School Of Tarbiyyah

Ahad, 18 Ogos 2013

Aishitemasu Fillah i

Entri kali ini dikarang semula daripada entri Bukan sekadar 'Hyung' enta (klik sini) ditambah serbuk cap sakura dan air salji eh! daripada ramuan asli untuk menjadikannya lebih menarik dan punyai mesej tersendiri. Arakian hasil dari komen membina salah seorang si pembaca PAB sebelum ini, hoho. Arigato wa jzzk. 

Maka, nikmatilah. Silakan.


Malam berlalu
Tapi tak mampu kupejamkan mata dirundung rindu
Kepada mereka
Yang wajahnya mengingatkanku akan surga
Wahai fajar terbitlah segera
Agar sempat ku katakan pada mereka
“ Aku mencintai kalian karena Allah.”

-Umar ibn Al-Khattab-


“Assalammualaikum. Issam-san, konichiwa. Ana Farhan Abdullah.”

Lelaki itu menghulurkan tangan, bibir manis memberikan senyuman. Memperkenalkan diri. Bergaya dengan headphone sony melekat di kedua-dua belah telinganya. Bersweater kelabu dengan hood besar.

“ Waalaikumussalam. Sayako-san, konichiwa.” Balas lelaki di hadapannya.

Ceh! Bercakap Jepun-lah pula dia.

Hafizul tersengih sambil menjawab salam dan ucapan selamat tengah hari itu dengan muka kosong. Kemudian dia berpelukan, berlaga pipi kanan dan kirinya yang gebu dengan lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Farhan. Cipiki cipika-lah katakan.

Batuk.

Dia tidak tahu kenapa di satu sudut, tiba-tiba terasa rimas.

“ Anta ini sihatkah?” Tanya Hafizul. Kening kanan diangkat. Menepuk lembut bahu kanan Farhan.

“ Lorh! Kenapa?”

“ Yelah. Siap kenalkan nama penuh lagi. Macamlah kita berdua tak kenal satu sama lain.”

“Eh! Ye ke? Haha.”

Farhan tertawa kecil sambil memahut bahu Hafizul. Mereka berdua berjalan bersama meninggalkan balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita atau lebih dikenali sebagai ‘Tokyo Narita’ yang tersergam kemas dan tersusun. Sesak dengan ramai orang, maklumlah ia merupakan wasilah perhubungan utama untuk trafik udara antara Asia dan Amerika. Bagi Farhan, mujurlah kehadiran Hafizul menyambut dia di lapangan terbang sedikit sebanyak membantu, agar dia tidak sesat di tempat baru. Yelah, new foreigner katakan. Andai tidak, peluh besar dia. Bahkan sudi menerima Farhan sebagai tetamu pada musim sejuk sebegini.

“ Anta ni, lupa nak ucap sesuatu kat anakah?” Farhan menggegarkan sedikit bahu Hafizul dengan pahutan lengannya tadi selepas beberapa langkah. Tersengih.

“ Eh! Apa dia?” Hafizul mengangkat kening. Tak faham. Menjarakkan sedikit pahutan lengan Farhan, melihat dengan muka kurang faham apa yang perlu dia ucapkan pada sahabatnya itu.

“ Yokoso Nippon!” Farhan memberi jawapan, bernada ceria. Mata membesar.

“ Ceh! Tak perlu. Anta pon komfem mesti dah studi sikit-sikit bahasa Jepun waktu kat Malaysia dulu kan?” Hafizul menepis angin. Tidak hairan. Memahami bahawa setiap pelajar Malaysia yang bakal belajar ke Jepun biasanya akan ditawarkan untuk mengikuti kelas persediaan sebelum terbang ke Jepun.

Farhan sekadar tertawa kecil. Menggeleng-geleng kepala.

“ Haha. Masih tak berubah anta ni. Masih dengan gaya bersahaja anta tu.”

Hafizul tersengih. Cuba melepaskan kembali pautan lengan Farhan pada bahunya.

Di luar lapangan terbang Narita, gumpalan tipis lembut bak kapas putih dengan hawa sejuk kelihatan terus turun dengan perlahan-lahan lalu melekat di atas jalan-jalan, rumput-rampai dan bumbung eksotika lapangan terbang Narita.

Indah dan mempesonakan. Seolah bumi sakura ini sedang menyelimutkan dirinya dengan mantera berwarna putih.

“ Akhi, anta sudah serupa semacam orang Jepun-lah. Dah-lah kulit putih lagi. Kakkoii! ”

Farhan menyiku lembut lengan Hafizul. Melihatkan kepada pemakaian Hafizul yang sedang berbungkus dengan baju sejuk berlapis-lapis, memakai sarung tangan tebal dan juga penutup kepala semacam kopiah.

“ Banyaklah enta punya kakkoii. Ana ‘fire’ nanti baru tahu.” Hafizul tersengih.

Kakkoii dalam bahasa melayunya lelaki cute, yang biasanya dikaitkan dengan hotties-hotties dari Jepun. Mudah kata; ‘good looking’.

Batuk.

Ketawa Farhan pecah, dengan ayat ‘fire’ Hafizul yang masih sama seperti dulu. Hafizul memandang kearah teksi yang sedang menunggu di bahu jalan. Dia terasa pelik dengan kehadiran Farhan, menyebabkan dia tidak tahu kenapa, tiba-tiba terasa rimas dengan kehadiran sahabatnya dari Malaysia tiba-tiba itu.

“ Kejap-kejap, anta sihatkah ni?” Tiba-tiba Hafizul memberhentikan langkah dia. Menahan Farhan dengan lengan kanannya.

“ Lorh! Soalan ini lagi?” Farhan masih tersenyum. Mengangkat kening.

“ Takdelah, ana pelik.”

“ Pelik? Pelik kenapa?”

“ Yelah. Takde angin takde ribut takde twister, tiba-tiba anta datang Jepun.”

“ Salah ke?”

Farhan terus mengorak langkah kearah teksi. Sengaja dia menghembus nafasnya ke atas, sambil keluar dari mulutnya asap putih yang nipis. Hafizul mengikut.

“ Bukan begitu.”

“ Habis tu? Three.”

Hafizul mencemik, pandang atas. Sudah masak dengan gurauan Farhan.

Farhan ketawa. Menampakkan lesung pipitnya.

“ Yosh, ana gurau je.”

“ Habis itu, kenapa?”

 “Ana datang mahu kongsi dengan anta sesuatu. ”

Kening Hafizul terangkat. Sambil membantu Farhan memasukkan beg besar prada-nya ke dalam bonet kereta. Tutup bonet. Dia memandang Farhan. Mata mengecil.

“ Apa dia?”

“ Rahsia.” Kenyit mata kanan.

“ Ceh!”

Farhan tertawa. Damai.


……………………………………....


Hafizul mengenali Farhan semenjak sekolah menengah, tepatnya seawal tingkatan empat. Itu daripada jauh. Tidak pernah bersembang bantal apatah lagi makan setalam, mandi se-kolah secebuk, hanya sekadar berselisih ketika di kaki lima asrama ataupun kelas. Hafizul mengenali Farhan dari jauh sebagai seorang figura yang baik, kemas dan sopan.

Farhan juga salah seorang jawatankuasa tertinggi pengawas sekolah, dan sangat dikenali dengan baik di kalangan guru dan rakan taulan yang lain sebagai seorang pelajar yang sangat berbudi pekerti dan baik akhlaknya. Skema. Sopan santun. Hafizul juga mengenali Farhan telah berjaya dengan cemerlang dalam pelajarannya, sentiasa mendapat anugerah pelajar contoh dan genius di setiap tahun. Bersama-sama dengan rakan-rakan ‘surga’-nya yang lain.

Sehinggakan pada Hafizul, merasakan bahawa Farhan sumpah mesti seorang yang sombong, suka pandang rendah orang lain, ‘bajet cool’, punyai aura anak orang kaya dan sombong beruang. Semacam dalam aktor dalam drama dan filem di kotak bercahaya. Maklumlah ‘top student’ fikir dia. Dan pelbagai lagilah gelaran yang tidak sedap dilemparkan oleh Joker dalam diri Hafizul kepada Farhan. Tidak tahu kenapa dia jadi begitu. Bukannya Farhan pernah buat silap pada dia pon.

Malah Farhan juga sangat terkenal di kalangan junior. Mudah ramah, mudah tersenyum, suka membantu, dan sentiasa menjadi tumpuan orang. Bukan sekadar di kalangan pelajar lelaki sahaja, tetapi juga di kalangan pelajar perempuan. Kalau baik, siapa tidak suka. Bahkan dengan pakej muka ‘jambu’ dan korea-nya, sudah tentu ramai bidadari yang menyimpan rasa dalam hati pada Farhan.

Nak katakan Farhan, semacam ‘perfect’ pulak.

Epiknya, Hafizul adalah sangat bertentangan dengan semua sikap Farhan. Bukanlah bermakna dia seorang pelajar yang jahat, tetapi dia lebih dikenali dengan seorang yang malas, selekeh, pelajar bermasalah dengan pelbagai kesalahan yang melanggar disiplin sekolah, ‘burn person’ dan sedikit kurang ajaq (baca: kedah) dengan sebilangan guru dan rakan taulan, bahkan sentiasa mendapat tempat yang tercorot dalam kelas. Ranking dalam tingkatan, lagilah. Punah. Hancus lebus.

Hafizul tika itu sekadar hebat dan menempah nama dalam permainan bola lisut sehingga mewakili sekolah peringkat daerah. Maklumlah sifatnya yang ‘burn person’ itu, menyebabkan lawannya pun kecut dengan dia. Tetapi dia akur dengan tindakan pihak sekolah yang memberhentikan dia daripada terlibat dengan aktiviti sukan, arakian kerana prestasinya dalam akademik yang sangat menyedihkan.

Kepala hentak dinding? Mujur tidak.

Pada Hafizul, dia merasakan dia adalah seorang lelaki yang sangat bernasib buruk. Bad luck. Dipandang rendah, tidak pandai dalam segala hal. Tetapi itu semua dia sekadar memendamnya ketat dalam jiwa dan perasaannya. Dia tidak punyai siapa-siapa untuk diceritakan. Adalah juga sebahagian rakan yang bertanya, tetapi sekadar setakat itu sahaja.

Pertanyaan tanpa bantuan.

Juga tiada bantuan yang seterusnya.

Senyap.

Tapi apa yang menariknya, Hafizul betul-betul mengenali Farhan dengan lebih dekat hanya apabila mereka berdua telah ditetapkan untuk berada dalam satu bulatan gumbira yang sama semasa di tingkatan lima. Dia faham sangat dengan bulatan gumbira dengan aktiviti yang berbaur kealiman tersebut. Tapi dia tiada pilihan lain, melainkan harus komited andai dia mahu cop ‘lulus’ di bahagian keperibadian murid-murid yang bakal tertera di sijil berhenti sekolahnya nanti (hanya di sekolah ini, keke).

Kadang dia tersengih, tersenyum kerang. Geleng kepala. Dia tidak sangka; budak paling malas dan bermasalah seperti dia ditakdirkan untuk berada di dalam kumpulan yang sama dengan pelajar yang sangat dikenali, seorang lelaki ‘sekema’ yang bernama Farhan.

Tapi itu su’u-zonnya dahulu pada Farhan, dan sangkaannya dahulu benar-benar meleset sekarang. Tidak sangka.

Pandangannya tentang Farhan dahulu, semuanya adalah retorik semata-mata. Alfa di gunung sahara.

Sekejap sahaja. Setelah berta’aruf dan bertafahum dengan seorang Farhan, seolah Farhan yang dikatakan sekema itu adalah ‘bidadara surga’ eh! yang dikurniakan oleh Allah ke dalam hidup dia. Farhan sebenarnya jauh daripada sangkaan dia. Bukan insan yang sekadar menghulurkan cinta dan kaseh sayang yang cuba memenuhi ruang lompong hati dia, tetapi juga membawa ketenangan dalam kehidupannya, membawa dia lebih dekat kepada Tuhan kepada dunia, menginginkan surga buat dia.

Hafizul amat menyayangi Farhan.

Kata Farhan, kadang buat dia sebak. Terharu. Penuh gula.

“ Ana nak masuk surga sama-sama dengan anta. Pegang tangan anta. Anta sudi?”

Itu kata yang selalu Farhan ulang. Tidak kira dalam penghujung mesej, mahupun di setiap hujung pertemuan bulatan gumbiranya dahulu.

Farhan juga unik bahkan lain daripada lain, lain daripada rakan-rakan yang pernah dikenalinya. Bukan sekadar sahabat yang mengambil berat, bertanyakan andai ada punyai masalah atau tidak, tetapi Farhan turut serta, bersama-sama dalam membantu menyelesaikan setiap permasalah dia. Tidak sekadar bertanya, tetapi melakukan tindakan ke atas pertanyaan tersebut.

Tidak kisahlah sama ada berjaya atau tidak ‘tindakan’ itu, Hafizul tetap menyenanginya.

Farhan.

Bukan sekadar ‘hyung’ mahupun ‘kakkoii’ bahkan seorang akhi yang luar biasa. Yang dibina atas dasar keimanan kepada Allah. Begitulah kata Farhan selalu.

Tapi itu dahulu, kini lautan dan darat memisahkan mereka berdua selama 5 tahun. Farhan di Malaysia, dan dia pula ditakdirkan terbang ke bumi Jepun ini. Menjadi seorang hyung di bumi sakura.

Dan dia pula semakin futur, larut dan jatuh. Rasa down. Dek penangan fitnah dunia.

Paling utama, dek penangan selepas dia menjadi suspek utama dalam kes ragging yang menyebabkan mangsa bulinya seorang hadek junior hampir koma. Arakian video yang dirakam ketika itu, hampir menjadi tatapan dan bualan yang telah disebar melalui tiub anda. Itu semua, pada 5 tahun yang lepas.

Tapi deritanya terpaksa dia bawa sehingga kini.

Maka-nya jauh di sudut hati dia mengharapkan hadirnya seseorang untuk membantu. Menyelamatkan dia. Superhero dia.

Dan Allah perkenankan hajat hatinya kini.



…………………………………………….



“ Anta ada masalah, boleh share.”

Farhan mencelah. Renungan Hafizul ke luar jendela terganggu, kemudian menoleh kearah suara tadi. Kelihatan Farhan datang membawa bersama dua mug berlogo kelab bola sepak pasukan tarbiyah terkenal di Malaysia, ITMC FC Club. Err Hafizul tidak tahu dari mana datangnya cawan itu. Kelip mata dua kali. Biarlah, dia tidak kisah.

“ Anta ada masalahkah, apa-apa boleh share.”

Farhan  meletakkan kedua-dua mug di atas meja bulat rendah yang berada di tengah ruang tamu. Hafizul mengangkat kening. Kenapa tiba-tiba ada masalahkah muka aku ni?

Farhan tersengih.

Sharing is caring.”

Hafizul terus tersengih. Menggeleng kepala. Kemudian mendekatkan diri ke meja, menarik selimut tebalnya untuk menghangatkan lagi badan tembamnya. Musim fuyu atau musim sejuk di Jepun sememangnya boleh mencecah sehingga 9 darjah selsius. Membuatkan dia terasa bebal. Mujurlah rumahnya dilengkapi dengan sutobo, sejenis dapur tempat pemanas ruangan rumah.

Selepas itu tangkai mug berisi coklat susu di capainya. Di hirupnya dengan perasaan. Hangat.

Rasanya masih sama seperti dulu, sewaktu Farhan membuatnya di zaman sekolah asrama dulu.

Sambil menghirup, hujung bola mata Hafizul tajam menjeling Farhan. Angkat kening.

‘Kenapa kau kisah?’

“ Err kenapa pandang macam hendak makan orang sahaja? Sudah bertransformasi jadi Godzilla monster-kah?” Farhan bercanda.

“ Ceh! Fire nanti baru tahu?”

“ Owh anta ni rupanya otromen kan?” Farhan tertawa kecil. Menolak perlahan bahu Hafizul.

Hafizul mendengus. Sekadar tersenyum kelat.

Mencicip lagi air coklat susu.

“ Oklah gurau je. Bagaimana perkembangan anta di Nihon ni? Dah maju dan semakin baik-kah?” Farhan bertanya sambil mencicip sedikit air coklat panas dari cawannya. Hangat.

“ Perkembangan? Maju? Maksud anta?”

“ Maksud ana, bagaimana dengan pelajaran anta di sini, kehidupan anta ada baikkah dan segalanya berjalan dengan lancar kah?”

“  Anta rasa?” Hafizul membalas endah tak endah.

“ Ana rasa enta dah tak ‘koma’ lagi kot? Anta masih berbulatan gumbira lagi kan di sini, komfem masih lagi masyuk. Is that right?”

Hafizul senyap. Memandang Farhan sekilas kemudian mendengus. Mengembalikan semula pandangan dia ke luar jendela, menatap butir-butir salji yang turun perlahan.

Sejuk.

“ Alah! Soalan itu ana tak payah jawab pon anta dah tahu sangat.”

Farhan tersenyum. Masih mengekalkan ketenangan.

“ Kenapa tak join mereka?”

“ Maksud anta orang-orang ‘angel’ tu?”

“ Enta ini trauma lagi kan?” Farhan mengekalkan kelembutan nadanya. Menyapu lembut bahu Hafizul.

Dia memandang Farhan sekilas kemudian mendengus perlahan.

‘ Aku trauma ke?’

Dia menyoal diri sendiri.

Terus kembali semula melayangkan pandangan ke luar jendela. Seolah salji pun turut seolah merasai kegersangan di dalam jiwa nya yang pedih. Mungkin trauma dengan sesuatu.


Sesuatu yang akhirnya menjadi salah satu faktor terkuat membawa dia terbang membawa diri ke sini.

Ke bumi Sakura.


Bersambung....to be continued..


-PAB-

Bagaimana sejauh ini selepas dibaik pulih dengan jayanya..? 

Eheh.

Untuk makluman, ini kali pertama percubaan saya dalam menghasilkan cerpen yang mempunyai unsur tarbiyah, gabungan dengan bumi sakura di Nihon (Jepun). Owh sungguh ini sumpah eksited!

Maka wahai anda sekalian, jangan segan dan malu beri maklum balas ya..? 

Senyum sapu rambut tepi.

Aishitemasu Fillah. 

Kenapa tukar tajuk? Muahaha rahsia lorh.

Hakcipta terpelihara (C) Ogos 2013.

Selasa, 2 Julai 2013

" Err akhi, ana nak futur dari dakwah dan tarbiah, it's ok ke?"

-kredit-
"Err akhi, dulu ana rasa semangat sangat saat ana aktif dalam dakwah. Tapi kebelakangan ini rasanya semakin hambar. Ukhuwah makin kering. Bahkan ana melihat ternyata ikhwah banyak pula yang pelik-pelik."

Begitu keluhan futur seorang mad'u kepada sang murobbinya di suatu malam. Dalam sesi muaiyashah saat usai bulatan gumbira.

Si murobbi hanya mendiamkan diri, mencuba terus menggali semua kecamuk dalam diri mad'unya. Inilah masanya sesi curahat yeay!

" Jadi apa yang ingin enta lakukan lepas rasa semua tu? " 

Balas si murobbi setelah sesaat dua termenung. Mencari jawapan sesuai.

" Ana  rasa nak berhenti je, keluar dari tarbiyah ni terus. Ana kecewa sangat dengan perangai dan akhlak beberapa ikhwah yang tak Islami langsung. Sama juga dengan organisasi dakwah yang kita ikuti, kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Bila begini terus, lebih baik ana baik sendiri-sendiri je." Jawab si mad'u.

Si murobbi termenung kembali, melihat awan. Memikirkan jawapan yang sesuai mungkin. Tidak nampak langsung raut terkejut dari riak mukanya. Pandangan matanya tetap kelihatan tenang, seakan jawapan itu memang sudah ada jawapannya semenjak awal.


Si murobbi kemudian memahut bahu si mad'unya. Tersenyum.

" Akhi, umpamalah kan, bila suatu hari enta nak naik sebuah kapal untuk mengharungi lautan yang sangat luas. Kapal itu rupanya dah tersangatlah usang. Kain layarnya dahlah banyak berlubang, kayunya pon banyak yang reput, ditambah lagi kabin-nya bau kotoran tengik manusia. Then, agaknya apa yang akan enta lakukan untuk tetap akhirnya sampai ke tujuan akhir destinasi enta?". Tanya si murobbi dengan kiasan.

Bermakna .

Mendalam.

Si mad'u terdiam dan berfikir. Tak terdaya dia membalas. 


Terkedu.

" Apakah enta pilih untuk terjun ke dalam laut terus dan kemudiannya berenang sampai ke tempat tujuan enta tu?". Si murobbi cuba memberi jawapan.

"Bila enta terjun ke dalam laut, satu saat enta akan rasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, rasa kesegaran air biru laut, atau bebas bermain dengan ikan lumba-lumba eh! tapi itu hanya sesaat akhi. Persoalannya, berapa kekuatan enta untuk berenang sehingga ke tempat tujuan? Bagaimana bila ikan yu datang? Darimana enta akan dapat makan dan minum? Bila malam datang, bagaimana pula enta mengatasi kesejukan laut?"

Gedebuk-gedabak pertanyaan dinyatakan kepada si mad'u. Tak disangka, tiba-tiba si mad'u menangis. Bahu naik turun. Tak kuasa rasa hatinya menahan kegundahan tersebut.

Kekecewaan dia akhirnya memuncak, namun sang murobbi yang dichentai  tidak pula memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya, dengan soalannya. 


Kemahuannya.

"Akhi, apakah enta masih merasakan bahwa jalan dakwah dan tarbiah ini adalah jalan yang paling utama dalam menuju redha Illahi? Bagaimana agaknya bila kereta berharga lagi dichentai yang enta bawa ketika di jalan raya tiba-tiba bermasalah? Adakah enta akan berjalan kaki dan meninggalkan kereta itu di biar tepi jalan raya atau cuba untuk membaikinya?” Tanya si murobbi lagi.

Si mad'u tetap terdiam dalam senggukan nanges perlahannya. Tiba-tiba dia mengangkat tangannya.

" Cukup akhi, cukup. Ana sedar dan maafkan ana. Ana akan tetap terus istiqamah. Ana berdakwah bukan untuk mendapatkan medal atau trofi kehormatan. Atau pon agar setiap kata-kata ana diperhatikan….." .

" Biarlah yang lain dengan urusan peribadinya masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah. Dan hanya Allah sajalah yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji-Nya. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan akhirnya menjadi pelebur dosa-dosa ana". Sang mad'u berazam dihadapan si murobbi yang dihormatinya.

Si murobbi tersenyum. Nampak gigi. Bersinar.

" Akhi, gerabak ini adalah gerabak manusia belaka. Mereka adalah sekumpulan insan yang punyai banyak kelemahan. Tetapi disebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyahut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu, mereka juga sedang dalam proses menjadi manusia yang terbaik pilihan Allah.”

Kemudian terus menyambung lagi.

“ Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu mendominasi perasaan enta. Sebagaimana Allah Ta'ala menghapuskan dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuskanlah juga kesalahan mereka dimata enta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah dan Islam selama ini. Karena di mata Allah, belum tentu enta lebih baik daripada mereka."

Eat down.

" Futur, mundur, kecewa bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal akhi sayang. Apabila setiap ketidak sefahaman selalu di fahami dan di balasi dengan pandangan seperti enta itu, maka bilakah lagi dakwah ini akan dapat berjalan dengan baik?"

Sambungnya panjang lebar.

"Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya pandai memberi pandangan atau komen. Atau hanya pandai menunding jari atas sebuah kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pon boleh melakukannya. Tapi kita adalah da'i ya akhi. Da'ie. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diserah amanat oleh Allah untuk membetulkan kembali masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya mengeksposnya ke luar, yang mana akhirnya semakin menambahkan pula masalah. Jangan sampai kita seperti menyiram minyak petrol ke bara api. Bara yang tadinya kecil, tak bernilai, akhirnya  menjadi nyalaan api yang yang membakar dan memakan apa saja. Termasuk kita sendiri!"

" Bekerjalah dengan ikhlas ya akhi. Berilah tausiah dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang kepada semua ikhwah yang terlibat dalam gerabak ini. Kerana peringatan selalu berguna bagi orang beriman. Bila ada isu atau gosip tutuplah telinga enta dan bertaubatlah. Singkirkan-lah segala su’u-zon sangka buruk terhadap saudara ikhwan enta sendiri. Dengan cara itulah ya akhi, Bilal Ibn Rabah yang hamba hina itu menemui kemuliaannya. "

Senyum.

Suasana dialog itu mulai menyenangkan. Semakin lama, pembicaraaan melebar dengan akrabnya. Tak terasa tiba-tiba kokok ayam jantan memecah suasana. Si mad'u bergegas mengambil wudhu untuk berqiyammullail. Bangun malam mengadu pada Maha Pencinta.

Malam itu, si mad'u sibuk membangunkan ikhwah yang lain dari tidur lena mereka. Dia menyedari kesalahannya. Dia nekad untuk tetap berjalan dan bergerak bersama rakan-rakannya dalam gerabak ini dalam mengharungi jalan dakwah dan tarbiah yang penuh dengan mehnah, ranjau dan penuh berliku.

Dia nak terus.

Terus yang akhirnya menembus ke surga tertinggi.


-PAB-


Ok lah anda, saya juga seperti anda. Terasa hangat di mata sekarang kan? Eleh mengaku jelah, kiki.

Oklah, mungkin setiap daripada kita pernah melaluinya.

Melalui apa? Melalui fasa yang kita rasa mahu mengundur diri dari jalan ini, dek kechiwa yang amat sangat arakian melihatkan perangai dan pek'el para pendokong yang mengaku membawa dakwah yang mulia ini, tetapi perangainya dua kali lima seperti orang lain. Dua kali empat lapan pula seperti mak cik Jah el di kampong seberang. Erk..

Bahkan anda seperti mahu menepuk dahi berkali-kali bila mana para pendakwah ini menjadi lebih terok lagi daripada anda. Tak tarbawi dan Islami langsung. Adeh!

Lagilah terok lagi mensayugiakan anda bila rupa-rupanya rakan seperjuangan anda itu rupa-rupanya seorang joker tersengih atau duri dalam daging yang sengaja pula menjah-hanamkan gerabak yang penuh kemuliaan ini. Dulu legen tapi kini?

Tapi anda, err tahu kan yang da'ie bukanlah seorang malaikat jugakan angel, apatah lagi yang pakai gucci eh!

Ya, pasti satu ratus satu persen mereka yakni da'ie itu bukanlah malaikat! Manusia, itulah hakikat kita.

Maka begitulah kita sebagai pendokong di dalam gerabak ini, perlu memahami bahawa rakan yang bersama kita adalah sekadar manusia biasa yang tidak terlepas daripada dosa dan noda. Apatah lagi maksiat jiwa dan raga.

Dan kita juga perlu memahami yang apakah tujuan sebenarnya dalam kita membawa dakwah ini, tarbiah ini? Adakah semata-mata kerna mengharapkan chenta dan kaseh manusia? Atau Allah? Atau juga mengharapkan balasan chenta sang bunga si akhawat?

" Kuang ajaq bak hang PAB, cakap lek lok sikit. Ana tak kot. Mestilah kerna Allah Azza Wajalla!"

Ok tenang.

Jika ya kerna Allah, mestilah anda tidak akan pernah bersedih dalam gerabak ini hanya dek penangan sedikit jahiliah rakan tarbiah anda yang lain. Seharusnya eh!, sewajibnya anda harus memandang mereka dengan kebaikan, full of husnu zon kerana merekalah juga yang telah bersusah payah demi Islam yang terchenta ini. Bukan senang, anda pon tahu ranjau onak duri dan berlikunya, cewah.

Dan paling penting, bila tujuan utama kita kerna Allah semata-mata, maka kita tidak melihatkan kepada hasilnya melalui pandangan mata majazi kita. Cukuplah sekadar kita dan Allah yang tahu, kita sudah berusaha sehabes baik.

Macam tu haaa...

Juga anda,

Memanglah kadang-kala mereka juga ada buruknya, tetapi janganlah keburukan mereka yang sedikit lagi seciput itu terus anda memadamkan sejuta kebaikan yang ada pada mereka. Seperti dalam setangkai pisang, tak komfem lagi semuanya elok, entah-entah ada yang sudah ditebuk oleh sang ulat jah el yang mengenyit mata dengan bergayanya anda tahu.

Jadi anda ada baiknya marilah bersama kita perbaiki niat kita semula.

Kerna jika kita ikhlas sepenuhnya dalam berdakwah semata  hanya kerna Allah, membawa manusia kembali kepada Rabb, menuju kepada Allah semata-mata, kita tidak akan mudah futur hanya kerna dek perangai manusia yang mengecewakan. Jika kita kechiwa dan frust menonggeng juga, itu tandanya kita telah menyeru dan mengajak manusia itu kepada manusia itu sendiri. Bukan kepada Allah. 

Jadi, ayuhlah kita semua naik gerabak, bermula dengan memperbaiki kerna apa kita menaikinya, dan kepada apa serta ke mana kita hendak bawa gerabak yang penuh kemuliaan ini.


Kerna kitalah wahai anda, seperti yang dinyatakan oleh As-Syahid Imam HAB:


" Antum ruhul jadid, tasri fi jasadi hazihil ummah, fihiha bil Qur'an"

Eh! faham ke dok bahasa Arabik kat atas. Kalau tak, cer try cari sendiri, kih kih. (gelak nakal)


Senyum.

Peace tiada perang.


note: Cerita ini sebenarnya diambil daripada laman jaringan labah milik  Partai Keadilan Sejahtera (PKS): http://www.kabarpks.com/ yang mana ia telah dipos kan oleh super murobbi saya di laman muka buku organisasi konspirasi tarbiah kami, eheh. Dan seperti biasa, saya telah membuat sedikit pembaharuan agar mudah dibaca, dihayati dan dihadamkan dengan cerna-nya oleh anda. 

Selamat membaca dan minum kopi.

Isnin, 24 Jun 2013

Bukan sekadar 'Hyung' enta

-kredit-

“Assalammualaikum. Issam-san, konichiwa. Farhan El-Razi.”

Lelaki itu menghulurkan salam, dengan mulutnya manis memberikan senyuman. Memperkenalkan diri.

“ Waalaikumussalam. Sayako-san, konichiwa.” Ceh! Bercakap Jepun-lah pula dia.

Hafizul tersengih sambil menjawab salam dan ucapan selamat tengah hari itu dengan muka kosong. Kemudiannya dia berpelukan, berlaga pipi kanan dan kirinya yang cengkung itu dengan lelaki yang memperkenalkan dirinya bernama Farhan tersebut. Cipiki-cipika-lah katakan.

Dia tidak tahu kenapa, tiba-tiba dia terasa rimas.

“ Anta ini sihatkah?” Tanya Hafizul. Kening kanan diangkat.

“ Lorh! Kenapa?”

“ Yelah. Siap kenalkan nama penuh anta lagi. Macamlah kita berdua tidak kenal satu sama lain.”

Lelaki yang bercermin mata berbingkai hitam tebal itu tertawa kecil sambil memahut bahu Hafizul. Mereka berdua berjalan bersama meninggalkan Lapangan Terbang Shibuya yang tersergam indah itu.

Di luar lapangan gumpalan tipis lembut bagai kapas yang putih dengan hawa sejuk kelihatan terus turun dengan perlahan-lahan lalu melekat di atas jalan-jalan, rumput-rampai dan bumbung eksotika lapangan terbang Shibuya itu sendiri.

Indah dan mempesonakan. Seolah bumi Jepun ini sedang menyelimutkan dirinya dengan mantera berwarna putih.

“ Akhi, anta sudah serupa semacam orang Jepun-lah. Dah-lah kulit putih lagi.”

Farhan menyiku lembut lengan Hafizul. Melihatkan kepada pemakaian Hafizul yang sedang berbungkus dengan baju sejuk berlapis-lapis, memakai sarung tangan tebal dan juga topi semacam kopiah.

“ Banyaklah enta punya Jepun. Ana ‘fire’ nanti baru tahu.” Hafizul tersengih.

Ketawa Farhan pecah, dengan ayat ‘fire’ Hafizul yang masih sama seperti dulu. Hafizul memandang kearah teksi yang sedang menunggu di bahu jalan. Dia terasa pelik dengan kehadiran Farhan, menyebabkan dia tidak tahu kenapa, tiba-tiba terasa rimas dengan kehadiran sahabatnya dari Malaysia itu.

“ Kejap-kejap, anta sihatkah ni?” Tiba-tiba Hafizul memberhentikan langkah dia. Menahan Farhan dengan lengan kanannya.

“ Lorh! Soalan ini lagi?” Farhan masih tersenyum. Mengangkat kening.

“ Takdelah, ana pelik.”

“ Pelik? Pelik kenapa?”

“ Yelah. Takde angin takde ribut, tiba-tiba anta datang Jepun.”

“ Salah ke?”

Farhan terus mengorak langkah kearah teksi. Sengaja dia menghembus nafasnya ke atas, sambil keluar dari mulutnya asap putih yang nipis. Hafizul mengikut.

“ Bukan begitu.”

“ Habis tu? Three.”

Hafizul mencemik, pandang atas. Sudah masak dengan gurauan Farhan.

Farhan ketawa. Menampakkan lesung pipitnya.

“ Ok, ana gurau je.”

“ Habis itu, kenapa?”

 “Ana datang mahu kongsi dengan anta sesuatu. ”

Kening Hafizul terangkat. Sambil membantu Farhan memasukkan beg besar prada-nya ke dalam bonet kereta. Dia memandang Farhan. Mata mengecil.

“ Apa dia?”

“ Rahsia.” Kenyit mata kanan.

“ Ceh!”

Farhan tertawa. 

Damai.

…………………………………….


Hafizul mengenali Farhan semenjak sekolah menengah, tepatnya seawal tingkatan empat. Itupun daripada jauh. Tidak pernah bersembang bantal apatah lagi makan setalam, sekadar berselisih ketika di kaki lima asrama ataupun kelas. Hafizul mengenali Farhan dari jauh sebagai seorang figura yang baik, bersih dan sopan. Farhan juga salah seorang jawatankuasa tertinggi pengawas sekolah, dan sangat dikenali dengan baik di kalangan guru dan rakan taulan yang lain sebagai seorang pelajar yang sangat berbudi pekerti dan baik akhlaknya. Hafizul juga mengenali bahawa Farhan telah berjaya dengan cemerlangnya dalam pelajarannya, sentiasa mendapat anugerah pelajar contoh dan genius di setiap tahun. Bersama-sama dengan rakan-rakan ‘surga’-nya yang lain.

Sehinggakan pada Hafizul, merasakan bahawa Farhan sumpah mesti seorang yang sombong, suka pandang rendah orang lain, ‘bajet cool’, punyai aura anak orang kaya dan sombong beruang. Maklumlah ‘top student’ fikir dia. Dan pelbagai lagilah gelaran yang tidak sedap dilemparkan oleh Joker dalam diri Hafizul kepada Farhan. Tidak tahu kenapa dia jadi begitu. Bukannya Farhan pernah buat silap pada dia pon.

Malah Farhan juga sangat terkenal di kalangan junior. Mudah ramah, mudah tersenyum, suka membantu, dan sentiasa menjadi tumpuan orang. Bukan sekadar di kalangan pelajar lelaki, tetapi juga di kalangan pelajar perempuan. Kalau baik, siapa tidak suka. Bahkan dengan pakej muka ‘jambu’ dan korea-nya, sudah tentu ramai bidadari dan akhawat yang menyimpan rasa dan suka dalam hati pada Farhan.

Epiknya, Hafizul adalah sangat bertentangan dengan semua sikap Farhan. Bukanlah bermakna dia seorang pelajar yang jahat, tetapi dia lebih dikenali dengan seorang yang malas, selekeh, pelajar bermasalah dengan pelbagai kesalahan yang melanggar disiplin sekolah, ‘burn person’ dan sedikit kurang ajaq (baca: kedah) dengan sebilangan guru dan rakan taulan, bahkan sentiasa mendapat tempat yang tercorot dalam kelas. Ranking dalam tingkatan, lagilah. Punah.

Hafizul tika itu sekadar hebat dan menempah nama dalam permainan bola lisut sehingga mewakili sekolah peringkat daerah. Maklumlah sifatnya yang ‘burn person’ itu, menyebabkan lawannya pun kecut dengan dia. Tetapi dia akur dengan tindakan pihak sekolah yang menghentikan beliau daripada terlibat dengan aktiviti sukan, arakian kerana prestasinya dalam akademik yang sangat menyedihkan.

Kepala hentak dinding.

Pada Hafizul, dia merasakan dia adalah seorang lelaki yang sangat bernasib buruk. Bad luck. Dipandang rendah, tidak pandai dalam segala hal. Tetapi itu semua dia sekadar memendamnya ketat dalam jiwa dan perasaannya. Dia tidak punyai siapa-siapa untuk diceritakan. Adalah juga sebahagian rakan yang bertanya, tetapi sekadar setakat itu sahaja.

Tiada bantuan yang seterusnya. 

Senyap.

Tapi apa yang menariknya, Hafizul betul-betul mengenali Farhan dengan lebih dekat hanya apabila mereka berdua telah ditetapkan untuk berada dalam satu bulatan gumbira yang sama semasa di tingkatan lima. Dia faham sangat dengan bulatan gumbira dengan aktiviti yang berbaur kealiman tersebut. Tapi dia tiada pilihan lain, melainkan harus komited andai dia mahu ‘lulus’ di bahagian keperibadian murid-murid yang bakal tertera di sijil berhenti sekolahnya nanti.

Kadang dia tersengih, tersenyum kerang. Geleng kepala. Dia tidak sangka; budak paling malas dan bermasalah seperti dia ditakdirkan untuk berada di dalam kumpulan yang sama dengan pelajar yang sangat dikenali dengan rajin dan cemerlang, seorang lelaki ‘sekema’ yang bernama Farhan.

Tapi itu su’u-zonnya dahulu pada Farhan, dan sangkaannya dahulu benar-benar meleset sekarang. Tidak sangka.

Pandangannya tentang Farhan dahulu, semuanya adalah retorik semata-mata.

Sekejap sahaja. Setelah berta’aruf dan bertafahum dengan seorang Farhan, seolah Farhan yang dikatakan sekema itu adalah ‘bidadara surga’ eh! yang dikurniakan oleh Allah ke dalam hidup dia. Farhan sebenarnya jauh daripada sangkaan dia. Bukan insan yang sekadar menghulurkan cinta dan kaseh sayang yang cuba memenuhi ruang lompong hati dia, tetapi juga membawa ketenangan dalam kehidupannya, membawa dia lebih dekat kepada Tuhan kepada dunia, menginginkan surga buat dia.

Hafizul amat menyayangi Farhan.

Kata Farhan, kadang buat dia sebak. Terharu. Penuh gula.

“ Ana nak masuk surga sama-sama dengan anta. Pegang tangan anta. Anta sudi?”

Itu kata yang selalu Farhan ulang. Tidak kira dalam penghujung mesej, mahupun di setiap hujung pertemuan bulatan gumbiranya dahulu.

Farhan juga unik bahkan lain daripada lain, lain daripada rakan-rakan yang pernah dikenalinya. Bukan sekadar sahabat yang mengambil berat, bertanyakan andai ada punyai masalah atau tidak, tetapi Farhan turut serta, bersama-sama dalam membantu menyelesaikan setiap permasalah dia. Tidak sekadar bertanya, tetapi melakukan tindakan ke atas pertanyaan tersebut.

Tidak kisahlah sama ada berjaya atau tidak ‘tindakan’ itu, Hafizul tetap menyenanginya.

Farhan.

Bukan sekadar ‘hyung’ mahupun seorang akhi yang biasa.

Tapi seorang sahabat pembawa surga buat dia.

Tapi itu dahulu, kini lautan dan darat memisahkan mereka berdua selama 5 tahun. Farhan di Malaysia, dan dia terbang ke bumi Jepun ini. Menjadi seorang hyung di bumi sonata.

Dan dia pula semakin futur, larut dan jatuh. Rasa down. Dek penangan dunia.

Paling utama, dek penangan apabila dia menjadi suspek utama dalam kes buli yang menyebabkan mangsa bulinya seorang hadek junior hampir koma akibat dipukul. Dan video yang dirakam ketika itu, hampir menjadi tatapan dan bualan yang telah disebar melalui tiub anda.

Maka-nya jauh di sudut hati dia mengharapkan hadirnya seseorang untuk membantu. Menyelamatkan dia. Superhero dia.

Dan Allah perkenankan hajat hatinya kini.


…………………………………………….


“ Anta ada masalah, boleh share.”

Farhan mencelah. Renungan Hafizul ke luar jendela terganggu, kemudian menoleh dan kelihatan Farhan datang membawa bersama dua cawan berlogo kelab bola sepak terkenal di Malaysia, D&T FC Club. Hafizul tidak tahu dari mana datangnya cawan itu. Biarlah, dia tidak kisah.

“ Anta ada masalahkah, apa-apa boleh share.”

Farhan  meletakkan dua buah cawan itu di atas meja bulat di tengah-tengah ruang tamu. Hafizul mengangkat kening. Kenapa tiba-tiba ada masalahkah muka aku ni?

Farhan tersengih.

Sharing is caring.”

Hafizul mendekatkan diri ke meja kemudian menarik selimut tebalnya bagi menghangatkan lagi badan kurusnya. Selepas itu tangkai cawan berisi coklat susu di capainya. Di hirup dengan sedap. Hangat.

Hafizul memandang Farhan. Angkat kening. Senyap.

“ Err kenapa pandang macam hendak makan orang sahaja? Sudah bertransformasi jadi Godzilla Gorgon-kah?” Farhan bercanda.

“ Ceh! Fire nanti baru tahu?”

“ Semenjak bila pula anta jadi otromen ni?” Farhan tertawa kecil. Menolak perlahan bahu Hafizul.

Hafizul mendengus. Sekadar tersenyum kelat.

“ Bagaimana perkembangan anta di bumi Jepun ini? Dah maju dan semakin baik?” Farhan bertanya sambil mencicip sedikit air coklat panas dari cawannya. Hangat.

“ Perkembangan? Maju? Maksud anta?”

“ Maksud ana, bagaimana dengan pelajaran anta di sini, kehidupan anta ada baikkah dan segalanya berjalan dengan lancar kah?”

“  Anta rasa?” Hafizul membalas endah tak endah.

“ Ana rasa enta dah tak ‘koma’ lagi kot? Anta masih berbulatan gumbira lagi kan di sini, komfem mesti lagi masyuk. Is that right?”

Hafizul senyap. Memandang Farhan sekilas kemudian mendengus. Mengembalikan semula pandangan dia ke luar jendela, menatap butir-butir salji yang turun.

“ Alah! Soalan itu ana tak payah jawab pon enta dah tahu sangat.”

Farhan tersenyum. Masih mengekalkan ketenangan.

“ Kenapa tak join mereka?”

“ Maksud enta orang-orang ‘malaikat’ tu? Ceh!” Nada Hafizul sedikit kasar.

“ Enta ini trauma lagi kan?” Farhan mengekalkan kelembutan nadanya. Menyapu lembut bahu Hafizul.

Dia memandang Farhan sekilas kemudian mendengus perlahan.

‘ Aku trauma ke?’

Dia menyoal diri sendiri.

Terus kembali melayangkan pandangan ke luar jendela. Seolah salji pun turut seolah merasai kegersangan di dalam jiwa nya yang pedih. Mungkin trauma dengan sesuatu.


Sesuatu yang akhirnya membawa dia terbang membawa diri ke sini.

Bersambung....to be continued..

-PAB-

Bagaimana sejauh ini..? 

Sengaja di lewatkan untuk suspen yang tidak suspen pon, eheh.

Jangan segan dan malu beri maklum balas ya..? 

Senyum sapu rambut tepi.

Bukan sekadara 'Hyung' enta. Hakcipta terpelihara (C) 2013.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...