-kredit-
Pernahkah
anda yang khususnya sang murobbi kecil setengah jagung dalam usaha ini
merasakan kesedihan seperti mana awan yang gebu lagi montel itu bersedih dengan
guruhnya menyambar tatkala melihatkan
anak-anak usrah kita dengan kehadiran mereka yang sangat menyedihkan eh? Anda
juga mungkin pernah mendengar keluhan anak usrah anda mengatakan bahawa mereka
sudah jemu untuk hadir ke koferens sorga anda, kerna mengalami traumatik yang
mana ahli PAU atau Persatuan Anti-Usrah di kalangan sahabat mereka berkata “Anda
bajet baik ka? Mahu menjadi malaikat ka?”. Kemudian anak usrah mengurut dada
sambil dalam hati berkata ptfff. Nauzubillah!
Tanya anda: ‘Eh! Anda ini walau
setahun jagung disapa hidayah berada di jalan tarbiyah, sudah mampu membawa
awan-awan kecil yang lain (kesian awan dipersalahkan). Layak ke?’
‘Hei! Anda mahu tunggu malaikat
turun dahulu untuk menggantikan anda membawa orang lain, barulah terhegeh-hegeh
untuk membawa orang lain mengecapi nikmat ini? Tolonglah! Tiada yang sempurna. Kita
hanya mampu mencontohi yang sempurna, Baginda Muhammad SAW’. Senyum melihat awan. Gaya comel.
Bersedialah
dengan resipi yang bakal anda hadamkan ini. Cernakan dengan betul dan sempurna.
Simpan dengan ketat di peti simpanan ingatan yang paling dalam itu.
Okey. Ini antara 6 resepi sesedap
rasa untuk menghasilkan kek angan-angan yang telah saya suapkan ke dalam setiap
mulut mutarabbi saya dengan rasa kaseh, sayang, cinta, rindu dendam, dan
kelembutan yang amat sangat. Mengingatkan kepada mereka apakah yang perlu
dibawa bersama mereka ketika menghadiri konferens sorga ini. Aiwah! Senyum
berbunga mereka tahu. Ok! Nanti tak habis kepujian saya terhadap mereka! Sila
cemburu.
TARBIYYAH
Mengingatkan kepada mereka
bahawa jalan atau usaha menjadikan diri ini lebih baik dari semasa ke semasa sememenya
tidak senang. Nama sahaja mahu menjadi baik, sudah comfirm ia bercanggah dengan
nafsu dan persekitaran kita. Ibaratnya anda berada di dalam bahtera bersama
rakan lain dalam tarbiyyah ini, pelbagai gangguan bakal dihadapi. Daripada
dalam kapal, kepekatan jahiliyah yang dahulunya anda mensayonarakan sentiasa
melambai-lambai kembali supaya dipeluk anda semula, dipegaruhi sahabat anda
yang sentiasa futur dan tidak istiqamah dalam D&T, atau juga anda terlupa
untuk menghadiri program tarbiah tiap minggu, hingga anda tak perasan bahwa
jiwa a.k.a cawan hati anda telah kosong. Kosong.kosong. Eh!
Ingatlah, perubahan yang
dilakukan bukan untuk sesiapa, tetapi untuk diri sendiri juga. Bak kata Ustazah
Harlina Halizah Siraj, aspek paling penting dalam tarbiyyah adalah PERUBAHAN.
Anda berubah, syaitonirrojim yang
untung. Eh silap! Anda sendiri yang untung, Tidakkah sorga itu menghauskan
pandangan anda? Tepuk dada Tanya APG, ops!
Jadi, berubah dan bergeraklah
akhuna ukhtuna setiap masa dan saat. Jangan biarkan diri anda masih di takuk
yang lama. Walau anda sudah beruban tahap gaban dalam usaha ini, tetaplah
bergerak mencari kesempurnaan. Walau kesempurnaan tak akan berjaya digapai
dengan riangnya, tetapi BERGERAK ke arahnya sudah menjamin magnet positif
kebaikan akan menarik anda, manakala cas negatif akan menepuk dahinya (jangan
perasan anda tak dapat lihat) kerana tidak percaya anda BERUSAHA
meninggalkannya.
Ingat! Siapa anda 5 tahun akan
datang, bukan sesiapa yang menentukannya. Melainkan anda sendiri. Jangan biar
sudah di tepi liang kubur, baru anda tersedar
yang anda sudah sumpah terlambat! Bye-bye.
Oh ye Anda! Tarbiyah menjadi
struktur utama pada kek yang sedang kita bina ini rekakan di petak khayalan
dalam awan di atas kepala bahagian kanan anda. Err minta bayangkan.
MUJAHADAH
Mahu atau tidak mahu anda juga
perlu meyakini bahawa mujahadah juga menjadi antara ramuan terpenting dalam
perjalanan ke tempat konferens sorga anda. Belum lagi mendengar cerita daripada
ikhwah akhawat yang sanggup mengambil masa menaiki kereta, motor, bot, kapal
terbang, berenang selat melaka dan segala bagai berjam lamanya perjalanan ke
tempat konferens semata-mata untuk menghadiri konferens sorganya yang hanya
mengambil masa 1-2 jam itu. Wahai! Mahu menangis terharu!
Malah mereka yang menaiki
pengangkutan awam, menukar-nukar stesen bas kemudian aliran transit ringannya,
tiada jemu melakukannya setiap minggu. Ditambah lagi duit perjalanan pergi dan
pulang setiap minggu, singgah sebentar membeli goreng pisang panas sebab perut
anda berbunyi, bukankah ia banyak mengeluarkan duit dari poket kontang anda eh!.
Terutamanya macam anda yang guna pinjaman , fuh! Lagilah. Peluk sejuk.
Oh apakah yang mereka fikirkan?
Apakah itu namanya mujahadah? Yup! Tidak syak lagi.
Sepertimana
Imam Ahmad sanggup bersusah payah merantau, kemudian habis duitnya dan
kemudiannnya sanggup bekerja menjadi hamba membahu barang berat selama
berminggu HANYA untuk mendapatkan sepotong hadis Baginda. Tidak kah anda
cemburu. Err tolonglah cemburu jika anda normal.
Dan anda juga selalu
mendengar dan melihat di dinding sekolah
anda dahulu kata-kata ‘Mujahadah itu pahit kerna syurga itu manis’. Sepertimana
mahu mendapatkan sesuatu, perlulah bersusah dahulu. Seperti mana anda mahu
mendapatkan 4 tingkat flat dalam exam, perlulah bersusah payah dahulu mengulang
kaji, menjawab soalan lepas, meniru kawan dalam matematik tambahan eh!bunyi
cengkerik.sunyi, dan menggodam dengan baik pensyarah anda! Err.
Kerna berutunglah anda daripada
ayat itu terbalik menjadi mimpi ngeri ‘Malas itu best kerna sumpah aku penat’.
Mahu kena tinju sayang agaknya. Muwosafat tarbiyah anda mana? Okey saya marah
sayang. Senyum.
Apa yang membezakan antara aspek
mujahadah dengan tardhiyyah adalah, mujahadah lebih kepada ‘kekuatan JERI
(Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek) untuk mengekalkan diri atau istiqamah untuk
berada dalam gerabak bahtera ini, walau mermaid melakukukan cobaan untuk
menggoda anda dengan suksesnya. Eh! Anda faham ke’.
Ok. Tambahkan mujahadah yang
ibarat buah kiwi atau durian (eh! Ada
ke) yang berada dalam kek anda tersebut. Yang mana jika anda tergigitnya ia
bakal mensenyumkan diri anda tak hengat dunia. Hohoho.
TARDHIYYAH
Cer sebut Tardhiyyah? Aha!
Berbelit bukan? Anda tahukah maksudnya? Tardhiyyah bermaksud pengorbanan yang sumpah
osemness lagi powerful yang menguatkan hati. Okey itu saya tambah.
Tit tit. Mesej masuk.
“Mr. Murobbi. Hari ana akan
komited untuk datang konferens riang kita. Walau korban masa rehat hujung
minggu, walau korban wang berhengget-hengget, walau mendapat dengar usikan
sumpah kasar kawan kau bajetkah alimkah, dan berjuta walau walaweh akan tetap
ana datang ke bulatan sorga kita.”
Oh! Saya terharu. Mata
berkaca-kaca. Berkotak tisu dihabiskan. Mengalami amnesia sebentar.
Arakian pula pengorbanan anda yang
tidak dihargai dan dibentangkan dengan karpet merah lagi disambut dengan paluan
kompang oleh pasukan kampong Inche Zainal Chemori, semata untuk menghadiri
konferens mingguan, sungguh sangat memerlukan pengorbanan yang tinggi. Dan saat
inilah hadeknya, mujahadah memainkan peranannya sebagai robin yang membantu
super hero sang kelawar man, mengekalkan rasa kuat melawan sindrom malas hadir
ke usrah dengan memberi sedozen alasan (hoho mohon terasa), atau bergusti
dengan tele-lihat kesukaan anda semata untuk menghadiri konferens riang yang
seketika cuma.
“Err, minggu ini malaslah join
usrah. Minggu depan boleh lagi.”
Ahah! Nafsu anda ini berkechek
sebegini dengan alasan yang bakal menjahanamkan anda tahu! Dan tahukah cawan
hati anda perlu di isi dengan kadar segera setiap minggu setelah ia tertumpah
ketika mana anda bekerja, berstudi, berstudo (studi + tidur), bergaul rojak
campur asam, fuh! dengan kawan-kawan yang bukan bertudung lelabuhan atau
berketayap atau skema eh!, berjahiliyyah dengan menonton movie dan melihat
perempuan-lelaki chantek, dan segala bagai menyebabkan hati anda perlu di
refillkan dengan kadar segera oleh peringatan yang basah, mencairkan lagi
mensayu giakan!
Oh! Jika tidak, ia bakal ditenggelami
oleh kemalasan, menyebabkan anda selalu merasakan merasakan bahawa kematian
HANYA akan datang menjemput apabila anda HANYA sedang berbulatan gumbira, atau
ketika mensujudkan dahi anda sambil menangis di dalam mihrab cinta eh! Atau
juga ketika anda sedang membaca belog ini (bunyi cengkerik) Tolonglah, kematian
bakal menjemput anda setiap jam, minit dan saat kot!
Just remember. You Only Live
Once! (YOLO) and not twice. Dan juga tambahkan tardhiyyah ibarat penaik dalam
membuat kek untuk menjadi lebih segar lagi membugarkan, membuatkan kek dalam
angan awan anda itu lebih comel, cantik, menarik lagi tertarik kau memang da
boom, eh!
IKHLAS
‘ Inche murobbi, mahu datang bulatan
sorga pun kena ikhlas ke? Tak boleh tak ikhlas? Boleh datang usrah sebab mahu
mendapat kan rakan taulan member baru. Kata Ukhwah Till Jannahkan. Kenalah
tambahkan kenalan.’
‘Eh! Boleh ja. Tapi yang
pastinya anda tidak mendapat suatu strategi yang sangat penting dalam aspek
mengekalkan tarbiah kendiri, iaitu konsistensi dalam beramal, apatah lagi
menghadiri konferens riang setiap minggu. Ibaratnya masuk ikut mulut, keluar
sesuatu bauan yang err.”
Suatu perkara yang yang
membimbangkan saya apabila keberadaan kita dalam medan ilmu yang menjadikan
ilmu itu tidak bermakna malah sia-sia adalah keculasan untuk beramal dengannya.
Tidak kesah anda sesiapa, digelar Murobbi Super Kool atau Murobbi Super Jambu
lagi encem. Ehem batuk-batuk. Perkara inilah sangat banyak mentadak sengajakan
terlepas pandang dan buat!
Sebagai contoh yang
menggembirakan, pabila tidak ikhlas beramal dalam mengerjakan solat di awal
waktu seperti yang dituntut, ulang: di
awal waktu, arakian jadilah dengan sengaja kita akan melewatkannya ketika
masyuk menonton tayangan drama nona nenina yang melalaikan ops!
Jadinya ukhwah fillah Abadan
sekalian, ikhlas menjadi ramuan utama selain tarbiyah itu sendiri. Ikhlas
menjadi isi dalam struktur kek coklat yang menyedapkan lidah anda itu sendiri.
Eh terasa mahu makan kek pula. Anda belanja boleh?
Juga tambahkan ramuan ikhlas
ibarat perasa utama dalam kek anda. Jika tidak mempunyai perasa ini, ibaratnya
kek anda mungkin menerima anugerah pertama di dalam buku pecah rekod dunia
sebagai kek pertama tidak mempunyai rasa. Hingga lidah anda keliru, eh rasa apa
ini?
Permintaan saya : tambah perasa
coklat sedap juga. Senyum.
SAKINAH
Bersama kita kembali ke
rancangan membuat kek bersama saya. Senyum.
Anda.
Tambahkan ramuan hiasan iaitu sakinah ibarat krim yang melapisi bahagian atas
kek comel lagi gebu anda itu. Bila mana sakinah mencantikkan kek itu, boleh
makan lah. Aiwah! Ehem, bismillah dahulu jangan lupa ostad dulu dah ajar.
Bilamana anda telah berusaha
sehabis baik dalam berusaha menghadiri konferens riang secara konsisten hatta
walau anda demam suam-suam kuku minggu itu, tahniah kerana anda akan merasai
ibrah daripada konferens sorga yang dihadiri itu, iaitu sakinah. Ketenangan.
Mahu atau tidak mahu saya dan
kita telah bersetuju bahawa ada suatu masa kita telah merasai ketenangan
apabila berada dalam bulatan gumbira yang menggumbirakan itu. Eh! Anda pernah
kan? Ketika itu anda sedang mendengar curahat daripada sang murobbi yang
membasahkan bersama teman sorga yang lain, kemudian tiba-tiba suasana menjadi
sunyi, anda tidak mendengar sebarang suara walau tika itu murobbi anda masih
berbicara. Pelik.
Tup tup baru anda perasan tika
itu anda anda sedang mengelamun betapa beruntungnya anda berada dalam bulatan
yang men-sorga-kan anda itu. Anda berasa tenang. Seolah anda sedang baring dan
lena dalam perut ibu anda yang mendamaikan itu. Juga berkaca mata anda yang
bulat itu akibat manifestasi ketenangan yang diraih anda tika itu. Andai boleh,
mahu saja dikekalkan masa itu. Oh nanges!
Kemudian teman sorga lain
menegur, sambil membisikkan di telinga:
“Ana uhibukka Fillah. Hope we
can together reach our hand into the Jannah.”
Dan arakian temboh empangan mata
berkaca anda pecah kerna terharu akan kejiwangan berpahala sahabat sorga anda
itu. Sekali lagi anda berjaya menghirup sakinah itu dalam ukhwah fillah
tersebut.
Anda anda anda! Sila nanges.
Ehem! Kalau air mata anda yang sompah ikhlas itu jatuh ke dalam ramuan kek,
menyedapkan lagi tak?
BI’AH
Anda sebut bi’ah. Suasana atau
persekitaran. Bukannya bai’ah iaitu ikrar atau perjanjian. (Ece! dahulu kala
saya pun silap tercakap dalam taujih, hehe)
Bi’ah atau suasana sememangnya
sangat banyak memainkan peranan dalam menjadi agen dalam perubahan diri kita,
khususnya kita yang berada dalam bahtera ini. Berada bersama dalam lingkungan
‘orang-orang sorga’ ini membuatkan anda teringin dan termimpi-mimpi untuk
bersama mereka setiap minggu. Anda angau akan mereka. Akibat penangan sepak
terajang angau tersebut, anda lebih komited untuk menghadiri konferens sorga
tersebut setiap minggu. Hatta esoknya exam final, ditambah dengan subjek
‘killer and death’nya. Walaweh! Lap peluh anda. Seram sejuk.
Teringat ketika daurah saya yang
lepas, seorang Super Murobbi Saiya Duper Zooper ini (shh! nama dirahsiakan) memberitahu
bahawa bi’ah jugalah yang banyak membina dia menjadi dia yang kini. Keluar dari
zaman jahiliyyah yang pekat dengan bantuan teman sorga yang lain mengajak dia
merasai betapa manisnya menghadiri konferens riang, bermukhayyam dan segala
bagai program tarbiyyah yang mana setiap satunya menyebabkan dia semakin ketat
dengan jalan yang sompah panjang ini. Setiap satunya program tarbiyyah,
sememangnya mempunyai nilai bi’ah. Itulah dia tumbukan yang dia rasa.
Anda ketagih menghadirinya
setiap minggu. Berlaga pipi dengan teman sorga anda. Oh tahniah! Kerna anda
berjaya merasainya.
Mahu tahu resipi untuk merasai
manisnya bi’ah setiap masa dan tika? Ok saya beritahu. Shh! Jangan beritahu
orang lain. Anda sorang je. Kenyit mata.
‘Rahsianya: Pejam mata tika
sedang berbulatan sorga, tarik nafas nafas hembus perlahan-lahan. Katakan pada
hati anda:
“Bersyukur Ya Allah! Aku merasakan
ketenangan ini. Kekalkan ia, aku dan mereka dalam suasana yang mendamaikan
sebegini. Amin.”
Dan teman anda pun menegur.
“Anda mengantuk lagi demam ke?” hoho. Tepuk dahi.
Pengakhiran kek anda, bi’ah itu
diletakkan pula umpama buah ceri yang merah menyala lagi comel di atas kek
anda. Yang mana ukhwah yang terbina dirasai manisnya hasil daripada bi’ah yang
tercipta tersebut. Oh ye jangan lupa menulis tulisan di atas kek tersebut:
Selamat hari Jadi Murobbi Kecil Pesona Awan Biru eh! Bukan. Batuk kecil. Tulis ‘Ukhwah fillah Till Jannah!’ Senyum.
PENUTUP
Err anda Tanya: ‘bila masanya di
letakkan ke dalam ketuhar atau peti ais untuk mengekalkan struktur keknya,
supaya kekal anjal lagi bergaya?”
Jawab saya: ‘Eh mana saya tahu?
Kek anda kan? Wakakaka.’
Psstt, sebenarnya saya pun tak
tahu buat kek. Kek dalam angan-angan di dalam awan di atas kepala sebelah kanan
anda saya cakap di awal tadi. Jangan marah. Gelak besar. Hohoho.
Nota hati: Anda! Anda! Anda! Geleng kepala. Kelihatannya hapdet-hapdet muka buku dan kicauan burung anda semakin surut dengan isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa. Adakah ini dinamakan cinta palsu? Sumpah nanges! Oh! Kemanakah cinta anda terbang?
Err. Jika mahu mahu buat kek jangan lupa belanja saya!