Disklamer: Post kali ini berbentuk sentimental. Harap anda dapat sediakan bahu untuk bersandar ataupon sekurangnya sekotak tisu untuk menanges, eheh!
- apa pandang-pandang, mahu cipiki-cipika ke?- |
“Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada
seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu): Allah dan Rasul-Nya
lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak
mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas
Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.”
Jom! Kita bercerita dan chit-chat tentang rindu dan kaseh.
Kata murobbiku, dia dahulu bukanlah seorang
lelaki yang baik. Bukan juga seorang pemuda yang hidupnya mempunyai rasa
kerinduan terhadap Islam, bahkan apatah lagi memperjuangkan Islam itu sendiri.
Oh! Dia kata tika Tarbiyyah ini menyapanya, dan dia terus berusaha menjadi
Islam se-Islamnya. Dia tak mahu pandang belakang lagi.
Dia mahu menjadi Super Muslim! Katanya dengan bersemangat! Genggam tangan dia sambil mengangkatnya ke atas.
Saat itu pemikiran pun melayang di langit konferens sorga tersebut. Teringat
kepada Baginda Rasul.
Teringin rasanya mahu ber'usrah' dengan
baginda. Bergurau canda dan mesra dengan baginda. Memeluk dengan ketat baginda
dan mencium pipinya dengan penuh rindu.
Rasulullah, diri ini sangat rindukan dirimu. Tetapi diri ini yakin, dirimu
lebih mencintai diri ini dan sahabatku kan?
Teringat katamu wahai Baginda dalam surat cintamu ketika ditanya tentang kami
umatmu:
“Saudaraku ialah mereka yang belum pernah
melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat
mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada
anak-anak dan orang tua mereka.”
“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap
Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya
itu.
Emm, rindu en. Nanges.
Terdiam membisu melihat sahabat dalam bulatan tika itu. Menatap wajah mereka
yang bersih tidak pernah memenatkan.
Rindu ini semakin hari semakin membesar. Walaupun tidak dapat menikmati
persahabatan ini dengan Rasulullah, tetapi persahabatan ini tetap dapat meneguk
sedikit rasa secangkir cawan cinta Rasulullah. Ewah! Romantik.
"Rasulullah, mahu diri menyatakan bahawa saya menjumpai Saidina Abu
Bakar diriku sendiri. Mereka semualah sahabatku dunia akhirat. Sangat beruntung
bersama mereka. Bahkan ingatan ku padamu tidak lekang apabila bersama
mereka"
Murobbiku yang hensem terus memberi penerangan.
Tapi ingatan terus menerawang. Melangit terbang tinggi menerobos awan pada
malam itu. Hik.
Menatap wajah murobbi dan kawan-kawan dalam-dalam, bahawa dia dan mereka sangat
tinggi 'ithar' nya. Cuma diri yang nakal ni je tak 'tingi-tingi lagi, eheh'.
Allah, akhi dan sahabatku semua, diri antum sangat berharga buatku.
Apakah nikmat rasa cinta yang membuak ini?
Lantas terus diri ini memberi fokus kepada topik yang dibincangkan malam itu.
Kerna kata orang apabila yang memberi sesuatu kepada kita itu ialah insan yang
kita cinta, pasti akan kita kita berikan penumpuan yang tinggi.
Kata mereka:
"Mencintai enta juga dah merupakan suatu nikmat"
Wah! Minta jangan diulang lagi ayat itu.
Takut air mata keharuan ini tumpah kot.
Nanges dalam hati. Sompah!
Maka jika kata cinta, mestilah hendak bersama dengannya hingga syurga.
Sehingga persoalan ini muncul buatkanku terfikir, wah! hebat sungguh penangan rasa cinta apabila semuanya kerna Lillahi Ta'ala.
Kata seorang ikhwah:
"Pernah tak rasa, bila kita sudah asyik dalam ukhuwah bersama ikhwah, kita sudah tak perlukan wanita dalam hidup kita? "
Disklaimer: jangan salah faham, batuk.
Hakikatnya bukanlah bermaksud pernyataan ini daripada seorang yang berjiwa serong. Jangan salah anggap ye. Bukan bukan.
Maka saya pon menjawab dengan bergayanya:
"A'ah lah akh!
Ana pun rasa begitu. Bukanlah bermaksud kita tak mahu berbaitul muslim, tetapi
seolahnya rasa 'cinta' dalam cawan hati kita telah dicukupi dan dipenuhi oleh
kaseh fillah sahabat ikhwah kita sendiri."
Begitulah apabila
berkawan dan berkaseh kerana Lillahi Ta'ala, semuanya jadi indah.
Maka ceriterakanlah dari hati dan jiwamu tentang 'apakah jiwamu mendambakan
cinta yang mendamaikan jiwa?'
Dan senyumlah bersama ketika menikmati pelukan sahabat yang hangat. Agar hatimu
penuh dengan rasa cinta dan mencintai.
Seterusnya bersamamu dan mereka menjejaki taman-taman syurga. Berpimpin tangan
dengan sweetnya. Meraih kaseh dan Cinta-Nya juga.
Amin.
Fillah.
-PAB-
Rindukan surga, agar surga juga merindui kita.
Yosh!
إِنَّ اللَّهَ
وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمً