|
-(Kredit) err kami pong mampu jadik lejen en? -
|
Ok baiklah, dengan rasa tidak bersalahnya saya memohon sepuloh
jari dengan harapan anda semua memaafkan saya. Yelah, dek hampir 2 bulan
lamanya belog PAB ni menyepi. Tidak di hupdate, makin berhabok pulak rasanya, lantas
menyebabkan anda makan tak kenyang, tidur tak lena dan mandi tak basah
menantikan sebarang entri dari saya, eheh.
Ok ok perasan. Tangan kat dada mata pandang atas.
Arakian kerana dek monster kesibukan yang menyerang di hospital,
maka menjadi kewajipan saya sebagai salah seorang supernursing (cewah! Aish!
Tepis angin) membantu menyelamatkan dan memberi rawatan kepada pesakit dengan
ijin Allah. Bukan mudah, kena pulak menumbuk, menyepak, menyumpit dan menyekeh
kepala monster kesibukan tu hingga jebam. Malah tidak lepas juga saya turut
mengajak monster kesibukan tu pula untuk tunduk menyerah sebentar mengikuti dan
membawa pula petakan gumbira.
Gelak kuat. Tangan di pinggang.
Ok baiklah. Ini bukan entri yang menyentuh isu semasa berkaitan
pemboikotan sayur kangkung yang dijual mak limah di pinang sebatang. Bukan juga
berkaitan kenaikan harga minyak RON 97 di stesen minyak milik pak cik husin
toncit. Bukan.
Bukan pula tentang isu penggunaan kalimah Allah dan apatah lagi
jauh dari itu, ayat-ayat gediks macam chantek jer, macam comel jer. Bukan.
Bukan juga gaya selfie dengan mata yang bulat hitam terbojol bajet
comel, lalu dipos di muka buka, kicauan burung, gram-insta, aplikasi apa dia,
ataupon kami-chat dan sebagainya.
Bukan. Tapi berkaitan ikhwat akhawat non-religious background. Apa
kaitannya dengan dunia d&t. Hoho
Ok baiklah.
Pernah atau tidak anda yang berada dalam dunia d&t dengan
manjanya dan in comfort zone selama ni, menjumpai mereka yang dalam bidang
non-religious background pon turut melaju bersama-sama anda dalam medan d&t
ini? Makan setalam bersama, bangun qiam bersama, nyanyi lagu jalan juang
bersama, tidur sebantal bersama, gelak tawa fillah bersama sehinggalah terjun mandi
sungai pon bersama-sama hei, pernah ke?
Jawapan anda mungkin ye, mungkin tidak. Tapi saya tahu, kebanyakan
anda mungkin akan berkata ‘ya’.
‘Eleh! PAB nie, nak cakap budak nursing ni spesel ah tu macam dia dalam
d&t nie.’
Ok ok. Bukan itu maksud saya. (gosok belakang kepala)
Maksud saya di sini, anda mungkin pernah menjumpai ikhwah or
akhawat yang bersama-sama kita dalam gerabak ni, terkezut bila pertama kali
bibit-bibit perkenalan anda yang ditaburi bunga-bunga chenta itu, diberitahu
yang beliau bukanlah berlatar belakangkan pendidikan agama pon. Apatah lagi
bukannya mengambil bidang pengajian atau lepasan agama semasa di IPTA or IPTS
dahulu.
“ Enti ni murobbiah lejen ana nengok. Selalu bagi taujiah. Jadi
imam qiam bulanan akhawat. Jadi penceramah jemputan untuk daurah mabit bulanan.
Err enti ambil kos usuluddin, fiqah, quran dan sunnah, ilmu wahyu kemanusiaan
dan sebagainya ke?”
“ Err bukan. “
“ Habis tu.”
“ Nursing jer.”
“ Erk”
Tersembur. Tersedak. Terkezut. Tak tersangka. Dan segala ter
mungkin terucap di bibir anda yang mulus itu.
Maka dari moment itulah, entri ini muncul untuk membicarakan dan
memberi persoalan yang penting berkenaan ‘mereka-mereka yang lejen’ ini yang
disapa mak cik hidayah untuk mengikuti dan seterusnya mempertaruhkan pula nyawa
mereka di jalan juang ini.
Atas sebab apa kita yang bukan lahir dari family berlatar
belakangkan agama, bukan jua dalam bidang pengajian agama, tapi Allah beri juga
‘a small special gift’ untuk ‘membesar’ dalam jalan ini?
Yosh! Maka betullah nasyid lejen yang selalu hadek2 tadika
nyanyikan tu:
‘Iman tak dapat diwarisi, dari
seorang ayah yang bertaqwa’
‘Ia tak dapat dijual beli, ia
tiada di tepian pantai’
-Raihan-
Maka dari situ dapat kita fahami bahawa, mereka yang membuat kerja
dakwah ini asalnya kadang kala bukanlah mereka yang berasal daripada keluarga
yang yang mengamalkan agama pon. Jauh lagi yang mengambil bidang pengkhususan agama,
tapi Allah telah memuliakan dan menentukan mereka-mereka ini untuk membuat
kerja dakwah ini.
Kerana apa agaknya?
Adakah kerana mereka ini kachak-kachak dan chantek-chantek belaka,
eh
Adakah kerana mereka punyai kelebihan berbanding mereka yang pro
lagi huffaz Quran 30 juzuk ditambah dengan hadith 30 Imam Nawawi
Adakah kerana mereka power ini dan power itu dalam menentukan hukum-hakam agama
Owh sudah tentu bukan
Tapi kerana apakah?
Yup! Sudah tentu kerana sifat kasih-Nya Allah ke atas mereka.
Sifat Ar-Rahim dan Ar-Rahman-Nya. Kerana sifat penchentanya Allah. Kerana Allah
hendak memuliakan mereka dengan jalan ini, tanpa memilih siapakah mereka di
sebalik asal usul dan latarbelakang mereka. Supaya mereka tidak menjawab di akhirat
kelak:
“ Maaf Allah, saya tak buat dakwah, ajak orang buat baik sebab
saya bukan belajar agama, bukan juga seorang ostad apakan lagi membesar dalam
suasana perkampungan ‘tahajjud chenta”
Guruh.
Kerana Allah juga hendak tunjukkan pada kebanyakan orang yang buat
kerja dakwah dan berada di jalan yang sumpah ohsem ni, bahwa syarat utama untuk
join jalan juang ini tak semestinya mesti menjadi ostad ostajah dahulu,
berlatar belakangkan pendidikan agama, first at least memakai jubah apatah
ketayap, join geng lelabuhan, duduk-duduk lepak hanya di masjid 24 jam, sembang
bab nikah dan baitul muslim dan juga seangkatan dengannya, bukan bukan.
Bukan juga jalan d&t ini hanya layak atau memang dikhaskan
untuk golongan tertentu sahaja. Tetapi jalan juang ini Allah telah menciptakan
ia buat semua orang, tanpa mengira siapa asal usul mereka, keturunan, pangkat,
rupa dan segalanya. Kerana Allah menciptakan setiap daripada mereka punyai
kelebihan yang mana jika kelebihan itu jika diasah sampai lebam, Insyaallah
akan berguna untuk dakwah, mencapai ustadziatul alam.
Means, setiap daripada kita, Allah telah menciptakan potensi untuk
sumbang kemajuan buat Islam. Tinggal sahaja lagi, untuk kita mencungkil apakah
potensi tersebut.
Err maka joinlah bulatan gumbira. Bakal murobbi/ah anda akan membantu
anda mencarinya.
GGG
Nak dikatakan juga, kebanyakan ikhwah akhawat yang saya kenali
sepanjang berlari-lari mengejar hadek-hadek comel dan menjalankan konspirasi
tarbiyah bersama-sama mereka dalam d&t ni, adalah berasal daripada keluarga
yang biasa-biasa je macam ibu ayah kadang tak solat pon, sentuh Al-Quran apatah
lagi. Janggut inche papa ada yang lebat, cakap pon lebat tapi amal tak haibat.
Puan mama, cik kakak dan apatah puan nenek, berpeluh dan menggigil dengan
penampilan mereka.
Hipertensi dibuatnya.
Juga, ditambah pelik-kan dengan bidang pengajian yang diambil oleh
mereka sendiri semasa zaman belajar. Hinggalah masa ‘la’ ni tengah kerja. Ada
yang engineering, media, law, mekanikal, guru bahasa omputih, cik misi
lelabuhan dan satu lagi paling rare lagi melopongkan ialah pertanian. Pergh
lejen!
Dan tak kurang juga hadek-hadek bulatan girang saya sendiri
terdiri daripada farmasi, pembantu perubatan, fisioterapi, ahli makmal dan ahli
hospital yang lain. Mereka juga ikhwah akhawat. Bergerak dengan tarbiyah. Tanpa
perlu berada dalam institusi agama, mereka terus berlari dan memecut sama
bersama kita dalam arena d&t ini yeay!
Sebagai contoh yang ehem ehem boleh tahan hebat juga, seorang
hadek bulatan girang saya, Adek ‘S’ juga seorang ‘misi’ yang comel, dahulunya
tidak pandai mengaji Al-Quran, solat pon perlu diperbaiki, mutabaah ibadah
always low charger. Non-family religious so not-supporting. Ayah mak orang politik
erk! Apatah lagi nak bercakap soal agama. Setelah beberapa bulan berlalu,
peralihan murobbi/ah berlaku, maka detik menyedihkan ditakdirkan berlaku saya
dengan Adek ‘S’ terpaksa berpisah (nak nanges jap) untuk dia dibulatan
gumbirakan pulak oleh seorang lagi super
senior ‘misi’ yang sememangnya sangat lejen lagi saiya dalam arena d&t ni.
Nak dipendek cerita, tup tap tup tap, ece lele, sekarang saya
macam tak percaya bila melihat hadek ‘S’ sekarang dengan perkembangan baru
beliau yang wow! Sumpah ohsem! Khabarnya hadek ‘S’ sekarang telah pon menjadi
seorang murobbi/ah yang membawa pula hadek-hadek untuk dibulatan gumbirakan di
institusi di mana beliau belajar.
Masha Allah. Nanges terharu.
Teresak-esak.
Mahu pula contoh yang bersifat antarabangsa?
Kenal As-Syahid Dr. Abdul Aziz Al-Rantisi ?
Beliau yang berback-ground kan seorang inche duktur pakar
kanak-kanak, sebagai timbalan kepada Syeikh Ahmad Yassin di dalam gerakan
HAMAS selain dilihat sebagai tokoh perjuangan rakyat Palestin mewakili
golongan profesional. Telah pun membawa ramai orang mengenal dakwah dan Islam. Lejen
bukan?
Err… tak percaya?
Silalah lihat Kak A, seorang duktur dengan d&t keyboard
warriornya Muharikah.
Silalah lihat Inspector Saahab, bukan seorang polis tapi Islamic
management dengan d&t keyboard warriornya Nasi & Lemak.
Silalah lihat Inche Jamed Musafirin, seorang pengembara tegar
(garu kepala) dengan keyboard warriornya Bibit Cinta Illahi (BCI)
Mahu lagi?
Silalah lihat juga Cik Prada, seorang siswazah peguam dengan
keyboard warriornya Diari Bulatan Gumbira (DBG)
Silalah lihat lejen blogger, Inche Gabbana of Angel Pakai Gucci,
seorang pemegang ijazah dalam bidang bisnes dan sains politik dari oversea.
Mahu lagi? Err ok
Silalah lihat juga Pesona Awan Biru, seorang nurse di sebuah
hospital di kota raya metropolis dengan belognya Pesona Awan Biru. Ok sila
hiraukan yang ini.
GGG
Ohoi ohoi apa perasaan anda, rasa lejen bukan mereka ni?
Cakap ‘pergh’ nak dengar. Eheh!
Dan contoh terbaik, kita boleh ambil daripada kisah para sahabat.
Yang dekat dengan Ar-Rasul SAW.
Siapa tidak kenal Abu Dzar Al-Ghifari, dari suku Ghifar, yang terkenal
dengan gangsternya. Suku perompak yang sangat kejam, bahkan jadi simbol kepada
dunia gangster semasa zamannya. Kalah kot Yakuza mahupon abang Long. Tapi bila
Abu Dzar masuk Islam, dakwah kepada kaumnya, menjadilah kaum beliau pula
sebagai pendukung kebenaran.
Background gangster tapi jadi lejen dengan Islam. Lejen!
Bilal Ibn Rabah, seorang hamba juga muazzin tapi menjadi lejen
dengan Islam. Sumpah lejen!
Siapa tidak kenal Abdullah Ibn Mas’ud, seorang anak muda miskin
yang hidup dari upah mengembala kambing jer. Tapi menjadi lejen dengan dakwah
dan Islam. Pergh!
Juga seorang pakar ekonomi dan usahawan terkenal, Abdurrahman Ibnu
Auf, walaupun mengendalikan harta dunia langsung tidak menghalang beliau untuk
terus berjuang demi Islam, seterusnya merangkul gelaran antara 10 sahabat yang
bakal layak ke surga.
Lejen, pergh!
Dan banyak lagi para sahabat telah membuktikannya. Tak larat rasanya
nak sebut satu persatu.
So, apakah persamaan antara mereka semua ni?
Yup! Mereka tidak lahir in background Islamic, atau pon belajar
pengkhususan agama, tapi mereka memiliki special gift from the Most Gracious
Allah, iaitu fikrah dalam beragama untuk terus mengislahkan manusia.
Nanges.
Allah juga hendak tunjuk yang surga itu bukan hanya hak milik
cipta para alim ulama bahkan ostad ostajah, ana enti jer, tapi Allah nak tunjuk
juga yang surga Allah itu mampu dimiliki oleh semua orang, termasuklah para
inche duktur, inche pengisi pam minyak, inche tukang sapu sampah bahkan nenek
leha jual nasi ayam berdekatan rumah saya juga layak masuk surga Allah, andai
dia turut beriman dan seterusnya bersama-sama berjuang di jalan ini!
Tapi yang Allah hendak tunjukkan bahawa syarat utama yang paling
penting untuk buat kerja dakwah dan terus thabat di jalan juang ini adalah dengan
adanya ‘kesedaran’ untuk terus bergerak melakukan perubahan diri ke arah yang
lebih baik dan ‘kemahuan’ untuk terus memperbaiki diri, seterusnya pula
memperbaiki orang lain. Ummat ini.
'Islah nafsak wad’u ghairak'
Maka dari situ, dakwah yakni menyeru dan tarbiyah pula memperbaiki
diri. Itu yang slogan dan prinsip yang harus kita sentiasa sematkan ke dalam
setiap dada-dada kita. Seperti mana ‘mereka yang non-religious background
sumpah lejen itu’ telah buktikan.
Maka, perkara yang harus setiap daripada kita yang bukanlah lahir
daripada ‘non-religious background’ ataupon belajar pengkhususan agama dalam negara atau over-sea sekalipon, mestilah yakin dan tidak bermanja bam-bam untuk
terus bergerak dalam memberi sumbangan kepada ummah ini.
Pokoknya, keistimewaan anda itu harus dicari sehingga jibam walau
anda tidaklah berasal daripada perkampungan ‘tahajjud chenta’. Demi
meningkatkan martabat ummah dan mengembalikan Ustadziyatul Alam kepada umat
ini!
Tidakkah setiap daripada kita meskipun tidak berada dalam bi’ah lingkungan
beragama mengimpikan surga. Tak aci jika surga itu hanya dikejar oleh mereka
yang sudah selesa dalam beragama sedangkan kita hanya duduk-duduk mengunyah
chispmore. Maka, ayuh lah kita bergerak, mengejar fastabiqul khairat.
Dan agar kita, mampu pula menjadi seperti mereka yang sumpah lejen-lejen
itu.
Walau memang tidak di mata manusia, cukup di pandangan Allah.
Agar boleh kita cakap:
'Saya beriman dan kool dengan d&t!'
Kenyit mata.