School Of Tarbiyyah

Selasa, 25 September 2012

Di sebalik awan, menanti senyuman bidadari.

-kredit-
        
       Petang ini dalam metro suasana seperti hari kebiasaannya, udara panas membahang. Kota Zaqaziq ini sememangnya menjadi nuansa untuk manusia menjadi sedikit rimas dan ketidak selesaan di tahap maksimum. Berkurun lamanya sang matahari Mesir ini tidak pernah jemu membakar dirinya, memberi sinar buat semua makhluk bumi yang dikasihi Tuhan Maha Pencipta.

     Mungkin, mana tahu sang Bulan cemburu pada malam harinya. Reaksi comel.

Aku seperti biasa. Pulang daripada kelas setiap hari dengan menaiki metro tanpa jemu. Pedulikan panasnya, sehingga kulitku sedikit merah akibat manifestasi kepanasan ini,  terutamanya pada awal bulan Ogos yang sememangnya adalah kemuncak musim panas. Nasib baik sedikit sahaja penumpang petang itu, dapat juga aku menarik nafas lega. Kebiasaannya kepadatan metro boleh menambahkan lagi tahap kerimasan aku, juga buat manusia lainnya.

       “Enta tiada apa-apa ‘feed-back’kah? Reaksi enta sama je.”

     Akif, sahabat serumah menegur. Aku memandang hanya dengan bebola mata. Memang kebiasaannya kami berdua akan pulang bersama setiap hari daripada kelas dengan menaiki metro. Kebetulan penempatan kami tidak terlalu jauh daripada Universiti Zaqazig, maka ia sangat memudahkan.

       Kelihatan dia sedang menelaah bacaan kitab ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam’ karangan Syeikh Fathi Yakan, ulama silam terkemuka Mesir. Akif sememangnya peminat buku dan kitab. Semasa di Malaysia dulu pun dia terkenal dengan ulat bukunya.

      Insan yang sentiasa memberi pinjam bukunya kepada aku. Tidak pernah bosan. Apatah lagi jemu.

       “Enta memang beginikah, tidak ingin bertindak melakukan sesuatu?”

       Dia menumbuk kecil bahu aku. Aku angkat kening dan penasaran. Kenapa tiba-tiba tumbuk bahu pula ini? Kenapa pula ‘tidak bertindak melakukan sesuatu’? Mahu mencari gaduh manja ke? Sekeh nanti baru tahu.

      Akif menggelengkan kepalanya, kemudian terus menyambung bacaannya. Aku terus dengan memandangnya sepi. Cermin mata aku naikkan sedikit. Dia masih tekun dengan bacaannya. Aku rasa bersalah pula.

     “Enta jangan buat muka jambu dan ‘innocent’ enta itu ye. Enta tidak kisahkah dengan risikan Marwan pada dia?”

Tiba-tiba Akif mencubit pipi aku. Aku menepis tetapi gagal. Aku memandang kosong pada dia. Adakah patut dipanggilnya aku jambu, gelaran yang aku sering terima daripada usikan ikhwah yang lain semasa di Malaysia dahulu sehinggalah sekarang. Tersengih dan aku terus memahami apa yang dimaksudkannya.

       “Enta mahu ana lakukan sesuatu yang bagaimana? Ana bukannya ada hak untuk menentukan keputusan dia.”

       “Dia belum tentukan keputusan dia lagi. Ana dengar daripada sebahagian akhawat dia sedang menunggu seseorang. Bukannya Marwan.” Akif merenung aku. Adakah cuba memberitahu sesuatu? 

Aku penasaran.

        “Siapa pula orang yang dia tunggu itu?”

      “Enta buat-buat tidak faham atau memang tidak faham?” Akif menarik telinga aku pula. Aku mengaduh. Aku sudah agak!

         “Lagipun ana mana tahu dia sukakan ana ke atau tidak.”

     “Tapi enta sukakan dia kan?” Akif tersengih. Nampaknya aku sudah terperangkap dalam soalan dia. Haish, pandai betul ulat buku seorang ini. Aku mendengus.

         “Entah, tak tahulah. Soal hati ini rumit. Lagipun enta pun cuma dengar-dengar je daripada sebahagian akhawat, entah betul atau tidak.” Aku mendepa tangan. Menjeling Akif.

      “Pulak, boleh pula dia tidak tahu. Ana siku nanti baru tahu.” Dia mencebik. Aku ketawa.

         Pandangan mata aku terus menari ke luar metro. Kelihatannya destinasi penempatan kami semakin dekat. Wisma Persatuan Pelajar Perubatan Zaqazig-Malaysia. Ya, di situlah penempatan kami berdua bersama rakan-rakan lain daripada Malaysia, selama berada di bumi Mesir ini.
               
         “Enta suka dia tak?” Akif memaut bahu aku. Dia tersenyum.

        “Entah, mungkin kot.” 

Tersenyum kelat aku sambil menjungkit bahu. Akif terus tersengih. Menggeleng kepala. Mungkin dia memahami, kerna pada aku dialah ibarat langit tinggi di atas dan aku pula awan yang menghiasi pesonanya. 

Indah.
                
     Bidadari itu pula, tersenyum di sebalik awan. Pemalu tetapi mendamaikan.


………………....................................


            Aku memandang senang taman ini. Awan biru di atas kelihatan sangat menyenangkan. Kelihatan ramai yang menghabiskan masa petang mereka dengan melakukan aktiviti bersama keluarga mereka di taman ini. Rakyat Mesir sememangnya aktif dengan aktiviti rehlah pada petang mendamaikan sebegini. Tenang.
               
                Aku duduk sepi atas kerusi dalam taman ini, cubaan menenangkan jiwa yang kebelakangan ini agak kurang tenteram dengan khabar tentang risikan Marwan terhadap dia. Bidadari yang kebelakangan ini selalu menerawang sambil tersenyum malu di pemikiran bawah sedar aku.

              Maka seperti kebiasaannya aku suka melihat awan terutamanya pada petang sebegini. Mendengar muzik instrumental sambil menanti di balik awan, mungkin terukir si dia akan tersenyum. Mendamaikan jiwa.  Mengharap agar bayu ketenangan dari angin petang itu menjadi sumber inspirasi pada hati dan perasaan aku yang kurang tenteram ini.

            ‘Dia bukannya suka aku pun..’

       Muzik pula semakin terus aku putar, semakin lama semakin tinggi pemikiran ini terbang. Melangit tinggi dan terus cubaan untuk  menembus pergi ke langit petala tujuh. Memberitahu sang awan dan bintang di atmosfera bahawa pemikiran dan hati ini sedang merindui seseorang.

        Tiba-tiba air hangat mengalir di pipi aku. Teringat pada teguran bidadari itu semasa berada dalam satu organisasi da’wah dan tarbiyah di Malaysia dahulu. Mungkin, sedih dan gembira bersatu ketika itu menewaskan rasa ego seorang lelaki. Seorang pemimpin. Speechless.

        “ Enta tidak boleh berterusan sebegini. Perlu berubah.” Kata dia. Tegas.

      “ Maksudnya? Ana tidak faham, boleh enti jelaskan?” Subuh itu aku dengan dia berhadapan di bawah langit masjid universiti seusai program Qiammullail anjuran organisasi kami sendiri. Sahabatnya Ulya menemani.

     “ Enta sebagai ketua organisasi ini sepatutnya lebih berani tampil ke depan. Memberi ucapan, taklimat, teguran dan sebagainya kepada anak buah enta. Tetapi kenapa sehingga kini enta masih lagi berdiri di belakang mengharapkan Akif sahaja? Ketua itu sifatnya mesti berani dan tidak malu untuk menyatakan kebenaran bukan?” Tangan dia mengaju kearah Akif yang duduk sedikit di hadapan aku.


    
    “ Enta ini pemalu sangat ke?”

    Aku semakin perasan mata dia semakin berkaca. Aku tahu dia sedang mengawal air matanya daripada gugur. Saat itu aku hanya mampu mendiamkan diri, tidak mampu membela diri. Tapi jiwa aku juga, letih dan sakit mendengarnya terus.

   'Dia yang tegur aku, kenapa pula dia yang mahu menangis?’ Oh! Berat mungkin?

   “ Apabila anak buah enta sudah melakukan yang terbaik ketika arahan diberi, cubalah ringankan sedikit mulut itu untuk memberi ucapan tahniah dan terima kasih. Kami terasa sangat, ana juga sangat terasa dengan enta.”

    Tika itu, seakan air mata aku bakal tumpah. Melihat Akif dengan pandangan sejuknya, aku sedikit terubat. Kelihatan Ulya cuba menenangkan si dia. Aku terdiam.

   Dan buat pertama kalinya aku melihat dia menangis dalam dakapan Ulya. Malam itu pula dalam sujud, aku menangis akan kelemahan lelaki ini dalam sebuah organisasi kepimpinan dakwah dan tarbiyah.

 Maaf bidadari.

 Maaf Allah.

……………………............................


         “ Enta mahu tahu betapa pentingnya Sungai Nil kepada bumi Mesir ini?”
               
         “ Maksud enta?” 

       Aku pelik dengan soalan Akif tiba-tiba ini. Aku merasakan ada aura di sebalik soalan yang diajukan. Si ulat buku ini mungkin sekali lagi mencuba membuka peti memori aku. Terima kasih kerana mencuba. Uhibbuka Fillah!
       
       Malam itu Sungai Nil dan bumi Mesir ini menemani kami. Seronok melihat suasana sungai Nil pada malam hari dengan kelap-kelip lampu hias dari perahu-perahu kecil yang bergerak perlahan terutamanya selepas enak menikmati firoh masywi. Hadiah daripada Ammu Uzair, penjaga wisma kami yang berbangsa Mesir itu.

     “ Ya mereka sangat memerlukan antara satu sama lain. Mungkin bumi Mesir akan tiada tanpa Sungai Nil. Mungkin juga Sungai Nil pula akan tiada tanpa bumi Mesir. Kata orang, kewujudan kita kerna adanya fungsi kepada kewujudan insan yang lain. Sepertinya adanya ana kerana adanya enta bukan?” Senyum aku pada Akif.

       Dia menghirup ashir tebu sambil kelihatan matanya tersenyum pada aku. Akif, memang seorang lelaki juga seorang sahabat terbaik dari Tuhan buat aku. Anugerah Tuhan yang sentiasa menemani aku ketika susah dan senang tika melangkah setiap detik dan saat di bumi Anbiya’ ini. Sentiasa aku doakan dia menjadi sahabat syurga aku, menjadi Saidina Abu Bakar buat aku.
                
      “ Juga adanya enta kerna adanya sang bidadari itu.” Akif menyiku lengan aku dengan senyuman tersirat dia lagi. Kemudiannya menunjukkan jari telunjuknya pada langit gelap di atas. Bintang mungkin.
               
      “ Ada-ada sahaja enta ni. Bidadari lah, isteri solehah lah. Macam-macam.” Aku menolak Akif. Dia mengangkat kening. Kemudiannya kami ketawa bersama.
      
     Suasana sepi sebentar. Aku dan Akif terus menghirup ashir tebu. Memang melegakan.
                
    “ Kebelakangan ini ana lihat muka enta ini sedih seperti plastic surgery tidak siap sahaja kenapa?” Akif bersuara.
               
      “ Banyaklah enta plastic surgery?” Aku tertawa.
               
     “ Enta masih terasa lagi dengan teguran dia sewaktu di masjid universiti dulu ke? Bukankah selepas teguran itu dengarnya organisasi kita itu semakin mendapat tempat di kalangan pelajar, yang mana diterajui enta sendiri dahulu? Seolah dia sudah menjadi catalyst buat enta tahu.”

       “ Bukanlah.”

        Aku menghela nafas.

       “ Habis itu kenapa?”

       “ Kenapa apa?”

      “ Haish. Mengalih topiklah itu. Kenapa sehingga sekarang enta tidak terus katakan sahaja yang enta suka kepada dia?”

    “ Sebabnya ana tidak tahu sama ada dia ada perasaan pada ana atau tidak. Mungkin ana rasa syok sendiri sahaja.” Aku merenung tepat pada bintang di langit. Ashir aku hirup. Tersengih.

      “ Dan enta tidak kisahkah andai risikan Marwan,  ketua umum perwakilan pelajar semasa kita di Malaysia dahulu itu dia terima?”

       Aku terus senyap dengan soalan Akif. Sedikit terasa dengan soalannya.

       Tersentap.

     ‘ Sudah tentu kisah. Lagipun Marwan itu kawan baik aku dahulu, satu usrah dan juga satu bilik. Dia lebih layak..’

…………………...................................


“Andai gula tahu  betapa manisnya cinta,
Pasti ia tersipu kerana manisnya tidak seberapa”

(Jalaluddin Rumi)

          Dia adalah bidadari Tuhan dari syurga. Bicaranya sopan. Wajahnya sejuk dipandang. Menutup aurat dengan sempurna dan pandai menjaga batas-batas pergaulan. Solehah dan juga sangat pandai menghormati orang lain. Walaupun agak sedikit tegas bicaranya, terutamanya dengan lelaki, tetapi tetap juga menyenangkan hati.

          Dia adalah wanita yang tidak kurang hebatnya dalam usaha da’wah dan tarbiah ini. Mempunyai pengaruh tersendiri di universiti di Malaysia dahulu. Sentiasa menjadi rujukan kepada sahabat dan akhawat yang lain. Namun dia bukanlah sebaik Masyitah pada zaman Nabi Musa, juga bukanlah sehebat Maryam ibu kepada Nabi Isa, bahkan juga bukanlah seagung Khadijah kekasih pertama Baginda Muhammad SAW, tetapi dia tetap memiliki keistimewaan tersendiri.

        Walau dia menjadi antara hamba Allah yang sangat penting dalam organisasi sewaktu di universiti dahulu, dia tetap memiliki sesuatu sangat aku kagumi. Keistimewaan yang tersendiri.

Ya, kerendahan dan kesederhanaan hati. 

Itulah yang telah menumbuhkan rasa kepada perasaan ini.
     
        Walaupun tika  itu aku yang juga muda setahun lebih darinya memegang tampuk kepimpinan sebagai ketua, dia tetap juga tiada rasa ketinggian diri. Tidak berubah. Tetap thabat.

              Walaupun dia yang hadir daripada lingkungan keluarga beragama, itu tidak menjadikan dia jauh dan sentiasa berasa selesa dalam zon lingkungan beragama itu. Dia bersederhana dan merapati semua rakannya tanpa mengenal latar belakang keluarga mereka beragama atau tidak.

      Kekayaan keluarga juga tidak menjadikan dia meninggi diri. Kesederhanaan dia, sentiasa menjadi penghias utama pesona dirinya. Kerendahan hati dia, sungguh menarik hati. Dia yang solehah. Bidadari.

               ‘Marwan lagi hebat daripada aku. Lebih layak untuk dia…’

          Al-Quran di hadapan aku renung dengan sedalamnya. Iktikaf dan hafalan di masjid pada hari yang tiada kuliah sebegini sangat mendamaikan. Aku merenung langit biru masjid, indah mendamaikan. Kenangan lalu menyinggah. Sedikit terubat.

               “ Assalammualaikum.”

               “ Waalaikum…salam. Err…”

               “ Tahniah enta dapat belajar ke Zaqazig.”

               “ Syukron kathir.”

               “ Afwan.”

         Suasana senyap sebentar. Petang itu di lapangan Terbang KLIA, sebelum aku berangkat menyambung pelajaran ke Universiti Zaqazig, aku penasaran dengan kehadiran dia. Kenapa? Menghantar aku pergikah?

               “ Kenapa enti datang sini? Ada apa-apakah?”

            ‘ Dia hantar enta pergilah.’ Akif di sebelah membisik. Aku menyiku dia. Akif ketawa kecil, dek cubaan aku memachokan diri.

               “ Kenapa tidak bolehkah?”

            “ Boleh sahaja. Tidak salah.” Aku tersengih. Aku membetulkan kopiah hitam di kepala yang tidak senget.

           “ Ana menghantar Ulya sekali petang ini. Dia juga antara pelajar yang tersenarai dapat sambung degree di Zaqaziq seperti enta juga bukan? Sudah lupa?” Ulya di sebelah, tersenyum.

             Aku perasan diri sendiri rupanya..
             
         “ Owh ana ingat dan sudah lupa senarai nama tersebut. Enti tidak dapat sekali tawaran itu?”

         “ Eh, kenapa jika ana tidak pergi? Ana bukannya ada kaitan dengan enta. Tidak penting pun.”

         “ Oh! Betul juga tu. Lagipun ana dengar enti akan bertunang dengan Marwan, sahabat usrah ana dahulu. Tahniah!”

           “ Emm Enta tidak kisahkah?”

         Aku terdiam. Hati aku bergetar tidak tahu untuk menjawab apa. Kenapa tiba-tiba dia bertanyakan aku tidak kisahkah? Eh! Kenapalah celupar sangat mulut aku tiba-tiba membicarakan kisah pertunangan dia?

    “ Enta tidak kisahkan tentang risikan Marwan terhadap ana?” Dia mengulang kembali soalannya. Mengangkat kening.

     “ Kisah juga. Tetapi mahu bagaimana, bukan ana yang Marwan risik bukan?” Aku tersenyum. Gaya bersahaja. Cubaan mengelak akhirnya berjaya.

      “ Enta ini bergurau ye?” Dia tertawa indah. Telapak tangan kanannya menutup mulut kecilnya.

         Comel. 

          Bidadari.

       “ Ana mahu minta bantuan enta untuk tengok-tengokkan adik ana, Isam sepanjang dia di sana nanti. Andai dia mempunyai masalah atau sebarang kesulitan, minta bantu dia boleh?” 

Oh! Aku lupa. Baru teringat dia juga mempunyai adik lelakinya. Sebaya dengan aku dan juga bakal menyambung degreenya di Universiti Zaqazig. Agak rapat juga dengannya, maklumlah teman seusrah di universiti dahulu. 

Senyum.

        “ Kalau ana tidak mahu bagaimana?”

       “ Terpulanglah. Kalau apa-apa terjadi kepada Isam, orang yang pertama ana cari dan kerjakan ialah enta. Siaplah.” 

Dia mengajukan jari telunjuknya yang bergoyang pada aku. Tetap tidak berubah sifat ketegasannya. Kadang-kala itu yang menyebabkan aku menjadi sedikit gerun dengan bidadari ini. Mungkinkah menunjukkan sifat caring dalam ketegasannya?

Mungkin itu juga antara faktor buat aku lebih terikat pada dia.

      “ Kemudian ana akan laporkan pada Marwan bahawa sahabat baiknya dari Malaysia bakal dibelasah oleh akhawat atau bakal tunangnya sendiri.” 

Aku mengerakkan sedikit kepala, seolah menunjuk kepada Marwan yang sedang duduk bersama keluarganya di tempat menunggu. Dia juga bakal menyambung degreenya, tetapi di Universiti Cairo.

      “ Enta selalu begini bukan? Tidak peduli dengan perasaan orang lain.” 

Dia memeluk tubuh. Memegang tangan Ulya kemudian beransur pergi ketika pengumuman berlepas sudah kedengaran. .
       
        ‘ Eh! Merajuk ke?’

         Haha tapi comel.

     Daripada bicaranya itu, aku dapat merasakan dia mempunyai suatu perasaan terhadap aku. Tetapi seperti aku yang tetap teguh kepada prinsip bahawa rasa cinta itu hadirnya bersama tanggungjawab, tetap merelakan semua ini biarlah berlalu walaupun hakikatnya menyakitkan.

      Seperti biasa ayat yang selalu dan kuat bergema dalam rasa dan perasaan ini, berulang.

           ‘Dia bukannya ada perasaan terhadap aku…’

          Aku bersalaman dengan ummi abi, adik-beradik dan ikhwah yang sudi datang malam mendamaikan itu. Kemudiaannya aku dan akif juga sempat bersalaman dengan ayah si dia, Ustaz Saiful Islam. Juga seorang pensyarah di universiti tempat kami belajar.

 Kami berpelukan dan mengucapkan selamat tinggal. Di hadapan umminya, kami senyum sebagai tanda selamat perkenalan. Bidadari itu pula sekadar menjeling tajam.

      “ Antum berdua ini Akif dan Athar bukan. Sahabat baiknya kepada Marwan sewaktu di Universiti dahulu?”

      “ Ye ustaz. Bagaimana ustaz tahu?” 

Akif menjawab. Aku pula pelik. Bagaimana ustaz boleh mengenali kami sedangkan inilah pertama kali kami berpeluang berhadapan dan mengenalinya dengan lebih dekat. Kebiasaannya kami hanya memandang Ustaz hanya daripada jauh sahaja di dalam kelas. Ada apa-apakah?

       “ Begini. Ustaz dan zaujah minta antum berdua tolong tengokkan Isam semasa dia di sana nanti boleh? Maklumlah dia itu pendiam sedikit orangnya. Lagipun antum berdua teman seusrah dengan Isam dulu bukan. Tentu lebih mengenali dia? ” 

Ustaz Saiful Islam memandang kami. Teduh pandangan matanya.

        “ Insyaallah. Tetapi bagaimana ustaz tahu yang ana dan Athar adalah teman seusrah dengan Isam ya? Sekadar bertanya, maaf ustaz. ” Tersengih Akif bertanyakan soalan. Menggaru belakang kepala yang tidak gatal.
               
        “ Oh! Kebetulan selepas sesi ta’aruf Marwan dengan Najwa tempoh hari. Marwan ada beritahu yang antum berdua bakal satu universiti dengan Isam. Tinggal di wisma yang sama. Itu yang ustaz minta bantuan pada antum berdua, boleh ke?

       “ Insyaallah boleh ustaz. Tahniah juga, Alhamdulillah bakal berkahwin akhirnya anak sulung ustaz ya.” 

Aku sekadar mendengar bicara Akif dengan Ustaz Saiful Islam. Aduh! hati aku sakit mendengarnya. Sudah ta’aruf? Jadi jawapannya?

     “ Tetapi Najwa minta diberikan masa selama tiga hari. Hari terakhirnya adalah esok. Minta doakan untuk kesejahteraan anak ustaz. Semoga Allah mengaturkan yang terbaik untuk hamba-Nya.”

     “Insyaallah amin.” 

Sahut kami berdua. Aku tersenyum tetapi hati sakit menelan kenyataannya.

Rasa sakit yang tidak dapat aku tafsirkan.
       
   Aku memejam mata. Tidak mahu air mata berguguran di hadapan insan lain.

   Aku terlambat.

   Allah…...


……………………….......................

-kredit-
Dia menyuruh hamba-Nya berdoa agar dia memakbulkannya,
Maka kuselitkan impian dalam doa saban hari tiap ketika,
Ku ingin melihat dia tersenyum dan ku ingin dia bahagia
Moganya keyakinan dia menjadi dai’e buat ummah bukan mimpi semata.

Sungai Nil. Tidak pernah bosan dia merenungnya. Debur sungai perlahan bagaikan alunan muzik asli, penuh ketenangan dan mendamaikan di samping bunyi-bunyian aliran airnya yang mengenai tebing. Di sinilah dia jatuh hati dengan bumi Mesir, di sebalik tengahnya mengalir Sungai Nil dan hujungnya berdiri megah monumen firaun yang angkuh, berpuluh-puluh camar berterbangan menghiasi jingga senja pada musim panas saban hari. Gerombolan anak angsa mengikut sang ibunya dengan rasa cinta, berenang di sepanjang tepian sungai Nil.

           Mengikut dengan rasa cinta?

         Aku menyeluk saku kocek seluar dan kemudian mengeluarkan telefon bimbitku. Cubaan mencari video bulatan gumbira kami pada minggu lepas, tentang cinta.

           “Wah! Tajuk usrah kita hari ini cinta. Akhi ini murobbi cintakah?” Suara Saif keriangan.

          “Bukan murobbi cinta tapi doktor pakar cinta.” Sahut Akif memaut bahu Saif. Ketawa besar mereka berdua.

      “Banyaklah antum punya doktor dan murobbi cinta!” Tangan Hamidi mencuit pinggang mereka berdua. Aku pula sekadar ketawa kecil dan tersengih menampakkan gigi. Geleng kepala dengan kerenah team usrah Al-Fateh kami ini.
           
Aku tersenyum. Hatiku lapang.


       “Baiklah berbalik kepada tajuk kita iaitu ‘cinta’. Apakah yang antum faham tentang cinta itu sendiri? Cuba Akif beri pendapat, mana tahu berpengalaman mungkin?”


          Murobbi kami, Hamidi adalah seorang pelajar perubatan di tahun akhir. Beliau sangat bermakna buat kami semua. Dialah yang menunjuki pada kami apa itu erti mencintai jalan da’wah dan tarbiyah ini, juga apa ertinya mencintai sesama insan semata kerana Lillahi Ta’ala.

         “Em, Ana?” Dia menunjukkan jari telunjuknya kepada diri dia. Keningnya terangkat sebelah. Gaya kebiasaan Akif. 
                
      “Pada ana cinta itu ibarat coklat cair lagi pekat dengan rasanya yang sangat sedap. Apabila kita merasanya sedikit, semakin kita rasa untuk mengambilnya lebih banyak. Tetapi kalau terlebih maksimum ambil pula, boleh jadi mudarat buat kita. Diabetic Mellitus.” Terang Akif memandang kami semua.
                
        “Wah! Menakjubkan sungguh! Jiwang lagi karat rupanya Akif a.k.a jejaka jambu Zagazig ini!” Usik Saif.

         “Banyaklah!” Akif menolak bahu Saif.

      Tawa kami meletus lagi. Konferens riang kami sememangnya begini. Sentiasa berbentuk santai tetapi sangat berkesan. Terasa ringan untuk berkongsi pendapat, malah berkongsi rasa sedih, kaseh dan sayang kerana semuanya lillahi Ta’ala.

        “Apa itu cinta? Cinta itu bila hati akan mula berbunga. Persekitaran yang tandus segera subur menghijau, bunga-bunga menguntum indah menyebarkan kewangian segar. Kelesuan berubah menjadi tangkas dan cergas. Tangisan sayu menjadi senyuman manis dan indah..” Terang Hamidi lagi.

       “Sebenarnya cinta atau mahabbah kepada Allah itulah merupakan tujuan utama kehidupan bagi mereka yang menelusuri jalan menuju Allah. Tidak satu pun dari tujuan yang lebih tinggi dari cinta kecuali semuanya hasil daripada cinta itu sendiri, seperti rindu kepada Allah dan merasa tenang apabila bersama dan mengingati-Nya. Al-hasilnya pengorbanan dan bukti kesungguhan dalam cinta kudus ini adalah taubat, kesabaran dan rasa zuhud.”

        Terang lagi murobbi kami dengan lemah lembutnya. Pandangan dan kata dia seolah memberikan rasa bahawa cinta itu bukan sekadar rasa, tetapi ia juga punyai Allah. Tidak lengkap cinta tanpa Allah. Tiada cinta tanpa bersandarkan kepada pencipta cinta itu sendiri.

        “Akhi Hamidi pernah rasa cinta?” Tiba-tiba Saif mencelah. Dia tersenyum ada makna.

     “Pernah. Melalui cinta yang agung terhadap Allah.” Hamidi menjeling kembali kepada Saif, menguntum senyum. Dia kemudian menyambung.

      “ Atas rasa cinta itu seseorang akan melakukan ibadah atau pekerjaan sesuai dengan perintah dan menjauhi segala larangan-Nya. Cinta kepada-Nya adalah cinta yang berdiri sendiri dan menjadi sumber utama dari keseluruhan cinta kepada selain-Nya.”

       " Dan bila mana kita kata kita cinta, kita mestilah hendak bersama-sama dengan orang yang kita cinta, ke surga Allah bersama-sama nanti."

     Tepukan gemuruh daripada kami semua buat Hamidi. Hasil daripada perbincangan itu aku seolah memahami akan tujuan di sebalik Hamidi memilih tajuk tersebut. Terharu sungguh akan keprihatinan murobbi aku seorang ini. Tahu-tahu sahaja mengenai aku.

        “Ana rasa enta kena melakukan sesuatu. Cuba enta bergerak sikit.” Sapa Hamidi usai usrah petang itu sambil menepuk belakang aku. Bergerak apa? Aku mengangkat kening. Entah, sudah kali ke berapa dia minta aku untuk bergerak.
                
       Ketika itu selepas selesai menjamu selera dengan masakan spaghetti Akif, kami berempat duduk bersidang di bawah teduhan pokok rendang, menikmati alam dengan hati. Seperti sifat kebiasaan murobbi akan cuba membaca dan mengetahui masalah mutarabbinya.

        “Ok enta buat muka innocent dan chubby enta itu lagi.” 

Hamidi mencubit pipi aku. Dia memang begini. Aduh!
                
    “Bergeraklah untuk kehadapan. Bergeraklah untuk mendapatkan kebahagiaan enta sendiri. Jangan korbankan perasaan dan hati enta sendiri kerana disebabkan kelemahan dan ketidak yakinan enta sendiri. Yakinlah dan bergeraklah. Kemudian bertawakkallah. Allah suka hambanya yang berusaha untuk kebaikan dirinya sendiri.”

        “Tapi ana…” 

Belum sempat aku menghabiskan bicara Hamidi terus menyambung.

     “Tak layak untuk dia begitu? Bukankah kita sebagai hamba-Nya yang berada di jalan da’wah dan tarbiyyah ini seharusnya hidupnya saling lengkap melengkapi. Sememangnya adalah betul kita tidak layak untuk bergandingan dengan insan yang kita anggap hebat, tetapi kita juga perlu meyakini….” 

Tiba-tiba Hamidi menghentikan katanya. Dia melihat awan, tersenyum.

           “Meyakini…” Aku mengulang. Melihat awan, kelihatan mendung.

        “Meyakini bahawa awan itu menjadi hebat juga kerana adanya bumi yang sanggup menerima cinta daripadanya. Awan menjadi hebat, kerana bumi menerima air kasih darinya. Bumi juga sangat hebat pada pandangan awan, kerana awan sanggup menaunginya dari kepanasan Sang Matahari. Indah. Konklusinya, mungkin bidadari enta itu tidak mengharapkan kesempurnaan dari enta, tetapi cukuplah sekadar menjadi awan buat dia, meneduhkan.”

            “Maksudnya?”

            “Inspirasi penguat hati. Saling menginspirasi.” Hamidi tersenyum.
            
           Ya! Kata Hamidi itu sangat terkesan buat aku. Ibaratnya seolah awan memberi senyuman buat aku. Terima kaseh awan!

       “Ana jumpa Marwan sewaktu perhimpunan Jaulah musim sejuk dua minggu lepas. Dia ada pesanan.” Lelaki itu masih lagi melihat awan. Tidak jemu. Memijak daun kering di kakinya.
         
         “Kata dia semasa sesi ta’aruf, pihak perempuan telah menolak pinangan dia.”

         “Emm?” 

Aku seakan tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Betulkah?

      “Marwan beritahu yang akhawat tersebut sudah mempunyai pilihan hati sendiri. Dia sedang menunggu seseorang.” 

Hamidi memegang lembut tangan aku. Aku berpaling dan memandang dia dengan pandangan lembut.
                
     “Percaya atau tidak, kelakarnya akhawat itu terlepas cakap yang dia sedang menunggu seorang ikhwah yang terkenal dengan sedikit chubby dan innocent-nya itu.” 

Hamidi mengangkat keningnya sambil menepuk bahu aku berkali-kali. Hati aku bergetar. Err betul kah?
               
 ‘ Ya Allah, andai bidadari itu jodohku, satukanlah. Andai bukan dia milikku maka sisihkanlah! Amin.’

          Aku melihat awan. Mengintai bidadari di baliknya. Kelihatan mungkin tersenyum pada aku. Dia sememangnya ciptaan Tuhan yang memahami aku. Seolah dia menuntunku untuk bergerak mendapat kebahagiaan sendiri.
                
          Hatiku lapang. Tersenyum.

            Bergerak? 

          Malu.

………………….............................


       “Assalammualaikum..” 

Aku memberi salam. Kedengaran ganggang telefon diangkat.

      “Waalaikumssalam.. Pak cik ini siapa?” 

Kedengaran suara lembut kanak-kanak kecil menjawab kembali. Menyoal aku. Err pak cik dipanggilnya aku..

       “Ini…kawan kepada Kak Najwa. Ini siapa?”

      “Oh! Saya Rifki. Anak saudara kepada Kak Najwa. Pak cik mahu bercakap dengan siapa?” Belum sempat aku menjawab..

    “Siapa itu Rifki?” Tiba-tiba kedengaran suara seorang wanita di sana. Menyapa.

      “Tak tahu. Pak cik ini kata dia kawan kepada Kak Najwa. Suara dia sangat lembut, sopan je.” Kanak-kanak tersebut memerli aku ke? Sekeh nanti.

     “Mari sini kakak jawabkan.” Aku menelan air liur. Cubaan membetulkan peti kotak suara dengan mendehem. Darah seakan mengalir laju dalam badan. Rasa sejuk. Bersedia.

      “Ini Najwa menjawab. Boleh tahu pak cik mahu menjawab dengan siapa?” Sahut dia bersahaja. Luluh jantung. Dia juga memanggil aku dengan panggilan pak cik. Tak boleh jadi. Bertukarkah suara aku di telefon ini?

      Aku mengumpul tenaga untuk menjawab kembali. Ya Allah bantulah aku ya!

      “Ini ana, Athar. Bukannya pak cik.” Aku sedikit mendengus.

Suasana senyap seketika. Muka aku kemerahan.

        “Oh enta…kenapa?”

        “Ana mahu…” Kata aku terputus. Tidak berani.

        “Enta ini mahu bercakap dengan abi ke?” Soal dia.

      “Ana mahu…” Aku mencuba sekali lagi tetapi tersekat. Aduh! Telan air liur.

     “Enta mahu apa? Segera ya bagitahu, ana sekarang ada urusan.” Dia kemudiannya mengulang. Aku sedikit rasa tertolak untuk meneruskan bicara.          Azam aku tidak mahu lagi terlepas peluang. Pesanan murobbi, bergeraklah dan jangan lepaskan peluang untuk kebahagiaan sendiri.
               
       “Ana mahu meminang seorang bidadari. Dengarnya dia menyukai seorang ikhwah chubby lagi innocent itu.” Balas aku. Sedikit bergetar.

    Tiba-tiba senyap. Aku mengetap bibir. Peluh sejuk mengalir di dahi. Menunggu jawapan.

       “Bengkeng. Kenapa baru sekarang!” 

Aku terpana. Aku jadi pelik. Kenapa pula ada gaya jawapan semacam ini?

        “Err..kenapa ini?” Peliknya.

         Suasana hening sekali lagi.

        “Sudah lama ana menunggu…”

Aku terpana. Seakan tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Kolam mata aku terasa panas. Tangan aku semakin erat memegang ganggang telefon. Takut terlepas.

      Ketika itu aku merasakan kedengaran sedikit esakan dia. Terharu mungkin.

          Aku memejamkan mata menahan air mata terharu daripada keluar.

          Aku rasa bahagia.
          
          Terima kasih Allah.

          Moga rasa ini terus ke syurga-Mu. Insya-Allah amin. 

          Bahagia.

……………………….....................


Kau bidadari di hati,
Menjadi inspirasi dan sumber kekuatan,
Ketenangan kepada cahaya kesedaran,
Kau sentiasa mendamaikan.

Di tempat yang tinggi, kau menanti di balik awangan,
Menanti untuk memberi senyuman
Melembutkan hati kepada pelihatnya.

Kau putih suci di pandangan
Walau jarak memisahkan
Kau tetap menjadi majaz yang sangat menyedarkan.

Kelihatannya kau ibarat bidadari di sebalik awan
Mengintai atau meninjau dengan perasaan
Lantas aku mendengar kau bisikkan pada awan

‘Aku menerima dia dengan senyuman’

Senyum. 

Bahagia.





-PAB-

Pertama kali saya menulis cerpen yang berlatar belakang chenta dan kaseh sayang. Dek terkesan dengan pendefinisian chenta oleh beberapa rakan dalam perjuangan ini, saya terjemahkannya dalam bentuk penulisan cerpen ini.

Cerpen ini (ke novel? sebab panjang) saya dedikasikan kepada ikhwah tersayang yang selama ini sentiasa menemani diri dalam arena da'wah dan tarbiyah ini. Juga khasnya buat harapan kepada bidadari saya yang kini, masih lagi dalam pencarian. Doa saya, moga Allah mencintainya, amin.



Dan harapan saya yang marhaen ini, moga si dia yang sedang membaca ini, dia terharu.

Senyum bermakna.

Rabu, 25 Julai 2012

Antara Bulatan Gumbira, Pesona Bunga & Awan Biru

CERITERA 2
Senyum Antara Tautan Hati, Hujan dan Pelangi.

-kredit-

‘Ukhuwah ini semanis coklat. Tersangat kesedapannya sehingga menjilat jari. Manisnya coklat cair tidak dapat menandingi apabila ukhuwah ini mencapai tahap ke’super’an dan ke‘saiya’annya yang tertinggi. Wah sangat OSEM!’

Teringat dia kata-kata naqibah terchenta. Hik, seorang naqibah yang happy-go-lucky. Senyuman masih tidak lekang sungguh daripada bibirnya semenjak tadi. Tersenyum teringatkan bulatan gumbira Al-Humaira’nya yang happening dan bergaya. Mendidik hati dan dirinya menjadi hamba yang lebih muslihah, daripada semasa ke semasa. Itulah yang dikatakan nikmat hidup dalam tarbiyah, menurut murobbinya.

Memorinya masih lagi menerawang, mengingati setiap bait-bait kata yang pernah ditumpahkan oleh kaseh sayang seorang ukhti yang disayanginya. Belajar erti bahagia dan ketenangan dalam kehidupan dengan prinsip sentiasa bahagia untuk memberi.

Memahami erti bahagia dengan memberi, seperti kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam untaian hikmahnya, Aku Terima Nikahnya.



            “Ukhti, kenapa dalam kehidupan kita sebagai manusia, juga sebagai seorang pelajar memerlukan kita untuk tetap terus istiqomah berada dalam jalan da’wah dan tarbiyah ini ye?” Tanya dia pada sesi konferens riang tika itu, usai solat sunat Tarawikh setahun yang lepas.



Hujan renyai tika itu mencipta sedikit metafora asap keluar daripada bicara mereka. Sejuk.

“Soalan Nisa’ itu itu sudah lama sebenarnya diungkapkan Allah dalam surat cinta-Nya:



“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang diutuskan kepada manusia, kamu menyeru kepada ma’ruf dan mencegah daripada kemungkaran dan kamu beriman dengan Allah.”

(‘Ali Imran: ayat 110)

“Ehem! Bukankah Allah Maha Cinta itu menghantarkan kerja yang sangat mulia buat kita. Bahkan setelah mana kita mengucapkan Syahadatul Haq, maka wajiblah pula kita melaksanakan tanggungjawab atas saksi yang telah kita ucapkan, agar ianya tidak sekadar menjadi palsu. Bahasa Arab kita panggil ianya sebagai Syahadatuz Zur, syahadah yang palsu”

Sambil menadah tangan menyambut deraian hujan, Murobbinya, Ukhti Aisya Zinnirah terus menyambung kata cinta buat mutarabbi terchentanya.

“Apa yang menyebabkan kita mesti istiqomah dan tetap terus berada dalam da’wah dan tarbiyah ini juga telah Allah ungkapkan dalam surat cinta-Nya sekali lagi:

" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

(At Taubah:ayat 111)

“Dan sesiapa yang mencari deen (agama/ jalan hidup) selain Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.”
(‘Ali Imran: ayat 85)

“Juga apa yang menyebabkan da’wah itu menjadi lebih istimewa lagi apabila Allah telah dijanjikan oleh Allah Maha Kaseh melalui sabdaan Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Jika seseorang mendapat hidayah daripada Allah lantaran atau asbab kamu, ianya lebih baik bagimu daripada apa yang disinari matahari.”
(Hadis riwayat al-Tabrani)


Khairunnisa’ yang mendengar sabdaan Baginda senyum saat itu. Suka akan janjinya dari Rasul terchentanya.



 “Khairunnisa’ Zunnur Ain kenapa ni termenung tersengih sorang-sorang”? Sahabatnya Fatimah menyapa dengan sedikit menyiku. Memorinya terhenti saat itu. Merindui Murobbinya.

“Amboi panggil nama panjang ana terus ye. Hik. Ana tersangat rindukan bulatan gumbira Al-Humaira’ kita. Rindu untuk kembali berjumpa dan merenung wajah mereka yang tomei lagi bersih tu. Baru berjumpa rasa mahu berjumpa lagi. Rindu, hehe.” Ucap Khairunnisa’.

Petang yang hujan rintik itu, mereka berdua masih lagi menunggu kereta api untuk ke Kuala Lumpur Sentral. Manik-manik hujan turun menitis dengan bayu angin damai membawa lukisan harmoni. Mencipta ketenangan di langit stesen kereta api ketika itu.


“Owh, ana pun merindui mereka. Ukhti Aisya naqibah yang caring dan happy-go-lucky , Ukhti Anis Amirah yang pandai memasak roti cinta, Ummi Sakinah yang kelakar dan menceriakan selalu bulatan kita. Hehe sangat merindui mereka.” Senyum terbit di pipi Khairunnisa  sambil mengira dengan jarinya seperti kanak-kanak riang.

“Ha, satu lagi yang enti lupa nak cakap.”

“Apa dia?”

“Fatimah Al-Qasira yang tomei dan sukakan coklat! Hehe” Bercakap sambil tersenyum manis dan meletakkan tangan tanda peace di pipinya. Comel. Masuk dalam bakul dan mengangkat sendiri.

“Eww gediknya Fatimah ni. Bukan manja lagi ye dia. Nah! Ambil cubitan cinta dari ana ni!” Balas Khairun dengan gaya mahu mencubit bahu sahabatnya.

“Hehe, betul apa! Eh kejap tertinggal satu lagi watak yang sangat penting. Entilah, Khairunnisa Zunnur’Ain, bidadari yang tersangat pandai memasak coklat yang sangat OSEM! Itulah sebabnya dia menjadi sahabat sejati ana. Hehe.” Cubitan pula mengenai pipi si Khairunnisa’. Manja.


            Suasana romantik berbuah manis pahala terus dinikmati mereka berdua. Perhentian kereta api penuh tenang, mencipta panorama buat mereka berdua berkaseh kerna Illahi. Hujan renyai turun seolah cemburu dan menangis keharuan melihat keakraban mereka berdua. Damai.



Tren kereta api sampai ketika itu dan mereka berdua memilih koc jambu di bahagian tengah. Koc khas direka untuk golongan bidadari. Membuatkan para lelaki miang pasti berasa untung jika dapat mencelah ke sana. Menjadi serigala di celahan bidadari.

Muslimah berdua tersebut masuk ke dalam sistem gastro koc jambu. Keduanya manis mengenakan busana muslimah, terus memilih lokasi untuk duduk di kerusi yang disediakan. Khairunnisa’ menjeling jam tangan bertali ungu hadiah daripada seseorang wanita istimewa. Tepat 10:30 pagi. Tidak ramai penumpang kereta api ketika itu. Dapat dikira tanpa menggunakan gerakan kinetik tenaga jari.

Awan terus menurunkan rahmat ketika itu. Sejuk tetapi damai buat mereka yang berada di dalam gastro tren, sehingga menjalar dan menyentuh ke bahagian sendi dan tulang.

Kadang mata-mata cantik memandang dua bidadari tersebut duduk berbicara sopan, mungkin tertarik dengan pemakaian muslimah dan tudung bidang 60 mereka. Tenang untuk memandang.

“Ukhti Aisya sangat tinggi kerendahan hatinya. Dia kalau memberi penyampaian dalam usrah semacam pengisian tersebut bukan ditujukan khas pada sesiapa, tapi untuk dirinya sendiri. Kadang-kala kata-kata pedas dia membuatkan kita tak terasa sangat. Itu yang ana salute pada Ukhti Aisya”. Khairunnisa’ membuka bicara sambil tangannya ligat membuka majalah JOM! Yang dibelinya tadi di kedai 7 Eleven. Majalah yang menurutnya tersangat best!

“A’ah kan, walau dia seorang pelajar medik yang gerenti sibuk sangat, tapi masih lagi mampu meluangkan masa dengan kita, berukhuwwah, dan berkaseh chenta dengan kita setiap minggu. Allahurobbi besar sungguh pengorbanan Ukhti Aisya untuk kebaikan kita.” Kata Fatimah menguatkan hati khairunnisa’. Tumbuk tapak tangan tanda hebat!

“Hehe, benda yang paling ana suka tentang Ukhti Aisya adalah dia sangat caring dan sangat mengambil berat tentang kita. Selalu mesej bertanyakan khabar dan menyatakan rindu dendam pada kita. Juga tak pernah melupakan hadiah setiap kali birthday anak usrahnya.” Khairunnisa membelek jam yang dipakainya. Masih cantik dipakai. Hadiah birthday daripada murobbinya tersayang, Ukhti Aisya Zinnirah, nama yang istimewa buat dia.

Mereka berdua senyum. Memori memutarkan kembali ceritera bulatan gumbira Al-Humaira’ nya setiap minggu, replika kepada sistem diasaskan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna di Mesir. Menceritakan kembali kelebihan setiap satu watak dan peranan setiap ahli usrah dalam bulatan tersebut. Inilah ceritera baru bermula.

Khairunnisa Zunnur’Ain mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Cubaan menerobos ke langit yang menurunkan hujan, tapi gagal kerna dihalang abstrak hasil daripada titisan air pada kaca tingkap kereta api. Abstrak itu lalu menghasilkan memori perbualan dia dengan Ukhti Aisya.

“Ukhti sayang! Kenapa ye ukhti tak pernah bosan dengan kami. Maksud ana, ukhti sentiasa mengajak kami, hantar mesej setiap kali mengingatkan tentang waktu dan masa bulatan Humaira kita? Walau kadang-kala kami rasa malas mahu datang, ukhti tak pernah jemu menjemput kami daripada rumah. Kami terharu sangat!” Khairun bertanya, sambil mengangkat kening menunjukkan petanda soal.

“Huhu soalan Khairun itu ukhti jawab semula dengan satu soalan. Adakah untuk mencintai dan merindui seseorang kerana Allah memerlukan alasan untuk menolaknya dengan kukuh?” Senyum Ukhti Aisya dengan pandangan cinta, khas buat mutarabbinya terchenta.

Kening menaik tanda soalan power itu tersangat susah untuk dapat dijawab kembali, mungkin lebih susah sedikit daripada peperiksaan untuk menjawab soalan cikgu tadika bagi mendapatkan coklat cadburry yang sangat manis.


“Jawapannya tentu sahaja tidak perlu. Ibarat ummi kepada Khairun adakah perlu dia menyatakan sebab untuk dia menyintai dan mengasihi Khairun sepenuh hatinya? Dia sentiasa memberi dan memberi seriously tanpa jemu langsung dan dia tak memerlukan alasan untuk memberinya bukan?”



Ya! Jawapan itu sangat memberkas dalam relung sudut hatinya. Membunga dengan berduri yang tersangat tajam. Memerahkan pipinya yang putih persis Al-Humaira, nama bulatan Gumbiranya.

 Bunyi pintu kereta api terbuka dan suara rakaman audio tentang pengumuman perhentian seterusnya mengejutkan dia dari lamunan. Mencipta paradigma bahawa itulah antara memori terindah buat dia bersama naqibah terchenta.


            “Khairun, ana cemburu sangat dengan kebolehan Ukhti Anis Amira memasak roti cinta. Wah! Cemburu sangat! Lagi satu Ukti Anis bila bercakap lembut sangat bahasanya, mendayu hingga buat ana menangis terharu bila dengar bacaan al-Qurannya semasa usrah. Tertib dan murrattil lagi” Fatimah memuji, kelihatan senyum terbit di pipinya yang bersih.



“A’ah ana terharu apabila dia sentiasa setiap kali usrah, membawa roti cinta ciptaannya. Tak pernah jemu, bahkan sentiasa mencipta suasana cinta-mencintai dalam bulatan kita. Kadang-kala ana terasa penuh dan terisi cawan cinta sahabat dalam diri ini, hingga tidak memerlukan cinta makhluk yang tidak halal buat ana, hik” Ucap Khairun dengan gaya tangan tunjuk thumbs up!

“Tapi kan ana tak pernah sangka yang rupanya Ukhti Anis mengambil bidang dalam kejururawatan. Katanya, dakwah dia bagaimana mahu mengislamisasikan bidang kejururawatan yang dipelajari. Seriously, lihatlah kadang-kala bagaimana syariat Islam itu tidak di amalkan sepenuhnya di sebahagian hospital dan klinik yang tertentu. Sungguh mesti Ukhti  Anis rasa itulah tanggungjawab dia selepas habis belajar nanti.”

            Khairunnisa terdiam. Termenung seperti biasa. Memikirkan bagaimana keberadaan mereka berada dalam sistem yang penuh sedikit kepincangan ini. Hakikatnya manusia yang digelar ‘mereka’ itu sangat sedikit jumlahnya, mempunyai keinginan, fikiran, hati dan rasa untuk mengubah sistem ini kembali kepada kejernihannya.

            Ya, ‘mereka’ adalah anak kepada sistem jahiliyah ini. Perungkai kepada kebatilan yang kadang-kala menjadi kebiasaan buat mereka yang tidak memahami. Azam mereka menerangi, menunjuki dan memimpin sistem ini kepada yang lebih murni. Ya, jika bukan mereka siapakah lagi yang mahu merealisasikan ayat cinta dari Tuhan Sang Pencipta bahawa umat ini adalah sebaik-baik Ummah?

            Yang mana diciptakan untuk mencipta kebaikan dan mencegah kebatilan? Sambil dengan bangga dan senyum bunganya mengucapkan sayonara kepada jahiliyyah yang sudah terlalu pekat dan ligat itu.

            “Kata Ukhti Anis, dia terkesan dengan puisi yang ditulis oleh Akhi Hilal Asyraf dalam akaun Muka Bukunya. Mungkin juga sebagai pendorong dia untuk terus tetap berada dalam jalan da’wah dan tarbiyah ini. Yelah, bukankah kita ini untaian tasbih kepada usaha da’wah baginda, agar dengannya ia menjadi kebanggaan kita untuk berjumpa dengan Baginda nanti.”

Kita akan hancurkan jahiliyyah,

walau ia umpama mentari.

Panas,

bebola gergasi.



Kita tidak akan berundur,

atau merasa gentar dan takut,

kerana kita punya Ilahi,

yang menciptakan matahari.


            Angin terus menunjukkan melangit kesyukurannya lagi dengan terus membasahi bumi dengan kesejukan angin yang mendamaikan. Awan  terus memberi hujannya tanpa jemu petang itu, memberikan ibrah bahawa erti ketenangan dan kedamaian dalam hidup itu adalah pada erti memberi.

            Memberi sepertimana sifat Allah yang suka memberi. Persis juga seperti seorang ibu yang kasih dan mencintai anaknya dengan suka memberi.
            Bicara bisu sedetik diselangi irama melodi daripada tingkap lutsinar kereta api hasil daripada titisan hujan terus memainkan peranannya. Sejuk mencengkam membuat mereka sedikit terkesan. Tangan dikepal bulat, lalu ditiup bagi menghasilkan haba. Hangat.

            “Allahumma Soyyiban Nafi’an”

            “Emm doa itu di ungkapkan tika hujan kan Khairun?” Soal Fatimah.

            “A’ah. Ana dengar doa ini dibaca oleh Ukhti Aisya semasa jaulah kita yang lepas. Waktu itu hujan lebat sangat, ana duduk berdua-duaan dengan dia.”

           

            Memorinya menerawang sekali lagi menerobos atmosfera langit pertama. Bicara romantik diingati sekali lagi, ketika hujan rintik menemani mereka berdua di bawah pokok rendang, mengharap teduhan kasih-sayang sang pokok.


            “Khairun, hujan itu ibaratnya bicara hati kita sang manusia. Setiap butirnya hujan itu mencipta manifestasi kisahnya tersendiri. Setiap butir mereka mewakili perasaan manusia seperti sedih, gumbira, tenang dan gelisah, juga segalanya terhimpun dalam kandungan awan.”



            Mereka memandang awan. Hujan rintik. Jaulah Musim Hujan itu dinikmati sepenuhnya.



            “Hujan yang mewakili perasaan manusia tidak berhenti di situ sahaja, bahkan terus berusaha menciptakan gabungan warna yang indah lagi menyenangkan. Khairun, nampak ada pelangi di situ, cantik!.” Tunjuk Ukhti Aisya pada lelangit mendung. Senyum.



            Senyum Khairun kepada awan dan pelangi membunga. Kelihatannya awan dan pelangi itu berinteraksi dengan dia, membentuk antara mereka cas positif sayang dan cas negatif keharuan. Kata awan seolahnya dia sudi menumpahkan air matanya. Terharu kerana manusia bernama Aisya Zinnirah dan Khairunnisa’ itu sudi mendengar bicara hatinya si makhluk Allah. Bertasbih dia dengan senyuman. Manis Aisya dengan tahi lalat kecilnya di lesung pipi.

            Fatimah melihat awan, mencuba memahami akan metafora yang dicipta Khairunnisa’. Lantas pandangannya beralih pula kepada Khairun yang masih tersenyum melihat awan.




           “Enti sukakan awan ye?” Soal Fatimah.



            “Suka sangat, hehe.” Jawab Khairunnisa’. Senyum.



            “Kenapa?”



            “Sebab dengan melihat awan hati kita akan memiliki ketenangan. Awan itu ibaratnya Usratul Humaira’ kita ini. Tenang dan menyejukkan hati. Bulatan gumbira kita ini satu nikmat Allah yang tidak mampu kita bayar hatta memiliki segunung emas dan permata seisi dunia. Seperti janji Ukhti Aisya, akan dia bawa hati-hati yang berhajat supaya turut merasai manisnya hidup dalam berhalaqoh, sunnah tarbiah Rasul-Nya. Hidup berhalaqoh itu  antara madu dan nikmat dalam perjalanan dakwah dan tarbiyah ini!”



            “Mahu tahu apa yang Ukhti Aisya ungkapkan lagi?”



            “Mahu!”

            “Kata dia, akan dia sebarkan cinta dan lazatnya madu ini untuk semua! Percaya atau tidak, kini kitalah yang telah merasai manis dan lazatnya madu itu. Alhamdulillah sangat! Hehe.” Senyum dia pada awan dan Fatimah.

            “Alhamdulillah, juga atas jalan ini Allah telah temukan kita berdua.” Senyum Fatimah pada awan, juga pada Khairun.

            Petang yang hujan itu tidak menunjukkan bilakah ia akan mulai berhenti. Terus bahagia dengan memberi corak dan kesejukan kepada bumi. Bumi juga bahagia menerima, menjadikan mereka berdua antara ciptaan Illahi yang sangat serasi.

            “Khairun mahu tahu apa harapan ana sebagai murobbi buat antum semua?”



            “Emm, apa dia Ukhti Aisya?”



            “Harapan ana agar kita semua nanti dapat bersama menjejaki taman-taman syurga. Berpimpin tangan dengan sweetnya. Meraih kaseh dan Cinta-Nya juga.” Senyum dia pada Khairun.



            Menitis air mata dia kerana gembira seperti hujan petang itu. Terharu.



            “Terima kaseh ukhti. Uhibbuki Fillah” Senyum. Doa dia petang itu, agar harapan yang dibina oleh Murobbinya itu, bakal menjadi kenyataan. Bercinta hingga ke syurga!

Ya, Hingga syurga. Dan ya Allah, terima kaseh atas nikmat aku berada dalam  usaha da'wah dan tarbiyah ini, tak mampu untuk aku membayarnya. Alhamdulillah.."


Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui "
(61:10-11)


-PAB-

Fuh~seriusli ini adalah sambungan daripada ceritera yang sebelum ini. Terasa ingin menyambungnya lagi. Antara point saya, agar kita semua bersyukur kerana nikmat Allah yang telah meletakkan kita dalam gerabak tarbiah dan da'wah yang sumpah haibat ini, Alhamdulillah...

Err anda dah ada dalam gerabak ini kan?


Tekan:
Antara Bulatan Gumbira, Pesona Bunga & Awan Biru i

Isnin, 4 Jun 2012

Penuhi 'Cawan CInta' Sahabat kita. Itu Membahagiakan! ツ

Tidakkah kau melihat matahari,
Sinarnya tiada henti,
Hatta di kala malam bulan mewakili.
Begitulah sahabat yang baik,
Sentiasa menyuluh cahaya kesedaran,
Walau berjauhan,

Tetap berusaha untuk dicapainya.
(Akhi Hilal Asyraf)


Diri ini memandang wajah rakan-rakan ikhwahku. Wajah mereka selalu ceria dan penuh cahaya. Wajah yang mana aku tidak pernah rasa sugul apabila memandangnya. Bahkan hari itu kegelisahan aku yang dibebani dengan urusan pembelajaran dan praktikalnya selama sebulan, hilang apabila memandang wajah bersih itu.


Tenang. Entah ke mana langit terbangnya rasa kegelisahan itu.

Bas yang membawa kami meluncur pergi dengan sebaiknya. Malam yang damai menjadi saksi bahawa kami semua dalam misi menghubungkan silaturrahim dengan ikhwah kami yang bakal melangsungkan pula majlis walimahnya di Sik, Kedah.


Wah! Obsesi kecemburuan dengan dia. Sudah menikah! Hiii

Dalam bas yang suasananya damai, saya teringin menyatakan kepada mereka dengan kuat sekali. Mungkinlah dialognya sebegini. Eh! Jiwang ke? Hiii jiwang yang berpahala kan...


"Sahabatku" sambil memandang wajah sweet mereka dengan senyuman manis. Gaya kebiasaan aku. Hik!

Kemudian mereka semua pula akan mengangkat kepala sambil berkata "Em?". Sambil kening mereka terangkat.

"Uhibbukafillah jiddan jiddan Wallahi!"

Kemudian mereka semua senyap sebentar kemudiannya tertawa. Aku hairan. Eh?

"Haha, enta ni seriously memang jiwang giler. Hehe" Sapa seorang ikhwah sambil mengusap selintas lalu kepalaku.

Kemudian sapa lagi seorang ikhwah:
"Uhibbukafillah kaman." Seterusnya disertai dengan rakan-rakan ikhwah yang lain.


Emm sangat mendamaikan. 


Hehe tapi kejiwangan di atas sekadar monolog hati. Mahu buat sebenarnya. Tetapi kelihatan adanya akhawat sekali duduk di bahagian kerusi belakang, membuatkan ku membatalkan hasrat tersebut. Ha! Malu kucing.

Maka ceritera walimah terus berjalan dengan baiknya. Wajah si pengantin ikhwah dengan sweet dan hensemnya. Berseri apabila di tegur dengan sapaan gurauan ikhwah yang lain.

Tanya dia:

"Enta bila lagi?

Erk! Tersedak. Pucat. Hiii tiada jawapan atas soalan sebegitu buat masa ini.

Dalam perjalanan pulang dirangka pula perjalanan jaulah ke negeri Perlis. Melihat sawah padi sangat mendamaikan. Uih sangat menerujakan alam yang indah nian ini. Maka jaulah itu aku belajar daripada alam.

Sesungguhnya pada kejadian semua langit dan bumi dan perubahan malam dan siang dan kapal yang berlayar di lautan membawa (barang) yang bermanfaat bagi manusia, dan apa yang diturunkan Allah dari langit berupa  air, maka dihidupkanNya dengan (air) itu bumi, sesudah matinya , seraya disebarkanNya padanya dari tiap-tiap jenis binatang, dan peredaran angin, dan awan yang diperintah di antara langit dan bumi; adalah semua­nya itu tanda-tanda bagi (kebesaran Allah)bagi kaum yang berakal.



(Al-Baqarah:164)




Keterujaan itu semakin meninggi dengan canda gurauan ikhwah yang lain. Mereka itu menceriakan. Melihat mereka persis melihat bulan, menenangkan. Kata mereka ibarat secawan air yang boleh menghilangkan dahaga. Hik!


Bergambar bersama mereka dengan gaya yang dibuat-buat. Statik. Kadang-kala teringin mahu kekal berada di saat dan masa itu. Tetapi kita semua sedar bahawa masa akan tetap berjalan. Dan kata naqib:

"Masa akan tetap berjalan dan berubah, tetapi ukhwah kita akan tetap tidak berubah. Tetap statik, tetapi statik sambil berjalan yang sweet!"
(Akhi Naqib)


Allah....sweetnya akhi. Terharu.
Mahu je tutup telinga ni. Takut air mata jatuh terharu. Hiii



Sahabat ibarat matahari.
Kehangatannya menyenangkan jiwa.
Kehilangannya ibarat bumi kehilangan matahari.
Sungguh tiada siapa berharapan demikian.
Bahkan lebih gembira dirinya hilang.
Berbanding cahanya lenyap meninggalkannya.

(Akhi Hilal Asyraf)

Diteruskan pula dalam perjalan pulang dari jaulah, kami sempat menyinggahi rumah seorang akhawat di Bintong. Dengan suka relanya akhawat tersebut menjemput kami ke rumahnya.
Rumahnya kelihatan di tengah sawah padi. Sangat mendamaikan sambil menikmati ikan bakar hasil daripada masakan keluarganya.

Bergambar pula di sawah padi dengan ikan bakarnya. Amboi terlebih sudah ye! Hehe

Yes! Tanpa berlengah lagi aku mengambil kesempatan melihat sekali wajah mereka dengan dalam seorang demi seorang. Andaikan aku mempunyai kamera 'mata', mahu sahaja aku rakamkan wajah mereka yang mendamaikan itu di dalam kotak 'rakaman' di sudut hati aku yang paling dalam.

Oh sahabatku kaseh!
Adakah ini tandanya manifestasi rindu kepada Rasulullah SAW?

"Tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."
(Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Maka begitulah ukhuwah kita yang tetap tidak statik, tetapi tetap statik sambil berjalan dengan sweetnya.

Dan teruslah berjalan dan berjalan sambil menikmati ukhwah ini dengan sebenarnya. Luahkan sahaja rasa cintamu pada sahabat dengan ungkapan kata-kata yang manis supaya katamu mampu mendamaikan jiwa mereka.

Mengisi 'cawan cinta' yang berada dalam di jiwa mereka:)

"나는 사랑의 유리입니다"
I am your glass of love
Eh! Betul ke bahasa korean yang saya buat ni?

Berusahalah sehabis baik menggembirakan sahabat kita yang terchenta.
Yakinlah, penuhi cawan cinta sahabat kita. Itu membahagiakan!

Seterusnya menghabiskan bibit-bibit terakhir kita bersama dengan mereka sambil tersenyum untuk menempuh tiket ke jannatul Firdausi bersama. InsyaAllah :') 



Aminn.


Maka akhirnya memori aku berjaya merakam ukhwah fillah ini. Semoga antum sentiasa menjadi sumber ketenangan kepada 'cawan cinta' aku yang memerlukan kalian. Ukhwah Fillah Till Jannah Insyaallah!


Nota hati: Jom mencipta dan 'merakam' ketenangan kerna ketenangan itu manifestasi kepada kenangan^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...