya masalah dengan prospek kerjaya seorang doktor itu sendiri. Dan benar, pekerjaan doktor itu adalah suatu amanah dan tugas yang cukup mulia. Cuma nak kata paling mulia, mungkinlah tidak kerana kemuliaan itu boleh jadi sangat subjektif.

Untuk rekod, sewaktu di Kerajaan Bersatu dahulu, saya amat menghormati rakan-rakan yang mengambil jurusan perubatan. Apatah lagi mereka yang terjun ke dalam gaung tarbiyah dan dakwah ini, semakin bersemangatlah saya memberikan mereka ini tabik spring. Di sebalik kesibukan mereka sebagai pelajar jurusan perubatan, mereka masih bisa bergerak aktif dengan gerabak ini; membawa bulatan gembira, menghadiri penuh konferens riang, bersama-sama menyertai mukhayyam dan beraneka lagi tok nenek aktiviti dan program yang mereka sertai. Pergh, respek habis.

Maka secara tuntasnya, mudahlah untuk sesiapa sahaja membuat kesimpulan, bahawa mereka yang sudah Super Saiya ketika belajar, pastilah akan menjadi Mahadewa pula apabila bekerja nanti bukan..?

Uhm uhm.

Oh sebelum saya membebel dan mengarut lebih panjang lebar, ijinkan saya membuat sedikit diskelemer. Cacian dan tohmahan yang bakal dilemparkan nanti, rasanya lebih kena dan sesuai untuk dibaca oleh ikhwah dan bukannya akhawat, memandangkan ramai akhawat yang sama ada bukan dari spesis manusia normal atau mereka berasal daripada planet yang lain. Kalau tak percaya, cuba tunduk dan pandang mereka ini dari celah kangkang anda; anda pasti akan mendapati yang mereka ini tidak mempunyai kaki! Wahahaha.. Err.

Berbalik kepada perbincangan kita tadi, rupa-rupanya sangkaan baik dan penuh berlapang dada untuk bakal-bakal doktor itu kebanyakannya meleset. Bukan setakat meleset, malah tersungkur, tersembam dan terperosok teruk, nun jauh ke dalam lubang gelap yang dahsyat. Pergh diskripsyen memang terbaik.

Malah simptom-simptom untuk mereka bersarapan pagi (Baca: Futur) sudah boleh mula kelihatan apabila mereka menuju ke tahun-tahun akhir mereka. Sudah ramai yang tidak lagi membawa bulatan gembira. Itu ok lagi; ada juga yang langsung sudah tidak berbulatan gembira. Konferens riang..? Bukankah dah sampai tarikh luputnya? Wah. Alasannya? Sibuk. Esainmen bertimbun. Kerja lewat malam.

Apabila pulang ke Malaysia, keadaannya bertambah teruk lagi, apatah lagi untuk mereka yang sudah memulakan tugas sebagai Houseman Officer (baca: HO). Jangankan sosok tubuh badan, nak nampak hidung kembang dan pipi tersorong-sorong mereka ni cukup susah di program-program tarbiyah dan dakwah. Aduhai.

Dan saya tidak bercakap tentang mereka yang baharu dalam tarbiyah dan dakwah. Tidak. Bukan mereka yang masih hingusan atau merangkak perlahan dalam gerabak ini. Bukan. Bukan pula mereka yang tidak tahu apa-apa akan amanah dan tanggungjawab mereka sebagai al-akh dan rijal dakwah di atas jalan yang sumpah panjang ini. Bukan.

Tetapi mereka yang cukup haibat di seberang laut dahulu. Mereka yang membawa dua, malahan tiga bulatan gembira. Mereka yang menjadi penceramah ala-ala Zakir Naik dalam konferens-konferens riang. Mereka yang tidak pernah terlepas akan program dan aktiviti tarbiyah dan dakwah yang dianjurkan. Malah mereka yang pernah menjadi mas'ul! Allahu rabbi.

Ke manakah hilangnya kefahaman bahawa segala sesuatu di dunia ini, baik pelajaran, pekerjaan, harta dan sebagainya, hanya sebagai alat tunggangan untuk mengejar matlamat yang lebih utama..? Ke mana pergi laungan-laungan semangat di konferens-konferens riang, sambil memeluk bahu teman-teman di sekeliling, berjanji untuk sehidup semati dengan tarbiyah dan dakwah? Ke mana luputnya azam dan iltizam untuk terus tsabat dan istiqamah dalam gerabak ini, walau apa yang terjadi..?

Ke mana, wahai akhi sayang..? Ke mana...??

Nanges.

Saya jujurnya amat terasa dan sedih dengan keadaan ini, kerana ramainya tuan duktur dan tuan tabib yang sudah mula mendaftar dengan Kelab Alumni Ikhwah ini adalah ikhwah yang amat rapat dan saya sayangi sewaktu ketika dahulu. Malah saya amat mencemburui isti'ab dan kekuatan yang ada pada mereka ini, kerana ketika itu, saya tahu saya tidak mungkin menjadi segaban mereka.

Namun anda semua telah mengechiwakan saya. Anda semua gagal menepati janji dan baiah yang pernah suatu ketika dilaungkan. Anda semua sudah lupa dan leka dengan amanah Syahadatul Haq yang pernah anda rasakan bebannya suatu ketika dahulu!

Oyy Inche gabbana! Jaga sikit mulut tu..! Amboi amboi, anda ingat, anda tu dah baguihhh sangat..? Dia tak tahu betapa susahnya nak jadi doktor ni. Cuba jadi doktor tengok! Haaa, silap haribulan, dia yang tersungkur diam nanti!

Ekeleh Inche gabbana ni. Berlagak nak mampus. Dia apa tahu amalan-amalan kita di belakang tabir. Ikut kemampuan masing-masing ah! Aish. 


Alah biarlah Inche gabbana tu mengarut sorang-sorang. Biarlah dia nak fitnah kita ke, kutuk kita ke. Yang balas amal kita nanti Allah. In Shaa Allah, Allah tahu niat dan kerja-kerja kita.


Akhi sayang.. Allahu rabbi. Nanges laju-laju.

Ya akhi, saya mengaku. Malah saya sering memikirkannya, betapa seandainya saya berada di tempat anda semua, boleh jadi saya akan berubah menjadi seekor raksasa gorgon yang jauh lebih teruk dan dahsyat lagi. Kerana itu saya katakan, saya amat bersyukur tidak perlu melalui fitnah yang sebegitu rupa, kerana belum tentu saya mempunyai kekuatan untuk menghadapinya.

Cuma... Saya ada satu soalan untuk anda semua.

Tarik nafas dalam-dalam. Anda benar-benar mahu mendengarnya..? Anda pasti..?

Baiklah.

Mengapa tuan duktur berjantina akhawat... Mereka mampu lakukannya..?

Gempa bumi. Gunung bergegar. Kilat sambar-menyambar.

Ok ini sungguh random. Eheh. [Kredit]
Ya. Mereka masih mampu untuk membawa bulatan gembira. Malah ada sesetengah kes yang sahih, mereka mampu untuk membawa lebih daripada satu bulatan gembira. Bulatan gembira mereka sendiri amat jarang dipontengi, kecuali untuk keuzuran yang syari'e. Konferens riang mereka hadiri dengan penuh bergaya dan berjaya sekali.

Ya, mungkin bukan semua begitu. Mungkin ada juga yang memilih untuk bersarapan pagi. Tapi statistiknya tidak 'secemerlang' ikhwah. Nombornya tidaklah mengerikan seperti yang dicatat oleh ikhwah. Kadar yang lemarikan diri, hilang dalam tindakan (Baca: Missing in action) dan senyap sunyi shiuuh shiuuhh angin sepoi-sepoi petang bertiup tenang, tidaklah selaju yang berlaku pada ikhwah.

Mengapa wahai akhi sayang, mengapa..?

Walhal, dari segi logik akalnya, sebagai perempuan dan akhawat, mereka lebih besar cabarannya dan lebih mengalirkan peluh besar ujian yang terpaksa mereka hadapi. Untuk mereka yang masih belum berkahwin, terpaksa berhadapan dengan karenah keluarga yang selalunya lebih tegas pada mereka yang bergelar perempuan. Sebulan sekali mereka terpaksa menjadi Sailormoon. Eh. Dan untuk mereka yang sudah berkahwin, ada kemungkinan besar yang mereka akan mengandung.

Dan sekarang anda mahu beritahu saya, anda tidak cukup kuat dan tidak mampu berhadapan dengan semua ujian dan mehnah sebagai seorang tuan duktur..? Pffftt. Kamonlah.

Atau mungkin benar sangkaan saya, bahawasanya akhawat ini benar-benar bukan manusia..! Aduhai.

Untuk rekod, ada dua orang ikhwah doktor yang amat saya hormati dan kagumi. Mereka ini benar-benar qudwah si kader dakwah. Saya menjadi saksi, bahawa salah seorang daripada mereka itu, tidak pernah sengaja ponteng bulatan gembira. Walau lewat macam mana sekali pon dia habis bekerja, dia akan tetap bermujahadah untuk menghadiri bulatan gembira. Konferens riang juga begitu. Tidak pernah tidak datang melainkan dia terpaksa bertugas di hujung minggu.

Dan anda tahu apa yang lebih mengerikan daripada itu..? Dia juga membawa bulatan gembira. Bukan satu, tetapi dua...! Ok silalah pengsan sekarang. Atau buat-buat pengsan kerana terkejut.

Dan anda mahu tahu sekali lagi, apa yang cukup menggarukan kepala tentang al-akh Super Saiya yang seorang ini..? Dia sudah berkahwin dan mempunyai anak. Ya.

Sila sila. Silalah terjun gaung sekarang juga.

Akh yang seorang lagi itu, jujurnya saya belum pernah berkesempatan bergaul mesra dengannya. Namun hati ini begitu bergelora, mahu memeluk chenta dan bercipiki cipika dengannya. Cerita-cerita lejen urban yang saya dengar daripada sumber-sumber yang sahih dan terpercaya, mengatakan dia adalah seorang tuan duktur qudwah yang tidak boleh dinafikan lagi. Dia membawa bulatan gembira di sebalik kesibukannya. Dan di masa-masa tenggang yang kosong, dia akan berkejar-kejaran untuk menghadiri mana-mana program tarbiyah dan dakwah yang ada. Dan ya, dia juga sudah berkahwin.

Ehem.

Yang lebih menarik, kedua-kedua mereka mengakui betapa kerjaya sebagai seorang tukang tabib di Malaysia ini cukup perit dan membunuh, espeseli untuk mereka yang bergelar seorang dai'e. Sehingga al-akh yang kedua ini, pernah mengeluarkan suatu kenyataan, yang saya kira cukup berani dan jujur. Katanya,

"Ana tak nampak, bagaimana bekerja sebagai seorang doktor ni boleh menyumbang pada dakwah."

Sshhhrrrettttttt. Er, apa yang koyak tu..?

Ya, seorang doktor yang beramal yang mengatakan sebegitu. Bukan saya. Bukan sesiapa. Tetapi orang yang selayaknya.

Tetapi itulah, hanya dua orang itu. Hanya DUA orang setakat ini (yag mana pernah saya jumpa). Yang lain-lain, maaf, anda belum lagi berjaya membuktikannya kepada saya.

Hal inilah yang sering kami muhasarawak dan muhakedahkan bersama-sama; bagaimana hal ini boleh terjadi. Dan bagaimana kami boleh membantu mereka ini. Jujurnya, sehingga kini kami masih belum menemukan formula untuk mengubati barah ini, apatah lagi, soalan yang sama, tanpa dapat dielakkan, akan tetap bermain dengan riang gembiranya di kepala:

"Jika akhawat boleh lakukannya, mengapa tidak ikhwah..? Mengapa?"

Adeh.

Dan masalah ini begitu merunsingkan kami semua, sehingga kadang-kadang itu berlaku jugalah sesi membasuh otak dan mengklorok hati dan jiwa hadek-hadek yang bercadang untuk mengambil jurusan perubatan, agar membatalkan hasrat mereka itu. Malah terbit satu idea untuk mula memberi motivasi kepada hadek-hadek sejak di bangku sekolah menengah lagi untuk mempertimbangkan kerjaya lain yang lebih memberi kehidupan bermakna, daripada terus terseksa dan menderita dengan menjadi seorang doktor.

Kerana jujur, kerjaya sebagai seorang tuan duktur di Malaysia ini benar-benar membunuh karakter seorang dai'e. Geleng kepala.

Mengapa Malaysia? Kerana situasinya tidak sama nun di Kerajaan Bersatu, Ireland, Mesir dan di tempat-tempat yang lain. Menjadi tukang tabib di tanah Melayu benar-benar tidak sama dengan menjadi tuan duktur di negara lain. Hal ini telah disahihkan oleh mereka yang pernah bekerja di luar negara dan kemudian pulang ke Malaysia.

Yang membuatkan keadaan lebih kompleks dan menggaru hidung, adalah persepsi masyarakat umum di Malaysia terhadap kerjaya sebagai seorang doktor. Seolah-olahnya ia adalah pekerjaan yang paling agung dan mulia. Jika ada seorang pelajar cemerlang SPM membuat keputusan untuk tidak meneruskan pelajaran dalam bidang perubatan, dia hampir pastinya akan dipandang keji dan penuh hairan oleh guru-gurunya di sekolah, juga Makcik Sabedah Zamani, jiran sebelah rumah. Malah saya yakin, kebanyakan daripada kita, sejak kecil lagi sudah dibasuh otak oleh orang tua dan saudara-mara untuk memilih kerjaya sebagai seorang doktor, bukan?

Sistem pendidikan di Malaysia. Haih. [Kredit]

Hal ini tidak sewajarnya berlaku. Minda anak-anak yang pintar dan bijaksana ini tidak wajar ditutup dan dihadkan sejak kecil lagi. Beri mereka peluang untuk mengembara dunia dan pilihan-pilihan yang ada. Malah, dedahkan mereka dengan realiti kehidupan yang sebenarnya. Dalam hal ini, maaf, saya suka untuk melihat sistem pendidikan negara lain seperti Amerika dan Korea, yang amat bergaya dalam menggalakkan perkembangan minda dan potensi diri yang ada pada anak-anak muda mereka. Di sini, kita dibasuh sehingga mempercayai hanya dengan menjadi doktor sahajalah, status kita dapat diangkat mulia. Hey anda, ikan paus pon ada masalah tahu..? Eh. 

Seolah-olahnya menjadi doktor itu adalah perangkap maut buat seorang dai'e. Jerat yang sekali mengikat kaki, tidak boleh dilepaskan lagi. Alahai. 

Mungkin ada yang berpendapat dan cuba untuk mempertahankan diri, "Oh tidak mengapalah, usai HO nanti, habis bahagian yang paling menyeksakan dan memeritkan nanti, saya sertailah kembali gerabak tarbiyah dan dakwah ni! Kacang goreng cap Pagoda jah! Ohoi!"

Peluh. Untuk anda yang berfikiran sebegini, ini jawapan saya untuk anda:


"Belum tibakah waktunya untuk orang-orang yang beriman, untuk secara khusyu' mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka  (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik."

[al-Hadid, 57:16]

Sniff sniff. Hhhmmm. Saya terbau stik daging yang dimasak well done. 

Saya tahu. Anda yang sudah membaca sehingga ayat ini, dan terkena pada batang hidung dan dagu lekuk anda itu, pasti sudah berasa panas punggung dan gatal tengkuk. Pasti hati dan jiwa anda sekarang sedang bergelora bagai musim tengkujuh dan monsun Timur Laut. Dan pasti ada yang sedang menggaru kepala yang tidak gatal sekuat hati dan sepenuh rasa. Anda, berhati-hati, botak kepala anda nanti! Wahahaha..

Sila bersetuju untuk tidak bersetuju. Silalah menafikan kata-kata saya dan mempertahankan diri anda. Silalah berhujah dan keluarkan dalil-dalil anda. Sila sila tambah nasi, jangan malu-malu. Eh.

Hakikatnya, anda tahu saya bercakap benar. Anda setuju yang anda sebenarnya sedang dilanda futur yang dahsyat. Dan anda sekarang ini, sama ada sedar atau tidak, sedang mengangguk kepala tanda anda sebenarnya faham benar dengan apa yang sedang saya perkatakan.

Uhm uhm.

Sebagai akhiran, ijinkan saya untuk membuat sedikit diskelemer. Penulisan ini bukan bertujuan untuk sengaja memprovokasi mana-mana pihak dengan niat untuk menyakitkan hati atau mencalar jiwa dengan sengaja. Bukan juga sebagai propaganda untuk menggalakkan siapa-siapa agar tidak mengambil jurusan perubatan; apatah lagi untuk memaksa anda yang sudah pon berada di atas trek untuk menjadi tukang tabib, untuk berlari-lari laju tidak percaya, sambil menjerit sekuat rasa, "Aaaaahhh aku tidak mahu buat medik daaaahhh...!"

Err. Sabar anda, sabar. Gosok belakang badan.

Tetapi ia sebenarnya adalah sebagai tolakan untuk anda di luar sana, dai'e doktor atau yang akan menjadi doktor, untuk kita sama-sama muhasabahkan apa masalah sebenar yang sedang berlaku.

Dan langkah pertama untuk kita menyelesaikan sesuatu masalah adalah dengan kita mengakui adanya masalah. Selepas itu baharulah kita boleh untuk berfikir mencari solusinya. Sekiranya kita terus ego, tidak mengaku wujudnya raksasa gorgon yang selama ini menghalang anda untuk terus bergerak laju di atas jalan dakwah ini, arakian percayalah, sehingga kiamat pon anda akan terus kekal di takuk lama.

Kedua, ia sebagai cabaran Istana Takeshi kepada anda di luar sana, sama ada sudah atau bakal menjadi tuan duktur, terutamanya hadek-hadek yang masih bersinar-sinar mata mereka, yang bercita-cita tinggi untuk menjadi tuan duktur untuk ummah ini, untuk membuktikan bahawa saya dan ikhwah lain yang mempunyai tanggapan yang sama pada anda semua, adalah salah. Betapa sangkaan kami terhadap anda semua tidak benar dan tidak mempunyai asasnya.

Betapa anda bisa melakukannya. Bahawa sebagai seorang dai'e doktor, anda mahu menjadi sama haibat malah lebih Super Saiya lagi daripada kami yang tidak doktor ini. Dan sesungguhnya, anda menjadi doktor benar-benar sebagai alat dan tunggangan untuk mengembangluaskan risalah agung yang mulia ini, dan bukannya untuk mengejar cita-cita dan kepentingan sendiri.

Tolonglah. Tolong dan sila buktikan betapa saya salah. Bahawa artikel ini silap. Sumpah, saya benar-benar mahu dibuktikan salah dan silap.

Wahai tuan duktur! Bukan kebetulan kalian dipilih untuk menapaki jalan ini dengan cara anda menjadi doktor! Tidak mungkin Allah tersilap memilih kalian menelusuri jalan tarbiyah dan dakwah ini dengan memakai kot putih seorang doktor!

Wahai tuan duktur! Kalian haibat! Kalian bukan calang-calang! Kaliang tidak mungkin berwenang-wenang! Kalian telah memilih untuk bersama-sama kami dalam gerabak ini! Ayuh, bantu kami, bimbing kami dan pimpin kami untuk terus tsabat dan tabah di atas jalan ini! Dan jangan khuatir, kami juga pasti akan setia membimbing dan memimpin kalian untuk kita sama-sama menuju sorga! *hulur tangan, senyum*

Wahai tuan duktur! Jangan gugur! Jangan futur! Jangan sungkur! Kalian mampu untuk melakukannya! Kalian upaya untuk menggalas beban dan tanggungjawab ini! Kalian kuat untuk menelusuri jalan berduri dan berkaca ini, kerana kami ada bersama-sama kalian! Andai kalian berdarah luka, kami juga akan berdarah seksa! Jika kalian menanges duka, kami turut akan mengalirkan air mata! 

Dan andai kalian mula lemah semangat, terasa mahu berundur dan berehat, terasa tidak mampu lagi untuk meneruskan perjalanan ini, ambillah azimat sakti ini buat bekal mengobat hati dan merawat diri:

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik."

[al-Ankabut, 29:69]

Juga:

"Sesungguhnya orang-orang yang berkata, 'Tuhan kami adalah Allah,' kemudian mereka beristiqamah, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), 'Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan sorga yang telah dijanjikan kepadamu."

[Fussilat, 41:30]

Senyum, kenyit mata.

Bersabarlah wahai akhi sayang, dikau pasti akan menemukan cahaya kemenangan! Bersabarlah! [Kredit]

Sekiranya anda, wahai ikhwahti mahbub, yang amat saya chentai dan sayangi sekalian, masih skeptikal dan prejudis dengan penulisan saya ini, silalah jawab soalan saya ini dengan penuh bergaya dan berbudi:
"Jika akhawat boleh melakukannya, mengapa tidak ikhwah..?"

-gabbana-

Saya menantikan dengan penuh debaran maklum balas yang bakal saya terima hasil daripada penulisan ini. Moga ia dapat mengubah paradigma segelintir daripada kita. Moga bermanfaat untuk semua! 

Saya yang ingin menjadi tuan duktur jiwa-jiwa manusia. Senyum. 

.............

Kata saya: walau apa pon medan da’wah kita, tentu akan ada D&T yang boleh kita selitkan. Mana tahu, saya pon lagilah enggak tahu, ada di satu sudut hospital di cerok mana, adanya seorang jururawat encem, batuk kof kof, seorang duktur sebagai murobbinya, seorang pakar anestetik dengan kitab hadithnya, termasuk seorang pencuci mop lantai, tidak dilupakan juga seorang pesakit berbalut dahinya sedang berkonferens sorga dengan riangngnya.

Ya ya! Sudah tentu ada yang boleh kita sumbangkan untuk ummah terchenta, walau sebesar zarah. 

Senyum.

Sila ke page asal : Wahai Tuan Duktur! Jangan Futur! kalau tak habes saya kena saman. hoho T_T


1 ulasan:

Cik Prada berkata...

pernah mengalami situasi sama. hingga letih mencari peneman buat kekuatan dalam kos undang2 yg sekular ini. mungkin tiba masanya kita pula yg membina, instead of mencari.

ayuh. jangan futur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...