Sambungan daripada Aishitemasu Fillah i (tekan sini). Sila sediakan earphone dan pasang muzik instrumental yang anda minat ketika membacanya untuk kesan yang lebih bombastik, eheh!
-kredit- |
Dalam dekapan ukhuwah kita
tersambung
Bukan untuk saling terikat
membebani
Melainkan untuk saling tersenyum
memahami
Dan saling mengerti dengan kelembutan
nurani
-Salim A. Fillah, Dalam Dekapan
Ukhuwah-
Menghela nafas. Rasa kosong.
Dilekatkan earphone pada kedua-dua belah telinga. Muzik
instrumental piano Lee Ji Soo dimainkan. Love Poem. Kegemaran dia.
Memori teringat menjamu roti halal Bilal, yang dibeli bungkus dari
restoren ‘Hikari’, milik seorang ikhwah jepun. Masa itu, tidak tahu kenapa,
kata-kata Farhan sangat terkesan. Berkenaan hidup untuk mendapat redha Allah
SWT.
Mengetuk jiwa.
“Watashi nihon seikatsu, muzukashiiyone.”
(saya susah hidup kat jepun..)
Bungkusan roti diletakkan di atas meja bulat.
Terus Hafizul melenakan badan di atas sofa panjang di ruang tamu. Kuliahnya
baru sahaja berakhir. Penat sungguh. Mengeluh.
“Limaza anta ya uhibbuka akhi?”
(kenapa kamu wahai saudaraku terchenta?)
Farhan menguntum senyuman. Kebetulan baru
selesai mengemas rumah dan memasak, dia terus duduk di sofa, berhadapan dengan
Hafizul.
“Amboi. Bahasa arab mari nampak.”
Farhan ketawa kecil.
“Can you repeat again?.”
“Watashi nihon seikatsu, muzukashiiyone.”
(saya susah hidup kat jepun..)
Hafizul mengulang. Meletakkan tangan di
dahinya. Memandang tepat ke siling yang kosong. Farhan, dengan candanya
kembali. Sekejap bahasa Melayu, Bahasa Arab, sekarang Inggeris pulak.
“ Emm, anta kenal Khaled Mesy’al?”
“ Erm…yang Menteri Luar Kerajaan Hamas tu
ke?”
“Sou-sou.” (ha’ah)
“Kenapa dengan dia?”
Hafizul mengalihkan perhatian dia pada
Farhan. Angkat kening.
“Sebelum ini ada wartawan pernah tanya dia,
‘Apakah yang kami boleh bantu anda di Palestin?’
“Ok, so?”
“Jawapan Khaled Mesy’al simple je. Kata dia,
bangunkanlah umat di kawasan kamu. Itulah bantuan terbesar kamu terhadap kami,
selain doa-doa yang kamu tembakkan selepas solat dan ketika qiammullail.”
Hafizul terjentik. Menarik.
“Membina dengan apa, means please?”
Farhan tersenyum. “ Semestinya dengan
keimanan kepada Allah SWT. Kita bina kembali diri kita seterusnya masyarakat
agar semula memahami Islam dan mengamalkannya dalam aspek kehidupan. Sebab
kerana, hanya mereka yang memahami Islam dengan erti kata yang sebenarlah yang
mampu bergerak dalam membebaskan Palestin, seterusnya membebaskan Islam
daripada kehinaan hari ini.”
“Jadi, kaitannya dengan ana?”
“Keimanan anta.”
“Keimanan ana?”
“Yup! Dengan keimanan segalanya menjadi
mudah. Dengan keimanan, segala perkara dan masalah menjadi mudah. Masalah anta
yang susah hidup di sini, bahkan masalah negara juga mampu diselesaikan jika
kita kembali membina keimanan dengan erti kata yang sebenar. Itulah sebabnya
Ar-Rasul hadir dan menyuruh kita ‘first time’ sekali beriman dengan
sebenar-benarnya kepada Allah. Bukan yang lain.”
“Ok, jadi kenapa Palestin sampai sekarang
tidak merdeka lagi?”
“Sebab keimanan mereka dan kita tidak mampu
cukup kuat lagi, bagi menembusi sempadan dan tahanan yang direka-reka manusia
sendiri.”
Hafizul terdiam.
Keimanan.
Dengan keimanan yang sebenar-benarnya,
masalah boleh selesai.
Keimanan.
Membina keimanan.
Perkara yang sentiasa diulang oleh Farhan. Dan itu juga perkara
yang dia lihat pada kehidupan seharian Farhan sepanjang berada di rumah. Kehidupan
seorang muslim. Membina keimanan dengan sentiasa menunaikan solat pada
waktunya, melazimi tilawah dan hafazan Quran, al-mathurat, malah masih berbulatan
gumbira melalui ‘skype’ dengan ikhwah di Malaysia dan kadang
membersihkan rumah pula. Memasak apatah lagi.
Pernah ditanya. Selepas usai Farhan mengaji Quran.
“Anta tak bosan ke buat benda yang sama?”
“Err soalan anta ni pelik.”
“Pelik? Kenapa pulak?”
“Perlu ke bosan dalam perkara yang membina
dan mengukuhkan keimanan kita sendiri?”
Dan dia terdiam. Speechless.
Tidak tahu berapa lama dia tinggalkan itu semua. Tarbiyah? Seolah
sudah dicampak jauh nun di gunung Fuji.
“Err akhi?”
“Emm?”
“Sharing is caring.”
“Heh! Tak payah!”
Menepuk angin.
Muzik instrumental tamat. Bayangan memori juga tamat sesaat
selepas kembali menghela nafas. Melihat awan. Muzik instrumental Spring Waltz
pula dimainkan. Yiruma.
‘Keimanan……membina keimanan’
Dan butir-butir putih kecil terus turun dengan perlahan.
…………………………………………....
“ Oh! Jadi inilah dia seorang
akhi yang khabarnya memukul seorang hadek junior sampai lebam dan koma tu ea.”
“ Ceh! Muka dah nampak baik lagi
suci, rupa-rupanya seorang pembuli tegar a.k.a akhi Hak!”
“ Power ah! Tak sangka di
belakang history rupanya dia seorang gangster sekolah! Suka-nya!”
Erk…
Dan pelbagai lagi tuduhan kasar ditembak malahan di-sniper
tepatnya pada dada dia. Tidak kira lagi berapa banyak surat layang yang
diterima, malahan kutukan dan makian yang diterima menyebabkan dia semakin
lemah dan futur terkesima. Ironinya, jika itu semua datang daripada rakan
taulan yang tidak biasa bertegur sapa, tidak mengapa lagi. Tapi dahsyat lagi
menggerunkan dia, itu semua datang daripada sebahagian ikhwah di dalam bulatan
gumbiranya sendiri. Datang daripada sebahagian ikhwah yang juga berada
bersama-samanya dalam gerabak tarbiah ini.
Sumpah! Pengsan.
Ini kah wajah sebenar ikhwah! Pfttttt!!
‘Apa bezanya mereka dengan orang lain,
rupanya sama je!’
Dia dipulau dan disungai eh! apatah lagi di pandang enteng dengan hujung
mata tajam para rakan yang lain, sehingga seolah-seolah dialah orang yang paling
tergangster di dunia. Dia mengaku bahawa itu adalah kesilapan dia, dan dia
sangat menyesalinya. Dia benar-benar telah bertaubat. Bahkan dia turut membuat
keterangan pada sidang media tempatan dan mengakui akan kesilapannya seterusnya
memohon maaf kepada keluarga hadek junior yang di-bantai-nya. Dia telah
melakukan segalanya bagi menyatakan bahawa dia menyesal.
Bak hang aku menyesai oii!
Jika dikenang semula malam kejadian, sebenarnya bukanlah dia
menjadi faktor utama kepada koma-nya hadek tersebut, tetapi dia sekadar
memprovokasi. Entah bagaimana hendak dijadikan cerita, provokasinya itu
akhirnya terjebak ke kancah ‘ragging’ dan tomoi yang ngeri untuk diceritakan di
sini.
Semua itu menyebabkan dia akhirnya dilanda rasa trauma yang amat
sangat. Trauma kepada sebuah bulatan yang selalu dihadiri oleh orang-orang
‘surga’ itu. Tidak mempercayai lagi bahawa bulatan gumbira itulah wasilah utama
dan terbaik dalam mendidik hati-hati insan yang dahagakan sentuhan keimanan
yang menenangkan. Ingatkan mereka yang berada dalam gerabak ini, akan terus
mem-back-up nya, mempercayainya, tetapi yang berlaku adalah di sebaliknya. Terus
pula memulau-nya. Menyalahkan dia terus-terusan.
Pffftttt!
Tidak percaya yang hampir sahaja dia ingin memusuhi pulak puak
bulatan keriangan itu. Cuma tidak kesampaian sahaja lagi untuk meneruskan usaha
niat sahabatnya karibnya dahulu, Asyrafee dalam menubuhkan Kelab Anti Usrah
a.k.a KAU.
“ Err ‘Hyung’, anta tengah teringatkan mana-mana bidadari kat
Jepun ni ke?”
Lamunan dia terputus. Kembali melihat muka Farhan.
Ceh! Bidadari? Tersengih.
“ Banyaklah anta punya bidadari Jepun. Ana…”
“ Fire nanti baru tau.” Farhan menyambung kata Hafizul,
kemudian pecah ketawa dia.
Senang menyakat Hafizul.
“ Haha kelakar ke?” Hafizul menjeling. Buat-buat ketawa.
“ Sharing is caring you know.” Farhan menjeling sambil
memahut bahu Hafizul yang lebih tinggi sedikit daripada dia.
“ Ok lah inche Farhan ooii.” Balas dia pendek. Mendongak kepala,
kembali melihat awan yang sedang menurunkan butir-butir salji putih. Indah dan
putih bersih. Mendamaikan.
Mereka berdua kemudian terus berjalan beriringan. Sengaja Farhan
mengajak Hafizul petang itu untuk keluar ke nihon teien atau taman permainan. Terletak berdekatan dengan
kaikang atau rumah penempatan pelajar Malaysia di mana tempat mereka menginap.
Kata Farhan, itulah permintaan terakhir sebelum dia bakal kembali berangkat ke
Malaysia pada hari lusa. Kalau tidak, jangan harap dia akan menemani sahabatnya
itu keluar. Cuaca pun sejuk, tetapi dek rasa bersalah dia turutkan juga
permintaan Farhan.
Tapi dia pun pening juga, banyak-banyak tempat menarik dan
interaktif di bumi Jepun ini, Farhan pilih juga nihon teien yang tiada apa-apa
erti pada dia. Kosong. Hanya ada papan gelongsor, dan dua tempat duduk
permainan buaian.
Pernah ditanya sebelum ni:
“Anta ni nak duduk rumah je ke? Tak mahu
keluar jalan-jalan?”
“Tak mahu.”
“Err kenapa pulak? Pergilah jalan-jalan.”
“Tak mahu. Nak duduk rumah. Nak bercanda
dengan enta.”
“Datang dari jauh, semata-mata nak bercanda
dengan ana je. Haish!”
Jatuh kerusi.
Senyuman Farhan tika itu tersembunyi seribu makna.
Di nihon teien, mereka berdua duduk sebelah menyebelah di atas
buaian. Bersama mentadabbur alam petang yang mendamaikan.
Hafizul kemudian menadah tangan sambil tidak mempedulikan
pandangan Farhan pada dia, menanti kedamaian turun, menyirami hati dia yang
gelisah.
Agar basah mungkin, dengan kelembutan untuk kembali kepada fitrah.
Fitrah yang mendamaikan.
Eh! Kenapa tiba-tiba dia terasa ‘untuk kembali’?
“ Enta nak tahu, kedamaian hanya akan diperolehi bila kita kembali
kepada fitrah?”
Farhan bersuara, sambil
matanya terus memandang di hadapan. Salji terus turun dengan perlahan.
‘Eh! Macam mana dia dapat ‘detect’ ni?’
Terkebil-kebil Hafizul memandang Farhan.
“Seperti yang Allah nyatakan dalam wahyu:
"Maka hadapkanlah dirimu (Wahai
Muhammad) kearah agama yang jauh daripada kesesatan; (turutlah terus) agama
Allah, iaitu AGAMA YANG ALLAH
MENCIPTAKAN MANUSIA (dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) UNTUK
MENERIMANYA; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu;
itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
Farhan melihat langit. Membetulkan duduk cermin matanya. Tapak
kaki kejap menapak bumi yang penuh dengan salji nipis.
“Surah al- Ruum kan?”
“Sou-sou.”
(ha’ah)
Bunyi geseran buaian yang diayun perlahan mencipta suasana. Kaki
Hafizul sedikit terapung dari graviti bumi.
“Seperti yuki, dahulunya kita seperti yuki, putih dan bersih.
Lahirnya kita kat bumi, Tuhan ciptakan kita semua bersih dan suci. Such as
yuki, it is right?”
Senyap. Bunyi buaian terus menjadi irama.
Hafizul terus melihat butir-butir putih yang turun dari langit.
Ya, salji sememangnya putih dan bersih. Suci.
“Begitulah setiap manusia menghendaki kebaikan kebaikan. Tak kira
mereka muslim, non-muslim atau atheis sekalipon jika di tanya pasti mereka
menghendaki nilai murni kebaikan itu sendiri. Sebab ia adalah asas kepada kejadian.
Perasaan mahu kebaikan, adalah ‘asas’ kepada manusia dan tak lupa juga ‘asas’
kepada makhluk-Nya yang lain.”
Di akhir sudut pandang sebelum menjamu bumi, dia terpandang seekor
burung mendarat tepat di atas himpunan ranting lama yang membentuk seperti bekas.
Nama pokok itu bunga sakura cherry blossoms. Perlindungan dengan sarang
sebegitu, semestinya menghangatkan. Haiwan itu juga mempunyai fitrah? Ya! Terbukti
dengan memberikan kaseh dan sayang; menyediakan tempat tinggal buat anaknya.
“Dan kita, tidak dapat tidak, fitrah kita sebagai manusia sudah
sedia ada ‘rasa’ untuk kekal atau kembali kepada keimanan hanya pada Allah
semata. Keimanan itu sendiri Raja Kebaikan. Dia yang menciptakan kita, Dia juga
yang menetapkan bahawa fitrah kita adalah Islam, jadi the point is if you
tadabbur that muhibbatul ayah, you will truly understand. And your problem
Insyaallah my ‘hyung’, qollas (baca: selesai)”
Farhan menyapu cermin mata dengan hujung lengan baju sejuk
tebalnya. Kabur sedikit dek udara yang lembap.
Hafizul sedar. Dia kembali semula mengingati memori zaman tarbiyah
Islamiah-nya dulu. Kembali memahami manusia sememangnya mahukan kebaikan. Malah
masyarakat Jepun yang non-muslim pon sentiasa mengaplikasikan nilai murni,
nilai kepada fitrah yang sangat tinggi di dalam kehidupan seharian mereka. Dari
segi penjagaan masa, interaksi antara satu sama lain, dan juga sebagainya. Nah!
Mengalahkan orang bukan Islam.
Speechless.
“ Tapi….”
“ Tapi apa?”
“ Sahabat kita yang lain memulau ana, anta tahu? Mereka mengaku mengikut
akhlak dan sunnah Ar-Rasul konon, tetapi apabila ana tersilap jalan dan
berdosa, mereka bahkan mengutuk, mengeji dan segala bagai, tanpa usul periksa
pelak tu. Bukan kah mereka pendokong
fitrah itu? Tapi kenapa realitinya tidak sama dengan yang sepatutnya.
Sepatutnya means…. yelah bukan begitu rupanya? ”
Keras. Seolah membentak.
“ Tapi adakah itu alasan anta untuk lari daripada tarbiyah? Untuk
tidak lagi hidup di bawah naungan Quran dan As-Sunnah. Jika itulah hakikatnya,
itu bermakna anta tidak pernah ikhlas dalam menjalani kehidupan sebagai seorang
muslim dengan sebenarnya. Kerna keihklasan itu sepatutnya membuahkan rasa
istiqamah yang kuat, sehingga ke hari ini. Kerna kita pilih jalan ini dahulu
bukan kerana sahabat yang lain, kerna manusia ada salah-silapnya. Kita pilih
jalan ini kerna Allah semata, yang punyai sifat yang Maha Sempurna. ”
Hafizul mendengus. Asap jernih kelihatan mulus keluar dari bibir
mungirnya.
“ Boleh jadi, kita ikut halaqah dan tarbiyah dahulu, kerna sahabat
semata-mata. Bukan kerana Allah SWT. Juga anta kena ingat; ikhwah kita bukan
pasukan ‘angel’. Mereka manusia; ada juga cacat celanya.”
“ Dan percayalah walau seisi dunia meminggirkan anta sekalipon,
walau seluruh sahabat akan terus memulaukan anta sehingga ke akhirnya, tanpa
jemu ana akan terus bersama anta.”
Hafizul memandang redup Farhan. Lama. Tiba-tiba terasa hangat di
bawah mata.
“ Kerna ana bersahabat dengan anta bukan kerana dosa dan maksiat
yang anta lakukan, pahala apatah lagi. Tapi bersahabat dengan anta kerana Allah
semata-mata. Mahu masuk surga sama-sama dengan anta. Tiada yang lain.
Fullsetop!”
“ Maknanya?”
“ Prinsip persahabatan dalam Islam; perbuatan buruk sekalipon dilakukan
sahabat pada diri kita, itu urusan dia dengan Allah, biar Allah yang
menilainya. Tapi urusan kita dengan Allah, adalah melayan sahabat kita itu
dengan sebaiknya. Biar Allah juga menilainya.”
Farhan tersenyum. Kemudian melihat langit.
“ Macam awan dan hujan yang melukis pelangi, kita akan melukis
surga kita bersama-sama.”
Menarik hingus perlahan.
“ Jiwanglah pulak anta ni!”
Farhan ketawa kecil. Mata menyepet.
“ Andai ditakdirkan ana ke neraka Allah bagaimana? Nauzubillah min
zalik.”
“ Ana akan terjun dan ambil anta, bawa masuk ke surga Allah dengan
izin-Nya.”
Ah, terasa luruh jantung Hafizul. Mendengar jawapan jujur
sebegitu. Lalu dia bangun daripada duduknya, sambil menunduk bergerak kearah
rumah.
“ Eh, enta nak pergi mana?”
“ Ana nak pergi nanges..”
“ Erm!”
Dan bahu dia terhenjut-henjut.
Lalu air mata suam tumpah di atas salju yang mendinginkan.
-tambah kredit sebab video bergerak- |
“ Tidaklah dua orang yang salih
berkasih sayang karena
Allah berpisah, kecuali
disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh
salah seorang di antara
keduanya.”
-Al-Bukhari dan Ahmad-
Sahabat atas keimanan.
Itu yang selalu Farhan ingatkan. Kata dia iman itu mengikatkan
kita dalam tali persaudaraan yang menembus batas ruang tempat dan masa. Ia
menyatukan kita dalam doa dan rasa yang selalu kita ungkapkan sesama kita.
Mungkin saja kita terpisah oleh ruang dan masa, tapi masih bersatu dan berhubung
melalui doa. Dalam iman dan doa, dalam persaudaraan yang melintasi kutub,
gurun, lautan, hutan dan juga zaman.
Seperti Rasulullah mempersaudarakan Mus’ab Ibn Umair si rupawan
dan elegan, dengan Abdullah Ibn Ummi Maktum, si buta lagi tidak miskin tidak
bergaya yang pernah dikisahkan melalui surah Abasa. Mereka di ikatkan dengan
perpaduan dakwah penuh cinta. Dalam dakapan ukhuwah. Zahirnya walau ciri-ciri
mereka seperti Marikh dan Pluto, arakian jiwa mereka serasi, saling menguatkan
dan bersama melengkapkan. Mereka menyemai rasa cinta dan kasih dengan penuh
keimanan. Ya, keimanan menyatukan mereka. Dalam dakapan ukhuwah.
Malah persaudaraan atas keimanan jauh lebih mengukuhkan,
mengalahkan persaudaraan atas keturunan dan nasab. Dan bahkan persaudaraan
nasab seolah tiada erti, tiada, hampa dan tidak bernilai. Jika tiada akidah
yakni kepercayaan yang mengikat hati mereka pada satu keyakinan dan kiblat yang
sama.
“ Anta, mari kembali kepada keimanan yang sebenarnya.”
Farhan memegang lembut bahu Hafizul.
“ Tak ada perkataan lain ke? Anta dah nak balik dah. Ucap
perkataan yang sama lagi.”
“ Maaf akhi, ana takde perkataan lain melainkan mengingatkan
tentang keimanan enta.”
“ Yelah yelah. Ana tahu.”
“ Kerana kita berdua terhubung dengan keimanan.”
Gegendang telinga menangkap suara. Pengumuman bahawa semua
penumpang yang mahu berangkat ke Malaysia agar bersedia. Mereka kini berada di
Lapangan Terbang Antarabangasa Narita. Beberapa minit sahaja lagi, semua
penumpang dikehendaki untuk bersedia dan berada dibalai pelepasan.
“ A’an, ana masih tak puas hati dengan anta.”
“ Kenapa?”
“ Ana tak percaya anta datang ke sini, semata-mata just reason
hendak melawat dan duduk-duduk kat rumah je. Apa anta dah tak betul ke?”
“ A’ah tak betul kerana merindukan sahabatnya ini. Kiki.”
Farhan menyapu pula lembut kepala Hafizul, kemudian pantas
mencubit pipi tembamnya. Hafizul menepis tapi gagal. Aish!
“ Rindu! Tolonglah. Anta tu ‘putera’. Ana ini pula ‘hamba’. Jauh
panggang daripada api. Mana boleh rindu. ”
“ Err apa gunanya ‘putera’ andailah ‘an-narr’ juga akhirnya. Lagi
baik jadi ‘hamba’ di mata Allah, andai surga menjadi milik kita akhirnya.
Ewah!”
Tersenyum, tertawa kecil, menepuk tangan di akhir kata. Tapi
tajam, itu pada pengamatan Hafizul.
“ Anta dah lupa? Bukankah kita seperti Mus’ab dengan Abdullah Ibn
Maktum. Walau berbeda antara dua darjat, tetapi kita masih mampu menjadi teman
terbaik. Bukankah?”
“ Yelah.”
Endah tidak endah.
Hayunan tangan, gaya menepis angin kebiasaan Hafizul disambut
kemas tidak semena-mena oleh Farhan. Kejap. Serius di balik kaca mata hitam
itu, bebola matanya tepat memandang Hafizul. Seolah di minta untuk mendengar
dengan baik.
“ Akhi, ana serius ni.”
“ Ok.”
Udara di luar tidak lagi menurunkan butir-butir dingin dari surga
awan Illahi. Namun masih terasa kesejukannya, Mungkin saja kesejukan suhu luar
telah berjaya dalam menembusi kemegahan gah-nya ‘Tokyo Narita’. Juga mungkin
ya, menembusi hati ikhwah yang berada di dalamnya. Menumpang teduhan.
Kedengaran sekali lagi pengumuman agar semua penumpang yang bakal
berangkat ke Malaysia untuk segera masuk ke balai pelepasan bagi urusan
pemeriksaan tiket dan persediaan diri.
“ Tolong jaga diri anta. Tolong sangat. Minta jaga keimanan anta
dengan baik. Moga kita masuk surga sama-sama. Janji ya.”
Dalam kenyamanan tiba-tiba Farhan terus memeluk ketat Hafizul. Detik
berjalan perlahan. Dipejamnya mata. Bertentangan dengan dia, Hafizul terbungkam
mata. Terkejut. Kelembutan dan sakinah terasa meresap melalui pelukan. Rasa
tenang, seolah jiwa di alirkan dengan cahaya wahyu Illahi. Rasa apakah ini agaknya
Ya Allah?
“ Jangan risau, walau lautan
dan darat memisahkan kita, tapi langit dan awan masih tetap menghubungkin kita
berdua, bukan?”
Sedar matanya kian berair lagi. Arakian cuba menahan empangan itu
daripada pecah dengan memejam mata. Mana mungkin dia boleh menangis. Dia tidak
mahu. Sumpah dia letih bersedih atas semua ini. Mungkin saja lebih baik dia
tidak bertemu dengan Farhan di Nihon. Tapi jauh di sudut hati paling dalam, ya!
Dia juga tak dapat menafikan akan keberadaan Farhan di sisi akhirnya membawa
dia kembali memahami akan hakikat keimanan, ukhuwah dan realiti kehidupan itu
sendiri.
Dia terdiam.
Seolah masa benar-benar berjalan dengan lambatnya.
“ Jom Farhan, kita pergi sekarang.”
Kehadiran seorang muslimah di sisi Farhan mengejutkan Hafizul. Owh
ye, baru dia teringat. Kakak kepada Farhan juga belajar di sini, tidak silap
dia di Showa University Of Medicine. Dalam bidang Audiologi. Mungkin.
“ Ye kak! Baiklah.”
Pelukan dilepaskan. Senyuman manis dilemparkan
“Ok-lah akhi, Insyaallah kita bertemu lagi ya.”
Farhan berkalih menuju ke balai pelepasan, membawa beg prada
besarnya sesaat sebelum tiba-tiba menyedari tangan kirinya di sambar perlahan
oleh seseorang tiba-tiba. Hangat bersarung tangan. Ketat.
Farhan memandang kebelakang.
“ Hafizul?”
Esakan kedengaran.
“ Maafkan ana ya. Selama ini ana layan enta endah tak endah je.”
Mata besar Farhan tadi bertukar menjadi raut senyuman. Menatap
lembut wajah sahabatnya. Sesaat lama mereka menikmati rasa chenta dalam bibit
perpisahan, sebelum Farhan memegang lembut bahu kanan Hafizul.
Hafizul pula masih lagi teresak-esak. Menahan sedu sedan. Mungkin
cuba ditahan. Menggosok hidung menggunakan belakang tangan yang satu lagi.
“ Gomenasai akhi…”
(Minta maaf akhi)
“ Tak apa.”
“ Owh ye. Anta masih ingat hari pertama kita?”
“ Maksud anta?”
“ Tujuan ana datang, selain kerana Fillah, ana janji nak kongsi
sesuatu?”
“ Erm, apa dia?”
“ Ini dia. Hadiah untuk anta.”
Angkat kening dua kali. Senyum.
Buku berwarna hitam dibalut kemas disambut perlahan Hafizul.
Melihat sekilas muka depannya sebelum pandangan matanya menjamu kembali wajah
Farhan yang masih tidak lekang dek senyuman.
“ Untuk apa?”
Sedu. Lap hidung.
Dibalas senyum.
“ Hari jadi anta hari ini kan. Moga Allah panjang-kan umur anta.”
Mata membesar.
“ Ana tak lupa kan? Juga….”
Kolam matanya memanas. Suam-suam turun lalu membasahi janggut
tipisnya. Bahu turun naik melepaskan segala keterharuan.
“ Moga Allah temukan juga kita berdua di surga nanti ya.”
Deras.
Dari bahu, tangan kanan Farhan laju turun ke tangan Hafizul.
“ Dah-dah. Jangan menangis, nanti tak ‘kyeopta’ dah, hehe.”
Hafizul senyap. Mata berkacanya hanya terus memandang tepat wajah
Farhan. Naik turun bahu dia.
“ Baca ya buku tu, sayonara akhi.”
Cipiki-cipika. Sesaat terhenti. Lambaian tangan menjadi semakin
jauh. Mata semakin menatap jauh menghantar wajah penuh senyuman itu menuruni
tangga eskalator.
“ Kenapa Farhan beri buku tu pada dia?”
“ Sebab, a’an sayang dia Fillah kak. Aishitemasu Fillah. ”
Muslimah itu tersenyum. Memandang Farhan dari belakang ketika
menuruni eskalator. Perasan lama bahawa buku itu kesayangan adik bongsu
lelakinya itu. Dihadiahkan pula buat seseorang kawan yang tinggal berjauhan
dari Malaysia. Bahkan di Jepun pula. Datang kali ini pun, hanya semata
menziarahi kawannya itu. Dia sendiri pun tidak percaya sebenarnya.
Air jernih mengalir. Dia seka.
“ A’an menangis ya?”
Sebelum kaki sempat menapak di akhir eskalator, Farhan sempat
memandang kebelakang. Tepat di wajah bersih kakaknya.
“ A’ah. A’an sayang dia.”
Muslimah itu tersenyum lagi. Kini lebih indah. Perasan di wajah
adiknya itu, butir-butir kaca terus mengalir dengan perlahan.
Dibiarkan tidak diseka.
………………………………………………
Hafizul memandang buku di tangannya. Bahu masih turun naik.
Titisan kadang jatuh membasahi muka depan buku dipandangannya. Tidak dihiraukan
suasana di sekeliling dia.
Dia lap permukaan buku. Kini di kornea matanya, kelihatan gambar
seberkas seolah manusia membentuk sebuah bulatan. Di dalamnya terisi buahan
warna-warni.
Dia baca dengan perlahan. Dalam Dekapan Ukhuwah, Salim A. Fillah.
“ Dalam dekapan ukhuwah, kita mengambil cinta
dari langit.
Lalu menebarkannya di bumi. Sungguh di surga,
menara-menara
Cahaya menjulang untuk hati yang saling
mencinta.
Mari membangunnya dari sini, dalam dekapan
ukhuwah.”
Dan dia terus menangis.
Dia ingat rangkap ayat ini. Dia ingat. Rupa-rupanya selalu di
ulang Farhan dari minit awal perkenalan mereka, sehingga kini.
Mengiri pemergian Farhan yang kini jauh di hujung mata.
“ Aishitemasu Fillah, akh.”
Nanges.
-PAB yang kyeopta!-
(tersembur)
(tersembur)
Alhamdulillah selesai dihabiskan cerpen kali ini. Buat pertama kali berjaya menghasilkan tema yang sumpah sungguh mencabar juga, menggabungkan tiga prinsip utama: keimanan, ukhuwwah dan bumi Nihon itu sendiri.
Asal cerita ini adalah dek penangan saya kerana sungguh terkesan dalam membaca buku 'Dalam Dekapan Ukhuwah' karya sutradara Salim A. Fillah.
Asal cerita ini adalah dek penangan saya kerana sungguh terkesan dalam membaca buku 'Dalam Dekapan Ukhuwah' karya sutradara Salim A. Fillah.
Membaca bab satu yang permulaan je, bahasa puitis dan sasteranya yang sungguh bergaya lagi encem buat saya tak rasa tanah je. Fuh! Lap peluh besar oo.. hingga kini, kadang diulang bacaannya. Kiki.
Dan paling penting bagaimana anda semua boleh mendapat ibrah daripada cerita di atas. Semoga anda berjaya membacanya dengan penuh kasih sayang dan juga keterujaan. Lagi haibat membaca bersama teman terchenta anda sambil berkata 'aishitemasu Fillah', ewah! Kih kih
Sayonara Insyaallah!
Sayonara Insyaallah!
Aishitemasu Fillah.
Hakcipta terpelihara (C) Ogos 2013.
Tweet
Tiada ulasan:
Catat Ulasan