-Hah! Nampak sahutan kesatria Hijau tu? Apa lagi jum!- |
Pemuda.
Bukannya 1 + 1 sama dengan gewomi.
Eh...tampar saya sikit.
Ok cukup-cukup jangan lebih. Ada juga yang masuk unit rawatan rapi
nanti.
Apabila kita berbicara tentang pemuda, makanya sering tergambar dan terawang pada pemikiran kita bahawa pemuda itu mestilah seseorang yang memiliki rupa paras yang aww cutenya, eheh! kulit yang putih, rambut tutup dahi, tidak terlalu tinggi dan badan sedang-sedang, pemakaian yang bergaya, atas-pada-tarikh dan kasut yang mungkin berwarna-warni dan tidak lupa juga muka ala-ala gewomi. Err ok semua di atas mungkin ada pada fikiran anda yang mungkin tercenderung pada fenomena ceghite manusia sedang berlari atau pon dunia Kay-Pop. Angin sepoi bahasa.
Eh! Bukan?
Kalau bukan kita reverse: hidung yang mancung tersorong-sorong,
mata bundar yang berwarna biru atau selainnya, kulit putih atau sedang-sedang,
tinggi lampai menyentuh pesona awan biru err..badan taff-taff sikit dan
beranjal dengan otot-otot silauan minyak itu, bergaya dengan kot hitam dan
bertai mungkin, kasut bertukar setiap hari berkilat-kilat dan apa sahaja pada
badan mereka segalanya sempurna pada pandangan kita.
Itulah pendefinisian era zaman ini bagi para pemuda.
Ya, mungkin itulah juga definisi pemuda pada pemikiran kita yang
mungkin sedikit agak terpengaruh dengan media gambar dan cetak dari Holi-kayu itu.
Terpengaruh di kotak paras bawah sedar kita. Eh ada kotak? Haha
Hatta paling koman pun pada mereka yang adalah fikrah islamik
sedikit adalah dengan membayangkan pemuda yang gagah pom-pom itu mestilah
lelaki yang di atas kepalanya mestilah sentiasa berketayap, manis dan sedap
mata memandang, malu-malu ikan, sentiasa berbaju cekak musang dan berlengan
panjang itu dan sentiasa terlekat pada beg sandangnya button ‘I Luv Gaza’
sambil membaca majalah artis menang dapat bintang di langit dengan riang
bersama-sama kawan-kawannya. Batuk.
Pengsan.
Sudah tentulah semua di atas bukanlah pendefinisian yang betul
lagi tepat jua padat tentang susuk tubuh seorang pemuda. Apatah lagi apalah
gunanya andai pada fizikalnya mereka sangat memikat hati tetapi pada dalam diri
batinnya mereka sangatlah tidak mampu memberikan sesuatu aspek yang dikatakan ketenangan
jiwa, kebahagiaan hati dan kasih sayang dalam kehidupan mereka dan orang di
sekeliling mereka. Kosong bak kata hadek Najwa anak Pak Latip.
Jauh daripada apa yang sepatutnya dikatakan pemuda.
Sekadar tin kosong kokak kola. Chantek di luar, kosong di dalam.
Yang akhirnya di tenyeh oleh anda, kemudiannya di ‘kick’ oleh anda
dengan bergayanya ke dalam tong sampah di hadapan anda 100 meter. Fuh!
Ya! Jadinya sifat pemuda yang seharusnya ada pada anda mestilah:
Memberi dan sukakan memberi sesuatu. Kata orang, ada ‘isi’. Ada
‘kick’.
Boleh jadi mereka yang tadi meme-lah mampu memberikan sesuatu,
tetapi sesuatu tersebut bukanlah suatu bentuk yang mampu memberikan kebahagian
yang hakiki. Kebahagian yang tidak meninggalkan kesan yang mendalam di lubuk
jiwa. Tiada getaran, cewah ayat aku!
Bersifat sementara. Seperti ada orang yang bahagia bila nonton
gaya gang-nam eh! ada ke bahagia? Batuk. Tetapi bila masa berlalu orang akan
lupa dengan tarian funny horse tersebut, arakian kenalah pula fenomena tsunami cutie
frutie gewomi yang melanda. Selepas itu, entah apa pula tarian yang akan
muncul. Mungkinlah tarian awan biru pula lepas itu, ok muntah kuning.
Jadi apa yang hendak saya bagitahu sebelum menyentuh aspek pemuda
yang suka memberi itu, perasan atau tidak manusia itu jelasnya sifatnya sentiasa
mencari.
Manusia sentiasa mencari dengan apa yang disebutkan sebagai
bahagia.
Mereka mencari bahagia dengan sesuatu yang mampu memberikan
kesenangan hati buat mereka. Selepas dapat bahagia di sini, mereka cuba bahagia
di situ. Selepas bahagia itu, mereka
cari bahagia di sana. Kemudian bila dapat yang sana, mereka terus mencari yang
sinun. Kemudian, oklah sampai bila tak habis, eheh.
Seperti kita bekerja untuk apa?
‘Nak cari duitlah. Apa lagi’
Kemudian?
‘Beli Mek Donal.’
Batuk di situ. Kemudian?
‘Beli rumah atas gunung rehat-selamanya’
Kemudian.
‘Emm Samsung S99?’
Mata bulat. Aku di zaman mana ni? Ok kemudian?
Anda tergaru-garu lutut? Mengamuk dengan soalan saya? Mahu menduku
kepala saya? Ok tenang. Relax dan cool.
Percaya atau tidak, anda akan terus menjawab-jawab soalan tersebut
sehinggalah sama ada anda letih atau penat, mahupun tertidur dek terlalu letih
untuk memikirkan apa lagi yang anda mahukan. Boleh jadi katil wad tanjung
rambutan juga sudah tersedia buat anda. Gelak.
Sedar atau tidak, disebalik semua itu sebenarnya kita semua sedang
mencari dengan apa yang dikatakan sebagai kebahagiaan.
Erti bahagia. Semua orang mencari itu.
Jadinya manusia sentiasa mencari erti bahagia dalam setiap
matlamat mereka.
Makanya apa yang kita harapkan pada golongan yang pemuda ini
mereka mestilah person-in-charge yang mampu memberikan erti kebahagian buat
orang lain yang sentiasa mencari-cari erti bahagia tadi.
Bahagia bukan sahaja sekadar itu sahaja, tapi bahagia yang mana
berpunca daripada manfaat, kebaikan, keamanan, kesejahteraan dan ketenangan
yang disumbangkan oleh para pemuda tadi yang sifatnya suka memberi tadi.
Mungkinlah ada sebahagian aspek itu yang mampu mereka (baca:
golongan yang kononnya kita-kita panggil pemuda) berikan, tetapi ia suatu sifat
yang tidak kekal asli bahkan mudah rapuh sekali dek dunia ini sentiasa berubah
mengikut peredaran zaman, oleh pandangan dan perspektif manusia yang sentiasa
berubah. Oleh teknologi canggih manggih dan pemikiran intelektual manusia yang
sentiasa membuahkan fikiran dan prinsip. Hatta ikut prinsip dunia, semakin
diteguk dunia, semakin dahagakan dunia. Semakin menjarah dunia, semakin tidak
terjarah dunia. Tidak akan pernah puas. Eheh nampak tak seram kat situ.
Arakian mereka yang mencari erti bahagia inilah sepatutnya kita
temukan mereka dengan erti Islam yang sebenar. Kita kenalkan kembali mereka
dengan keindahan Islam. Kita kenalkan mereka dengan kebahagian dalam Islam.
Agar mereka tahu akhirnya semua orang yang hidup dalam Islam ini dan
mengamalkannya dengar benar-benar, adalah mereka yang sentiasa bahagia.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sungguh ajaib keadaan orang
beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan
tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja.
Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah
anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar.
Maka jadilah musibah itu baik untuknya”
-Hadith riwayat Muslim-
Free stress product nampak en orang Islam ni.
Tidak sekadar menjadi muslim biasa-biasa, tetapi menjadi muslim
yang luar biasa. Tidak menjadi muslim muallaf, tetapi menjadi muslim yang
hakiki. Ohoi! Bangga!
Jadi persoalannya adalah siapakah penyampai yang sepatutnya
memainkan peranan penting dalam membentuk individu yang ingin menjadi bahagia
dengan Islam tersebut?
Siapakah yang sepatutnya memiliki sifat suka memberi tersebut?
Yalah! Kitalah! Kitalah pemuda yang sepatutnya berani memegang
tanggungjawab ini. Kitalah pemuda yang sepatutnya menggabungkan diri kita
menjadi sebahagian daripada penyebar bahagia itu. Kita lah sepatutnya menjadi
penunjuk kepada mereka-mereka yang di luar sana yang sedang mencari-cari erti
bahagia tersebut. Bukan hantu apatah lagi jin.
Tersedak.
‘Err sebab apa?’
Sebab pemudalah yang sentiasa membuahkan pemikiran yang baru dan
lebih sesuai. Pemudah lah yang sentiasa mempunyai hamasah atau semangat yang
sangat kritis lagi menggemparkan. Merekalah harapan baru buat ummah yang
dahagakan erti kebahagiaan yang sebenar. Pemudalah yang sentiasa ada rasa untuk
melakukan sesuatu yang mampu memberikan sesuatu sumbangan atau faedah.
Apa? Anda tak ada ‘rasa’ itu? Err anda pemuda kan?
Bukan pe-tua en? Angkat kening dua kali.
Dan kitalah yang menjadi catalyst buat mereka untuk melahirkan sumbangan
tersebut. Dengan kita membina mereka, sebelum mereka mampu menjadi kader yang
benar-benar punyai fikrah yang jernih dan jelas.
Jadinya bila kita berbicara tentang pemuda, sepatutnya pemuda
adalah mereka yang mampu memberikan sesuatu sumbangan yang besar pada diri
mereka sendiri seterusnya orang di sekeliling mereka. Bahkan dengan fikrah dan
visi misi mereka yang jelas itu mampu pula memberikan faedah dan kebaikan buat
insan lain yang bersama dengan mereka. Dan paling terbaiknya adalah mereka pula
mampu membuat perubahan yang besar dalam aspek kehidupan manusiawi di
sekeliling mereka daripada hidup tetapi akhirnya hanya hidup, hidup tidak
membawa sebarang hasil bermanfaat kepada orang lain. Boleh jadi jua kita malu
untuk mengaitkan pemuda sejenis ini dengan ‘harimau mati meninggalkan belang,
manusia padam meninggalkan tanda soal’.
Hatta andai mereka tidak mampu memberikan sesuatu pun, cukuplah
mereka menjadi antara orang yang kuat dalam menyokong setiap dakwah dan
penyebaran Islam yang dilakukan. Jadilah pembantu kepada mereka yang berbuat
baik dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Senyum.
Aha! Paling penting pula jangan menjadi mereka yang pula melawan
dakwah dan penyebaran Islam. Mungkin tidak secara terang-terangan, tapi sekadar
menjadi penyokong sistem jahiliyyah, itu juga sudah dilabel menjadi ‘duri dalam
daging kambing’ bukan?
Persoalan seterusnya yang mesti anda angkat kening adalah:
‘Mahu tahu pemuda apakah kita
sepatutnya jadi?’
Senyum. Naik dada.
Jawap saya wahai anda,
Jadilah pemuda yang punyai fikrah keimanan yang bersih yang yakin
dengan Islamnya, benar-benar ikhlas dan suci niatnya untuk menegakkannya dalam
sendi kehidupan, punyai semangat yang berapi-rapi untuk pertahankannya dan
seterusnya tindakan untuk berkorban dalam memperjuangkan fikrah keimanan
tersebut.
Tidak sekadar ber’hamasah’ bila menyanyikan lagu freedom inche
Zain.
Tidak sekadar ber’syajaah’ bila nyanyi lagu ribatul ukhwah bersama
ikhwah.
Tidak sekadar tidak punyai fikrah yang jelas walhal tidak mampu dalam
memikirkan bagaimana ummah ini akan bebas jika hati-hati manusia di luar sana
masih lagi terpenjara dengan gejala wahn atau chentakan dunia.
Hayatilah sepertimana Imam As-Syahid Hassan Al-Banna telah
berkata:
"Sesungguhnya sesuatu fikrah itu
hanya boleh berjaya bila mana terdapat
pengikut-pengikut yang yakin
penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas
dalam usaha menegakkannya, yang
mempunyai semangat yang berkobar untuk
mempertahankan kewujudannya, dan
disamping itu ada kesediaan yang mendorong
mereka kearah berkorban serta
terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun
tersebut; keyakinan, kejujuran,
semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri
utama pemuda."
Ok terkesan bukan?
Nampak en apakah ciri-ciri UTAMA pemuda seperti yang dinyatakan:
1. Keyakinan
2. Kejujuran
3. Hamasah atau semangat
4. Tindakan
Nampak en apakah ciri-ciri UTAMA pemuda seperti yang dinyatakan:
1. Keyakinan
2. Kejujuran
3. Hamasah atau semangat
4. Tindakan
Jadinya mahu tidak mahu jadilah pemuda yang menggalas visi dan misi
ini bermula dengan membina dan memantapkan keyakinan.
Jadikanlah diri anda pemuda yang jelas dalam membawa keyakinan akan fikrah ini,
kerana asas kepada untuk membawa fikrah ini mestilah punyai keimanan yang jelas
matlamatnya dan hati yang cerdik dalam menilai antara hak dan batil. Manakala
asas kepada keihklasan adalah jiwa yang bersih dan jernih, dan asas kepada
hamasah/ semangat ialah perasaan yang
segar lagi bugar. Dan akhirnya tindakan yang dilakukan pula dilatari oleh
keazaman yang kuat lagi bergaya.
Tiada gunanya hanya andai kita bersemangat sahaja, tetapi kita masih lagi lemau dan selesa untuk melakukan apa yang dinamakan 'tindakan'.
Tiada gunanya hanya andai kita bersemangat sahaja, tetapi kita masih lagi lemau dan selesa untuk melakukan apa yang dinamakan 'tindakan'.
-kredit: Jadilah anda Ar-Rijal At-Taghyir: Pemuda Pengubah, bergaya en?- |
Allah berfirman;
"Sesungguhnya mereka itu adalah
pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan
mereka; dan Kami tambahkan
petunjuk kepada mereka."
-Al-Kahfi ayat 13-
-Al-Kahfi ayat 13-
Tidak percaya?
Lihat lah siapa tidak kenal dengan pemuda Mus'ab Ibnu Umair, si
pemuda yang terkenal dengan gelaran si duta pertama ke kota Madinah yang telah
dilantik oleh Baginda Ar-Rasul. Sehinggakan dikatakan tidak satu rumah pun di
kota Madinah yang tidak pernah tidak didatangi oleh beliau. Fuh! kita di sini, ada rumah kita pergi?
Ok, tersedak.
Ok, tersedak.
Lihatlah juga pada Usamah Bin Zaid. Si pemuda yang telah dilantik
oleh baginda Ar-Rasul untuk menjadi panglima perang untuk memimpin pasukan
Islam menentang golongan kuffar. Sedangkan umurnya baru sahaja belasan tahun.
Ohoi malunya kita!
Siapa tidak kenal Sultan Muhammad Al-Fateh pembebas kota
Konstantinopel?
Dan semua ini tidak lain dan tidak bukan mestilah memerlukan suatu
latihan yang sumpah sangat serius untuk membinanya. Bukan latihan fizikal memanjat
gunung bersama badang si taff, bukan pula latihan memerah otak bersama inche
rambut putih si pembuat mentol. Bukan bukan.
Pasti dan tiada keraguan melainkan kita membinanya melalui jalan
tarbiyah dan dakwah ini. Sumpah! Ini sangat hot tahu!
“Oleh itu sepatutnya kamu
berfikir panjang, bekerja keras, bahkan mestilah kamu menentukan sikap untuk
tampil ke hadapan demi menyelamatkan umat serta menunaikan hak-hak umat dengan
sempurna.”
-As-Syahid Imam Hassan Al-Banna-
Tetapi realiti pemuda di negara kita hakikatnya sangat lemau tin mee segera. Mudah tertewas dengan realiti masa kini yang raksasa jahiliyahnya
sungguh tersangatlah maha haibat. Ironi dan peliknya, kita kalah bukan kerana
kita hidup dalam kesusahan ataupon penindasan, tapi kita telah kalah dalam
kesenangan.
“Ada pemuda yang lahir serta
membesar di tengah-tengah umat yang
keadaannya
tenang lenang kerana kekuasaannya
sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup
mewah. Maka ia pun lebih banyak
menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari
kepentingan umatnya, malah
mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang
hati dan tidak berfikir apa-apa.”
-As-Syahid Imam Hassan Al-Banna-
Tetapi
beruntung pula mereka para pemuda yang lahirnya di tengah-tengah medan perang
dan perjuangan dalam menegakkan hak-hak mereka. Mereka menjadi lelaki-super di tempat
mereka, lantas dengan mudahnya mencebik dan membantal seta membuli jahiliyah dengan
bergayanya. Tidak cemburukah kita?
“Di samping itu ada pula pemuda
yang lahir membesar di tengah-tengah umat
yang terpaksa berjuang dan
bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut terpaksa
berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, harta
kekayaan yang disamun. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang. Pada ketika
itulah kewajipan utama lagi pertama bagi pemuda tersebut supaya menumpukan segala
perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya
sendiri.”
-As-Syahid Imam Hassan Al-Banna-
Nanges.
Malu
tutup muka dan nyaris terjun sungai.
Mereka itu
para pemuda yang sifatnya suka memberi itu, tidak lain hanyalah lebih banyak
menumpukan segala perhatian, kecenderungan, pemikiran, harta, malah jiwa dan
raga mereka demi kepentingan umat lebih banyak daripada faedah diri mereka
sendiri.
Tika umat
sedang berpeluh dengan lebatnya dalam lautan kealpaan, merekalah hadir membawa
sampan peringatannya.
Tika umat
sedang lemas dalam kegelapan merekalah yang membawa lilin untuk menerangi jalan
tersebut.
Tika umat
sedang lena diulit mimpi-mimpi indah bertemankan panda-panda gemok dan tembam maka mereka jugalah yang memberi penepuk bahu dan penampar sayang untuk
disedarkan semula.
Merekalah
pemuda yang bertindak dengan memberi sebaik-baik pemberian.
“Ketika bertindak sedemikian itu,
pemuda tersebut akan memperolehi
kemenangan dan pelbagai kebaikan
serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk
kebajikan dan pahala di akhirat
kelak.”
-As-Syahid Imam Hassan Al-Banna-
Tetapi anda janganlah sedih sebab barangkali kita menjadi yang termasuk ke dalam golongan
yang kedua itu, tentu ada hikmahnya. Seperti saya sebelum ini memikirkan
alangkah indahnya jika dilahirkan sebagai seorang rakyat Palestin atau Syria,
sudah tentu jalan melangkah untuk ke surga itu sangatlah mudah, bak kata orang
di hujung jari je.
Tetapi bila
ditempeleng oleh D&T ini, saya sedar bahwa jalan juang untuk mendapatkan
surga di bumi yang aman sentosa lagi makmur damai ini ehem-ehem batuk-batuk ini
juga sudah tentu terbuka luas buat mereka yang ingin mencari. Ada hikmahnya,
kalau tak pasti saya dah tak menulis sekarang di blok ini, tetapi sedang
memegang mesinggan atau bazooka dengan tersenyum bangganya. Pergh!
Hikmah di
situ, Alhamdulillah. Nampak kan?
Walhal sepaling
tinggilah hikmahnya, di antara sekalian jutaan muslim di atas muka bumi ini,
kita yang berhingus, bertatih, berlampin dan masih menyusu dalam dakwah dan
tarbiyah inilah yang akhirnya Allah pilih kita untuk menegakkan kalimah Islam
di atas muka bumi. Kita juga mampu melihat dengan jelas mereka yang terus
menerus tanpa jemu dalam berjuang dan bertukang lumus demi kebenaran dan
kebebasan.
Dan
seterusnya ia terpulang sama ada kita ini mampu mencontohinya, atau sekadar
makan pisang goreng sambil menonton teletubis dengan girangnya.
Oleh itu, bersedialah wahai angkatan pemuda kesatria hijau,
alangkah hampirnya kemenangan itu untuk orang-orang yang beriman, dan alangkah
besarnya kejayaan yang akan dicapai oleh angkatan pemuda (ulang: pemuda) yang
terus menerus bekerja dan bertindak.
Bertindaklah dengan memberi sesuatu yang berharga buat dunia yang
sentiasa mencari erti bahagia tersebut. Bertindaklah sekarang dengan
menumbuhkan rasa dalam diri untuk memberi sesuatu yang berharga dan bermanfaat
buat umat ini. Perbaikilah diri dengan menumbuhkan rasa bahawa diri anda itu adalah
seorang pemuda.
Kerana pemuda itu sifatnya mesti suka memberi bukan sekadar duduk
melayan hitam-beri.
Memberi sepenuh getaran jiwa dan seikhlas hati bukan sekadar duduk
depan muka buku bergewomi eh!
Dan sudah tentunya semata mata demi mengharap keredhaan Illahi.
Nescaya dichentai Illahi.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, jiwa raga, harta
benda mereka dengan gantian syurga untuk mereka. Mereka berpegang pada
jalan Allah, lalu mereka membunuh atau dibunuh.Itu telah menjadi janji
yang benar dari Allah di dalam kitab Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan
siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah, maka
bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah
kemenangan yang paling besar."
-At-taubah ayat 111-
Yakinlah, ini jalan untuk mendapatkan 'kemenangan yang paling besar' tersebut.
Senyum.
err andai anda seorang wanita, tukarkan pandangan bacaan sebagai untuk seorang pemudi. Tapi andai anda bukan pemuda bahkan pemudi, err...(garu kepala)
-PAB-
Sedang dalam mood PRU13 ini, murobbi selalu hantar mesej minta bantuan untuk berkhidmat demi masa depan negara, jadi agen perubahan sedangkan tanggungjawab D&T di kampus pula semakin bertambah.
Teringin rasanya mahu berjuang bersama-sama dengan mereka, tapi apakan daya, hanya mampu berdoa untuk mereka. Al-maklumlah, sedang juga dalam mood di tahun akhir pengajian. Banyak benda perlu difokuskan.
Andailah saya ini kesatria hijau: boleh berada di mana-mana tempat dalam dua masa, hoho! Tapi itu tidak mungkin.
Semakin itulah pula ramai hadek-hadek mahukan berbulatan gumbira di hostel mereka. Sampai tidak tercukup tangan ini untuk uruskannya. Allah lemahnya aku. Di tempat anda apatah lagi?
Tidakkah anda merasainya juga?
Makanya siapakah lagi yang mahu 'membawa' mereka melainkan kita? Kitalah yang menjadi agen 'perubah' dalam kehidupan mereka. Seterusnya dengan harapan kita pula mampu mencipta agen 'perubah' yang lain.
Walaupon anda bukanlah pemuda kesatria hijau di tahap pangkat tertinggi, tetapi yakinlah anda juga mampu menjadi agen 'at-taghyir' tersebut dengan cara bergeraklah dengan kriteria-kriteria seperti yang telah dinyatakan di atas. Dengan jalan tarbiyah dan dakwah ini.
Bergeraklah walau selangkah untuk mengubah dunia ini.
Yakinlah, bergeraklah. Anda juga mampu bertukar menjadi kesatria hijau itu juga tahu!
Yosh!