-kredit- |
Dia lihat ayat itu yang terukir kemas dengan ukiran khat nasakh
pada dinding dalam wad yang didudukinya. Termenung lama.
Dan dia baca terjemahannya berkali-kali. Cubaan memahami dengan
baik.
“Dan apabila aku sakit, Dialah
(Allah) yang menyembuhkan Aku”
-Asy-Syu’ara’ ayat 80-
Pejam mata. Putus asa.
“Ya Allah! Beratnya ujian ni….”
Suaranya serak mengeluh panjang.
Kelopak matanya panas. Suam air matanya mengalir perlahan.
Terduduk diam dia bersila di atas katil. Di sisinya tergantung
sebuah botol yang digantung pada sudut katilnya, dan terdapat tubing yang
mengalirkan cecair tersebut ke dalam badan melalui jarum di tangan kanannya.
Dia melihat pula makanan yang baru dihidangkan oleh jururawat. Nasi puteh, ayam
masak kicap, sayur kangkong dan beberapa ulas potongan buah epal hijau. Sekadar
melihat. Tiada selera.
Arakian teringat dia pada kata-kata panahan halilintar daripada
tuan duktur dia pada pagi tadi. Terkejut. Tak percaya.
“Maafkan saya Cik Awani. Menurut keputusan pemeriksaan kesihatan
yang telah dijalankan sebelum ini, saya dapat ringkaskan serba sedikit yang kesihatan
cik sekarang di tahap kritikal tetapi cik jangan risau dan putus asa malahan
kecewa, pihak saya akan cuba lagi yang terbaik untuk mengatasinya. Banyakkan
berdoa pada Tuhan. Insyaallah moga diperkenankan.”
Bahu dia naik turun naik turun. Teresak-esak. Nanges.
Perkataan ayat panahan petir agar ‘jangan putus asa dan kecewa’,
tak dipedulikannya arakian ayat penyakitnya di tahap kritikal yang dilafazkan
tuan duktur itu telah menenggelamkan harapan dia. Dia kecewa dengan nasibnya.
Tumpuan dan pemikiran yang dia nampak kini hanyalah sudut ceritera kehidupan
dirinya hanyalah menuju kehancuran. Tiada makna dan erti.
‘Ya Tuhan! Apa salah aku!’
Awani menutup muka. Menanges lagi.
Pelbagai persoalan menerobos ruang minda pemikiran dia.
Memikirkan, dan mempersoalkan berkali-kali, kenapakah nasibnya menjadi
sedemikian. Proses denial; mengikut istilah dalam fasa penerimaan penyakit
terhadap seseorang individu iaitu pesakit menafikan penyakit yang menimpa
dirinya.
Awani; siapa tidak kenal sebelum ini. Seorang wanita yang cantik
lagi gebu putih, terkenal dan mempunyai ramai peminat di kalangan pemuda di
kolejnya. Dengan imej yang funky, happy-go-lucky malahan tidak lupa juga trendy
lagi gedik macam biri-biri Old Mac Donald had a farm E-I-E-I-O eh! Menakjubkan
lagi ajaibnya juga dia seorang yang cerdik dalam mata pelajaran dan sering
mendapat anugerah dekan di kolejnya, malahan status ayahnya seorang berpangkat
Dato’ turut menyumbang besar dalam kepopularitinya menjadi lebih hebat.
Tapi itu semua tidak menjanjikan kebahagian buat dia kini. Andai
kematian yang bakal hadir mengakhiri kehidupannya nanti, mampukah menghapuskan
dosanya disebalik ke-glamor-annya sebelum ini? Mengherdik mereka yang kurang
cerdik, bongkak atas nikmat kechantekkannya, ujub atas pangkat Dato’ daddy-nya
dan kekayaan yang dimiliki; dia faham itu semua tidak beerti lagi dan hanyalah
bakal menjadi dosa yang dia bakal dia sesalkan.
‘Ya Allah! Aku lemah. Bantukan aku, hadirkan aku seorang yang
mampu menguatkan hati ini, beri aku kekuatan, please…...’
Bisik dia sambil
meramas baju di dadanya. Naik turun bahu dia. Nanges.
“Assalammualaikum cik Awani, saya staff nurse yang bertugas untuk
petang ini. Ada yang boleh saya bantu atau ada sebarang aduan; seperti sakit
ke? Atau lain-lain masalah yang boleh saya tolong?”
Dia mendongak kepala. Melihat
seorang jururawat bermata bening di hadapannya, dengan senyuman yang manis
sedang bertanyakan kepada dirinya. Tenang.
Pemakaian putih yang sopan jururawat itu, dengan unjuran warna
merah jambu di hujung tudung labuhnya itu memikat hati dia. Mendamaikan hati.
Tenang melihat.
Ditambah dengan sopan dalam bertanya. Buat dia terpikat.
‘Bidadarikah ini? Andai aku punyai peluang menjadi muslimah
sepertinya…tapi aku tak ada peluang lagi…Tuhan tidak berikan aku peluang.’
Keluh hati dia. Melihat dengan dalam jururawat tadi.
“Hurm..”
Awani menghela nafas sekali dengan tolakan sederhana,
kepala tunduk.
Dan jururawat itu faham, mengerti tentang keluhan dia. Hasil daripada
pemberian laporan pesakit atau pass report daripada jururawat yang bertugas
shift pagi tadi kepada dia, dia benar-benar faham akan keluhan panjang itu. Ya!
Manifestasi kepada perasaan putus asa.
Putus asa akan ujian penyakit kronik yang mampu membawa kepada
pengakhiran dalam kehidupan dia. Sehinggalah kini di tahan di wad, untuk
pemerikasaan lanjutan. Lanjutan untuk mengawal keadaan penyakit yang
dialaminya.
“Staff nurse…isk isk. Bantu saya please…”
Keluh dia. Nanges lagi.
Tertunduk.
Tiba-tiba Awani merasakan sentuhan dan belaian lembut di belakang
bahunya, tepatnya di tulang scapula. Mendamaikan. Rasa dihargai sekaligus meningkatkan
self-esteem dalam diri dia. Dia senang dengan sentuhan tersebut. Dia toleh kiri
dan menatap lembut wajah jururawat muslimah tersebut. Penuh kaseh. Chenta.
Lantas Awani memeluk bahu jururawat tersebut. Menanges lagi.
Teresak-esak.
“Adikku sayang, yakinlah dengan penuh hikmah bahawa ini semua
susunan dari Allah, dan ada hikmah disebaliknya. Allah yang beri penyakit ini.
Sembuhnya juga ada pada Allah. Jadi apa kata masa yang ada ini Awani berusaha
merapatkan diri kepada-Nya. Biar andai
Awani ditakdirkan pergi sekalipun nanti, Awani pergi dalam keadaan bersih, dan
Allah redha akan diri Awani.”
Dan Awani dengan mata yang masih berkaca semakin kuat tangisannya.
Terharu mungkin kali ini. Muka sembam. Direnungnya lebih lama lagi muka
jururawat itu kali ini.
Mereka berpeluk erat. Ketat. Penuh kaseh dan chenta.
‘Terima kaseh kak’
Semenjak itu Awani kemudiannya bangkit semula. Tersedar dari
lenanya yang panjang. Dia mula rajin pergi ke surau di hospital. Menghabiskan
banyak malamnya dengan berdoa. Memohon kepada Allah. Bertaubat dan memohon
ampun kepada-Nya. Agar Allah kembali redha.
Tetap tergiang-ngiang dan terpahat dalam hati dia nasehat kakak
jururawat tersebut. Dan dia sentiasa berharap dan berdoa:
‘Andai Ya Allah! Dirimu mentakdirkan kematian buatku, maka
matikanlah aku dalam keadaan bersi, suci dan menchentai diri-Mu, amin.’
Suatu petang hari yang lain mereka berjumpa lagi semasa jururawat
muslimah itu ingin memberikan ubat. Tersenyum manis Awani pada jururawat
muslimah tu. Kelihatan dirinya kini sangat berbeza berbanding sebelum ini.
Lebih kool dan tenang.
“Terima kaseh ya staf nurse atas nasihat kelmarin. Sangat
terkesan! Kini Wani lebih tenang, sebab Wani tahu, Wani ada Allah tempat
mengadu, tempat meminta”
Senyum dia. Thumbs up dua belah tangan.
“Sama-sama. Alhamdulillah bagusnya Awani. Moga Awani terus istiqamah
ya! Chaiyok chaiyok! Hehe. Awani sehat?”
Senyuman dibalas dengan gaya tangan tunjuk
semangat. Menampakkan lesung pipitnya.
“Alhamdulillah sehat. Hehe, akak doakan Wani ya. Moga Istiqamah”
“Insyaallah akak tak akan lupa. Kenang Alwani dalam doaku, hehe”
Kelip mata. Senyum
“Huhu, ok ok. Emm akak! Wani baru teringat satu perkara.”
Jururawat muslimah menghulurkan ubat pada Awani. Awani ambil dan
mengenggam dalam tangannya sambil kirinya mengambil segelas air di atas meja
kardiak.
Sambil tersipu malu, merah padam muka dek segan.
“Wani lupa nak Tanya nama staf nurse. Hehe”
“Owh, hehe. Nama akak…” Sengaja dipanjangkan.
“Nama akak…” ulang kembali Alwani.
“Rahsia. Hehe…” Ketawa kecil. Cover mulut dengan tapak tangan.
“Erm!”
Merajuk. Peluk dada.
Chenta. Menembamkan pipi.
Senyum.
……………….
-PAB-
‘Ya iyalah. Jururawat itu juga bisa berdakwah dan berjasa dalam
urusan kerjanya. Bisa kan?’
Ucap Akhi Taufik pada zaujahnya seorang jururawat, Ukhti Hidayah
eh!
Ya! Jasa tersebut adalah dengan membawa kembali manusia kepada Tuhan-Nya.
Saat harapan lain telah putus, saat pandangan, kata-kata semangat daripada
keluarga, sahabat handai tidak mampu mengubat duka lara hati, pergantungan
kepada Allah Azza Wajalla itulah juga tetap anjal, kukuh dan tetap thabat lagi
bergaya.
Dan kemudian, Allah menyembuhkan Awani. Lalu dia berubah menjadi
seorang yang lain. Dia menjadi seorang yang lebih solehah, kemas, matang, dan
lebih tenang daripada sebelum ini. Dihiasi dengan kesopanannya, juga sifat
merendah diri tanpa ada rasa sekelumit ujub. Seolah tidak kurang seperti Mus’ab
Ibnu Umair versi wanita.
Meninggalkan sesuatu yang lebih enak untuk mendapatkan ketenangan
yang abadi.
Menjadi hamba Allah yang lebih baik, dan semua orang menjadi lebih
hormat padanya. Senang pada dirinya.
Hasil penangan atau asbab nasehat seorang jururawat yang faham
akan pergantungan kepada Allah Azza Wajalla dalam setiap keadaan, susah mahupun
senang.
Makanya, kenapakah kita tidak menjadi kan kerjaya, bidang hatta
pembelajaran kita sekalipun sebagai wasilah, jalan untuk membawa seramai mana
manusia boleh untuk kembali kepada Tuhan-Nya? Kembali menjadi hamba Allah dalam
erti kata yang sebenarnya.
Kembali kepada Islam, agar Allah redha.
Moga tidak menjadikan alasan dalam segala bidang apa yang kita
ceburi, hatta si penyapu jalanan sekalipun untuk tidak melakukan kerja ‘membawa
pulang’ manusia kembali kepada Allah.
Sebelum kita semua menutup mata.
Tidakkah surga Allah itu mengiurkan kita?
Senyum.
Kenyit mata. (nanti dah padam, tak boleh maen kenyit-kenyit mata dah, eheh!)
-kredit- |
“Wani lupa nak Tanya nama akak. Hehe”
“Owh, hehe. Nama akak…” sengaja dipanjangkan. Dehem.
“Nama akak…” ulang kembali Awani.
“Rahsia. Hehe…”
“Erm!”
Merajuk. Peluk dada.
Chenta. Menembamkan pipi.
Senyum.
“Ok-lah nama akak, Najwa. Staff nurse Najwa.”
“Najwa je?”
“Najwa Fatehah. Macam kat name-tag ni.” Senyum.
“Sedapnya nama!” Puji Awani.
“Sedap? Wani makan nama kakak ye? Hehe.”
“Hehe pandai gurau ea.”
Senyap.
Tiba-tiba Najwa mendekatkan bibirnya pada telinga Awani.
Berbisik.
“Psst! Awani akak nak bagitahu sesuatu yang sangat hebat ni. Mahu
tahu?”
“Mahu.” Teruja.
“Jom join bulatan gumbira akak hujung minggu ni jom!” Ucap Najwa.
“Eh! Apa kebendanya tu?”
“Adalah. Rahsia. Awani kena join dahulu. Hehe.”
Sambil cium Najwa pada pipi lembut Awani.
“Erm rahsia lagi!”
Chenta.
Senyum.
Hati berbunga-bunga.
-PAB-
Khas buat mereka yang pernah hadir dalam hidup saya, membantu dalam perjuangan dakwah dan tarbiyah ini, tika diri ini sangat butuh atau benar-benar memerlukan sokongan@ pelukan chenta.
Di Kau hadir dikala aku
Memerlukan seorang teman
Di Kau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa
-DeHearty-
Khas juga buat penaiki gerabak D&T yang amat saya chentai keranaNya di luar sana. Hatta kita tidak pernah bersua muka, bersembang bantal, makan dalam talam bersama, nyanyi lagu sang murobbi sama-sama bahkan share ayam goreng sama-sama, tapi ketahuilah:
" Moga Surga itu milik kita bersama-sama"
Juga,
Saya sentiasa berasa saya tidak keseorangan, kerana saya tahu saya juga ada anda semua.
Nanges penuh bahagia.
Tweet