School Of Tarbiyyah

Isnin, 6 Oktober 2014

Untuk dikau yang mudah Futur

Untuk kita yang mudah futur, deep.

Untuk dikau yang mudah Futur.

Berbahagialah dikau.

Kerana apa agaknya?

Kerana dikau akan memasuki surga-Nya sekiranya dikau bersungguh sungguh membersihkan diri, mencari kesalahan diri, dan berusaha memperbaikinya. Itu adalah keyakinan yang sepatutnya ada pada dikau dan diriku.

Saya dan dikau perlu percaya yang keampunan Allah itu sangat luas. Tetapi saya dan dikau juga perlu dan mesti percaya yang keampunan Allah perlu disertai dengan usaha dan doa. Bukan dengan bersahaja,

Kita sebagai para pendosa, sentiasa mempunyai 1001 harapan. Malah lebih daripada itu, Bahkan Rahmat Allah lebih luas daripada segala-galanya.


" Rahmat-Ku meliputi segala sesuatu"
Al-'Araf 156


Persoalannya bagaimana kita menggunakan HARAPAN tersebut?

Ya! Ini penting kerana ianya menentukan sama ada kita layak atau tidak dalam mengecapi keampunan-Nya seterusnya layak digelar 'Si pendosa yang istimewa'.

Iaitu; Kita bersegera dalam mendapatkan keampunan itu tanpa berlengah.

Kita berusaha bersungguh-sungguh dan bermati-matian tanpa jemu.

Kita merasai harapan-Nya sentiasa wujud. Tidak berputus asa.

Merancang jalan keluar daripada sesuatu dosa yang membelenggu.

Memandang betapa dosa ini perlu ditinggalkan segera.

Dan paling penting wahai dikau 'Si pendosa yang istimewa', janganlah sesekali merasakan bahawa kita memang diciptakan menjadi manusia yang derhaka kepada Tuhan-Nya. Jangan sesekali berasakan bahawa kita tidak lagi mempunyai harapan.

Ingatlah ayat cinta dari-Nya yang Teragung:


"Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas kepada diri sendiri. Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa-dosa. Sungguh Dialah yang Maha Pengampun, Maha penyayang."

Surah Az-Zumar Ayat 53



-PAB-

Untuk kita yang mudah futur, terbuka ruang buat kita seluas-luas ruangan.

Bernama Harapan.

Daripada Allah, Sang Penchenta


Crying like cloud baby.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...