School Of Tarbiyyah

Rabu, 13 November 2013

Tentang Jalan Ini

-kredit-

Bismillah..

Saudaraku, 

Biarlah, banyak yang mengira menapaki jalan ini, jalan para Nabi, jalan orang-orang soleh, jalan para syuhada, jalan para pejuang da'wah, adalah beban yang sangat berat. 

Berat, kerana harus banyak bertabrakan dengan kondisi yang berbenturan dengan keinginan. 

Berat, kerana selalu bersinggungan dengan realitas yang tidak sejalan dengan harapan.

Berat, kerana melihat betapa kemungkaran begitu bermaharajalela. 

Berat, kerana harus terus menerus berjalan melawan arus yang berbeda dengan kebanyakan orang.

Biarlah orang menyangka seperti itu. Kerana sebenarnya kita justru merasakan kebalikannya. Kenikmatan, ketenangan, kebersahajaan, yang tak bisa dibayar oleh apa pun. 

Kerana kita justru merasakan pengorbanan itu sebagai sumber kebahagiaan. Kerana kita justru merasakan jerih payah dan kesulitan di jalan ini, sebagai kunci ketenangan hati. Kerana kita justru merasakan peluh dan darah di jalan ini, adalah syarat meraih kesenangan."

"Berjuang di dunia, berharap pertemuan di syurga"
- Muhammad Nursani-


Ukhti, 
keberadaan kita di jalan ini bukan sia sia, malah rahmat dari Allah yang memungkinkan kita sampai ke hari ini. Alhamdulillah wastaghfirullah, betapa ramai yang berbondong- bondong mahu mengikuti jalan ini tetapi akhirnya tertapis oleh tribulasi-tribulasi di sepanjang perjalanan. 

Benar, ianya menuntut darah dan air mata, sakit kita, peluh kita, tangis kita, Allah kira, ukhti. 

Ukhti, 
Sememangnya fitrah jalan ini akan selalu bertentangan dengan keinginan kita, akan selalu memerlukan kita mengorbankan apa yang kita sayang, kerana di situ Allah mahu mengajar kita pergantungan sepenuhnya pada Dia, hanya Dia. 

Ukhti,
Adalah suatu kemanisan bila mana semua yang pahit tadi bertukar menjadi pengalaman yang sangat berharga bagi kita sebagai da'ie. Iya, kita akan selalu menongkah arus yang beda dengan ramai orang, begitulah sifatnya orang yang asing. Asing dalam kegelapan dunia, asing dari kepekatan jahiliyyah. 

Pengorbanan kita, akan terbayar segalanya bila kita sudah sampai di syurga nanti. Bersabarlah, terus bergerak dan beramal demi nama Tuhanmu yang paling Agung. 

"Dulu sebelum join tarbiyyah, ana selalu doa untuk dapat syurga Firdausi, tapi fikir fikir, syurga Firdausi itu kan hanya untuk para Nabi sebab ia paling tinggi. Dan Allah sesungguhnya sangat mengabulkan doa hambaNya, Dia kurniakan ana utk berjalan di atas jalan yang dilalui oleh para Nabi terdahulu."

kerana di jalan inilah yang akan menghantarkan kita ke syurgaNya yang paling tinggi. 

Moga kita semua dapat bertemu di syurgaNya nanti. 

Allah hafeez

Toriq
Shah Alam
08022013


-PAB-

Entry di atas adalah bersumber daripada sini Tentang Jalan Ini (tekan). Karya oleh seorang mahasiswi dari Beijing, China. Ehem, kaitannya dengan entri kali ini arakian kerana hari ini sebenarnya hari yang sangat spesial buat saya.

Priviesli bila dikenangkan kembali sejarah saya dalam d&t ini, gerabak sumpah legen ini, buat saya terfikir. Menembusi langit.

" Kepayahan dan tribulasi dalam dakwah dan tarbiyyah itu sebenarnya, adalah suatu kenikmatan barangkali "

Apapon, doakan semoga PAB terus hidup sehat, wal-afiat dan dirahmati Allah selalu. Kuat untuk terus menulis.

Ehem, sanah helwah PAB.

Eh!

Senyum, kenyit mata.

Rabu, 6 November 2013

Paparazzi ep.1: Perkumpulan Blogger-Blogger d&t yang OSEMness

- (kredit) Yah! Hurriyah!-

Dalam era millennium dengan kecanggihan teknologi sekarang, eskpeseli buat mereka yang berada dalam gerabak syioknya tarbiyah dan dakwah ini, kita dapati ada sebahagian daripada kalangan mereka yang secara tidak langsung membantu dalam menyumbang bagi me-monster-kan lagi skop d&t, agar lebih sesuai dengan masa, tempat dan keadaan. Agar sesuai dengan cita rasa dan jiwa raga para pendokong, da’ie dan mad’u, yang latar belakang masing-masing berbeza, terutamanya mereka yang bergelar pemuda dan pemudi harapan bangsa. 

Fuh ayat!

Yelah kan, dakwah memerlukan pendekatan yang sesuai dengan keadaan subjek yang hendak didakwahkan. Tak boleh main redah dan selamber je. Gamble jer tak boleh. Perlu ada pembaharuan. Ada strategi. Fokus bukan sahaja pada mereka yang hendak didakwahkan, tapi fokus juga termasuk mereka yang hendak buat kerja dakwah ni.

Ironinya, perkumpulan yang bakal saya dedahkan ini menyumbang dalam d&t bukan melalui untaian kata yang manis cap kipas udang di atas pentas atau pon vlogger dan sewaktu dengannya, tapi cukup memberi impak maksimas: yakni melalui penulisan.

Bukan di kertas. Tapi di belog.

Bukan dengan pena. Tapi dengan papan kekunci.

Bukan juga dengan awan, tapi dengan hujan.

Ok meluat.

Ehem! Saya yakin ramai antara kita yang mengenali d&t ini semasa berada di zaman kampus atau u. Maklumlah, kita remaja, sudah mula matang, fikiran mula terbuka, minat pada sesuatu yang membawa kebaikan pada diri kita dunia dan akhirat. Terutamanya bila dibulatan gumbirakan oleh murabbi kita, maka doktrin untuk minat pon muncul dan tersembul untuk join gerabak sumpah osemness ini.

Maka, dalam menjalani kehidupan sebagai seorang ikhwah ataupon akhawat, kita pon mula mencari-cari dengan apa yang dekat dan mudah pada kita: laman sesawang. Kita mula tekan ustaz gogel, puan yahoo cari ikhwah, cari erti tarbiah, baca maksud mutarabbi, juling isu BM, dan tak lupa mula membaca belog-belog yang membicarakan isu tarbiah dan dakwah itu sendiri.

Dan semakin lama ada yang terpengaruh. Dan boleh jadi, mereka itu kuat bukan sekadar bantuan dari bulatan gumbira, tapi di saiyakan juga dengan bantuan dari pembacaan mereka di belog yang berorientasikan d&t tersebut.

Maka dari situ, entri ini muncul. Membicarakan tentang sumber pensaiya-an mereka. Juga anda. Yah, andalah! 

Ketawa nakal.

Arakian, berikut akan disenaraikan nama-nama para blogger yang telah terlibat dalam menjalankan konspirasi tarbiah dengan haibatnya, khususnya melalui media penulisan di belog dan termasuklah juga muka buku, tiub anda dan kicauan burung serta alternatif lain.

Kof kof.

“ Mahu tahu satu rahsia. Persamaan mereka, mereka introvert. Itu sebab hidden identity”

Ok Batuk. Tak tahu betul ke tak.

Nak kata misterius ala sensasi ada jugaklah.

Saya terasa? krik krik

Ok saya tahu semakin panjang lebar saya berbicara dan mengarut. Tanpa membuang masa mari kita menelusuri siapakah mereka yang dinamakan 
'Perkumpulan Blogger-blogger d&t’ ini.

Amaran: Kepada pembaca, ini sekadar pandangan marhaen saya yang banyak main lego je, wakaka. Maka jangan ada selepas ini wujudnya tamarrud kipas susah mati untuk menjatuhkan saya, hoho. Then, kepada para blogger yang belog anda disenaraikan di bawah, silalah menerimanya dengan senang hati. Tiada niat nak mengembang kempiskan hidung anda yang dah sedia luas tu (senyum guling-guling), hanya sekadar untuk menceriakan lagi suasana d&t kita. Baru ada anekanya. Macam lego, ada macam-macam warnanya. Eheh!

Juga ia tidak disusun siapakah yang paling fames antara mereka. Sebab dakwah sememangnya tidak memerlukan populariti. Yang disenaraikan di atas dahulu tidak be-erti terbaik berbanding selepasnya. Hanya disusun secara random, selepas beberapa kajian ke atasnya dilakukan. Cewah macam tesis.

Hoho!

Sekadar persamaan antara mereka, mereka berbicara tentang indah dan berbunganya dakwah dan tarbiyah itu sendiri. (wahhhh nampak tak atas kepala saya panda sedang melompat atas awan). Dan juga, mereka yang tersenarai adalah berprofil ‘misterius’. Tidak dikenali ramai dengan nama sebenar. Jeng! Jeng! Jeng!

Sebab apa? erm ini kan slot paparazzi. Ngee

Okay okay. Dah bersedia.

Betulkan duduk. Sediakan kopi panas.

Ok tu jelah.

Bismillah.

1) Nasi & Lemak.

- (kredit) Janggut ku lebat kan?-

Nama penulis: Inspector Sahaab berasal dari Selangor

Tema belog: Jenis-jenis nasi lemak.

Melihatkan kepada penulisan Mr. Sahaab, kita sudah dapat meng-agak bahawa Mr. Sahaab seorang yang suka bersarapan dengan nasi lemak, ok gurau. Sapu kepala. Jangan marah.

Senyum tutup mulut.

Okay blog Nasi & Lemak menyertai konspirasi tarbiyah melalui blogger bermula dengan penulisan pertama beliau bertajuk Tak Kenal Maka Tak Cinta bertarikh 7 Februari 2012. 

Hasil daripada beberapa kajian dilakukan, cewah; antaranya bila seorang kenalan yang dok sibuk sering berbicara tentang kemunculan Mr. Sahaab dengan post beliau yang mengetuk jiwa. Juga dibuktikan dengan banyak link dan entri yang di share dari Nasi & Lemak oleh ikhwah akhawat lain. Malah, majalah JOM! Yang kata Dakwah itu Mudah juga ada menampilkan dalam beberapa siri, penulisan Mr. Sahaab yang ehem ehem! boleh tahan hebat dan kool itu tahu.

Dengan moto belog ‘Semoga untung di sana’ menunjukkan Mr. Sahaab bukan hanya mahu untuk di dunia dengan hasil post jualan nasi lemak sejuk dan panas beliau, tetapi juga mahu untung di akhirat sana juga. Wah! Chantek bukan.

Dengan bahasa yang santai dan rileks, menyebabkan orang juga mudah tertarik. Terjerat senang kata. Hasil sembang campak bantal dengan beberapa kenalan, tidak dinafikan Mr. Sahaab sememangnya seorang lelaki (alaaa anda dah tahu pown..), dan ada juga ura-ura mengatakan bahawa beliau adalah chuniin kepada seorang senpai yang bernama Malaikat pemakai Jeans itu. Eheh! Entah betul ke idak.

Owh ye, Inspector Sahaab juga dikhabarkan adalah seorang pelajar yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian (nama institusi dirahsiakan. Nanti ada yang terjun sungai). Sumber sahih sila cari sendiri.

Dan mengambil bidang Islamic Finance. Berikut adalah buktinya, muahaha.

(sumber: muka buku beliau)

Kau belajar apa weh ?

Islamic Finance

*tengok atas tengok bawah*

Pehal tengok tengok ?

Asal kau tak islamic pun ?

err


Eh! dah macam paparazzi pulak

Haha, okay.

Selain penulisan dalam bahasa Melayu, Inspector Sahaab juga rajin dalam menulis bahasa omputih. Kerana beliau turut menulis di satu lagi belog beliau yang diberi nama The Other Side. 

Kiranya di situ beliau turut menyebarluaskan lagi cawangan dan saham beliau untuk keuntungan di dunia sana. Di situ anda boleh mengenali beliau dengan lebih rapat ehem lagi. Senyum nakal.

Berikut adalah serba-sedikit komen dan testimoni pembaca tentang Inspector Sahaab:

Nadia Hasnan
Salam. sangat suka dengan hasil penulisan anda. teruskan menulis, saya akan terus setia membaca, InsyaAllah.
 
Aini Ghazali
Peace be upon you Inspector. Your blog is cool
 
Hamizah samsudin 
Indah nukilan kerana hati keep it up :)
anamuzakkar =.=
wah
tacing bhai
T.T
Alfi Ramadhani 
jzkk atas artikel yg best ni ~~~
teruskan menulis di blog ni, akh ! XD
Anonymous
Keep fighting for SH
Inspector asal mcm xde semangat jeh bc comment kamu yg first tuh.
Kamu ade logam tau!
Dan Allah tak tye hei ape hasilnya, tapi woi ape usaha kau. Camtuhaa
Go go go inspector.

Kata-kata quot Osem Inspector Sahaab untuk menerangkan tentang dia: 

"Untuk dakwah yang; hati ku kata cinta, mulut ku kata kasih, tapi amal ku masih belum cukup shahadahnya !"


Ok lap hingus.

Teka-teki untuk beliau: Inche Sahaab, misai inche melentik tak?



- (tunai eh) keep calm and read PAB, eh-


2) Angel Pakai Gucci (APG) a.k.a Angel Wears Gucci

Nama penulis: Inche Gabbana atau nama sebenarnya… (sensored)

Oklah anda. Rasanya sejak awal lagi, bahkan masuk tajuk je, anda sudah tentu akan mengagak yang inche Gabbana pasti akan tersenarai dalam list target hasil paparazzi saya ni. Malah, mungkin ada juga yang bakal membuat konspirasi untuk melanggar bahu saya dek jika tak memasukkan beliau yang legen ini.

Sedikit latar belakang Inche Gabbana. Beliau kini dipercayai bekerja di sebuah syarikat di kota raya. Selain itu beliau seorang pemegang ijazah dalam bidang ekonomi daripada London School Of Economics & Political Sciences. Selain kini bergiat aktif dalam menjadi muwajjih yang sumpah kool di sekitar area lembah klang dan kota raya, khusus buat hadek-hadek di universiti atau kolej tempatan.

Ok itu saja. Nanti ada yang kena baling selipar.

Seperti yang anda tahu, setiap daripada mereka yang join gerabak ni, kalau tidak minat membaca belog pon, mesti pernah mendengar nama belog APG ni. Paling kurang pon, ada rasa eager yang amat sangat. Dek nama yang amat pelik. Sangat.

“ Angel Pakai Gucci? Ape kebenda tu? Keropok ek?”

Gelak guling-guling. Ok orang tu melampau.

Jika melihatkan era penulisan d&t di papan beloger ni, tidak malu sorok muka tersorong-sorong jika saya katakan bahawa inche Gabbana memang seorang ‘pemula’ kepada ‘kerancakan’ arena d&t khususnya di alam maya. Dengan gaya penulisan yang menarik, interaktif, memudahkan sekaligus bahasa stylo juga input yang hendak diterangkan sampai benar kedalam jiwa-jiwa yang ingin disentuh tarbiyah. Malah tidak melampau juga untuk saya mengandaikan yang kebanyakan beloger d&t yang wujud marcapada ini adalah hasil daripada rasa eager akibat penangan dan sepakan penulisan Inche Gabbana yang sumpah OSEM ness itu.

Seterusnya menimbulkan pula minat mereka untuk menjadi seperti Inche Gabbana. Ala-ala Misterius.

“ Hoi PAB! Kau melampau. Tuduh kami menciplak pulak. Nak buku lima ke?”

Nak nak, sebab saya ulat buku. Eh! Eh!.Err bukan itu maksud saya. Sapu belakang kepala.

Oklah tu. Mengambil yang baik untuk dincontohi en.

Selain penggunaan kata stylo tu, Inche Gabbana dengan ‘sayap angel-nya’ juga turut melebarkan sayap beliau bukan sahaja dengan penulisan di belog yang selalu hupdate dengan entri isu semasa dari sudut pandang d&t (sumpah! Dalam seminggu banyak betul menulisnya!), malah muka buku dan kicaun burung turut menjadi mangsa tembakan beliau. Tiub anda juga tidak ketinggalan dengan wujudnya pertandingan Video OSEM APG tahun 2011 dan 12. Inovatif dan segala-tif lah ada.

Ok harap Inche Gabbana sekarang tak bertambah saiz lubang hidung anda.

On the other hand, beberapa penulisan beliau juga turut keluar dalam menghiasi muka majalah JOM! Dakwah itu Mudah. Arakian, terkini dengarnya beliau juga tidak mahu ketinggalan untuk menambah lagi jaringan beliau dengan mewujudkan jualan baju t-shirt khas APG buat dakwah inovatif melalui busana. Fuh legen.

Statemet beliau: We doo too little dakwah, too little tarbiah, and too much Jahiliyyah. Yet we expect to enter Jannah? Pfftttt.. seolah-olah menjadi trend untuk beberapa majalah dakwah membawakan mesej penyampaian yang sangat dekat dengan remaja. Ngam soi orang kata.

(Err adakah saya telah terlampau mengangkut beliau dalam bakul? Oh tidak sekali-kali. Sekadar menceritakan. So, minta tidak anda taksub akibat pujian melangit di atas. Kalau boleh Inche Gabbana jangan baca, nanti kembang kepis. Kembang-kepis apa? eheh!)

Hasil kajian tak berapa kaji pon, antara ayat-ayat hasil inovasi inche Gabbana:
1. OSEM
2. Inche
3. Bulatan Gumbira
4. Sumpah
5. Eh
6. Terjun gaung
7. Gelak guling-guling
8. Muka buku, Kicauan burung, tiub anda
8. Monster belakang gunung (rahsia Inche Gabbana bocor bila time bagi daurah, sebut ayat ni. Haha)

Haha. Ok banyak lagi. Anda pon tahu, kiki.
Of koz, gaya penulisan para penulis marcapada pon kadang ada bau-bau bacang inche Gabbana. Nampak kan betapa freemason-nya Inche Gabbana. Kadang saya pon terpengaruh. Ops! Tutup mulut. Ke anda tak pon tak perasan. Kih kih.
Beginilah. Untuk makluman lanjut, sememangnya Inche Gabbana telah membuat satu entry sempena 200-entrinya berjaya dihasilkan dengan tajuk Angel Wears Gucci.
http://angelwearsgucci.blogspot.com/2010/10/angel-wears-gucci.html
Entri tersebut menceritakan bagaimana semenjak awal bagaimana beliau boleh disapa dengan penulisan, dengan d&t, asal-usul dari mana nama malaikat pakai barangan jenama tersebut dan sebagainya.
Silakan baca dan hadamnya hingga cerna. Rugi kalau anda tidak baca hasil kajian tempatan beliau.
Kadang jika anda lebih lama lagi membaca belog beliau, anda mungkin juga akan terperasan akan latar belakang beliau hasil dari penceritaan beliau. Macam sekolah menengah IG dahulu di sekolah bintang, kemudian menyambung belajar ekonomi kat oversea dan lain-lain. Maklumlah selalunya 80 peratus selalunya penulis akan  menceritakan kisahnya sendiri.
Ops, lupa zip mulut.
Oklah, di bawah beberapa komen kipas susah mati bila setiap kali baca post IG:
orangkuangtang
ok sumpah lejen! too good to be true...but its a good try IG...memang gelak la~ mane tau sape2 yg disebut namenye tu dalam post ni nak buat saranan yg same espeseli DSN..heh
hambafakirdisisiAllah
jazakallahu khaira...post yang menarik dan sedikit sebanyak memberi kesedaran buat diri yang kononnya bergelar dai'e ini. Insha'Allah bahan bacaan ini akan ditransform ke dalam bentuk pelaksanaan.
Anonymous
inche gabbana pon meninggalkn kesan buat saya pertama kali sy membaca majalah jom isu 1.. agak sedih karya anda sudah tidak ada dalam majalah tersebut skrg..boleh dikatakan itu kali pertama sy suka dan menikmati bhn bacaan berunsurkan dakwah dan tarbiyah huhu
Kasih
terfikir nak start menulis macam inche gabbana dalam novel sy, i mean style dakwah tu. tapi tak reti. just follow the flows laa jadinya. btw, pendekatan berhemah tu penting. memang tak boleh nak paksa orang untuk berubah, kan? 
Soalan untuk Inche Gabbana: Belanja saya beg berjenama satu boleh? Ngeee
 
- (kredit) ala-ala bucuk, jangan nanges ea-
3) Budak Tomato
http://budak-tomato.blogspot.com/
Nama penulis: Mato
Semenjak: Disember 2012
mato.tomato9@gmail.com
Pertama kali bila anda melihatkan nama Mato, anda akan mula mengagak yang tema belog beliau tentu berkisar dengan sayuran bulat gwiyomi merah tersebut. Hoho. Tapi jangan terpedaya, nama tidak semestinya menentukan apakah isinya.
Macam buah tomatolah, nampak merah lagi gula gitu. Nak je gigit-gigit dia. Tapi try makan cenggitu je, nah! Komfem minta air sirap merah bandung segelas. Muahaha.
Gelak nakal.
Dan setelah beberapa kali mungkin anda kerap mambaca dan menskrol atas bawah belog beliau, kebanyakan entri akan berkisarkan seseorang yang berlatar belakangkan si pemain papan sekate (baca: skate board). Dan juga inche mato banyak mengetengahkan isu yang berkaitan dengan jiwa dan raga dari sudut persepsi, bukan just luaran je, tapi dalaman, itu yang penting. Jalan cerita banyak dari segi sudut ‘aku’ dan ‘rasa dalam diri’.
Cewwah!
Tentu tidak sangka bukan? Tapi itulah tarbiyah namanya. Walau siapa pon anda sekalipon, walau main papan sekate pon, walau inspector penjual nasi lemak pon, bahkan si angel penggemar Gucci pon masih boleh berdakwah. Dengan cara mereka tersendiri. Dengan cara kita tersendiri.
Hoho. Itulah keistimewaan d&t. Sesiapa pon boleh. Hoyyeah!
Kenyit mata.
Ok berbalik kepada tadi. Inche Mato; seorang tawadhuk, banyak merendah diri.
Dengan mengintroduksikan diri beliau sendiri sebagai:
‘Legend, mana boleh putus asa. Tak meletakkan poyo ditempat pertama mahupun terakhir. Felamaks!’
Inche Mato juga telah mengimplementasikan gaya APG dalam penulisan beliau. Dengan gaya penulisan yang lebih trendy dicampur dengan bahasa yang more to person whos not from religious background, dan cukup dengan penggunaan ayat kata nama gelar diri ‘aku’ ‘kau’ menjadikan orang tidak rasa kekok, dan mungkin rasa bebaz bila membaca.
Dari pemerhatian saya, seperti biasa, mungkin ada beberapa entri budak mato diambil daripada kisah beliau sendiri, seperti entri bertajuk ‘Terbang’: yang menampilkan watak chad dan Qiden. Ok cer anda try baca sendiri. Entah-entah nama watak tupon adalah beliau sendiri, kiki.
Dan bila dikaitkan dengan sayur tomato dan skateboard sangatlah jauh, (jangan fikir sangat nanti pening, kiki) tapi inche mato berjaya menjadikan belog beliau sesuatu yang interaktif dan tak terlampau syadid yang menghampiri gaya kealiman keikhwahan. Jadi, semua peringkat manusia boleh membacanya dengan tenang tanpa berbaur rasa terancam dengan rasa “eh! ni mesti entri nak dakwah ni”.
Jadi, untuk anda mengenali beliau dengan lebih rapat lagi di sini profil beliau:
http://budak-tomato.blogspot.com/2012/12/kenapa-tomato.html
 Dan berikut adalah beberapa komen pembaca yang telahpon membaca belog beliau seterusnya rasa 'zuk' akibat penangan belog ini. Fuh lap peluh.
Anonymous
SELAMAT hari Raya aidilfitri Mato. Terima kasih sebab berjaya buat aku sentap dengan entry2 ko ni. Sebab buat aku sedar balik bila aku leka. Apa pun tabahkan hati ko hadapi Semua Dugaan yg datang. Dan terus menulis. Okay peace yoo. Have a blessing Raya tomorrow.
Hakimah Puat 
trsentak sndiri. pnyampaian sempoi tapi bnyak pengisian. daebak! keep writing. Daie xboleh berhenti. may Allah bless.
Red
Sedihnya. I feel you. semalam baru cakap sorang2, dah lama mato tak tulis cite tentang usrah legend. tiba2, ari ni ada entry pasal ni. everytime baca pasal chad dan qiden, mesti teringat cite fend dan chad dalam contengan jalanan. btw,thanks for the entry. moga bertabah.

Salam aidiladha di perantauan. Moga di bawah jagaan Allah selalu :)
HZQH 
Entry terbaik! Manusia ni mudah terlupa. Kena rajin bagi ingatan, supaya mereka tak sentiasa selesa. Terima kasih atas ingatan ini. Semoga hidupmu di berkati Allah.
Soalan untuk inche mato: Anda suka tomato kah? 
 

-(kredit) Meneropong ummah? Legen-
4) Teh “O” Panas
http://engineeringminda.blogspot.com/
Nama penulis: Encik Musab
Jika inspector sahaab dengan nasi lemak panasnya, lain pula cerita dengan Encik Musab. Dengan memperkenalkan sebuah teh berjenama ‘Teh suam-suam kuku’ maka Encik Musab sambil ala-ala berkata ‘secangkir teh untuk santapan bersama’ telah secara rasminya bersama-sama menjadi pejuang d&t di alam maya semejak tahun 2011 lagi.
Dengan penulisan dan pendekatan penulisan yang, ye, sempoi juga seperti penulis yang sebelum ini kita bersama perkatakan, encik musab turut melebarkan cabang perniagaannya dengan menjadi salah seorang tersenarai dalam cap ‘prada’ di belog APG. Hasil daripada beberapa sumber yang mungkin boleh dipercayai, encik musab masih lagi merupakan seorang belia, lelaki dan mengambil bidang engineering sebagai dasar pentarbiyahan beliau. Ini terbukti dengan alamat belog beliau iaitu engineeringminda.blogspot.com dan bukannya nursingminda dot blogspot dot com, err garu kepala…
Encik Musab yang juga menggelar diri beliau sebagai pembancuh teh, seperti keyboard warrior yang lain, menyediakan satu slot atau entri yang sangat menarik untuk dibaca di blog beliau. Diberi nama ‘Kembara tarbiah’ dan juga tak dilupakan kepada jiwa-jiwa yang dalam hatinya ada taman, panda menari-nari atas awan, disediakan juga entri ‘Cerpen bertema Cinta’ yang berepisod. So, rajin-rajinkan diri anda untuk membaca, ehem moga lebih ceria. Moga tak menjadi Mr.Arrogant eh!
Tidak diceritakan pula kenapa Encik Musab memilih nama belog beliau Teh ‘O’ Panas. Mungkin kerana beliau suka minum teh O. Mungkin juga teh O limau. Mungkin juga air panas itu sendiri. Mungkin seribu kali mungkin, sebab teh O lah perkara pertama yang kita nampak kat kedai atau dapur, setiap kali nak brekfes. Kiranya macam tarbiyahlah, perkara pertama yang kita nampak sekali selepas bangun daripada tidur, setiap pagi, adalah tarbiyyah. Dakwah itu sendiri. Err betul tak encik Musab?
Mungkinkah juga nama beliau sendiri sebenarnya adalah Mus’ab?
Krik krik krik.
Macam kebanyakan orang lain, encik musab juga menemui jalan juang d&t beliau semasa masih menuntut di sebuah kolej persediaan ke luar Negara. Arakian dari situlah terbina si ‘pembancuh teh’ yang punyai tarbiyah dengan haibatnya. Legen bukan. Si pembancuh teh dengan tarbiyah, siapa sangka? Indeed, tarbiyyah never known who is their warrior.
Pergh, English aku. Kiki.
Ok berikut beberapa komen pembaca belog beliau.
Anonymous
masyaAllah en musab.
entri yg terkesan dihati. sbg seorg daie, mana mungkin perkara haq dan bathil disatukan? teruskan mujahadah. Allahu ghayatuna.
Anonymous
Allahu. Sentap. Sungguh :(
Doakan ana supaya istiqomah mengamalkan apa2 yg diajarkan oleh ustaz dan ustazah apabila keluar dari "sekolah agama".
 nars
panahan petir tepat ke hati!

T--T
Permintaan kepada inche Musab: Mamak! Teh O satu! Inche Musab belanja.
 

- (kredit) Tak tahu nak tulis apa, eheh-

5) Muharikah, Dakwah and Islam Connect Us.
Nama penulis: Kak A, seorang perempuan dalam bidang kedukturan.
Kata quot osem: Maju mengalir bersama deru dakwah. (terasa tenang, kiki)
Beliau yang mula berblogging pada tahun 2006, kemudian menukar kepada tema wordpress pada tahun 2007 mendapat pendidikan awal di  sekolah rendah dan menengah Al-Amin Gombak. Di situ beliau mengenal dunia d&t semenjak berusia 16 tahun. Legen bukan? Seterusnya berpeluang melanjutkan pelajaran di University Of Dundee, Scotland, dalam bidang perubatan.
Tapi saya kira, tak perlu untuk menceritakan lebih detail. Sebabnya ramai sebenarnya dah tahu siapakah beliau dan di manakah beliau bekerja. Bahkan dalam wordpress beliau sendiri turut menceritakan siapakah ahli-ahli bulatan gumbira beliau dan murabbiyah beliau.
Dahulunya belog beliau adalah milik persendirian sahaja, dengan erti kata lain sebagai wasilah untuk beliau terus ada connection dengan hadek-hadek bulatan riangnya yang menuntut di luar Negara. Tetapi bila bertukar musim, hadek-hadek usrahnya pulang ke tanah air, ber-Bm dan sebagainya, maka dari situ beliau mula kembali menulis secara solo. Dipendekkan cerita, salah satu penulisannya di website I luv Islam telah di ‘tumbuk’ (baca:hit) sehingga mencecah 19,000 pembaca, maka dari situlah timbulnya idea beliau untuk menghasilkan satu website yang dapat mengumpulkan penulisan anak-anak muda dalam gerabak dakwah ini.
The end, eh.
Belum lagi. Seterusnya muharikah.com telah bergabung dengan satu lagi website yang diberi nama Dakwat.org lalu membentuk QuranicGen.com. Hasil daripada gabungan beberapa ikhwah dan akhawat yang bersatu atas landasan dakwah dan fikrah yang sama. Mantop!
Macam sejarah pulak.
Dan beliau juga merupakan salah seorang penyumbang medan dakwah dalam bidang percetakan dan media khususnya Brotherhood arts dan Pustaka Darul Iman. Selain ‘orang kuat’ dalam penerbitan Majalah JOM! Dan ImanShoppe Store.
Untuk mengenali lebih rapat akan beliau, silalah klik link di bawah dan rajin-rajinkan mata untuk membaca:
http://muharikah.wordpress.com/siapa-saya-dan-apa-itu-muharikah-com/
Berikut adalah beberapa komen yang sempat saya ambik dan curik daripada pembaca di belog beliau:
Rafidah Arifin
perkongsian dari akak Muharikah yang menarik.

tarbiyyah itu, satunya : immune.
duanya : magnet.

understood. by now, dengan jasad dan jiwa yang penuh dengan jahiliyah ni,

masih belum mampu nak capai yang nombor satu. terlalu jauh untuk capai yang nombor dua.
::RnR::
 “Yang tak terisi pastinya tidak dapat mengisi” kn?
baca dimuharikah kebanyakknnya terkna dimuka sendiri,
rasa terpukul pon ada..huhu anyway alhamdulillah terbaik.
wan noraini wan ismail
Alhamdulillah..suka baca tulisan yang simple tapi ada pengisian…..sesuatu yang lahir dari hati akan sampai ke hati..yang penting ikhlas kerana Allah..selebihnya biarlah Allah bimbing kita di samping usaha kita dan doa yang berterusan…..
slahuddin
hebatnya akak.ana ex hdyh jb.ana juga teringin mnjdi penulis yg mampu mengalirkan tarbiyah dan dakwah dalm diri pembaca.cuma msih bertatih2.salam ukhhuwwah ye.
Soalan untuk Kak Muharikah: Errmm, saya nurse. Join d&t. Baru bertatih. Sekian. Ngee

-PAB-
Jadi, bagaimana setakat ini. Anda teruja?

Eheh! So, nantikan sambungannya dalam edisi siasat kita yang lain kali. Nantikan masa dan waktu yang sama dalam rancangan Paparazzi d&t. Khas untuk anda, dari saya PAB. Wartawan kontroversi, ngee.

Iklan: mohon tidak marah.

Senyum.

Selasa, 27 Ogos 2013

Saufa Nabqi Huna


Tunggu jap anda sebelum membaca tu, baca Bismillah then untuk lebih eksited dan penghayatan, silalah dengan tanpa segan (tekan sini untuk lagu), moga mudah-mudahan pembacaan anda lebih mudah faham, dan terkesan tentunya.

-kredit: " Sebenarnya adek yang
patahkan tangan ashkar jahat tu mak! nge
e"


We will remain here

We will remain here so we are healed of the pain
We will live once again and our life will be sweeter

Oh my country, my country, my country, Oh courageous one
Oh my country, my country, my country, Oh myself

Despite all the enemies' schemes despite all the curses
We will seek to spread all the blessings across all the lands
We will strive to lift our spirits
To march to the heights and to challenge the summits

So let us all, with healing and with pen
Be compassionate to those who suffer
And continue our march to higher goals/ambitions/aspirations
And truly become the best of nations

We will remain here so we are healed of the pain
We will live once again and our life will be sweeter

So many sleepless nights we've had, not sleeping until morn
So many obstacles did we crush, so many times did we protect
So many bridges did we cross, so many tears have we shed
In search of the glory and the pinnacle of the pyramid

We spent hours in the frost
Sacrificing all things dear/ precious to realize our dream
If we become upset, we pay no heed and move forward/ahead
As reaching the top of the mountain is truly worth the effort

We will remain here so we are healed of the pain
We will live once again and our life will be sweeter

By the stars in the heavens by the whiffs of the breeze
By the clouds of hope by the birds of the Holy Land
By winter's thunder by all the creatures
Bear witness that I've sworn to the truth

We will remain here so we are healed of the pain
We will live once again and our life will be sweeter

Oh my country, my country, my country, Oh courageous one

Oh my country, my country, my country, Oh myself

-PAB-



Saufa Nabqi Huna.


We will remain here.



Lirik di atas adalah lagu yang di dedikasikan semasa berlakunya konflik dalaman di negara Libya, atau tepatnya semasa Revolusi Libya berlangsung yang mana berakhirnya dengan kematian inche Muammar G. 

Dan prinsip rakyat Libya ketika itu: 'Kami akan kekal di sini'. Di Benghazi.


Dan mereka rakyat Mesir, seperti di medan Rab'ah yang kita lihat sering di kotak bercahaya, berhimpun menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi buat inche Morsi. Insan yang kita semua sayang dia.


Sebenarnya jika diikutkan mahu je mencoretkan beberapa perkara tentang isu semasa, khususnya berkenaan dengan saudara se-Islam kita di Mesir. Err tapi rasanya tak perlu kot, memandangkan telah pon banyak belog yang telah mengulasnya dengan lebih lebar dan detail.


Dan cuma persoalan yang mesti di letakkan ke dalam kotak pikiran anda lalu menguncinya ketat-ketat ialah atau campak sahaja kunci tersebut ke dalam mulut jerung:


" Adakah Allah SWT masih lagi mahu menangguhkan kemenangan Islam dan oh! barangkali Allah mahu menapis siapa antara kita yang benar-benar ikhlas dan terus tetap dalam bekerja demi kemenangan Islam."

Sentap! Sedas!


Maka wahai anda, selalulah kita banyakkan menembak doa, untuk saudara kita di Mesir dan negara lain am-nya. Teruskan konsisten dalam tarbiyah dan dakwah. Kenapa dengan tarbiyah, dakwah? Kerana hanya itu dapat kita bantu mereka, dalam memperjuangkan terus kemuliaan agama Islam yang mulia ini.

Bekerjalah, sehingga Allah memenangkan agama ini, atau Allah terima kesyahidan kita dalam bekalan perjalanan menemui ridha-Nya dalam dekapan dakwah ini.


Dan mereka mengucapkan: 
“Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah (memberi) kepada kami tempat ini sedang kami (diperkenankan) menempati tempat dalam syurga di mana saja yang kami kehendaki; maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal” 

( Az-Zumar ayat 74 )

Rabu, 21 Ogos 2013

Aishitemasu Fillah ii

Sambungan daripada Aishitemasu Fillah i (tekan sini). Sila sediakan earphone dan pasang muzik instrumental yang anda minat ketika membacanya untuk kesan yang lebih bombastik, eheh!

-kredit-
Dalam dekapan ukhuwah kita tersambung
Bukan untuk saling terikat membebani
Melainkan untuk saling tersenyum memahami
Dan saling mengerti dengan kelembutan nurani

-Salim A. Fillah, Dalam Dekapan Ukhuwah-


Menghela nafas. Rasa kosong.

Dilekatkan earphone pada kedua-dua belah telinga. Muzik instrumental piano Lee Ji Soo dimainkan. Love Poem. Kegemaran dia.

Memori teringat menjamu roti halal Bilal, yang dibeli bungkus dari restoren ‘Hikari’, milik seorang ikhwah jepun. Masa itu, tidak tahu kenapa, kata-kata Farhan sangat terkesan. Berkenaan hidup untuk mendapat redha Allah SWT.

Mengetuk jiwa.

“Watashi nihon seikatsu, muzukashiiyone.”
(saya susah hidup kat jepun..)

Bungkusan roti diletakkan di atas meja bulat. Terus Hafizul melenakan badan di atas sofa panjang di ruang tamu. Kuliahnya baru sahaja berakhir. Penat sungguh. Mengeluh.

“Limaza anta ya uhibbuka akhi?”
(kenapa kamu wahai saudaraku terchenta?)

Farhan menguntum senyuman. Kebetulan baru selesai mengemas rumah dan memasak, dia terus duduk di sofa, berhadapan dengan Hafizul.

“Amboi. Bahasa arab mari nampak.”

Farhan ketawa kecil.

“Can you repeat again?.” 

“Watashi nihon seikatsu, muzukashiiyone.”
(saya susah hidup kat jepun..)

Hafizul mengulang. Meletakkan tangan di dahinya. Memandang tepat ke siling yang kosong. Farhan, dengan candanya kembali. Sekejap bahasa Melayu, Bahasa Arab, sekarang Inggeris pulak.

“ Emm, anta kenal Khaled Mesy’al?”

“ Erm…yang Menteri Luar Kerajaan Hamas tu ke?”

“Sou-sou.” (ha’ah)

“Kenapa dengan dia?”

Hafizul mengalihkan perhatian dia pada Farhan. Angkat kening.

“Sebelum ini ada wartawan pernah tanya dia, ‘Apakah yang kami boleh bantu anda di Palestin?’

“Ok, so?”

“Jawapan Khaled Mesy’al simple je. Kata dia, bangunkanlah umat di kawasan kamu. Itulah bantuan terbesar kamu terhadap kami, selain doa-doa yang kamu tembakkan selepas solat dan ketika qiammullail.”

Hafizul terjentik. Menarik.

“Membina dengan apa, means please?”

Farhan tersenyum. “ Semestinya dengan keimanan kepada Allah SWT. Kita bina kembali diri kita seterusnya masyarakat agar semula memahami Islam dan mengamalkannya dalam aspek kehidupan. Sebab kerana, hanya mereka yang memahami Islam dengan erti kata yang sebenarlah yang mampu bergerak dalam membebaskan Palestin, seterusnya membebaskan Islam daripada kehinaan hari ini.”

“Jadi, kaitannya dengan ana?”

“Keimanan anta.”

“Keimanan ana?”

“Yup! Dengan keimanan segalanya menjadi mudah. Dengan keimanan, segala perkara dan masalah menjadi mudah. Masalah anta yang susah hidup di sini, bahkan masalah negara juga mampu diselesaikan jika kita kembali membina keimanan dengan erti kata yang sebenar. Itulah sebabnya Ar-Rasul hadir dan menyuruh kita ‘first time’ sekali beriman dengan sebenar-benarnya kepada Allah. Bukan yang lain.”

“Ok, jadi kenapa Palestin sampai sekarang tidak merdeka lagi?”

“Sebab keimanan mereka dan kita tidak mampu cukup kuat lagi, bagi menembusi sempadan dan tahanan yang direka-reka manusia sendiri.”

Hafizul terdiam.

Keimanan.

Dengan keimanan yang sebenar-benarnya, masalah boleh selesai.

Keimanan.

Membina keimanan.

Perkara yang sentiasa diulang oleh Farhan. Dan itu juga perkara yang dia lihat pada kehidupan seharian Farhan sepanjang berada di rumah. Kehidupan seorang muslim. Membina keimanan dengan sentiasa menunaikan solat pada waktunya, melazimi tilawah dan hafazan Quran, al-mathurat, malah masih berbulatan gumbira melalui ‘skype’ dengan ikhwah di Malaysia dan kadang membersihkan rumah pula. Memasak apatah lagi.

Pernah ditanya. Selepas usai Farhan mengaji Quran.

“Anta tak bosan ke buat benda yang sama?”

“Err soalan anta ni pelik.”

“Pelik? Kenapa pulak?”

“Perlu ke bosan dalam perkara yang membina dan mengukuhkan keimanan kita sendiri?”

Dan dia terdiam. Speechless.

Tidak tahu berapa lama dia tinggalkan itu semua. Tarbiyah? Seolah sudah dicampak jauh nun di gunung Fuji.

“Err akhi?”

“Emm?”

“Sharing is caring.”

“Heh! Tak payah!”

Menepuk angin.

Muzik instrumental tamat. Bayangan memori juga tamat sesaat selepas kembali menghela nafas. Melihat awan. Muzik instrumental Spring Waltz pula dimainkan. Yiruma.

‘Keimanan……membina keimanan’

Dan butir-butir putih kecil terus turun dengan perlahan.



…………………………………………....



“ Oh! Jadi inilah dia seorang akhi yang khabarnya memukul seorang hadek junior sampai lebam dan koma tu ea.”

“ Ceh! Muka dah nampak baik lagi suci, rupa-rupanya seorang pembuli tegar a.k.a akhi Hak!”

“ Power ah! Tak sangka di belakang history rupanya dia seorang gangster sekolah! Suka-nya!”

Erk…

Dan pelbagai lagi tuduhan kasar ditembak malahan di-sniper tepatnya pada dada dia. Tidak kira lagi berapa banyak surat layang yang diterima, malahan kutukan dan makian yang diterima menyebabkan dia semakin lemah dan futur terkesima. Ironinya, jika itu semua datang daripada rakan taulan yang tidak biasa bertegur sapa, tidak mengapa lagi. Tapi dahsyat lagi menggerunkan dia, itu semua datang daripada sebahagian ikhwah di dalam bulatan gumbiranya sendiri. Datang daripada sebahagian ikhwah yang juga berada bersama-samanya dalam gerabak tarbiah ini.

Sumpah! Pengsan.

Ini kah wajah sebenar ikhwah! Pfttttt!!

‘Apa bezanya mereka dengan orang lain, rupanya sama je!’

Dia dipulau dan disungai eh! apatah lagi di pandang enteng dengan hujung mata tajam para rakan yang lain, sehingga seolah-seolah dialah orang yang paling tergangster di dunia. Dia mengaku bahawa itu adalah kesilapan dia, dan dia sangat menyesalinya. Dia benar-benar telah bertaubat. Bahkan dia turut membuat keterangan pada sidang media tempatan dan mengakui akan kesilapannya seterusnya memohon maaf kepada keluarga hadek junior yang di-bantai-nya. Dia telah melakukan segalanya bagi menyatakan bahawa dia menyesal.

Bak hang aku menyesai oii!

Jika dikenang semula malam kejadian, sebenarnya bukanlah dia menjadi faktor utama kepada koma-nya hadek tersebut, tetapi dia sekadar memprovokasi. Entah bagaimana hendak dijadikan cerita, provokasinya itu akhirnya terjebak ke kancah ‘ragging’ dan tomoi yang ngeri untuk diceritakan di sini.

Semua itu menyebabkan dia akhirnya dilanda rasa trauma yang amat sangat. Trauma kepada sebuah bulatan yang selalu dihadiri oleh orang-orang ‘surga’ itu. Tidak mempercayai lagi bahawa bulatan gumbira itulah wasilah utama dan terbaik dalam mendidik hati-hati insan yang dahagakan sentuhan keimanan yang menenangkan. Ingatkan mereka yang berada dalam gerabak ini, akan terus mem-back-up nya, mempercayainya, tetapi yang berlaku adalah di sebaliknya. Terus pula memulau-nya. Menyalahkan dia terus-terusan.

Pffftttt!

Tidak percaya yang hampir sahaja dia ingin memusuhi pulak puak bulatan keriangan itu. Cuma tidak kesampaian sahaja lagi untuk meneruskan usaha niat sahabatnya karibnya dahulu, Asyrafee dalam menubuhkan Kelab Anti Usrah a.k.a KAU.

“ Err ‘Hyung’, anta tengah teringatkan mana-mana bidadari kat Jepun ni ke?”

Lamunan dia terputus. Kembali melihat muka Farhan.

Ceh! Bidadari? Tersengih.

“ Banyaklah anta punya bidadari Jepun. Ana…”

Fire nanti baru tau.” Farhan menyambung kata Hafizul, kemudian pecah ketawa dia.

Senang menyakat Hafizul.

“ Haha kelakar ke?” Hafizul menjeling. Buat-buat ketawa.

Sharing is caring you know.” Farhan menjeling sambil memahut bahu Hafizul yang lebih tinggi sedikit daripada dia.

“ Ok lah inche Farhan ooii.” Balas dia pendek. Mendongak kepala, kembali melihat awan yang sedang menurunkan butir-butir salji putih. Indah dan putih bersih. Mendamaikan.

Mereka berdua kemudian terus berjalan beriringan. Sengaja Farhan mengajak Hafizul petang itu untuk keluar ke nihon teien atau  taman permainan. Terletak berdekatan dengan kaikang atau rumah penempatan pelajar Malaysia di mana tempat mereka menginap. Kata Farhan, itulah permintaan terakhir sebelum dia bakal kembali berangkat ke Malaysia pada hari lusa. Kalau tidak, jangan harap dia akan menemani sahabatnya itu keluar. Cuaca pun sejuk, tetapi dek rasa bersalah dia turutkan juga permintaan Farhan.

Tapi dia pun pening juga, banyak-banyak tempat menarik dan interaktif di bumi Jepun ini, Farhan pilih juga nihon teien yang tiada apa-apa erti pada dia. Kosong. Hanya ada papan gelongsor, dan dua tempat duduk permainan buaian.

Pernah ditanya sebelum ni:

“Anta ni nak duduk rumah je ke? Tak mahu keluar jalan-jalan?”

“Tak mahu.”

“Err kenapa pulak? Pergilah jalan-jalan.”

“Tak mahu. Nak duduk rumah. Nak bercanda dengan enta.”

“Datang dari jauh, semata-mata nak bercanda dengan ana je. Haish!”

Jatuh kerusi.

Senyuman Farhan tika itu tersembunyi seribu makna.

Di nihon teien, mereka berdua duduk sebelah menyebelah di atas buaian. Bersama mentadabbur alam petang yang mendamaikan.

Hafizul kemudian menadah tangan sambil tidak mempedulikan pandangan Farhan pada dia, menanti kedamaian turun, menyirami hati dia yang gelisah.

Agar basah mungkin, dengan kelembutan untuk kembali kepada fitrah.

Fitrah yang mendamaikan.

Eh! Kenapa tiba-tiba dia terasa ‘untuk kembali’?

“ Enta nak tahu, kedamaian hanya akan diperolehi bila kita kembali kepada fitrah?”

Farhan  bersuara, sambil matanya terus memandang di hadapan. Salji terus turun dengan perlahan.

‘Eh! Macam mana dia dapat ‘detect’ ni?’

Terkebil-kebil Hafizul memandang Farhan.

“Seperti yang Allah nyatakan dalam wahyu:

"Maka hadapkanlah dirimu (Wahai Muhammad) kearah agama yang jauh daripada kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu AGAMA YANG ALLAH  MENCIPTAKAN MANUSIA (dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) UNTUK MENERIMANYA; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

Farhan melihat langit. Membetulkan duduk cermin matanya. Tapak kaki kejap menapak bumi yang penuh dengan salji nipis.

“Surah al- Ruum kan?”

Sou-sou.”
(ha’ah)

Bunyi geseran buaian yang diayun perlahan mencipta suasana. Kaki Hafizul sedikit terapung dari graviti bumi.

“Seperti yuki, dahulunya kita seperti yuki, putih dan bersih. Lahirnya kita kat bumi, Tuhan ciptakan kita semua bersih dan suci. Such as yuki, it is right?”

Senyap. Bunyi buaian terus menjadi irama.

Hafizul terus melihat butir-butir putih yang turun dari langit. Ya, salji sememangnya putih dan bersih. Suci.

“Begitulah setiap manusia menghendaki kebaikan kebaikan. Tak kira mereka muslim, non-muslim atau atheis sekalipon jika di tanya pasti mereka menghendaki nilai murni kebaikan itu sendiri. Sebab ia adalah asas kepada kejadian. Perasaan mahu kebaikan, adalah ‘asas’ kepada manusia dan tak lupa juga ‘asas’ kepada makhluk-Nya yang lain.”

Di akhir sudut pandang sebelum menjamu bumi, dia terpandang seekor burung mendarat tepat di atas himpunan ranting lama yang membentuk seperti bekas. Nama pokok itu bunga sakura cherry blossoms. Perlindungan dengan sarang sebegitu, semestinya menghangatkan. Haiwan itu juga mempunyai fitrah? Ya! Terbukti dengan memberikan kaseh dan sayang; menyediakan tempat tinggal buat anaknya.

“Dan kita, tidak dapat tidak, fitrah kita sebagai manusia sudah sedia ada ‘rasa’ untuk kekal atau kembali kepada keimanan hanya pada Allah semata. Keimanan itu sendiri Raja Kebaikan. Dia yang menciptakan kita, Dia juga yang menetapkan bahawa fitrah kita adalah Islam, jadi the point is if you tadabbur that muhibbatul ayah, you will truly understand. And your problem Insyaallah my ‘hyung’, qollas (baca: selesai)”

Farhan menyapu cermin mata dengan hujung lengan baju sejuk tebalnya. Kabur sedikit dek udara yang lembap.

Hafizul sedar. Dia kembali semula mengingati memori zaman tarbiyah Islamiah-nya dulu. Kembali memahami manusia sememangnya mahukan kebaikan. Malah masyarakat Jepun yang non-muslim pon sentiasa mengaplikasikan nilai murni, nilai kepada fitrah yang sangat tinggi di dalam kehidupan seharian mereka. Dari segi penjagaan masa, interaksi antara satu sama lain, dan juga sebagainya. Nah! Mengalahkan orang bukan Islam.

Speechless.

“ Tapi….”

“ Tapi apa?”

“ Sahabat kita yang lain memulau ana, anta tahu? Mereka mengaku mengikut akhlak dan sunnah Ar-Rasul konon, tetapi apabila ana tersilap jalan dan berdosa, mereka bahkan mengutuk, mengeji dan segala bagai, tanpa usul periksa pelak tu. Bukan kah mereka  pendokong fitrah itu? Tapi kenapa realitinya tidak sama dengan yang sepatutnya. Sepatutnya means…. yelah bukan begitu rupanya? ”

Keras. Seolah membentak.

“ Tapi adakah itu alasan anta untuk lari daripada tarbiyah? Untuk tidak lagi hidup di bawah naungan Quran dan As-Sunnah. Jika itulah hakikatnya, itu bermakna anta tidak pernah ikhlas dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim dengan sebenarnya. Kerna keihklasan itu sepatutnya membuahkan rasa istiqamah yang kuat, sehingga ke hari ini. Kerna kita pilih jalan ini dahulu bukan kerana sahabat yang lain, kerna manusia ada salah-silapnya. Kita pilih jalan ini kerna Allah semata, yang punyai sifat yang Maha Sempurna. ”

Hafizul mendengus. Asap jernih kelihatan mulus keluar dari bibir mungirnya.

“ Boleh jadi, kita ikut halaqah dan tarbiyah dahulu, kerna sahabat semata-mata. Bukan kerana Allah SWT. Juga anta kena ingat; ikhwah kita bukan pasukan ‘angel’. Mereka manusia; ada juga cacat celanya.”

“ Dan percayalah walau seisi dunia meminggirkan anta sekalipon, walau seluruh sahabat akan terus memulaukan anta sehingga ke akhirnya, tanpa jemu ana akan terus bersama anta.”

Hafizul memandang redup Farhan. Lama. Tiba-tiba terasa hangat di bawah mata.

“ Kerna ana bersahabat dengan anta bukan kerana dosa dan maksiat yang anta lakukan, pahala apatah lagi. Tapi bersahabat dengan anta kerana Allah semata-mata. Mahu masuk surga sama-sama dengan anta. Tiada yang lain. Fullsetop!”

“ Maknanya?”

“ Prinsip persahabatan dalam Islam; perbuatan buruk sekalipon dilakukan sahabat pada diri kita, itu urusan dia dengan Allah, biar Allah yang menilainya. Tapi urusan kita dengan Allah, adalah melayan sahabat kita itu dengan sebaiknya. Biar Allah juga menilainya.”

Farhan tersenyum. Kemudian melihat langit.

“ Macam awan dan hujan yang melukis pelangi, kita akan melukis surga kita bersama-sama.”

Menarik hingus perlahan.

“ Jiwanglah pulak anta ni!”

Farhan ketawa kecil. Mata menyepet.

“ Andai ditakdirkan ana ke neraka Allah bagaimana? Nauzubillah min zalik.”

“ Ana akan terjun dan ambil anta, bawa masuk ke surga Allah dengan izin-Nya.”

Ah, terasa luruh jantung Hafizul. Mendengar jawapan jujur sebegitu. Lalu dia bangun daripada duduknya, sambil menunduk bergerak kearah rumah.

“ Eh, enta nak pergi mana?”

“ Ana nak pergi nanges..”

“ Erm!”

Dan bahu dia terhenjut-henjut.

Lalu air mata suam tumpah di atas salju yang mendinginkan.




-tambah kredit sebab video bergerak-


“ Tidaklah dua orang yang salih berkasih sayang karena
Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh
salah seorang di antara keduanya.”

-Al-Bukhari dan Ahmad-


Sahabat atas keimanan.

Itu yang selalu Farhan ingatkan. Kata dia iman itu mengikatkan kita dalam tali persaudaraan yang menembus batas ruang tempat dan masa. Ia menyatukan kita dalam doa dan rasa yang selalu kita ungkapkan sesama kita. Mungkin saja kita terpisah oleh ruang dan masa, tapi masih bersatu dan berhubung melalui doa. Dalam iman dan doa, dalam persaudaraan yang melintasi kutub, gurun, lautan, hutan dan juga zaman.

Seperti Rasulullah mempersaudarakan Mus’ab Ibn Umair si rupawan dan elegan, dengan Abdullah Ibn Ummi Maktum, si buta lagi tidak miskin tidak bergaya yang pernah dikisahkan melalui surah Abasa. Mereka di ikatkan dengan perpaduan dakwah penuh cinta. Dalam dakapan ukhuwah. Zahirnya walau ciri-ciri mereka seperti Marikh dan Pluto, arakian jiwa mereka serasi, saling menguatkan dan bersama melengkapkan. Mereka menyemai rasa cinta dan kasih dengan penuh keimanan. Ya, keimanan menyatukan mereka. Dalam dakapan ukhuwah.

Malah persaudaraan atas keimanan jauh lebih mengukuhkan, mengalahkan persaudaraan atas keturunan dan nasab. Dan bahkan persaudaraan nasab seolah tiada erti, tiada, hampa dan tidak bernilai. Jika tiada akidah yakni kepercayaan yang mengikat hati mereka pada satu keyakinan dan kiblat yang sama.

“ Anta, mari kembali kepada keimanan yang sebenarnya.”

Farhan memegang lembut bahu Hafizul.

“ Tak ada perkataan lain ke? Anta dah nak balik dah. Ucap perkataan yang sama lagi.”

“ Maaf akhi, ana takde perkataan lain melainkan mengingatkan tentang keimanan enta.”

“ Yelah yelah. Ana tahu.”

“ Kerana kita berdua terhubung dengan keimanan.”

Gegendang telinga menangkap suara. Pengumuman bahawa semua penumpang yang mahu berangkat ke Malaysia agar bersedia. Mereka kini berada di Lapangan Terbang Antarabangasa Narita. Beberapa minit sahaja lagi, semua penumpang dikehendaki untuk bersedia dan berada dibalai pelepasan.

“ A’an, ana masih tak puas hati dengan anta.”

“ Kenapa?”

“ Ana tak percaya anta datang ke sini, semata-mata just reason hendak melawat dan duduk-duduk kat rumah je. Apa anta dah tak betul ke?”

“ A’ah tak betul kerana merindukan sahabatnya ini. Kiki.”

Farhan menyapu pula lembut kepala Hafizul, kemudian pantas mencubit pipi tembamnya. Hafizul menepis tapi gagal. Aish!

“ Rindu! Tolonglah. Anta tu ‘putera’. Ana ini pula ‘hamba’. Jauh panggang daripada api. Mana boleh rindu. ”

“ Err apa gunanya ‘putera’ andailah ‘an-narr’ juga akhirnya. Lagi baik jadi ‘hamba’ di mata Allah, andai surga menjadi milik kita akhirnya. Ewah!”

Tersenyum, tertawa kecil, menepuk tangan di akhir kata. Tapi tajam, itu pada pengamatan Hafizul.

“ Anta dah lupa? Bukankah kita seperti Mus’ab dengan Abdullah Ibn Maktum. Walau berbeda antara dua darjat, tetapi kita masih mampu menjadi teman terbaik. Bukankah?”

“ Yelah.”

Endah tidak endah.

Hayunan tangan, gaya menepis angin kebiasaan Hafizul disambut kemas tidak semena-mena oleh Farhan. Kejap. Serius di balik kaca mata hitam itu, bebola matanya tepat memandang Hafizul. Seolah di minta untuk mendengar dengan baik.

“ Akhi, ana serius ni.”

“ Ok.”

Udara di luar tidak lagi menurunkan butir-butir dingin dari surga awan Illahi. Namun masih terasa kesejukannya, Mungkin saja kesejukan suhu luar telah berjaya dalam menembusi kemegahan gah-nya ‘Tokyo Narita’. Juga mungkin ya, menembusi hati ikhwah yang berada di dalamnya. Menumpang teduhan.

Kedengaran sekali lagi pengumuman agar semua penumpang yang bakal berangkat ke Malaysia untuk segera masuk ke balai pelepasan bagi urusan pemeriksaan tiket dan persediaan diri.

“ Tolong jaga diri anta. Tolong sangat. Minta jaga keimanan anta dengan baik. Moga kita masuk surga sama-sama. Janji ya.”

Dalam kenyamanan tiba-tiba Farhan terus memeluk ketat Hafizul. Detik berjalan perlahan. Dipejamnya mata. Bertentangan dengan dia, Hafizul terbungkam mata. Terkejut. Kelembutan dan sakinah terasa meresap melalui pelukan. Rasa tenang, seolah jiwa di alirkan dengan cahaya wahyu Illahi. Rasa apakah ini agaknya Ya Allah?

Jangan risau, walau lautan dan darat memisahkan kita, tapi langit dan awan masih tetap menghubungkin kita berdua, bukan?”

Sedar matanya kian berair lagi. Arakian cuba menahan empangan itu daripada pecah dengan memejam mata. Mana mungkin dia boleh menangis. Dia tidak mahu. Sumpah dia letih bersedih atas semua ini. Mungkin saja lebih baik dia tidak bertemu dengan Farhan di Nihon. Tapi jauh di sudut hati paling dalam, ya! Dia juga tak dapat menafikan akan keberadaan Farhan di sisi akhirnya membawa dia kembali memahami akan hakikat keimanan, ukhuwah dan realiti kehidupan itu sendiri.

Dia terdiam.

Seolah masa benar-benar berjalan dengan lambatnya.

“ Jom Farhan, kita pergi sekarang.”

Kehadiran seorang muslimah di sisi Farhan mengejutkan Hafizul. Owh ye, baru dia teringat. Kakak kepada Farhan juga belajar di sini, tidak silap dia di Showa University Of Medicine. Dalam bidang Audiologi. Mungkin.

“ Ye kak! Baiklah.”

Pelukan dilepaskan. Senyuman manis dilemparkan

“Ok-lah akhi, Insyaallah kita bertemu lagi ya.”

Farhan berkalih menuju ke balai pelepasan, membawa beg prada besarnya sesaat sebelum tiba-tiba menyedari tangan kirinya di sambar perlahan oleh seseorang tiba-tiba. Hangat bersarung tangan. Ketat.

Farhan memandang kebelakang.

“ Hafizul?”

Esakan kedengaran.

“ Maafkan ana ya. Selama ini ana layan enta endah tak endah je.”

Mata besar Farhan tadi bertukar menjadi raut senyuman. Menatap lembut wajah sahabatnya. Sesaat lama mereka menikmati rasa chenta dalam bibit perpisahan, sebelum Farhan memegang lembut bahu kanan Hafizul.

Hafizul pula masih lagi teresak-esak. Menahan sedu sedan. Mungkin cuba ditahan. Menggosok hidung menggunakan belakang tangan yang satu lagi.

“ Gomenasai akhi…”
(Minta maaf akhi)

“ Tak apa.”

“ Owh ye. Anta masih ingat hari pertama kita?”

“ Maksud anta?”

“ Tujuan ana datang, selain kerana Fillah, ana janji nak kongsi sesuatu?”

“ Erm, apa dia?”

“ Ini dia. Hadiah untuk anta.”

Angkat kening dua kali. Senyum.

Buku berwarna hitam dibalut kemas disambut perlahan Hafizul. Melihat sekilas muka depannya sebelum pandangan matanya menjamu kembali wajah Farhan yang masih tidak lekang dek senyuman.

“ Untuk apa?”

Sedu. Lap hidung.

Dibalas senyum.

“ Hari jadi anta hari ini kan. Moga Allah panjang-kan umur anta.”

Mata membesar.

“ Ana tak lupa kan? Juga….”

Kolam matanya memanas. Suam-suam turun lalu membasahi janggut tipisnya. Bahu turun naik melepaskan segala keterharuan.

“ Moga Allah temukan juga kita berdua di surga nanti ya.”

Deras.

Dari bahu, tangan kanan Farhan laju turun ke tangan Hafizul.

“ Dah-dah. Jangan menangis, nanti tak ‘kyeopta’ dah, hehe.”

Hafizul senyap. Mata berkacanya hanya terus memandang tepat wajah Farhan. Naik turun bahu dia.

“ Baca ya buku tu, sayonara akhi.”

Cipiki-cipika. Sesaat terhenti. Lambaian tangan menjadi semakin jauh. Mata semakin menatap jauh menghantar wajah penuh senyuman itu menuruni tangga eskalator.

“ Kenapa Farhan beri buku tu pada dia?”

“ Sebab, a’an sayang dia Fillah kak. Aishitemasu Fillah. ”

Muslimah itu tersenyum. Memandang Farhan dari belakang ketika menuruni eskalator. Perasan lama bahawa buku itu kesayangan adik bongsu lelakinya itu. Dihadiahkan pula buat seseorang kawan yang tinggal berjauhan dari Malaysia. Bahkan di Jepun pula. Datang kali ini pun, hanya semata menziarahi kawannya itu. Dia sendiri pun tidak percaya sebenarnya.

Air jernih mengalir. Dia seka.

“ A’an menangis ya?”

Sebelum kaki sempat menapak di akhir eskalator, Farhan sempat memandang kebelakang. Tepat di wajah bersih kakaknya.

“ A’ah. A’an sayang dia.”

Muslimah itu tersenyum lagi. Kini lebih indah. Perasan di wajah adiknya itu, butir-butir kaca terus mengalir dengan perlahan.

Dibiarkan tidak diseka.


………………………………………………



Hafizul memandang buku di tangannya. Bahu masih turun naik. Titisan kadang jatuh membasahi muka depan buku dipandangannya. Tidak dihiraukan suasana di sekeliling dia.

Dia lap permukaan buku. Kini di kornea matanya, kelihatan gambar seberkas seolah manusia membentuk sebuah bulatan. Di dalamnya terisi buahan warna-warni.

Dia baca dengan perlahan. Dalam Dekapan Ukhuwah, Salim A. Fillah.

“ Dalam dekapan ukhuwah, kita mengambil cinta dari langit.
Lalu menebarkannya di bumi. Sungguh di surga, menara-menara
Cahaya menjulang untuk hati yang saling mencinta.
Mari membangunnya dari sini, dalam dekapan ukhuwah.”

Dan dia terus menangis.

Dia ingat rangkap ayat ini. Dia ingat. Rupa-rupanya selalu di ulang Farhan dari minit awal perkenalan mereka, sehingga kini.

Mengiri pemergian Farhan yang kini jauh di hujung mata.

“ Aishitemasu Fillah, akh.”


Nanges.


-PAB yang kyeopta!-
(tersembur)

Alhamdulillah selesai dihabiskan cerpen kali ini. Buat pertama kali berjaya menghasilkan tema yang sumpah sungguh mencabar juga, menggabungkan tiga prinsip utama: keimanan, ukhuwwah dan bumi Nihon itu sendiri.

Asal cerita ini adalah dek penangan saya kerana sungguh terkesan dalam membaca buku 'Dalam Dekapan Ukhuwah' karya sutradara Salim A. Fillah. 

Membaca bab satu yang permulaan je, bahasa puitis dan sasteranya yang sungguh bergaya lagi encem buat saya tak rasa tanah je. Fuh! Lap peluh besar oo.. hingga kini, kadang diulang bacaannya. Kiki.

Dan paling penting bagaimana anda semua boleh mendapat ibrah daripada cerita di atas. Semoga anda berjaya membacanya dengan penuh kasih sayang dan juga keterujaan. Lagi haibat membaca bersama teman terchenta anda sambil berkata 'aishitemasu Fillah', ewah! Kih kih

Sayonara Insyaallah!

Aishitemasu Fillah. 

Hakcipta terpelihara (C) Ogos 2013.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...