|
- (kredit) Yah! Hurriyah!- |
Dalam era millennium dengan kecanggihan teknologi sekarang, eskpeseli buat mereka yang berada dalam gerabak syioknya tarbiyah dan dakwah
ini, kita dapati ada sebahagian daripada kalangan mereka yang secara tidak
langsung membantu dalam menyumbang bagi me-monster-kan lagi skop d&t, agar
lebih sesuai dengan masa, tempat dan keadaan. Agar sesuai dengan cita rasa dan
jiwa raga para pendokong, da’ie dan mad’u, yang latar belakang masing-masing
berbeza, terutamanya mereka yang bergelar pemuda dan pemudi harapan bangsa.
Fuh ayat!
Yelah kan, dakwah memerlukan pendekatan yang sesuai dengan keadaan
subjek yang hendak didakwahkan. Tak boleh main redah dan selamber je. Gamble jer tak boleh. Perlu ada
pembaharuan. Ada strategi. Fokus bukan sahaja pada mereka yang hendak
didakwahkan, tapi fokus juga termasuk mereka yang hendak buat kerja dakwah ni.
Ironinya, perkumpulan yang bakal saya dedahkan ini menyumbang dalam
d&t bukan melalui untaian kata yang manis cap kipas udang di atas pentas
atau pon vlogger dan sewaktu dengannya, tapi cukup memberi impak maksimas:
yakni melalui penulisan.
Bukan di kertas. Tapi di belog.
Bukan dengan pena. Tapi dengan papan kekunci.
Bukan juga dengan awan, tapi dengan hujan.
Ok meluat.
Ehem! Saya yakin ramai antara kita yang mengenali d&t ini
semasa berada di zaman kampus atau u. Maklumlah, kita remaja, sudah mula
matang, fikiran mula terbuka, minat pada sesuatu yang membawa kebaikan pada
diri kita dunia dan akhirat. Terutamanya bila dibulatan gumbirakan oleh murabbi
kita, maka doktrin untuk minat pon muncul dan tersembul untuk join gerabak
sumpah osemness ini.
Maka, dalam menjalani kehidupan sebagai seorang ikhwah ataupon
akhawat, kita pon mula mencari-cari dengan apa yang dekat dan mudah pada kita:
laman sesawang. Kita mula tekan ustaz gogel, puan yahoo cari ikhwah, cari erti
tarbiah, baca maksud mutarabbi, juling isu BM, dan tak lupa mula membaca
belog-belog yang membicarakan isu tarbiah dan dakwah itu sendiri.
Dan semakin lama ada yang terpengaruh. Dan boleh jadi, mereka itu
kuat bukan sekadar bantuan dari bulatan gumbira, tapi di saiyakan juga dengan
bantuan dari pembacaan mereka di belog yang berorientasikan d&t tersebut.
Maka dari situ, entri ini muncul. Membicarakan tentang sumber
pensaiya-an mereka. Juga anda. Yah, andalah!
Ketawa nakal.
Arakian, berikut akan disenaraikan nama-nama para blogger yang
telah terlibat dalam menjalankan konspirasi tarbiah dengan haibatnya, khususnya
melalui media penulisan di belog dan termasuklah juga muka buku, tiub anda dan
kicauan burung serta alternatif lain.
Kof kof.
“ Mahu tahu satu rahsia. Persamaan mereka, mereka introvert. Itu
sebab hidden identity”
Ok Batuk. Tak tahu betul ke tak.
Nak kata misterius ala sensasi ada jugaklah.
Saya terasa? krik krik
Ok saya tahu semakin panjang lebar saya berbicara dan mengarut.
Tanpa membuang masa mari kita menelusuri siapakah mereka yang dinamakan
'Perkumpulan Blogger-blogger d&t’ ini.
Amaran: Kepada pembaca, ini sekadar pandangan marhaen saya yang
banyak main lego je, wakaka. Maka jangan ada selepas ini wujudnya tamarrud
kipas susah mati untuk menjatuhkan saya, hoho. Then, kepada para blogger yang belog
anda disenaraikan di bawah, silalah menerimanya dengan senang hati. Tiada niat
nak mengembang kempiskan hidung anda yang dah sedia luas tu (senyum
guling-guling), hanya sekadar untuk menceriakan lagi suasana d&t kita. Baru
ada anekanya. Macam lego, ada macam-macam warnanya. Eheh!
Juga ia tidak disusun siapakah yang paling fames antara mereka.
Sebab dakwah sememangnya tidak memerlukan populariti. Yang disenaraikan di atas
dahulu tidak be-erti terbaik berbanding selepasnya. Hanya disusun secara random,
selepas beberapa kajian ke atasnya dilakukan. Cewah macam tesis.
Hoho!
Sekadar persamaan antara mereka, mereka berbicara tentang indah
dan berbunganya dakwah dan tarbiyah itu sendiri. (wahhhh nampak tak atas kepala
saya panda sedang melompat atas awan). Dan juga, mereka yang tersenarai adalah
berprofil ‘misterius’. Tidak dikenali ramai dengan nama sebenar. Jeng! Jeng!
Jeng!
Sebab apa? erm ini kan slot paparazzi. Ngee
Okay okay. Dah bersedia.
Betulkan duduk. Sediakan kopi panas.
Ok tu jelah.
Bismillah.
1) Nasi & Lemak.
|
- (kredit) Janggut ku lebat kan?- |
Nama penulis: Inspector Sahaab berasal dari Selangor
Tema belog: Jenis-jenis nasi lemak.
Melihatkan kepada penulisan Mr. Sahaab, kita sudah dapat meng-agak
bahawa Mr. Sahaab seorang yang suka bersarapan dengan nasi lemak, ok gurau. Sapu
kepala. Jangan marah.
Senyum tutup mulut.
Okay blog Nasi & Lemak menyertai konspirasi tarbiyah melalui
blogger bermula dengan penulisan pertama beliau bertajuk Tak Kenal Maka Tak
Cinta bertarikh 7 Februari 2012.
Hasil daripada beberapa kajian dilakukan, cewah; antaranya bila
seorang kenalan yang dok sibuk sering berbicara tentang kemunculan Mr. Sahaab
dengan post beliau yang mengetuk jiwa. Juga dibuktikan dengan banyak link dan
entri yang di share dari Nasi & Lemak oleh ikhwah akhawat lain. Malah,
majalah JOM! Yang kata Dakwah itu Mudah juga ada menampilkan dalam beberapa
siri, penulisan Mr. Sahaab yang ehem ehem! boleh tahan hebat dan kool itu tahu.
Dengan moto belog ‘Semoga untung di sana’ menunjukkan Mr. Sahaab
bukan hanya mahu untuk di dunia dengan hasil post jualan nasi lemak sejuk dan
panas beliau, tetapi juga mahu untung di akhirat sana juga. Wah! Chantek bukan.
Dengan bahasa yang santai dan rileks, menyebabkan orang juga mudah
tertarik. Terjerat senang kata. Hasil sembang campak bantal dengan beberapa
kenalan, tidak dinafikan Mr. Sahaab sememangnya seorang lelaki (alaaa anda dah
tahu pown..), dan ada juga ura-ura mengatakan bahawa beliau adalah chuniin
kepada seorang senpai yang bernama Malaikat pemakai Jeans itu. Eheh! Entah betul ke idak.
Owh ye, Inspector Sahaab juga dikhabarkan adalah seorang pelajar
yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian (nama institusi dirahsiakan.
Nanti ada yang terjun sungai). Sumber sahih sila cari sendiri.
Dan mengambil bidang Islamic Finance. Berikut adalah buktinya,
muahaha.
(sumber: muka buku beliau)
Kau belajar apa weh ?
Islamic Finance
*tengok atas tengok bawah*
Pehal tengok tengok ?
Asal kau tak islamic pun ?
err
Eh! dah macam paparazzi pulak
Haha, okay.
Selain penulisan dalam bahasa Melayu, Inspector Sahaab juga rajin
dalam menulis bahasa omputih. Kerana beliau turut menulis di satu lagi belog
beliau yang diberi nama The Other Side.
Kiranya di situ beliau turut
menyebarluaskan lagi cawangan dan saham beliau untuk keuntungan di dunia sana. Di situ anda boleh mengenali beliau dengan lebih rapat ehem lagi. Senyum nakal.
Berikut adalah serba-sedikit komen dan testimoni pembaca tentang
Inspector Sahaab:
Nadia Hasnan
Salam. sangat suka dengan hasil penulisan anda. teruskan menulis, saya
akan terus setia membaca, InsyaAllah.
Aini Ghazali
Peace be upon you Inspector. Your blog is cool
Hamizah samsudin
Indah
nukilan kerana hati keep it up :)
anamuzakkar =.=
wah
tacing bhai
T.T
Alfi Ramadhani
jzkk atas artikel yg best ni ~~~
teruskan menulis di blog ni, akh ! XD
Anonymous
Keep fighting for SH
Inspector asal mcm xde semangat jeh bc comment
kamu yg first tuh.
Kamu ade logam tau!
Dan Allah tak tye hei ape hasilnya, tapi woi
ape usaha kau. Camtuhaa
Go go go inspector.
Kata-kata quot Osem Inspector Sahaab untuk menerangkan tentang
dia:
"Untuk dakwah
yang; hati ku kata cinta, mulut ku kata kasih, tapi amal ku masih belum cukup
shahadahnya !"
Ok lap hingus.
Teka-teki untuk beliau: Inche Sahaab, misai inche melentik tak?
|
- (tunai eh) keep calm and read PAB, eh- |
2) Angel Pakai Gucci (APG) a.k.a Angel Wears Gucci
Nama penulis: Inche Gabbana atau nama sebenarnya… (sensored)
Oklah anda. Rasanya sejak awal lagi, bahkan masuk tajuk je, anda
sudah tentu akan mengagak yang inche Gabbana pasti akan tersenarai dalam list
target hasil paparazzi saya ni. Malah, mungkin ada juga yang bakal membuat
konspirasi untuk melanggar bahu saya dek jika tak memasukkan beliau yang legen
ini.
Sedikit latar belakang Inche Gabbana. Beliau kini dipercayai bekerja
di sebuah syarikat di kota raya. Selain itu beliau seorang pemegang ijazah dalam
bidang ekonomi daripada London School Of Economics & Political Sciences.
Selain kini bergiat aktif dalam menjadi muwajjih yang sumpah kool di sekitar
area lembah klang dan kota raya, khusus buat hadek-hadek di universiti atau
kolej tempatan.
Ok itu saja. Nanti ada yang kena baling selipar.
Seperti yang anda tahu, setiap daripada mereka yang join gerabak
ni, kalau tidak minat membaca belog pon, mesti pernah mendengar nama belog APG
ni. Paling kurang pon, ada rasa eager yang amat sangat. Dek nama yang amat
pelik. Sangat.
“ Angel Pakai Gucci? Ape kebenda tu? Keropok ek?”
Gelak guling-guling. Ok orang tu melampau.
Jika melihatkan era penulisan d&t di papan beloger ni, tidak
malu sorok muka tersorong-sorong jika saya katakan bahawa inche Gabbana memang
seorang ‘pemula’ kepada ‘kerancakan’ arena d&t khususnya di alam maya.
Dengan gaya penulisan yang menarik, interaktif, memudahkan sekaligus bahasa stylo
juga input yang hendak diterangkan sampai benar kedalam jiwa-jiwa yang ingin
disentuh tarbiyah. Malah tidak melampau juga untuk saya mengandaikan yang
kebanyakan beloger d&t yang wujud marcapada ini adalah hasil daripada rasa
eager akibat penangan dan sepakan penulisan Inche Gabbana yang sumpah OSEM ness
itu.
Seterusnya menimbulkan pula minat mereka untuk menjadi seperti
Inche Gabbana. Ala-ala Misterius.
“ Hoi PAB! Kau melampau. Tuduh kami menciplak pulak. Nak buku lima
ke?”
Nak nak, sebab saya ulat buku. Eh! Eh!.Err bukan itu maksud saya.
Sapu belakang kepala.
Oklah tu. Mengambil yang baik untuk dincontohi en.
Selain penggunaan kata stylo tu, Inche Gabbana dengan ‘sayap
angel-nya’ juga turut melebarkan sayap beliau bukan sahaja dengan penulisan di
belog yang selalu hupdate dengan entri isu semasa dari sudut pandang d&t
(sumpah! Dalam seminggu banyak betul menulisnya!), malah muka buku dan kicaun
burung turut menjadi mangsa tembakan beliau. Tiub anda juga tidak ketinggalan
dengan wujudnya pertandingan Video OSEM APG tahun 2011 dan 12. Inovatif dan
segala-tif lah ada.
Ok harap Inche Gabbana sekarang tak bertambah saiz lubang hidung
anda.
On the other hand, beberapa penulisan beliau juga turut keluar
dalam menghiasi muka majalah JOM! Dakwah itu Mudah. Arakian, terkini dengarnya
beliau juga tidak mahu ketinggalan untuk menambah lagi jaringan beliau dengan
mewujudkan jualan baju t-shirt khas APG buat dakwah inovatif melalui busana.
Fuh legen.
Statemet beliau: We doo too little dakwah, too little tarbiah, and
too much Jahiliyyah. Yet we expect to enter Jannah? Pfftttt.. seolah-olah
menjadi trend untuk beberapa majalah dakwah membawakan mesej penyampaian yang
sangat dekat dengan remaja. Ngam soi orang kata.
(Err adakah saya telah terlampau mengangkut beliau dalam bakul? Oh
tidak sekali-kali. Sekadar menceritakan. So, minta tidak anda taksub akibat
pujian melangit di atas. Kalau boleh Inche Gabbana jangan baca, nanti kembang
kepis. Kembang-kepis apa? eheh!)
Hasil kajian tak berapa kaji pon, antara ayat-ayat hasil inovasi
inche Gabbana:
1. OSEM
2. Inche
3. Bulatan Gumbira
4. Sumpah
5. Eh
6. Terjun gaung
7. Gelak guling-guling
8. Muka buku, Kicauan burung, tiub anda
8. Monster belakang gunung (rahsia Inche Gabbana bocor bila time
bagi daurah, sebut ayat ni. Haha)
Haha. Ok banyak lagi. Anda pon tahu, kiki.
Of
koz, gaya penulisan para penulis marcapada pon kadang ada bau-bau bacang inche
Gabbana. Nampak kan betapa freemason-nya Inche Gabbana. Kadang saya pon
terpengaruh. Ops! Tutup mulut. Ke anda tak pon tak perasan. Kih kih.
Beginilah.
Untuk makluman lanjut, sememangnya Inche Gabbana telah membuat satu entry
sempena 200-entrinya berjaya dihasilkan dengan tajuk Angel Wears Gucci.
Entri
tersebut menceritakan bagaimana semenjak awal bagaimana beliau boleh disapa
dengan penulisan, dengan d&t, asal-usul dari mana nama malaikat pakai
barangan jenama tersebut dan sebagainya.
Silakan
baca dan hadamnya hingga cerna. Rugi kalau anda tidak baca hasil kajian tempatan beliau.
Kadang
jika anda lebih lama lagi membaca belog beliau, anda mungkin juga akan
terperasan akan latar belakang beliau hasil dari penceritaan beliau. Macam
sekolah menengah IG dahulu di sekolah bintang, kemudian menyambung belajar
ekonomi kat oversea dan lain-lain. Maklumlah selalunya 80 peratus selalunya
penulis akan menceritakan kisahnya
sendiri.
Ops,
lupa zip mulut.
Oklah,
di bawah beberapa komen kipas susah mati bila setiap kali baca post IG:
orangkuangtang
ok sumpah lejen! too good to be true...but its a good try IG...memang
gelak la~ mane tau sape2 yg disebut namenye tu dalam post ni nak buat saranan
yg same espeseli DSN..heh
hambafakirdisisiAllah
jazakallahu khaira...post yang menarik dan sedikit sebanyak memberi
kesedaran buat diri yang kononnya bergelar dai'e ini. Insha'Allah bahan bacaan
ini akan ditransform ke dalam bentuk pelaksanaan.
Anonymous
inche gabbana pon meninggalkn kesan buat saya pertama kali sy membaca
majalah jom isu 1.. agak sedih karya anda sudah tidak ada dalam majalah
tersebut skrg..boleh dikatakan itu kali pertama sy suka dan menikmati bhn
bacaan berunsurkan dakwah dan tarbiyah huhu
Kasih
terfikir nak start menulis macam inche gabbana dalam novel sy, i mean
style dakwah tu. tapi tak reti. just follow the flows laa jadinya. btw,
pendekatan berhemah tu penting. memang tak boleh nak paksa orang untuk berubah,
kan?
Soalan untuk Inche Gabbana: Belanja saya beg berjenama satu boleh? Ngeee
|
- (kredit) ala-ala bucuk, jangan nanges ea- |
3) Budak
Tomato
Nama penulis: Mato
Semenjak: Disember 2012
mato.tomato9@gmail.com
Pertama kali bila anda melihatkan nama Mato, anda akan mula mengagak
yang tema belog beliau tentu berkisar dengan sayuran bulat gwiyomi merah
tersebut. Hoho. Tapi jangan terpedaya, nama tidak semestinya menentukan apakah
isinya.
Macam buah tomatolah, nampak merah lagi gula gitu. Nak je gigit-gigit
dia. Tapi try makan cenggitu je, nah! Komfem minta air sirap merah bandung
segelas. Muahaha.
Gelak nakal.
Dan setelah beberapa kali mungkin anda kerap mambaca dan menskrol atas
bawah belog beliau, kebanyakan entri akan berkisarkan seseorang yang berlatar
belakangkan si pemain papan sekate (baca: skate board). Dan juga inche mato
banyak mengetengahkan isu yang berkaitan dengan jiwa dan raga dari sudut
persepsi, bukan just luaran je, tapi dalaman, itu yang penting. Jalan cerita
banyak dari segi sudut ‘aku’ dan ‘rasa dalam diri’.
Cewwah!
Tentu tidak sangka bukan? Tapi itulah tarbiyah namanya. Walau siapa pon
anda sekalipon, walau main papan sekate pon, walau inspector penjual nasi lemak
pon, bahkan si angel penggemar Gucci pon masih boleh berdakwah. Dengan cara
mereka tersendiri. Dengan cara kita tersendiri.
Hoho. Itulah keistimewaan d&t. Sesiapa pon boleh. Hoyyeah!
Kenyit mata.
Ok berbalik kepada tadi. Inche Mato; seorang tawadhuk, banyak merendah
diri.
Dengan mengintroduksikan diri beliau sendiri sebagai:
‘Legend, mana boleh putus asa. Tak meletakkan poyo ditempat pertama
mahupun terakhir. Felamaks!’
Inche Mato juga telah mengimplementasikan gaya APG dalam penulisan
beliau. Dengan gaya penulisan yang lebih trendy dicampur dengan bahasa yang
more to person whos not from religious background, dan cukup dengan penggunaan
ayat kata nama gelar diri ‘aku’ ‘kau’ menjadikan orang tidak rasa kekok, dan
mungkin rasa bebaz bila membaca.
Dari pemerhatian saya, seperti biasa, mungkin ada beberapa entri budak
mato diambil daripada kisah beliau sendiri, seperti entri bertajuk ‘Terbang’:
yang menampilkan watak chad dan Qiden. Ok cer anda try baca sendiri.
Entah-entah nama watak tupon adalah beliau sendiri, kiki.
Dan bila dikaitkan dengan sayur tomato dan skateboard sangatlah jauh,
(jangan fikir sangat nanti pening, kiki) tapi inche mato berjaya menjadikan
belog beliau sesuatu yang interaktif dan tak terlampau syadid yang menghampiri
gaya kealiman keikhwahan. Jadi, semua peringkat manusia boleh membacanya dengan
tenang tanpa berbaur rasa terancam dengan rasa “eh! ni mesti entri nak dakwah
ni”.
Jadi, untuk anda mengenali beliau dengan lebih rapat lagi di sini
profil beliau:
Dan berikut adalah beberapa komen pembaca yang telahpon membaca
belog beliau seterusnya rasa 'zuk' akibat penangan belog ini. Fuh lap peluh.
Anonymous
SELAMAT hari Raya aidilfitri Mato. Terima kasih sebab
berjaya buat aku sentap dengan entry2 ko ni. Sebab buat aku sedar balik bila
aku leka. Apa pun tabahkan hati ko hadapi Semua Dugaan yg datang. Dan terus
menulis. Okay peace yoo. Have a blessing Raya tomorrow.
Hakimah Puat
trsentak sndiri. pnyampaian sempoi tapi bnyak pengisian.
daebak! keep writing. Daie xboleh berhenti. may Allah bless.
Red
Sedihnya. I feel you. semalam baru cakap sorang2, dah lama
mato tak tulis cite tentang usrah legend. tiba2, ari ni ada entry pasal ni.
everytime baca pasal chad dan qiden, mesti teringat cite fend dan chad dalam
contengan jalanan. btw,thanks for the entry. moga bertabah.
Salam aidiladha di perantauan. Moga di bawah jagaan Allah selalu :)
HZQH
Entry terbaik! Manusia ni mudah terlupa. Kena rajin bagi
ingatan, supaya mereka tak sentiasa selesa. Terima kasih atas ingatan ini.
Semoga hidupmu di berkati Allah.
Soalan
untuk inche mato: Anda suka tomato kah?
|
-(kredit) Meneropong ummah? Legen- |
4) Teh “O” Panas
Nama
penulis: Encik Musab
Jika
inspector sahaab dengan nasi lemak panasnya, lain pula cerita dengan Encik
Musab. Dengan memperkenalkan sebuah teh berjenama ‘Teh suam-suam kuku’ maka
Encik Musab sambil ala-ala berkata ‘secangkir teh untuk santapan bersama’ telah
secara rasminya bersama-sama menjadi pejuang d&t di alam maya semejak tahun
2011 lagi.
Dengan
penulisan dan pendekatan penulisan yang, ye, sempoi juga seperti penulis yang
sebelum ini kita bersama perkatakan, encik musab turut melebarkan cabang perniagaannya
dengan menjadi salah seorang tersenarai dalam cap ‘prada’ di belog APG. Hasil
daripada beberapa sumber yang mungkin boleh dipercayai, encik musab masih lagi
merupakan seorang belia, lelaki dan mengambil bidang engineering sebagai dasar
pentarbiyahan beliau. Ini terbukti dengan alamat belog beliau iaitu engineeringminda.blogspot.com
dan bukannya nursingminda dot blogspot dot com, err garu kepala…
Encik
Musab yang juga menggelar diri beliau sebagai pembancuh teh, seperti keyboard
warrior yang lain, menyediakan satu slot atau entri yang sangat menarik untuk
dibaca di blog beliau. Diberi nama ‘Kembara tarbiah’ dan juga tak dilupakan
kepada jiwa-jiwa yang dalam hatinya ada taman, panda menari-nari atas awan,
disediakan juga entri ‘Cerpen bertema Cinta’ yang berepisod. So, rajin-rajinkan
diri anda untuk membaca, ehem moga lebih ceria. Moga tak menjadi Mr.Arrogant
eh!
Tidak
diceritakan pula kenapa Encik Musab memilih nama belog beliau Teh ‘O’ Panas.
Mungkin kerana beliau suka minum teh O. Mungkin juga teh O limau. Mungkin juga
air panas itu sendiri. Mungkin seribu kali mungkin, sebab teh O lah perkara
pertama yang kita nampak kat kedai atau dapur, setiap kali nak brekfes. Kiranya
macam tarbiyahlah, perkara pertama yang kita nampak sekali selepas bangun daripada
tidur, setiap pagi, adalah tarbiyyah. Dakwah itu sendiri. Err betul tak encik
Musab?
Mungkinkah
juga nama beliau sendiri sebenarnya adalah Mus’ab?
Krik
krik krik.
Macam
kebanyakan orang lain, encik musab juga menemui jalan juang d&t beliau
semasa masih menuntut di sebuah kolej persediaan ke luar Negara. Arakian dari
situlah terbina si ‘pembancuh teh’ yang punyai tarbiyah dengan haibatnya. Legen
bukan. Si pembancuh teh dengan tarbiyah, siapa sangka? Indeed, tarbiyyah never
known who is their warrior.
Pergh,
English aku. Kiki.
Ok
berikut beberapa komen pembaca belog beliau.
Anonymous
masyaAllah en musab.
entri yg terkesan dihati. sbg seorg daie, mana mungkin perkara haq dan bathil
disatukan? teruskan mujahadah. Allahu ghayatuna.
Anonymous
Allahu. Sentap.
Sungguh :(
Doakan ana supaya istiqomah mengamalkan apa2 yg diajarkan oleh ustaz dan
ustazah apabila keluar dari "sekolah agama".
panahan petir
tepat ke hati!
T--T
Permintaan kepada inche Musab: Mamak! Teh O satu! Inche Musab belanja.
|
- (kredit) Tak tahu nak tulis apa, eheh- |
5) Muharikah, Dakwah and Islam Connect Us.
Nama
penulis: Kak A, seorang perempuan dalam bidang kedukturan.
Kata
quot osem: Maju mengalir bersama deru dakwah. (terasa tenang, kiki)
Beliau
yang mula berblogging pada tahun 2006, kemudian menukar kepada tema wordpress
pada tahun 2007 mendapat pendidikan awal di
sekolah rendah dan menengah Al-Amin Gombak. Di situ beliau mengenal
dunia d&t semenjak berusia 16 tahun. Legen bukan? Seterusnya berpeluang
melanjutkan pelajaran di University Of Dundee, Scotland, dalam bidang
perubatan.
Tapi
saya kira, tak perlu untuk menceritakan lebih detail. Sebabnya ramai sebenarnya
dah tahu siapakah beliau dan di manakah beliau bekerja. Bahkan dalam wordpress
beliau sendiri turut menceritakan siapakah ahli-ahli bulatan gumbira beliau dan
murabbiyah beliau.
Dahulunya
belog beliau adalah milik persendirian sahaja, dengan erti kata lain sebagai
wasilah untuk beliau terus ada connection dengan hadek-hadek bulatan riangnya
yang menuntut di luar Negara. Tetapi bila bertukar musim, hadek-hadek usrahnya
pulang ke tanah air, ber-Bm dan sebagainya, maka dari situ beliau mula kembali
menulis secara solo. Dipendekkan cerita, salah satu penulisannya di website I luv
Islam telah di ‘tumbuk’ (baca:hit) sehingga mencecah 19,000 pembaca, maka dari
situlah timbulnya idea beliau untuk menghasilkan satu website yang dapat
mengumpulkan penulisan anak-anak muda dalam gerabak dakwah ini.
The
end, eh.
Belum
lagi. Seterusnya muharikah.com telah bergabung dengan satu lagi website yang
diberi nama Dakwat.org lalu membentuk QuranicGen.com. Hasil daripada gabungan
beberapa ikhwah dan akhawat yang bersatu atas landasan dakwah dan fikrah yang
sama. Mantop!
Macam
sejarah pulak.
Dan
beliau juga merupakan salah seorang penyumbang medan dakwah dalam bidang
percetakan dan media khususnya Brotherhood arts dan Pustaka Darul Iman. Selain
‘orang kuat’ dalam penerbitan Majalah JOM! Dan ImanShoppe Store.
Untuk
mengenali lebih rapat akan beliau, silalah klik link di bawah dan
rajin-rajinkan mata untuk membaca:
Berikut
adalah beberapa komen yang sempat saya ambik dan curik daripada pembaca di
belog beliau:
Rafidah Arifin
perkongsian
dari akak Muharikah yang menarik.
tarbiyyah itu, satunya : immune.
duanya : magnet.
understood. by now, dengan jasad dan jiwa yang penuh dengan jahiliyah ni,
masih belum mampu nak capai yang nombor satu. terlalu jauh untuk capai yang
nombor dua.
“Yang tak terisi pastinya tidak dapat mengisi”
kn?
baca
dimuharikah kebanyakknnya terkna dimuka sendiri,
rasa terpukul pon ada..huhu anyway alhamdulillah terbaik.
wan noraini
wan ismail
Alhamdulillah..suka
baca tulisan yang simple tapi ada pengisian…..sesuatu yang lahir dari hati akan
sampai ke hati..yang penting ikhlas kerana Allah..selebihnya biarlah Allah
bimbing kita di samping usaha kita dan doa yang berterusan…..
hebatnya
akak.ana ex hdyh jb.ana juga teringin mnjdi penulis yg mampu mengalirkan
tarbiyah dan dakwah dalm diri pembaca.cuma msih bertatih2.salam ukhhuwwah ye.
Soalan untuk Kak Muharikah: Errmm, saya nurse. Join d&t. Baru bertatih. Sekian. Ngee
-PAB-
Jadi, bagaimana setakat ini. Anda teruja?
Eheh! So, nantikan sambungannya dalam edisi siasat kita yang lain kali. Nantikan masa dan waktu yang sama dalam rancangan Paparazzi d&t. Khas untuk anda, dari saya PAB. Wartawan kontroversi, ngee.
Iklan: mohon tidak marah.
Senyum.