School Of Tarbiyyah

Jumaat, 1 April 2016

Nurse Ostajah Hipster

- saia tak kuad-
Salammualaikum salam saranghaeyo buat semua para pembaca yang sangat budiman.

Terima kaseh kepada anda kerana masih lagi setia melewati blog saya yang kini semakin usang di telan kesibukan dunia dan ditumbuki oleh kekencangan dakwah marcapada kini...cewah

Mari dengarkan ceritera saya ini. Ceritera nursing dengan agama.

Sepanjang saya berada dalam bidang nursing ni, dan berlatar belakang sejarah pendidikan agama since kanak-kanak dan kini berada dalam lingkungan tarbiah, ijinkan saya berkongsi apa pandangan awam terhadap percampuran sudut agama dengan bidang profesional ini yang sumpah sweet gitu dan mulia ini cewwah

Bidang yang kurang dipaparkan sebagai hero dalam mana-mana drama korea mahupon hollywood (sebab impian nak sangat tengok drama watak protagonis as a hero/heroin, keke)

Sebahagian masyarakat melihat pendidikan agama hanya untuk mereka yg digelar ustaz dan pemakai kopiah or tudung labuh. Berjalan tunduk dan tidak pakai seluar jeans maybe. Atau tidak pakai tshirt dan rajin pakai baju raihan mahupon kopiah rabbani.

Sudut lain melihat pendidikan profesional hanya untuk mereka yang berada selain bidang agama such as nurse dengan menjaga pesakit, doktor dengan merawat pesakit sambil meletakkan stetoskop di dada.

Masyarakat agak susah hendak menerima kenyataan bagi seorang profesional seperti doktor perubatan memberi ceramah agama or mengisi daurah. Atau seorang nurse menjadi naqib or mengajar al quran. Atau juga merasa 'takjub' bila nurse or profesion lain menjadi imam dengan surah juzuk 29. woha

Atau 'aku ingat ustazah mana tadi tudung labuh, rupanya nurse, alahai' or waktu kerja pakai baju nurse then bila balik pakai jubah dan berniqab wah ni lejen (ini kisah benar tak tipu)

Atau situasi lain seorang pemuda budak pengajian agama dilihat agak pelik oleh masyarakat bila mengayakan trend hipster, atau tidak berkopiah, atau ke masjid dengan tidak berjubah, or sentiasa dengan berlapang dada dalam menerima keterbukaan budaya lain or wajib berguru hanya dengan ulama berserban.

Oleh itu besarlah harapan saya untuk melihat bagaimana suatu hari nanti kita mampu melihat sosok tubuh manusia yang mampu melengkapi sifat-sifat karakteristik yang seimbang antara 'profesional' dengan 'ulama', umara' dengan ulama', dan daie dengan orang awam.

Owh lastly saya perasan post ni agak berat dan tak sesuai dengan saya sebab saya kan hanya cik misi yang mempunyai misi. 

Nurse mana boleh cakap bab-bab macam ini kan, keke

Serahkan sahaja pada ustaz hipster atau panda master, eh

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...