-kredit-
“Assalammualaikum. Issam-san, konichiwa. Farhan El-Razi.”
Lelaki itu menghulurkan salam, dengan mulutnya manis memberikan
senyuman. Memperkenalkan diri.
“ Waalaikumussalam. Sayako-san, konichiwa.” Ceh! Bercakap Jepun-lah
pula dia.
Hafizul tersengih sambil menjawab salam dan ucapan selamat tengah
hari itu dengan muka kosong. Kemudiannya dia berpelukan, berlaga pipi kanan dan
kirinya yang cengkung itu dengan lelaki yang memperkenalkan dirinya bernama
Farhan tersebut. Cipiki-cipika-lah katakan.
Dia tidak tahu kenapa, tiba-tiba dia terasa rimas.
“ Anta ini sihatkah?” Tanya Hafizul. Kening kanan diangkat.
“ Lorh! Kenapa?”
“ Yelah. Siap kenalkan nama penuh anta lagi. Macamlah kita berdua tidak
kenal satu sama lain.”
Lelaki yang bercermin mata berbingkai hitam tebal itu tertawa
kecil sambil memahut bahu Hafizul. Mereka berdua berjalan bersama meninggalkan
Lapangan Terbang Shibuya yang tersergam indah itu.
Di luar lapangan gumpalan tipis lembut bagai kapas yang putih
dengan hawa sejuk kelihatan terus turun dengan perlahan-lahan lalu melekat di
atas jalan-jalan, rumput-rampai dan bumbung eksotika lapangan terbang Shibuya
itu sendiri.
Indah dan mempesonakan. Seolah bumi Jepun ini sedang
menyelimutkan dirinya dengan mantera berwarna putih.
“ Akhi, anta sudah serupa semacam orang Jepun-lah. Dah-lah kulit
putih lagi.”
Farhan menyiku lembut lengan Hafizul. Melihatkan kepada pemakaian
Hafizul yang sedang berbungkus dengan baju sejuk berlapis-lapis, memakai sarung
tangan tebal dan juga topi semacam kopiah.
“ Banyaklah enta punya Jepun. Ana ‘fire’ nanti baru tahu.”
Hafizul tersengih.
Ketawa Farhan pecah, dengan ayat ‘fire’ Hafizul yang masih
sama seperti dulu. Hafizul memandang kearah teksi yang sedang menunggu di bahu
jalan. Dia terasa pelik dengan kehadiran Farhan, menyebabkan dia tidak tahu
kenapa, tiba-tiba terasa rimas dengan kehadiran sahabatnya dari Malaysia itu.
“ Kejap-kejap, anta sihatkah ni?” Tiba-tiba Hafizul memberhentikan
langkah dia. Menahan Farhan dengan lengan kanannya.
“ Lorh! Soalan ini lagi?” Farhan masih tersenyum. Mengangkat
kening.
“ Takdelah, ana pelik.”
“ Pelik? Pelik kenapa?”
“ Yelah. Takde angin takde ribut, tiba-tiba anta datang Jepun.”
“ Salah ke?”
Farhan terus mengorak langkah kearah teksi. Sengaja dia menghembus
nafasnya ke atas, sambil keluar dari mulutnya asap putih yang nipis. Hafizul
mengikut.
“ Bukan begitu.”
“ Habis tu? Three.”
Hafizul mencemik, pandang atas. Sudah masak dengan gurauan Farhan.
Farhan ketawa. Menampakkan lesung pipitnya.
“ Ok, ana gurau je.”
“ Habis itu, kenapa?”
“Ana datang mahu kongsi
dengan anta sesuatu. ”
Kening Hafizul terangkat. Sambil membantu Farhan memasukkan beg
besar prada-nya ke dalam bonet kereta. Dia memandang Farhan. Mata mengecil.
“ Apa dia?”
“ Rahsia.” Kenyit mata kanan.
“ Ceh!”
Farhan tertawa.
Damai.
…………………………………….
Hafizul mengenali Farhan semenjak sekolah menengah, tepatnya
seawal tingkatan empat. Itupun daripada jauh. Tidak pernah bersembang bantal
apatah lagi makan setalam, sekadar berselisih ketika di kaki lima asrama
ataupun kelas. Hafizul mengenali Farhan dari jauh sebagai seorang figura yang
baik, bersih dan sopan. Farhan juga salah seorang jawatankuasa tertinggi
pengawas sekolah, dan sangat dikenali dengan baik di kalangan guru dan rakan
taulan yang lain sebagai seorang pelajar yang sangat berbudi pekerti dan baik
akhlaknya. Hafizul juga mengenali bahawa Farhan telah berjaya dengan cemerlangnya
dalam pelajarannya, sentiasa mendapat anugerah pelajar contoh dan genius di
setiap tahun. Bersama-sama dengan rakan-rakan ‘surga’-nya yang lain.
Sehinggakan pada Hafizul, merasakan bahawa Farhan sumpah mesti
seorang yang sombong, suka pandang rendah orang lain, ‘bajet cool’,
punyai aura anak orang kaya dan sombong beruang. Maklumlah ‘top student’
fikir dia. Dan pelbagai lagilah gelaran yang tidak sedap dilemparkan oleh Joker
dalam diri Hafizul kepada Farhan. Tidak tahu kenapa dia jadi begitu. Bukannya
Farhan pernah buat silap pada dia pon.
Malah Farhan juga sangat terkenal di kalangan junior. Mudah ramah,
mudah tersenyum, suka membantu, dan sentiasa menjadi tumpuan orang. Bukan
sekadar di kalangan pelajar lelaki, tetapi juga di kalangan pelajar perempuan.
Kalau baik, siapa tidak suka. Bahkan dengan pakej muka ‘jambu’ dan korea-nya,
sudah tentu ramai bidadari dan akhawat yang menyimpan rasa dan suka dalam hati
pada Farhan.
Epiknya, Hafizul adalah sangat bertentangan dengan semua sikap
Farhan. Bukanlah bermakna dia seorang pelajar yang jahat, tetapi dia lebih
dikenali dengan seorang yang malas, selekeh, pelajar bermasalah dengan pelbagai
kesalahan yang melanggar disiplin sekolah, ‘burn person’ dan sedikit
kurang ajaq (baca: kedah) dengan sebilangan guru dan rakan taulan, bahkan
sentiasa mendapat tempat yang tercorot dalam kelas. Ranking dalam tingkatan,
lagilah. Punah.
Hafizul tika itu sekadar hebat dan menempah nama dalam permainan
bola lisut sehingga mewakili sekolah peringkat daerah. Maklumlah sifatnya yang
‘burn person’ itu, menyebabkan lawannya pun kecut dengan dia. Tetapi dia
akur dengan tindakan pihak sekolah yang menghentikan beliau daripada terlibat
dengan aktiviti sukan, arakian kerana prestasinya dalam akademik yang sangat
menyedihkan.
Kepala hentak dinding.
Pada Hafizul, dia merasakan dia adalah seorang lelaki yang sangat
bernasib buruk. Bad luck. Dipandang rendah, tidak pandai dalam segala
hal. Tetapi itu semua dia sekadar memendamnya ketat dalam jiwa dan perasaannya.
Dia tidak punyai siapa-siapa untuk diceritakan. Adalah juga sebahagian rakan
yang bertanya, tetapi sekadar setakat itu sahaja.
Tiada bantuan yang seterusnya.
Senyap.
Tapi apa yang menariknya, Hafizul betul-betul mengenali Farhan
dengan lebih dekat hanya apabila mereka berdua telah ditetapkan untuk berada
dalam satu bulatan gumbira yang sama semasa di tingkatan lima. Dia faham sangat
dengan bulatan gumbira dengan aktiviti yang berbaur kealiman tersebut. Tapi dia
tiada pilihan lain, melainkan harus komited andai dia mahu ‘lulus’ di bahagian
keperibadian murid-murid yang bakal tertera di sijil berhenti sekolahnya nanti.
Kadang dia tersengih, tersenyum kerang. Geleng kepala. Dia tidak
sangka; budak paling malas dan bermasalah seperti dia ditakdirkan untuk berada
di dalam kumpulan yang sama dengan pelajar yang sangat dikenali dengan rajin
dan cemerlang, seorang lelaki ‘sekema’ yang bernama Farhan.
Tapi itu su’u-zonnya dahulu pada Farhan, dan sangkaannya dahulu benar-benar
meleset sekarang. Tidak sangka.
Pandangannya tentang Farhan dahulu, semuanya adalah retorik
semata-mata.
Sekejap sahaja. Setelah berta’aruf dan bertafahum dengan seorang Farhan,
seolah Farhan yang dikatakan sekema itu adalah ‘bidadara surga’ eh! yang
dikurniakan oleh Allah ke dalam hidup dia. Farhan sebenarnya jauh daripada
sangkaan dia. Bukan insan yang sekadar menghulurkan cinta dan kaseh sayang yang
cuba memenuhi ruang lompong hati dia, tetapi juga membawa ketenangan dalam
kehidupannya, membawa dia lebih dekat kepada Tuhan kepada dunia, menginginkan surga
buat dia.
Hafizul amat menyayangi Farhan.
Kata Farhan, kadang buat dia sebak. Terharu. Penuh gula.
“ Ana nak masuk surga sama-sama dengan anta. Pegang tangan anta.
Anta sudi?”
Itu kata yang selalu Farhan ulang. Tidak kira dalam penghujung
mesej, mahupun di setiap hujung pertemuan bulatan gumbiranya dahulu.
Farhan juga unik bahkan lain daripada lain, lain daripada rakan-rakan
yang pernah dikenalinya. Bukan sekadar sahabat yang mengambil berat,
bertanyakan andai ada punyai masalah atau tidak, tetapi Farhan turut serta,
bersama-sama dalam membantu menyelesaikan setiap permasalah dia. Tidak sekadar
bertanya, tetapi melakukan tindakan ke atas pertanyaan tersebut.
Tidak kisahlah sama ada berjaya atau tidak ‘tindakan’ itu, Hafizul
tetap menyenanginya.
Farhan.
Bukan sekadar ‘hyung’ mahupun seorang akhi yang biasa.
Tapi seorang sahabat pembawa surga buat dia.
Tapi itu dahulu, kini lautan dan darat memisahkan mereka berdua
selama 5 tahun. Farhan di Malaysia, dan dia terbang ke bumi Jepun ini. Menjadi
seorang hyung di bumi sonata.
Dan dia pula semakin futur, larut dan jatuh. Rasa down. Dek
penangan dunia.
Paling utama, dek penangan apabila dia menjadi suspek utama dalam
kes buli yang menyebabkan mangsa bulinya seorang hadek junior hampir koma
akibat dipukul. Dan video yang dirakam ketika itu, hampir menjadi tatapan dan
bualan yang telah disebar melalui tiub anda.
Maka-nya jauh di sudut hati dia mengharapkan hadirnya seseorang
untuk membantu. Menyelamatkan dia. Superhero dia.
Dan Allah perkenankan hajat hatinya kini.
…………………………………………….
“ Anta ada masalah, boleh share.”
Farhan mencelah. Renungan Hafizul ke luar jendela terganggu,
kemudian menoleh dan kelihatan Farhan datang membawa bersama dua cawan berlogo
kelab bola sepak terkenal di Malaysia, D&T FC Club. Hafizul tidak tahu dari
mana datangnya cawan itu. Biarlah, dia tidak kisah.
“ Anta ada masalahkah, apa-apa boleh share.”
Farhan meletakkan dua buah
cawan itu di atas meja bulat di tengah-tengah ruang tamu. Hafizul mengangkat
kening. Kenapa tiba-tiba ada masalahkah muka aku ni?
Farhan tersengih.
“ Sharing is caring.”
Hafizul mendekatkan diri ke meja kemudian menarik selimut tebalnya
bagi menghangatkan lagi badan kurusnya. Selepas itu tangkai cawan berisi coklat
susu di capainya. Di hirup dengan sedap. Hangat.
Hafizul memandang Farhan. Angkat kening. Senyap.
“ Err kenapa pandang macam hendak makan orang sahaja? Sudah
bertransformasi jadi Godzilla Gorgon-kah?” Farhan bercanda.
“ Ceh! Fire nanti baru tahu?”
“ Semenjak bila pula anta jadi otromen ni?” Farhan tertawa kecil. Menolak
perlahan bahu Hafizul.
Hafizul mendengus. Sekadar tersenyum kelat.
“ Bagaimana perkembangan anta di bumi Jepun ini? Dah maju dan
semakin baik?” Farhan bertanya sambil mencicip sedikit air coklat panas dari
cawannya. Hangat.
“ Perkembangan? Maju? Maksud anta?”
“ Maksud ana, bagaimana dengan pelajaran anta di sini, kehidupan
anta ada baikkah dan segalanya berjalan dengan lancar kah?”
“ Anta rasa?” Hafizul
membalas endah tak endah.
“ Ana rasa enta dah tak ‘koma’ lagi kot? Anta masih berbulatan
gumbira lagi kan di sini, komfem mesti lagi masyuk. Is that right?”
Hafizul senyap. Memandang Farhan sekilas kemudian mendengus.
Mengembalikan semula pandangan dia ke luar jendela, menatap butir-butir salji
yang turun.
“ Alah! Soalan itu ana tak payah jawab pon enta dah tahu sangat.”
Farhan tersenyum. Masih mengekalkan ketenangan.
“ Kenapa tak join mereka?”
“ Maksud enta orang-orang ‘malaikat’ tu? Ceh!” Nada Hafizul
sedikit kasar.
“ Enta ini trauma lagi kan?” Farhan mengekalkan kelembutan
nadanya. Menyapu lembut bahu Hafizul.
Dia memandang Farhan sekilas kemudian mendengus perlahan.
‘ Aku trauma ke?’
Dia menyoal diri sendiri.
Terus kembali melayangkan pandangan ke luar jendela. Seolah salji
pun turut seolah merasai kegersangan di dalam jiwa nya yang pedih. Mungkin
trauma dengan sesuatu.
Sesuatu yang akhirnya membawa dia terbang membawa diri ke sini.
Bersambung....to be continued..
-PAB-
Bagaimana sejauh ini..?
Sengaja di lewatkan untuk suspen yang tidak suspen pon, eheh.
Jangan segan dan malu beri maklum balas ya..?
Senyum sapu rambut tepi.
Bukan sekadara 'Hyung' enta. Hakcipta terpelihara (C) 2013.
Tweet