School Of Tarbiyyah

Selasa, 27 Ogos 2013

Saufa Nabqi Huna


Tunggu jap anda sebelum membaca tu, baca Bismillah then untuk lebih eksited dan penghayatan, silalah dengan tanpa segan (tekan sini untuk lagu), moga mudah-mudahan pembacaan anda lebih mudah faham, dan terkesan tentunya.

-kredit: " Sebenarnya adek yang
patahkan tangan ashkar jahat tu mak! nge
e"


We will remain here

We will remain here so we are healed of the pain
We will live once again and our life will be sweeter

Oh my country, my country, my country, Oh courageous one
Oh my country, my country, my country, Oh myself

Despite all the enemies' schemes despite all the curses
We will seek to spread all the blessings across all the lands
We will strive to lift our spirits
To march to the heights and to challenge the summits

So let us all, with healing and with pen
Be compassionate to those who suffer
And continue our march to higher goals/ambitions/aspirations
And truly become the best of nations

We will remain here so we are healed of the pain
We will live once again and our life will be sweeter

So many sleepless nights we've had, not sleeping until morn
So many obstacles did we crush, so many times did we protect
So many bridges did we cross, so many tears have we shed
In search of the glory and the pinnacle of the pyramid

We spent hours in the frost
Sacrificing all things dear/ precious to realize our dream
If we become upset, we pay no heed and move forward/ahead
As reaching the top of the mountain is truly worth the effort

We will remain here so we are healed of the pain
We will live once again and our life will be sweeter

By the stars in the heavens by the whiffs of the breeze
By the clouds of hope by the birds of the Holy Land
By winter's thunder by all the creatures
Bear witness that I've sworn to the truth

We will remain here so we are healed of the pain
We will live once again and our life will be sweeter

Oh my country, my country, my country, Oh courageous one

Oh my country, my country, my country, Oh myself

-PAB-



Saufa Nabqi Huna.


We will remain here.



Lirik di atas adalah lagu yang di dedikasikan semasa berlakunya konflik dalaman di negara Libya, atau tepatnya semasa Revolusi Libya berlangsung yang mana berakhirnya dengan kematian inche Muammar G. 

Dan prinsip rakyat Libya ketika itu: 'Kami akan kekal di sini'. Di Benghazi.


Dan mereka rakyat Mesir, seperti di medan Rab'ah yang kita lihat sering di kotak bercahaya, berhimpun menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi buat inche Morsi. Insan yang kita semua sayang dia.


Sebenarnya jika diikutkan mahu je mencoretkan beberapa perkara tentang isu semasa, khususnya berkenaan dengan saudara se-Islam kita di Mesir. Err tapi rasanya tak perlu kot, memandangkan telah pon banyak belog yang telah mengulasnya dengan lebih lebar dan detail.


Dan cuma persoalan yang mesti di letakkan ke dalam kotak pikiran anda lalu menguncinya ketat-ketat ialah atau campak sahaja kunci tersebut ke dalam mulut jerung:


" Adakah Allah SWT masih lagi mahu menangguhkan kemenangan Islam dan oh! barangkali Allah mahu menapis siapa antara kita yang benar-benar ikhlas dan terus tetap dalam bekerja demi kemenangan Islam."

Sentap! Sedas!


Maka wahai anda, selalulah kita banyakkan menembak doa, untuk saudara kita di Mesir dan negara lain am-nya. Teruskan konsisten dalam tarbiyah dan dakwah. Kenapa dengan tarbiyah, dakwah? Kerana hanya itu dapat kita bantu mereka, dalam memperjuangkan terus kemuliaan agama Islam yang mulia ini.

Bekerjalah, sehingga Allah memenangkan agama ini, atau Allah terima kesyahidan kita dalam bekalan perjalanan menemui ridha-Nya dalam dekapan dakwah ini.


Dan mereka mengucapkan: 
“Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah (memberi) kepada kami tempat ini sedang kami (diperkenankan) menempati tempat dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki; maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal” 

( Az-Zumar ayat 74 )

Rabu, 21 Ogos 2013

Aishitemasu Fillah ii

Sambungan daripada Aishitemasu Fillah i (tekan sini). Sila sediakan earphone dan pasang muzik instrumental yang anda minat ketika membacanya untuk kesan yang lebih bombastik, eheh!

-kredit-
Dalam dekapan ukhuwah kita tersambung
Bukan untuk saling terikat membebani
Melainkan untuk saling tersenyum memahami
Dan saling mengerti dengan kelembutan nurani

-Salim A. Fillah, Dalam Dekapan Ukhuwah-


Menghela nafas. Rasa kosong.

Dilekatkan earphone pada kedua-dua belah telinga. Muzik instrumental piano Lee Ji Soo dimainkan. Love Poem. Kegemaran dia.

Memori teringat menjamu roti halal Bilal, yang dibeli bungkus dari restoren ‘Hikari’, milik seorang ikhwah jepun. Masa itu, tidak tahu kenapa, kata-kata Farhan sangat terkesan. Berkenaan hidup untuk mendapat redha Allah SWT.

Mengetuk jiwa.

“Watashi nihon seikatsu, muzukashiiyone.”
(saya susah hidup kat jepun..)

Bungkusan roti diletakkan di atas meja bulat. Terus Hafizul melenakan badan di atas sofa panjang di ruang tamu. Kuliahnya baru sahaja berakhir. Penat sungguh. Mengeluh.

“Limaza anta ya uhibbuka akhi?”
(kenapa kamu wahai saudaraku terchenta?)

Farhan menguntum senyuman. Kebetulan baru selesai mengemas rumah dan memasak, dia terus duduk di sofa, berhadapan dengan Hafizul.

“Amboi. Bahasa arab mari nampak.”

Farhan ketawa kecil.

“Can you repeat again?.” 

“Watashi nihon seikatsu, muzukashiiyone.”
(saya susah hidup kat jepun..)

Hafizul mengulang. Meletakkan tangan di dahinya. Memandang tepat ke siling yang kosong. Farhan, dengan candanya kembali. Sekejap bahasa Melayu, Bahasa Arab, sekarang Inggeris pulak.

“ Emm, anta kenal Khaled Mesy’al?”

“ Erm…yang Menteri Luar Kerajaan Hamas tu ke?”

“Sou-sou.” (ha’ah)

“Kenapa dengan dia?”

Hafizul mengalihkan perhatian dia pada Farhan. Angkat kening.

“Sebelum ini ada wartawan pernah tanya dia, ‘Apakah yang kami boleh bantu anda di Palestin?’

“Ok, so?”

“Jawapan Khaled Mesy’al simple je. Kata dia, bangunkanlah umat di kawasan kamu. Itulah bantuan terbesar kamu terhadap kami, selain doa-doa yang kamu tembakkan selepas solat dan ketika qiammullail.”

Hafizul terjentik. Menarik.

“Membina dengan apa, means please?”

Farhan tersenyum. “ Semestinya dengan keimanan kepada Allah SWT. Kita bina kembali diri kita seterusnya masyarakat agar semula memahami Islam dan mengamalkannya dalam aspek kehidupan. Sebab kerana, hanya mereka yang memahami Islam dengan erti kata yang sebenarlah yang mampu bergerak dalam membebaskan Palestin, seterusnya membebaskan Islam daripada kehinaan hari ini.”

“Jadi, kaitannya dengan ana?”

“Keimanan anta.”

“Keimanan ana?”

“Yup! Dengan keimanan segalanya menjadi mudah. Dengan keimanan, segala perkara dan masalah menjadi mudah. Masalah anta yang susah hidup di sini, bahkan masalah negara juga mampu diselesaikan jika kita kembali membina keimanan dengan erti kata yang sebenar. Itulah sebabnya Ar-Rasul hadir dan menyuruh kita ‘first time’ sekali beriman dengan sebenar-benarnya kepada Allah. Bukan yang lain.”

“Ok, jadi kenapa Palestin sampai sekarang tidak merdeka lagi?”

“Sebab keimanan mereka dan kita tidak mampu cukup kuat lagi, bagi menembusi sempadan dan tahanan yang direka-reka manusia sendiri.”

Hafizul terdiam.

Keimanan.

Dengan keimanan yang sebenar-benarnya, masalah boleh selesai.

Keimanan.

Membina keimanan.

Perkara yang sentiasa diulang oleh Farhan. Dan itu juga perkara yang dia lihat pada kehidupan seharian Farhan sepanjang berada di rumah. Kehidupan seorang muslim. Membina keimanan dengan sentiasa menunaikan solat pada waktunya, melazimi tilawah dan hafazan Quran, al-mathurat, malah masih berbulatan gumbira melalui ‘skype’ dengan ikhwah di Malaysia dan kadang membersihkan rumah pula. Memasak apatah lagi.

Pernah ditanya. Selepas usai Farhan mengaji Quran.

“Anta tak bosan ke buat benda yang sama?”

“Err soalan anta ni pelik.”

“Pelik? Kenapa pulak?”

“Perlu ke bosan dalam perkara yang membina dan mengukuhkan keimanan kita sendiri?”

Dan dia terdiam. Speechless.

Tidak tahu berapa lama dia tinggalkan itu semua. Tarbiyah? Seolah sudah dicampak jauh nun di gunung Fuji.

“Err akhi?”

“Emm?”

“Sharing is caring.”

“Heh! Tak payah!”

Menepuk angin.

Muzik instrumental tamat. Bayangan memori juga tamat sesaat selepas kembali menghela nafas. Melihat awan. Muzik instrumental Spring Waltz pula dimainkan. Yiruma.

‘Keimanan……membina keimanan’

Dan butir-butir putih kecil terus turun dengan perlahan.



…………………………………………....



“ Oh! Jadi inilah dia seorang akhi yang khabarnya memukul seorang hadek junior sampai lebam dan koma tu ea.”

“ Ceh! Muka dah nampak baik lagi suci, rupa-rupanya seorang pembuli tegar a.k.a akhi Hak!”

“ Power ah! Tak sangka di belakang history rupanya dia seorang gangster sekolah! Suka-nya!”

Erk…

Dan pelbagai lagi tuduhan kasar ditembak malahan di-sniper tepatnya pada dada dia. Tidak kira lagi berapa banyak surat layang yang diterima, malahan kutukan dan makian yang diterima menyebabkan dia semakin lemah dan futur terkesima. Ironinya, jika itu semua datang daripada rakan taulan yang tidak biasa bertegur sapa, tidak mengapa lagi. Tapi dahsyat lagi menggerunkan dia, itu semua datang daripada sebahagian ikhwah di dalam bulatan gumbiranya sendiri. Datang daripada sebahagian ikhwah yang juga berada bersama-samanya dalam gerabak tarbiah ini.

Sumpah! Pengsan.

Ini kah wajah sebenar ikhwah! Pfttttt!!

‘Apa bezanya mereka dengan orang lain, rupanya sama je!’

Dia dipulau dan disungai eh! apatah lagi di pandang enteng dengan hujung mata tajam para rakan yang lain, sehingga seolah-seolah dialah orang yang paling tergangster di dunia. Dia mengaku bahawa itu adalah kesilapan dia, dan dia sangat menyesalinya. Dia benar-benar telah bertaubat. Bahkan dia turut membuat keterangan pada sidang media tempatan dan mengakui akan kesilapannya seterusnya memohon maaf kepada keluarga hadek junior yang di-bantai-nya. Dia telah melakukan segalanya bagi menyatakan bahawa dia menyesal.

Bak hang aku menyesai oii!

Jika dikenang semula malam kejadian, sebenarnya bukanlah dia menjadi faktor utama kepada koma-nya hadek tersebut, tetapi dia sekadar memprovokasi. Entah bagaimana hendak dijadikan cerita, provokasinya itu akhirnya terjebak ke kancah ‘ragging’ dan tomoi yang ngeri untuk diceritakan di sini.

Semua itu menyebabkan dia akhirnya dilanda rasa trauma yang amat sangat. Trauma kepada sebuah bulatan yang selalu dihadiri oleh orang-orang ‘surga’ itu. Tidak mempercayai lagi bahawa bulatan gumbira itulah wasilah utama dan terbaik dalam mendidik hati-hati insan yang dahagakan sentuhan keimanan yang menenangkan. Ingatkan mereka yang berada dalam gerabak ini, akan terus mem-back-up nya, mempercayainya, tetapi yang berlaku adalah di sebaliknya. Terus pula memulau-nya. Menyalahkan dia terus-terusan.

Pffftttt!

Tidak percaya yang hampir sahaja dia ingin memusuhi pulak puak bulatan keriangan itu. Cuma tidak kesampaian sahaja lagi untuk meneruskan usaha niat sahabatnya karibnya dahulu, Asyrafee dalam menubuhkan Kelab Anti Usrah a.k.a KAU.

“ Err ‘Hyung’, anta tengah teringatkan mana-mana bidadari kat Jepun ni ke?”

Lamunan dia terputus. Kembali melihat muka Farhan.

Ceh! Bidadari? Tersengih.

“ Banyaklah anta punya bidadari Jepun. Ana…”

Fire nanti baru tau.” Farhan menyambung kata Hafizul, kemudian pecah ketawa dia.

Senang menyakat Hafizul.

“ Haha kelakar ke?” Hafizul menjeling. Buat-buat ketawa.

Sharing is caring you know.” Farhan menjeling sambil memahut bahu Hafizul yang lebih tinggi sedikit daripada dia.

“ Ok lah inche Farhan ooii.” Balas dia pendek. Mendongak kepala, kembali melihat awan yang sedang menurunkan butir-butir salji putih. Indah dan putih bersih. Mendamaikan.

Mereka berdua kemudian terus berjalan beriringan. Sengaja Farhan mengajak Hafizul petang itu untuk keluar ke nihon teien atau  taman permainan. Terletak berdekatan dengan kaikang atau rumah penempatan pelajar Malaysia di mana tempat mereka menginap. Kata Farhan, itulah permintaan terakhir sebelum dia bakal kembali berangkat ke Malaysia pada hari lusa. Kalau tidak, jangan harap dia akan menemani sahabatnya itu keluar. Cuaca pun sejuk, tetapi dek rasa bersalah dia turutkan juga permintaan Farhan.

Tapi dia pun pening juga, banyak-banyak tempat menarik dan interaktif di bumi Jepun ini, Farhan pilih juga nihon teien yang tiada apa-apa erti pada dia. Kosong. Hanya ada papan gelongsor, dan dua tempat duduk permainan buaian.

Pernah ditanya sebelum ni:

“Anta ni nak duduk rumah je ke? Tak mahu keluar jalan-jalan?”

“Tak mahu.”

“Err kenapa pulak? Pergilah jalan-jalan.”

“Tak mahu. Nak duduk rumah. Nak bercanda dengan enta.”

“Datang dari jauh, semata-mata nak bercanda dengan ana je. Haish!”

Jatuh kerusi.

Senyuman Farhan tika itu tersembunyi seribu makna.

Di nihon teien, mereka berdua duduk sebelah menyebelah di atas buaian. Bersama mentadabbur alam petang yang mendamaikan.

Hafizul kemudian menadah tangan sambil tidak mempedulikan pandangan Farhan pada dia, menanti kedamaian turun, menyirami hati dia yang gelisah.

Agar basah mungkin, dengan kelembutan untuk kembali kepada fitrah.

Fitrah yang mendamaikan.

Eh! Kenapa tiba-tiba dia terasa ‘untuk kembali’?

“ Enta nak tahu, kedamaian hanya akan diperolehi bila kita kembali kepada fitrah?”

Farhan  bersuara, sambil matanya terus memandang di hadapan. Salji terus turun dengan perlahan.

‘Eh! Macam mana dia dapat ‘detect’ ni?’

Terkebil-kebil Hafizul memandang Farhan.

“Seperti yang Allah nyatakan dalam wahyu:

"Maka hadapkanlah dirimu (Wahai Muhammad) kearah agama yang jauh daripada kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu AGAMA YANG ALLAH  MENCIPTAKAN MANUSIA (dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) UNTUK MENERIMANYA; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

Farhan melihat langit. Membetulkan duduk cermin matanya. Tapak kaki kejap menapak bumi yang penuh dengan salji nipis.

“Surah al- Ruum kan?”

Sou-sou.”
(ha’ah)

Bunyi geseran buaian yang diayun perlahan mencipta suasana. Kaki Hafizul sedikit terapung dari graviti bumi.

“Seperti yuki, dahulunya kita seperti yuki, putih dan bersih. Lahirnya kita kat bumi, Tuhan ciptakan kita semua bersih dan suci. Such as yuki, it is right?”

Senyap. Bunyi buaian terus menjadi irama.

Hafizul terus melihat butir-butir putih yang turun dari langit. Ya, salji sememangnya putih dan bersih. Suci.

“Begitulah setiap manusia menghendaki kebaikan kebaikan. Tak kira mereka muslim, non-muslim atau atheis sekalipon jika di tanya pasti mereka menghendaki nilai murni kebaikan itu sendiri. Sebab ia adalah asas kepada kejadian. Perasaan mahu kebaikan, adalah ‘asas’ kepada manusia dan tak lupa juga ‘asas’ kepada makhluk-Nya yang lain.”

Di akhir sudut pandang sebelum menjamu bumi, dia terpandang seekor burung mendarat tepat di atas himpunan ranting lama yang membentuk seperti bekas. Nama pokok itu bunga sakura cherry blossoms. Perlindungan dengan sarang sebegitu, semestinya menghangatkan. Haiwan itu juga mempunyai fitrah? Ya! Terbukti dengan memberikan kaseh dan sayang; menyediakan tempat tinggal buat anaknya.

“Dan kita, tidak dapat tidak, fitrah kita sebagai manusia sudah sedia ada ‘rasa’ untuk kekal atau kembali kepada keimanan hanya pada Allah semata. Keimanan itu sendiri Raja Kebaikan. Dia yang menciptakan kita, Dia juga yang menetapkan bahawa fitrah kita adalah Islam, jadi the point is if you tadabbur that muhibbatul ayah, you will truly understand. And your problem Insyaallah my ‘hyung’, qollas (baca: selesai)”

Farhan menyapu cermin mata dengan hujung lengan baju sejuk tebalnya. Kabur sedikit dek udara yang lembap.

Hafizul sedar. Dia kembali semula mengingati memori zaman tarbiyah Islamiah-nya dulu. Kembali memahami manusia sememangnya mahukan kebaikan. Malah masyarakat Jepun yang non-muslim pon sentiasa mengaplikasikan nilai murni, nilai kepada fitrah yang sangat tinggi di dalam kehidupan seharian mereka. Dari segi penjagaan masa, interaksi antara satu sama lain, dan juga sebagainya. Nah! Mengalahkan orang bukan Islam.

Speechless.

“ Tapi….”

“ Tapi apa?”

“ Sahabat kita yang lain memulau ana, anta tahu? Mereka mengaku mengikut akhlak dan sunnah Ar-Rasul konon, tetapi apabila ana tersilap jalan dan berdosa, mereka bahkan mengutuk, mengeji dan segala bagai, tanpa usul periksa pelak tu. Bukan kah mereka  pendokong fitrah itu? Tapi kenapa realitinya tidak sama dengan yang sepatutnya. Sepatutnya means…. yelah bukan begitu rupanya? ”

Keras. Seolah membentak.

“ Tapi adakah itu alasan anta untuk lari daripada tarbiyah? Untuk tidak lagi hidup di bawah naungan Quran dan As-Sunnah. Jika itulah hakikatnya, itu bermakna anta tidak pernah ikhlas dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim dengan sebenarnya. Kerna keihklasan itu sepatutnya membuahkan rasa istiqamah yang kuat, sehingga ke hari ini. Kerna kita pilih jalan ini dahulu bukan kerana sahabat yang lain, kerna manusia ada salah-silapnya. Kita pilih jalan ini kerna Allah semata, yang punyai sifat yang Maha Sempurna. ”

Hafizul mendengus. Asap jernih kelihatan mulus keluar dari bibir mungirnya.

“ Boleh jadi, kita ikut halaqah dan tarbiyah dahulu, kerna sahabat semata-mata. Bukan kerana Allah SWT. Juga anta kena ingat; ikhwah kita bukan pasukan ‘angel’. Mereka manusia; ada juga cacat celanya.”

“ Dan percayalah walau seisi dunia meminggirkan anta sekalipon, walau seluruh sahabat akan terus memulaukan anta sehingga ke akhirnya, tanpa jemu ana akan terus bersama anta.”

Hafizul memandang redup Farhan. Lama. Tiba-tiba terasa hangat di bawah mata.

“ Kerna ana bersahabat dengan anta bukan kerana dosa dan maksiat yang anta lakukan, pahala apatah lagi. Tapi bersahabat dengan anta kerana Allah semata-mata. Mahu masuk surga sama-sama dengan anta. Tiada yang lain. Fullsetop!”

“ Maknanya?”

“ Prinsip persahabatan dalam Islam; perbuatan buruk sekalipon dilakukan sahabat pada diri kita, itu urusan dia dengan Allah, biar Allah yang menilainya. Tapi urusan kita dengan Allah, adalah melayan sahabat kita itu dengan sebaiknya. Biar Allah juga menilainya.”

Farhan tersenyum. Kemudian melihat langit.

“ Macam awan dan hujan yang melukis pelangi, kita akan melukis surga kita bersama-sama.”

Menarik hingus perlahan.

“ Jiwanglah pulak anta ni!”

Farhan ketawa kecil. Mata menyepet.

“ Andai ditakdirkan ana ke neraka Allah bagaimana? Nauzubillah min zalik.”

“ Ana akan terjun dan ambil anta, bawa masuk ke surga Allah dengan izin-Nya.”

Ah, terasa luruh jantung Hafizul. Mendengar jawapan jujur sebegitu. Lalu dia bangun daripada duduknya, sambil menunduk bergerak kearah rumah.

“ Eh, enta nak pergi mana?”

“ Ana nak pergi nanges..”

“ Erm!”

Dan bahu dia terhenjut-henjut.

Lalu air mata suam tumpah di atas salju yang mendinginkan.




-tambah kredit sebab video bergerak-


“ Tidaklah dua orang yang salih berkasih sayang karena
Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh
salah seorang di antara keduanya.”

-Al-Bukhari dan Ahmad-


Sahabat atas keimanan.

Itu yang selalu Farhan ingatkan. Kata dia iman itu mengikatkan kita dalam tali persaudaraan yang menembus batas ruang tempat dan masa. Ia menyatukan kita dalam doa dan rasa yang selalu kita ungkapkan sesama kita. Mungkin saja kita terpisah oleh ruang dan masa, tapi masih bersatu dan berhubung melalui doa. Dalam iman dan doa, dalam persaudaraan yang melintasi kutub, gurun, lautan, hutan dan juga zaman.

Seperti Rasulullah mempersaudarakan Mus’ab Ibn Umair si rupawan dan elegan, dengan Abdullah Ibn Ummi Maktum, si buta lagi tidak miskin tidak bergaya yang pernah dikisahkan melalui surah Abasa. Mereka di ikatkan dengan perpaduan dakwah penuh cinta. Dalam dakapan ukhuwah. Zahirnya walau ciri-ciri mereka seperti Marikh dan Pluto, arakian jiwa mereka serasi, saling menguatkan dan bersama melengkapkan. Mereka menyemai rasa cinta dan kasih dengan penuh keimanan. Ya, keimanan menyatukan mereka. Dalam dakapan ukhuwah.

Malah persaudaraan atas keimanan jauh lebih mengukuhkan, mengalahkan persaudaraan atas keturunan dan nasab. Dan bahkan persaudaraan nasab seolah tiada erti, tiada, hampa dan tidak bernilai. Jika tiada akidah yakni kepercayaan yang mengikat hati mereka pada satu keyakinan dan kiblat yang sama.

“ Anta, mari kembali kepada keimanan yang sebenarnya.”

Farhan memegang lembut bahu Hafizul.

“ Tak ada perkataan lain ke? Anta dah nak balik dah. Ucap perkataan yang sama lagi.”

“ Maaf akhi, ana takde perkataan lain melainkan mengingatkan tentang keimanan enta.”

“ Yelah yelah. Ana tahu.”

“ Kerana kita berdua terhubung dengan keimanan.”

Gegendang telinga menangkap suara. Pengumuman bahawa semua penumpang yang mahu berangkat ke Malaysia agar bersedia. Mereka kini berada di Lapangan Terbang Antarabangasa Narita. Beberapa minit sahaja lagi, semua penumpang dikehendaki untuk bersedia dan berada dibalai pelepasan.

“ A’an, ana masih tak puas hati dengan anta.”

“ Kenapa?”

“ Ana tak percaya anta datang ke sini, semata-mata just reason hendak melawat dan duduk-duduk kat rumah je. Apa anta dah tak betul ke?”

“ A’ah tak betul kerana merindukan sahabatnya ini. Kiki.”

Farhan menyapu pula lembut kepala Hafizul, kemudian pantas mencubit pipi tembamnya. Hafizul menepis tapi gagal. Aish!

“ Rindu! Tolonglah. Anta tu ‘putera’. Ana ini pula ‘hamba’. Jauh panggang daripada api. Mana boleh rindu. ”

“ Err apa gunanya ‘putera’ andailah ‘an-narr’ juga akhirnya. Lagi baik jadi ‘hamba’ di mata Allah, andai surga menjadi milik kita akhirnya. Ewah!”

Tersenyum, tertawa kecil, menepuk tangan di akhir kata. Tapi tajam, itu pada pengamatan Hafizul.

“ Anta dah lupa? Bukankah kita seperti Mus’ab dengan Abdullah Ibn Maktum. Walau berbeda antara dua darjat, tetapi kita masih mampu menjadi teman terbaik. Bukankah?”

“ Yelah.”

Endah tidak endah.

Hayunan tangan, gaya menepis angin kebiasaan Hafizul disambut kemas tidak semena-mena oleh Farhan. Kejap. Serius di balik kaca mata hitam itu, bebola matanya tepat memandang Hafizul. Seolah di minta untuk mendengar dengan baik.

“ Akhi, ana serius ni.”

“ Ok.”

Udara di luar tidak lagi menurunkan butir-butir dingin dari surga awan Illahi. Namun masih terasa kesejukannya, Mungkin saja kesejukan suhu luar telah berjaya dalam menembusi kemegahan gah-nya ‘Tokyo Narita’. Juga mungkin ya, menembusi hati ikhwah yang berada di dalamnya. Menumpang teduhan.

Kedengaran sekali lagi pengumuman agar semua penumpang yang bakal berangkat ke Malaysia untuk segera masuk ke balai pelepasan bagi urusan pemeriksaan tiket dan persediaan diri.

“ Tolong jaga diri anta. Tolong sangat. Minta jaga keimanan anta dengan baik. Moga kita masuk surga sama-sama. Janji ya.”

Dalam kenyamanan tiba-tiba Farhan terus memeluk ketat Hafizul. Detik berjalan perlahan. Dipejamnya mata. Bertentangan dengan dia, Hafizul terbungkam mata. Terkejut. Kelembutan dan sakinah terasa meresap melalui pelukan. Rasa tenang, seolah jiwa di alirkan dengan cahaya wahyu Illahi. Rasa apakah ini agaknya Ya Allah?

Jangan risau, walau lautan dan darat memisahkan kita, tapi langit dan awan masih tetap menghubungkin kita berdua, bukan?”

Sedar matanya kian berair lagi. Arakian cuba menahan empangan itu daripada pecah dengan memejam mata. Mana mungkin dia boleh menangis. Dia tidak mahu. Sumpah dia letih bersedih atas semua ini. Mungkin saja lebih baik dia tidak bertemu dengan Farhan di Nihon. Tapi jauh di sudut hati paling dalam, ya! Dia juga tak dapat menafikan akan keberadaan Farhan di sisi akhirnya membawa dia kembali memahami akan hakikat keimanan, ukhuwah dan realiti kehidupan itu sendiri.

Dia terdiam.

Seolah masa benar-benar berjalan dengan lambatnya.

“ Jom Farhan, kita pergi sekarang.”

Kehadiran seorang muslimah di sisi Farhan mengejutkan Hafizul. Owh ye, baru dia teringat. Kakak kepada Farhan juga belajar di sini, tidak silap dia di Showa University Of Medicine. Dalam bidang Audiologi. Mungkin.

“ Ye kak! Baiklah.”

Pelukan dilepaskan. Senyuman manis dilemparkan

“Ok-lah akhi, Insyaallah kita bertemu lagi ya.”

Farhan berkalih menuju ke balai pelepasan, membawa beg prada besarnya sesaat sebelum tiba-tiba menyedari tangan kirinya di sambar perlahan oleh seseorang tiba-tiba. Hangat bersarung tangan. Ketat.

Farhan memandang kebelakang.

“ Hafizul?”

Esakan kedengaran.

“ Maafkan ana ya. Selama ini ana layan enta endah tak endah je.”

Mata besar Farhan tadi bertukar menjadi raut senyuman. Menatap lembut wajah sahabatnya. Sesaat lama mereka menikmati rasa chenta dalam bibit perpisahan, sebelum Farhan memegang lembut bahu kanan Hafizul.

Hafizul pula masih lagi teresak-esak. Menahan sedu sedan. Mungkin cuba ditahan. Menggosok hidung menggunakan belakang tangan yang satu lagi.

“ Gomenasai akhi…”
(Minta maaf akhi)

“ Tak apa.”

“ Owh ye. Anta masih ingat hari pertama kita?”

“ Maksud anta?”

“ Tujuan ana datang, selain kerana Fillah, ana janji nak kongsi sesuatu?”

“ Erm, apa dia?”

“ Ini dia. Hadiah untuk anta.”

Angkat kening dua kali. Senyum.

Buku berwarna hitam dibalut kemas disambut perlahan Hafizul. Melihat sekilas muka depannya sebelum pandangan matanya menjamu kembali wajah Farhan yang masih tidak lekang dek senyuman.

“ Untuk apa?”

Sedu. Lap hidung.

Dibalas senyum.

“ Hari jadi anta hari ini kan. Moga Allah panjang-kan umur anta.”

Mata membesar.

“ Ana tak lupa kan? Juga….”

Kolam matanya memanas. Suam-suam turun lalu membasahi janggut tipisnya. Bahu turun naik melepaskan segala keterharuan.

“ Moga Allah temukan juga kita berdua di surga nanti ya.”

Deras.

Dari bahu, tangan kanan Farhan laju turun ke tangan Hafizul.

“ Dah-dah. Jangan menangis, nanti tak ‘kyeopta’ dah, hehe.”

Hafizul senyap. Mata berkacanya hanya terus memandang tepat wajah Farhan. Naik turun bahu dia.

“ Baca ya buku tu, sayonara akhi.”

Cipiki-cipika. Sesaat terhenti. Lambaian tangan menjadi semakin jauh. Mata semakin menatap jauh menghantar wajah penuh senyuman itu menuruni tangga eskalator.

“ Kenapa Farhan beri buku tu pada dia?”

“ Sebab, a’an sayang dia Fillah kak. Aishitemasu Fillah. ”

Muslimah itu tersenyum. Memandang Farhan dari belakang ketika menuruni eskalator. Perasan lama bahawa buku itu kesayangan adik bongsu lelakinya itu. Dihadiahkan pula buat seseorang kawan yang tinggal berjauhan dari Malaysia. Bahkan di Jepun pula. Datang kali ini pun, hanya semata menziarahi kawannya itu. Dia sendiri pun tidak percaya sebenarnya.

Air jernih mengalir. Dia seka.

“ A’an menangis ya?”

Sebelum kaki sempat menapak di akhir eskalator, Farhan sempat memandang kebelakang. Tepat di wajah bersih kakaknya.

“ A’ah. A’an sayang dia.”

Muslimah itu tersenyum lagi. Kini lebih indah. Perasan di wajah adiknya itu, butir-butir kaca terus mengalir dengan perlahan.

Dibiarkan tidak diseka.


………………………………………………



Hafizul memandang buku di tangannya. Bahu masih turun naik. Titisan kadang jatuh membasahi muka depan buku dipandangannya. Tidak dihiraukan suasana di sekeliling dia.

Dia lap permukaan buku. Kini di kornea matanya, kelihatan gambar seberkas seolah manusia membentuk sebuah bulatan. Di dalamnya terisi buahan warna-warni.

Dia baca dengan perlahan. Dalam Dekapan Ukhuwah, Salim A. Fillah.

“ Dalam dekapan ukhuwah, kita mengambil cinta dari langit.
Lalu menebarkannya di bumi. Sungguh di surga, menara-menara
Cahaya menjulang untuk hati yang saling mencinta.
Mari membangunnya dari sini, dalam dekapan ukhuwah.”

Dan dia terus menangis.

Dia ingat rangkap ayat ini. Dia ingat. Rupa-rupanya selalu di ulang Farhan dari minit awal perkenalan mereka, sehingga kini.

Mengiri pemergian Farhan yang kini jauh di hujung mata.

“ Aishitemasu Fillah, akh.”


Nanges.


-PAB yang kyeopta!-
(tersembur)

Alhamdulillah selesai dihabiskan cerpen kali ini. Buat pertama kali berjaya menghasilkan tema yang sumpah sungguh mencabar juga, menggabungkan tiga prinsip utama: keimanan, ukhuwwah dan bumi Nihon itu sendiri.

Asal cerita ini adalah dek penangan saya kerana sungguh terkesan dalam membaca buku 'Dalam Dekapan Ukhuwah' karya sutradara Salim A. Fillah. 

Membaca bab satu yang permulaan je, bahasa puitis dan sasteranya yang sungguh bergaya lagi encem buat saya tak rasa tanah je. Fuh! Lap peluh besar oo.. hingga kini, kadang diulang bacaannya. Kiki.

Dan paling penting bagaimana anda semua boleh mendapat ibrah daripada cerita di atas. Semoga anda berjaya membacanya dengan penuh kasih sayang dan juga keterujaan. Lagi haibat membaca bersama teman terchenta anda sambil berkata 'aishitemasu Fillah', ewah! Kih kih

Sayonara Insyaallah!

Aishitemasu Fillah. 

Hakcipta terpelihara (C) Ogos 2013.

Ahad, 18 Ogos 2013

Aishitemasu Fillah i

Entri kali ini dikarang semula daripada entri Bukan sekadar 'Hyung' enta (klik sini) ditambah serbuk cap sakura dan air salji eh! daripada ramuan asli untuk menjadikannya lebih menarik dan punyai mesej tersendiri. Arakian hasil dari komen membina salah seorang si pembaca PAB sebelum ini, hoho. Arigato wa jzzk. 

Maka, nikmatilah. Silakan.


Malam berlalu
Tapi tak mampu kupejamkan mata dirundung rindu
Kepada mereka
Yang wajahnya mengingatkanku akan surga
Wahai fajar terbitlah segera
Agar sempat ku katakan pada mereka
“ Aku mencintai kalian karena Allah.”

-Umar ibn Al-Khattab-


“Assalammualaikum. Issam-san, konichiwa. Ana Farhan Abdullah.”

Lelaki itu menghulurkan tangan, bibir manis memberikan senyuman. Memperkenalkan diri. Bergaya dengan headphone sony melekat di kedua-dua belah telinganya. Bersweater kelabu dengan hood besar.

“ Waalaikumussalam. Sayako-san, konichiwa.” Balas lelaki di hadapannya.

Ceh! Bercakap Jepun-lah pula dia.

Hafizul tersengih sambil menjawab salam dan ucapan selamat tengah hari itu dengan muka kosong. Kemudian dia berpelukan, berlaga pipi kanan dan kirinya yang gebu dengan lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Farhan. Cipiki cipika-lah katakan.

Batuk.

Dia tidak tahu kenapa di satu sudut, tiba-tiba terasa rimas.

“ Anta ini sihatkah?” Tanya Hafizul. Kening kanan diangkat. Menepuk lembut bahu kanan Farhan.

“ Lorh! Kenapa?”

“ Yelah. Siap kenalkan nama penuh lagi. Macamlah kita berdua tak kenal satu sama lain.”

“Eh! Ye ke? Haha.”

Farhan tertawa kecil sambil memahut bahu Hafizul. Mereka berdua berjalan bersama meninggalkan balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita atau lebih dikenali sebagai ‘Tokyo Narita’ yang tersergam kemas dan tersusun. Sesak dengan ramai orang, maklumlah ia merupakan wasilah perhubungan utama untuk trafik udara antara Asia dan Amerika. Bagi Farhan, mujurlah kehadiran Hafizul menyambut dia di lapangan terbang sedikit sebanyak membantu, agar dia tidak sesat di tempat baru. Yelah, new foreigner katakan. Andai tidak, peluh besar dia. Bahkan sudi menerima Farhan sebagai tetamu pada musim sejuk sebegini.

“ Anta ni, lupa nak ucap sesuatu kat anakah?” Farhan menggegarkan sedikit bahu Hafizul dengan pahutan lengannya tadi selepas beberapa langkah. Tersengih.

“ Eh! Apa dia?” Hafizul mengangkat kening. Tak faham. Menjarakkan sedikit pahutan lengan Farhan, melihat dengan muka kurang faham apa yang perlu dia ucapkan pada sahabatnya itu.

“ Yokoso Nippon!” Farhan memberi jawapan, bernada ceria. Mata membesar.

“ Ceh! Tak perlu. Anta pon komfem mesti dah studi sikit-sikit bahasa Jepun waktu kat Malaysia dulu kan?” Hafizul menepis angin. Tidak hairan. Memahami bahawa setiap pelajar Malaysia yang bakal belajar ke Jepun biasanya akan ditawarkan untuk mengikuti kelas persediaan sebelum terbang ke Jepun.

Farhan sekadar tertawa kecil. Menggeleng-geleng kepala.

“ Haha. Masih tak berubah anta ni. Masih dengan gaya bersahaja anta tu.”

Hafizul tersengih. Cuba melepaskan kembali pautan lengan Farhan pada bahunya.

Di luar lapangan terbang Narita, gumpalan tipis lembut bak kapas putih dengan hawa sejuk kelihatan terus turun dengan perlahan-lahan lalu melekat di atas jalan-jalan, rumput-rampai dan bumbung eksotika lapangan terbang Narita.

Indah dan mempesonakan. Seolah bumi sakura ini sedang menyelimutkan dirinya dengan mantera berwarna putih.

“ Akhi, anta sudah serupa semacam orang Jepun-lah. Dah-lah kulit putih lagi. Kakkoii! ”

Farhan menyiku lembut lengan Hafizul. Melihatkan kepada pemakaian Hafizul yang sedang berbungkus dengan baju sejuk berlapis-lapis, memakai sarung tangan tebal dan juga penutup kepala semacam kopiah.

“ Banyaklah enta punya kakkoii. Ana ‘fire’ nanti baru tahu.” Hafizul tersengih.

Kakkoii dalam bahasa melayunya lelaki cute, yang biasanya dikaitkan dengan hotties-hotties dari Jepun. Mudah kata; ‘good looking’.

Batuk.

Ketawa Farhan pecah, dengan ayat ‘fire’ Hafizul yang masih sama seperti dulu. Hafizul memandang kearah teksi yang sedang menunggu di bahu jalan. Dia terasa pelik dengan kehadiran Farhan, menyebabkan dia tidak tahu kenapa, tiba-tiba terasa rimas dengan kehadiran sahabatnya dari Malaysia tiba-tiba itu.

“ Kejap-kejap, anta sihatkah ni?” Tiba-tiba Hafizul memberhentikan langkah dia. Menahan Farhan dengan lengan kanannya.

“ Lorh! Soalan ini lagi?” Farhan masih tersenyum. Mengangkat kening.

“ Takdelah, ana pelik.”

“ Pelik? Pelik kenapa?”

“ Yelah. Takde angin takde ribut takde twister, tiba-tiba anta datang Jepun.”

“ Salah ke?”

Farhan terus mengorak langkah kearah teksi. Sengaja dia menghembus nafasnya ke atas, sambil keluar dari mulutnya asap putih yang nipis. Hafizul mengikut.

“ Bukan begitu.”

“ Habis tu? Three.”

Hafizul mencemik, pandang atas. Sudah masak dengan gurauan Farhan.

Farhan ketawa. Menampakkan lesung pipitnya.

“ Yosh, ana gurau je.”

“ Habis itu, kenapa?”

 “Ana datang mahu kongsi dengan anta sesuatu. ”

Kening Hafizul terangkat. Sambil membantu Farhan memasukkan beg besar prada-nya ke dalam bonet kereta. Tutup bonet. Dia memandang Farhan. Mata mengecil.

“ Apa dia?”

“ Rahsia.” Kenyit mata kanan.

“ Ceh!”

Farhan tertawa. Damai.


……………………………………....


Hafizul mengenali Farhan semenjak sekolah menengah, tepatnya seawal tingkatan empat. Itu daripada jauh. Tidak pernah bersembang bantal apatah lagi makan setalam, mandi se-kolah secebuk, hanya sekadar berselisih ketika di kaki lima asrama ataupun kelas. Hafizul mengenali Farhan dari jauh sebagai seorang figura yang baik, kemas dan sopan.

Farhan juga salah seorang jawatankuasa tertinggi pengawas sekolah, dan sangat dikenali dengan baik di kalangan guru dan rakan taulan yang lain sebagai seorang pelajar yang sangat berbudi pekerti dan baik akhlaknya. Skema. Sopan santun. Hafizul juga mengenali Farhan telah berjaya dengan cemerlang dalam pelajarannya, sentiasa mendapat anugerah pelajar contoh dan genius di setiap tahun. Bersama-sama dengan rakan-rakan ‘surga’-nya yang lain.

Sehinggakan pada Hafizul, merasakan bahawa Farhan sumpah mesti seorang yang sombong, suka pandang rendah orang lain, ‘bajet cool’, punyai aura anak orang kaya dan sombong beruang. Semacam dalam aktor dalam drama dan filem di kotak bercahaya. Maklumlah ‘top student’ fikir dia. Dan pelbagai lagilah gelaran yang tidak sedap dilemparkan oleh Joker dalam diri Hafizul kepada Farhan. Tidak tahu kenapa dia jadi begitu. Bukannya Farhan pernah buat silap pada dia pon.

Malah Farhan juga sangat terkenal di kalangan junior. Mudah ramah, mudah tersenyum, suka membantu, dan sentiasa menjadi tumpuan orang. Bukan sekadar di kalangan pelajar lelaki sahaja, tetapi juga di kalangan pelajar perempuan. Kalau baik, siapa tidak suka. Bahkan dengan pakej muka ‘jambu’ dan korea-nya, sudah tentu ramai bidadari yang menyimpan rasa dalam hati pada Farhan.

Nak katakan Farhan, semacam ‘perfect’ pulak.

Epiknya, Hafizul adalah sangat bertentangan dengan semua sikap Farhan. Bukanlah bermakna dia seorang pelajar yang jahat, tetapi dia lebih dikenali dengan seorang yang malas, selekeh, pelajar bermasalah dengan pelbagai kesalahan yang melanggar disiplin sekolah, ‘burn person’ dan sedikit kurang ajaq (baca: kedah) dengan sebilangan guru dan rakan taulan, bahkan sentiasa mendapat tempat yang tercorot dalam kelas. Ranking dalam tingkatan, lagilah. Punah. Hancus lebus.

Hafizul tika itu sekadar hebat dan menempah nama dalam permainan bola lisut sehingga mewakili sekolah peringkat daerah. Maklumlah sifatnya yang ‘burn person’ itu, menyebabkan lawannya pun kecut dengan dia. Tetapi dia akur dengan tindakan pihak sekolah yang memberhentikan dia daripada terlibat dengan aktiviti sukan, arakian kerana prestasinya dalam akademik yang sangat menyedihkan.

Kepala hentak dinding? Mujur tidak.

Pada Hafizul, dia merasakan dia adalah seorang lelaki yang sangat bernasib buruk. Bad luck. Dipandang rendah, tidak pandai dalam segala hal. Tetapi itu semua dia sekadar memendamnya ketat dalam jiwa dan perasaannya. Dia tidak punyai siapa-siapa untuk diceritakan. Adalah juga sebahagian rakan yang bertanya, tetapi sekadar setakat itu sahaja.

Pertanyaan tanpa bantuan.

Juga tiada bantuan yang seterusnya.

Senyap.

Tapi apa yang menariknya, Hafizul betul-betul mengenali Farhan dengan lebih dekat hanya apabila mereka berdua telah ditetapkan untuk berada dalam satu bulatan gumbira yang sama semasa di tingkatan lima. Dia faham sangat dengan bulatan gumbira dengan aktiviti yang berbaur kealiman tersebut. Tapi dia tiada pilihan lain, melainkan harus komited andai dia mahu cop ‘lulus’ di bahagian keperibadian murid-murid yang bakal tertera di sijil berhenti sekolahnya nanti (hanya di sekolah ini, keke).

Kadang dia tersengih, tersenyum kerang. Geleng kepala. Dia tidak sangka; budak paling malas dan bermasalah seperti dia ditakdirkan untuk berada di dalam kumpulan yang sama dengan pelajar yang sangat dikenali, seorang lelaki ‘sekema’ yang bernama Farhan.

Tapi itu su’u-zonnya dahulu pada Farhan, dan sangkaannya dahulu benar-benar meleset sekarang. Tidak sangka.

Pandangannya tentang Farhan dahulu, semuanya adalah retorik semata-mata. Alfa di gunung sahara.

Sekejap sahaja. Setelah berta’aruf dan bertafahum dengan seorang Farhan, seolah Farhan yang dikatakan sekema itu adalah ‘bidadara surga’ eh! yang dikurniakan oleh Allah ke dalam hidup dia. Farhan sebenarnya jauh daripada sangkaan dia. Bukan insan yang sekadar menghulurkan cinta dan kaseh sayang yang cuba memenuhi ruang lompong hati dia, tetapi juga membawa ketenangan dalam kehidupannya, membawa dia lebih dekat kepada Tuhan kepada dunia, menginginkan surga buat dia.

Hafizul amat menyayangi Farhan.

Kata Farhan, kadang buat dia sebak. Terharu. Penuh gula.

“ Ana nak masuk surga sama-sama dengan anta. Pegang tangan anta. Anta sudi?”

Itu kata yang selalu Farhan ulang. Tidak kira dalam penghujung mesej, mahupun di setiap hujung pertemuan bulatan gumbiranya dahulu.

Farhan juga unik bahkan lain daripada lain, lain daripada rakan-rakan yang pernah dikenalinya. Bukan sekadar sahabat yang mengambil berat, bertanyakan andai ada punyai masalah atau tidak, tetapi Farhan turut serta, bersama-sama dalam membantu menyelesaikan setiap permasalah dia. Tidak sekadar bertanya, tetapi melakukan tindakan ke atas pertanyaan tersebut.

Tidak kisahlah sama ada berjaya atau tidak ‘tindakan’ itu, Hafizul tetap menyenanginya.

Farhan.

Bukan sekadar ‘hyung’ mahupun ‘kakkoii’ bahkan seorang akhi yang luar biasa. Yang dibina atas dasar keimanan kepada Allah. Begitulah kata Farhan selalu.

Tapi itu dahulu, kini lautan dan darat memisahkan mereka berdua selama 5 tahun. Farhan di Malaysia, dan dia pula ditakdirkan terbang ke bumi Jepun ini. Menjadi seorang hyung di bumi sakura.

Dan dia pula semakin futur, larut dan jatuh. Rasa down. Dek penangan fitnah dunia.

Paling utama, dek penangan selepas dia menjadi suspek utama dalam kes ragging yang menyebabkan mangsa bulinya seorang hadek junior hampir koma. Arakian video yang dirakam ketika itu, hampir menjadi tatapan dan bualan yang telah disebar melalui tiub anda. Itu semua, pada 5 tahun yang lepas.

Tapi deritanya terpaksa dia bawa sehingga kini.

Maka-nya jauh di sudut hati dia mengharapkan hadirnya seseorang untuk membantu. Menyelamatkan dia. Superhero dia.

Dan Allah perkenankan hajat hatinya kini.



…………………………………………….



“ Anta ada masalah, boleh share.”

Farhan mencelah. Renungan Hafizul ke luar jendela terganggu, kemudian menoleh kearah suara tadi. Kelihatan Farhan datang membawa bersama dua mug berlogo kelab bola sepak pasukan tarbiyah terkenal di Malaysia, ITMC FC Club. Err Hafizul tidak tahu dari mana datangnya cawan itu. Kelip mata dua kali. Biarlah, dia tidak kisah.

“ Anta ada masalahkah, apa-apa boleh share.”

Farhan  meletakkan kedua-dua mug di atas meja bulat rendah yang berada di tengah ruang tamu. Hafizul mengangkat kening. Kenapa tiba-tiba ada masalahkah muka aku ni?

Farhan tersengih.

Sharing is caring.”

Hafizul terus tersengih. Menggeleng kepala. Kemudian mendekatkan diri ke meja, menarik selimut tebalnya untuk menghangatkan lagi badan tembamnya. Musim fuyu atau musim sejuk di Jepun sememangnya boleh mencecah sehingga 9 darjah selsius. Membuatkan dia terasa bebal. Mujurlah rumahnya dilengkapi dengan sutobo, sejenis dapur tempat pemanas ruangan rumah.

Selepas itu tangkai mug berisi coklat susu di capainya. Di hirupnya dengan perasaan. Hangat.

Rasanya masih sama seperti dulu, sewaktu Farhan membuatnya di zaman sekolah asrama dulu.

Sambil menghirup, hujung bola mata Hafizul tajam menjeling Farhan. Angkat kening.

‘Kenapa kau kisah?’

“ Err kenapa pandang macam hendak makan orang sahaja? Sudah bertransformasi jadi Godzilla monster-kah?” Farhan bercanda.

“ Ceh! Fire nanti baru tahu?”

“ Owh anta ni rupanya otromen kan?” Farhan tertawa kecil. Menolak perlahan bahu Hafizul.

Hafizul mendengus. Sekadar tersenyum kelat.

Mencicip lagi air coklat susu.

“ Oklah gurau je. Bagaimana perkembangan anta di Nihon ni? Dah maju dan semakin baik-kah?” Farhan bertanya sambil mencicip sedikit air coklat panas dari cawannya. Hangat.

“ Perkembangan? Maju? Maksud anta?”

“ Maksud ana, bagaimana dengan pelajaran anta di sini, kehidupan anta ada baikkah dan segalanya berjalan dengan lancar kah?”

“  Anta rasa?” Hafizul membalas endah tak endah.

“ Ana rasa enta dah tak ‘koma’ lagi kot? Anta masih berbulatan gumbira lagi kan di sini, komfem masih lagi masyuk. Is that right?”

Hafizul senyap. Memandang Farhan sekilas kemudian mendengus. Mengembalikan semula pandangan dia ke luar jendela, menatap butir-butir salji yang turun perlahan.

Sejuk.

“ Alah! Soalan itu ana tak payah jawab pon anta dah tahu sangat.”

Farhan tersenyum. Masih mengekalkan ketenangan.

“ Kenapa tak join mereka?”

“ Maksud anta orang-orang ‘angel’ tu?”

“ Enta ini trauma lagi kan?” Farhan mengekalkan kelembutan nadanya. Menyapu lembut bahu Hafizul.

Dia memandang Farhan sekilas kemudian mendengus perlahan.

‘ Aku trauma ke?’

Dia menyoal diri sendiri.

Terus kembali semula melayangkan pandangan ke luar jendela. Seolah salji pun turut seolah merasai kegersangan di dalam jiwa nya yang pedih. Mungkin trauma dengan sesuatu.


Sesuatu yang akhirnya menjadi salah satu faktor terkuat membawa dia terbang membawa diri ke sini.

Ke bumi Sakura.


Bersambung....to be continued..


-PAB-

Bagaimana sejauh ini selepas dibaik pulih dengan jayanya..? 

Eheh.

Untuk makluman, ini kali pertama percubaan saya dalam menghasilkan cerpen yang mempunyai unsur tarbiyah, gabungan dengan bumi sakura di Nihon (Jepun). Owh sungguh ini sumpah eksited!

Maka wahai anda sekalian, jangan segan dan malu beri maklum balas ya..? 

Senyum sapu rambut tepi.

Aishitemasu Fillah. 

Kenapa tukar tajuk? Muahaha rahsia lorh.

Hakcipta terpelihara (C) Ogos 2013.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...