School Of Tarbiyyah

Isnin, 25 Mac 2013

Kau Hadir

-kredit-

Dia lihat ayat itu yang terukir kemas dengan ukiran khat nasakh pada dinding dalam wad yang didudukinya. Termenung lama.

Dan dia baca terjemahannya berkali-kali. Cubaan memahami dengan baik.

“Dan apabila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan Aku”

-Asy-Syu’ara’ ayat 80-

Pejam mata. Putus asa.

“Ya Allah! Beratnya ujian ni….” 

Suaranya serak mengeluh panjang. Kelopak matanya panas. Suam air matanya mengalir perlahan.

Terduduk diam dia bersila di atas katil. Di sisinya tergantung sebuah botol yang digantung pada sudut katilnya, dan terdapat tubing yang mengalirkan cecair tersebut ke dalam badan melalui jarum di tangan kanannya. Dia melihat pula makanan yang baru dihidangkan oleh jururawat. Nasi puteh, ayam masak kicap, sayur kangkong dan beberapa ulas potongan buah epal hijau. Sekadar melihat. Tiada selera.

Arakian teringat dia pada kata-kata panahan halilintar daripada tuan duktur dia pada pagi tadi. Terkejut. Tak percaya.

“Maafkan saya Cik Awani. Menurut keputusan pemeriksaan kesihatan yang telah dijalankan sebelum ini, saya dapat ringkaskan serba sedikit yang kesihatan cik sekarang di tahap kritikal tetapi cik jangan risau dan putus asa malahan kecewa, pihak saya akan cuba lagi yang terbaik untuk mengatasinya. Banyakkan berdoa pada Tuhan. Insyaallah moga diperkenankan.”

Bahu dia naik turun naik turun. Teresak-esak. Nanges.

Perkataan ayat panahan petir agar ‘jangan putus asa dan kecewa’, tak dipedulikannya arakian ayat penyakitnya di tahap kritikal yang dilafazkan tuan duktur itu telah menenggelamkan harapan dia. Dia kecewa dengan nasibnya. Tumpuan dan pemikiran yang dia nampak kini hanyalah sudut ceritera kehidupan dirinya hanyalah menuju kehancuran. Tiada makna dan erti.

‘Ya Tuhan! Apa salah aku!’ 

Awani menutup muka. Menanges lagi.

Pelbagai persoalan menerobos ruang minda pemikiran dia. Memikirkan, dan mempersoalkan berkali-kali, kenapakah nasibnya menjadi sedemikian. Proses denial; mengikut istilah dalam fasa penerimaan penyakit terhadap seseorang individu iaitu pesakit menafikan penyakit yang menimpa dirinya.

Awani; siapa tidak kenal sebelum ini. Seorang wanita yang cantik lagi gebu putih, terkenal dan mempunyai ramai peminat di kalangan pemuda di kolejnya. Dengan imej yang funky, happy-go-lucky malahan tidak lupa juga trendy lagi gedik macam biri-biri Old Mac Donald had a farm E-I-E-I-O eh! Menakjubkan lagi ajaibnya juga dia seorang yang cerdik dalam mata pelajaran dan sering mendapat anugerah dekan di kolejnya, malahan status ayahnya seorang berpangkat Dato’ turut menyumbang besar dalam kepopularitinya menjadi lebih hebat.

Tapi itu semua tidak menjanjikan kebahagian buat dia kini. Andai kematian yang bakal hadir mengakhiri kehidupannya nanti, mampukah menghapuskan dosanya disebalik ke-glamor-annya sebelum ini? Mengherdik mereka yang kurang cerdik, bongkak atas nikmat kechantekkannya, ujub atas pangkat Dato’ daddy-nya dan kekayaan yang dimiliki; dia faham itu semua tidak beerti lagi dan hanyalah bakal menjadi dosa yang dia bakal dia sesalkan.

‘Ya Allah! Aku lemah. Bantukan aku, hadirkan aku seorang yang mampu menguatkan hati ini, beri aku kekuatan, please…...’ 

Bisik dia sambil meramas baju di dadanya. Naik turun bahu dia. Nanges.

“Assalammualaikum cik Awani, saya staff nurse yang bertugas untuk petang ini. Ada yang boleh saya bantu atau ada sebarang aduan; seperti sakit ke? Atau lain-lain masalah yang boleh saya tolong?” 

Dia mendongak kepala. Melihat seorang jururawat bermata bening di hadapannya, dengan senyuman yang manis sedang bertanyakan kepada dirinya. Tenang.

Pemakaian putih yang sopan jururawat itu, dengan unjuran warna merah jambu di hujung tudung labuhnya itu memikat hati dia. Mendamaikan hati. Tenang melihat.

Ditambah dengan sopan dalam bertanya. Buat dia terpikat.

‘Bidadarikah ini? Andai aku punyai peluang menjadi muslimah sepertinya…tapi aku tak ada peluang lagi…Tuhan tidak berikan aku peluang.’ 

Keluh hati dia. Melihat dengan dalam jururawat tadi.

“Hurm..” 

Awani menghela nafas sekali dengan tolakan sederhana, kepala tunduk.

Dan jururawat itu faham, mengerti tentang keluhan dia. Hasil daripada pemberian laporan pesakit atau pass report daripada jururawat yang bertugas shift pagi tadi kepada dia, dia benar-benar faham akan keluhan panjang itu. Ya! Manifestasi kepada perasaan putus asa.

Putus asa akan ujian penyakit kronik yang mampu membawa kepada pengakhiran dalam kehidupan dia. Sehinggalah kini di tahan di wad, untuk pemerikasaan lanjutan. Lanjutan untuk mengawal keadaan penyakit yang dialaminya.

“Staff nurse…isk isk. Bantu saya please…” 

Keluh dia. Nanges lagi. Tertunduk.

Tiba-tiba Awani merasakan sentuhan dan belaian lembut di belakang bahunya, tepatnya di tulang scapula. Mendamaikan. Rasa dihargai sekaligus meningkatkan self-esteem dalam diri dia. Dia senang dengan sentuhan tersebut. Dia toleh kiri dan menatap lembut wajah jururawat muslimah tersebut. Penuh kaseh. Chenta.

Lantas Awani memeluk bahu jururawat tersebut. Menanges lagi. Teresak-esak.

“Adikku sayang, yakinlah dengan penuh hikmah bahawa ini semua susunan dari Allah, dan ada hikmah disebaliknya. Allah yang beri penyakit ini. Sembuhnya juga ada pada Allah. Jadi apa kata masa yang ada ini Awani berusaha merapatkan  diri kepada-Nya. Biar andai Awani ditakdirkan pergi sekalipun nanti, Awani pergi dalam keadaan bersih, dan Allah redha akan diri Awani.”

Dan Awani dengan mata yang masih berkaca semakin kuat tangisannya. Terharu mungkin kali ini. Muka sembam. Direnungnya lebih lama lagi muka jururawat itu kali ini.

Mereka berpeluk erat. Ketat. Penuh kaseh dan chenta.

‘Terima kaseh kak’

Semenjak itu Awani kemudiannya bangkit semula. Tersedar dari lenanya yang panjang. Dia mula rajin pergi ke surau di hospital. Menghabiskan banyak malamnya dengan berdoa. Memohon kepada Allah. Bertaubat dan memohon ampun kepada-Nya. Agar Allah kembali redha.

Tetap tergiang-ngiang dan terpahat dalam hati dia nasehat kakak jururawat tersebut. Dan dia sentiasa berharap dan berdoa:

‘Andai Ya Allah! Dirimu mentakdirkan kematian buatku, maka matikanlah aku dalam keadaan bersi, suci dan menchentai diri-Mu, amin.’

Suatu petang hari yang lain mereka berjumpa lagi semasa jururawat muslimah itu ingin memberikan ubat. Tersenyum manis Awani pada jururawat muslimah tu. Kelihatan dirinya kini sangat berbeza berbanding sebelum ini. Lebih kool dan tenang.

“Terima kaseh ya staf nurse atas nasihat kelmarin. Sangat terkesan! Kini Wani lebih tenang, sebab Wani tahu, Wani ada Allah tempat mengadu, tempat meminta” 

Senyum dia. Thumbs up dua belah tangan.

“Sama-sama. Alhamdulillah bagusnya Awani. Moga Awani terus istiqamah ya! Chaiyok chaiyok! Hehe. Awani sehat?” 

Senyuman dibalas dengan gaya tangan tunjuk semangat. Menampakkan lesung pipitnya.

“Alhamdulillah sehat. Hehe, akak doakan Wani ya. Moga Istiqamah”

“Insyaallah akak tak akan lupa. Kenang Alwani dalam doaku, hehe” 

Kelip mata. Senyum

“Huhu, ok ok. Emm akak! Wani baru teringat satu perkara.”

Jururawat muslimah menghulurkan ubat pada Awani. Awani ambil dan mengenggam dalam tangannya sambil kirinya mengambil segelas air di atas meja kardiak.

Sambil tersipu malu, merah padam muka dek segan.

“Wani lupa nak Tanya nama staf nurse. Hehe”

“Owh, hehe. Nama akak…” Sengaja dipanjangkan.

“Nama akak…” ulang kembali Alwani.

“Rahsia. Hehe…” Ketawa kecil. Cover mulut dengan tapak tangan.

“Erm!” 

Merajuk. Peluk dada.

Chenta. Menembamkan pipi.

Senyum.

……………….

-PAB-

‘Ya iyalah. Jururawat itu juga bisa berdakwah dan berjasa dalam urusan kerjanya. Bisa kan?’

Ucap Akhi Taufik pada zaujahnya seorang jururawat, Ukhti Hidayah eh!

Ya! Jasa tersebut adalah dengan membawa kembali manusia kepada Tuhan-Nya. Saat harapan lain telah putus, saat pandangan, kata-kata semangat daripada keluarga, sahabat handai tidak mampu mengubat duka lara hati, pergantungan kepada Allah Azza Wajalla itulah juga tetap anjal, kukuh dan tetap thabat lagi bergaya.

Dan kemudian, Allah menyembuhkan Awani. Lalu dia berubah menjadi seorang yang lain. Dia menjadi seorang yang lebih solehah, kemas, matang, dan lebih tenang daripada sebelum ini. Dihiasi dengan kesopanannya, juga sifat merendah diri tanpa ada rasa sekelumit ujub. Seolah tidak kurang seperti Mus’ab Ibnu Umair versi wanita.

Meninggalkan sesuatu yang lebih enak untuk mendapatkan ketenangan yang abadi.

Menjadi hamba Allah yang lebih baik, dan semua orang menjadi lebih hormat padanya. Senang pada dirinya.

Hasil penangan atau asbab nasehat seorang jururawat yang faham akan pergantungan kepada Allah Azza Wajalla dalam setiap keadaan, susah mahupun senang.

Makanya, kenapakah kita tidak menjadi kan kerjaya, bidang hatta pembelajaran kita sekalipun sebagai wasilah, jalan untuk membawa seramai mana manusia boleh untuk kembali kepada Tuhan-Nya? Kembali menjadi hamba Allah dalam erti kata yang sebenarnya.

Kembali kepada Islam, agar Allah redha.

Moga tidak menjadikan alasan dalam segala bidang apa yang kita ceburi, hatta si penyapu jalanan sekalipun untuk tidak melakukan kerja ‘membawa pulang’ manusia kembali kepada Allah.

Sebelum kita semua menutup mata.

Tidakkah surga Allah itu mengiurkan kita?

Senyum.

Kenyit mata. (nanti dah padam, tak boleh maen kenyit-kenyit mata dah, eheh!)

-kredit-

“Wani lupa nak Tanya nama akak. Hehe”

“Owh, hehe. Nama akak…” sengaja dipanjangkan. Dehem.

“Nama akak…” ulang kembali Awani.

Rahsia. Hehe…”

“Erm!” 

Merajuk. Peluk dada.

Chenta. Menembamkan pipi.

Senyum.

“Ok-lah nama akak, Najwa. Staff nurse Najwa.”

“Najwa je?”

“Najwa Fatehah. Macam kat name-tag ni.” Senyum.

“Sedapnya nama!” Puji Awani.

“Sedap? Wani makan nama kakak ye? Hehe.”

“Hehe pandai gurau ea.”

Senyap.

Tiba-tiba Najwa mendekatkan bibirnya pada telinga Awani. Berbisik.

“Psst! Awani akak nak bagitahu sesuatu yang sangat hebat ni. Mahu tahu?”

“Mahu.” Teruja.

“Jom join bulatan gumbira akak hujung minggu ni jom!” Ucap Najwa.

“Eh! Apa kebendanya tu?”

“Adalah. Rahsia. Awani kena join dahulu. Hehe.”

Sambil cium Najwa pada pipi lembut Awani.

“Erm rahsia lagi!”

Chenta.

Senyum.

Hati berbunga-bunga.


-PAB- 

Khas buat mereka yang pernah hadir dalam hidup saya, membantu dalam perjuangan dakwah dan tarbiyah ini, tika diri ini sangat butuh atau benar-benar memerlukan sokongan@ pelukan chenta.

Di Kau hadir dikala aku
Memerlukan seorang teman
Di Kau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa

-DeHearty-

Khas juga buat penaiki gerabak D&T yang amat saya chentai keranaNya di luar sana. Hatta kita tidak pernah bersua muka, bersembang bantal, makan dalam talam bersama, nyanyi lagu sang murobbi sama-sama bahkan share ayam goreng sama-sama, tapi ketahuilah:

" Moga Surga itu milik kita bersama-sama"

Juga,
Saya sentiasa berasa saya tidak keseorangan, kerana saya tahu saya juga ada anda semua.

Nanges penuh bahagia. 

Khamis, 21 Mac 2013

Kematian yang menghidupkan. Psst! Doakan saya jugak mati syahid Fillah!

-kredit: kita yang mencemburui mereka-


Menarik bagaimana Allah aturkan hidup ini.
Menarik apabila kita diberi peluang mengenali 
dan mengagumi satu sosok yang mengesani hati hati,
hanya setelah dia pergi menemui Ilahi.

Sedetik babak kematian itu akan jadi peringatan,
Satu tamparan untuk kita berhenti sejenak 
dan menghargai seumur hidup kita yang telah Allah kurniakan.

Dari kecilnya, 
kita semakin dewasa, 
matang seiring dengan usia.
Bersama umur itu adalah nikmat Allah yang tak terdaya kita kira.
Bersama setiap hela nafas seorang hamba itu adalah penjagaan Allah terhadap hambaNya.
Dan selama panjang hayat itu juga 
kita telah diberi peluang untuk mengatur cara kematian kita.

Bila kita yakini bahawa kematian itu adalah satu pertemuan,
antara kita dan tuhan,
maka apa yang kita mahukan adalah saat yang penuh kegembiraan.

Kalau benar kematian itu adalah pengharapan kita untuk satu pertemuan,
maka Allah akan mengatur pertemuan itu bersesuaian dengan bagaimana gigihnya kita
berusaha untuk menyintaiNya di dunia.

Umpama pertemuan sepasang kasih,
Walaupun hakikatnya kasih sayang Allah tidak akan pernah diukur dengan segala galanya.
Dia kaya dengan cinta. Dia pemiliknya.

Allah sangat mengetahui hati kita.

Detik kematian yang indah itu,
Angan angan dan cita cita bukan bahan yang membuatnya.

Detik detik kematian yang indah tidak akan pernah dicipta dengan fantasi fantasi.
cara kematian tidak akan pernah dibina dengan bata bata angan angan.

Kalau kehidupan itu adalah satu nikmat yang Allah kurnia sama rata, kematian pula adalah seperti
aturan Allah yang bersesuaian dengan bagaimana kita menggunakan nikmat yang sebelumnya.

Kematian itu adalah satu penutup, kesimpulan dari satu hayat.
Justeru ia satu penutup yang membuka kehidupan baru di akhirat.
Ia satu detik singkat yang mewakili seluruh corak kehidupan,
bagaimana baiknya hayat kita susun dan isikan.

Ada insan yang hidupnya sendiri adalah islam.
Pengorbanan dan derita dalam memperjuangkan agama bukan lagi satu pilihan,
malah ia telah membumi dalam jasad dan sanubari, hidup dalam darah dan daging pendokongnya.

Dakwah dan tarbiyah itu tidak lagi bisa dicerai berai, ia sudah sebati bersama.

Maka dengan cinta itu,
detik detik kematiannya Allah zahirkan walaupun semasa hayatnya.

Seperti pemuda badwi di zaman baginda nabi, yang benar dengan niat dalam perjuangannya,

"Aku tidak menginginkan harta wahai Rasulullah. Aku berperang ini kerana mahu panah musuh ini
menusup betul betul di sini"

Sambil menunjukkan ke arah halkum nya. Pemuda itu tegas sekali menolak hak harta ghanimah demi menjaga niat sucinya.

Dan kerana kebenaran itu, Allah memperkenankan permintaannya.
Panah itu, tertusuk dalam menembusi halkum, lantas menyaksikan syahidnya seorang yang benar penyaksiannya.

Zaman menyaksikan,
bahawa cita cita kematian itu bisa ternyata
jika ia terpacul dari bibir bibir yang benar tanpa dusta.

Seperti Umar yang berdoa mahu syahid walaupun ketika itu para sahabat lainnya tertanya tanya, apakah dengan keamanan dunia Islam dibawah pemerintahan Umar ketika itu membolehkan beliau syahid?
Ternyata, kematian Umar juga menyaksikan syahidnya seorang yang benar kesaksiannya di tangan Fairus, Abu Lu'luah.

Seperti Dr Abdul Aziz Rantisi yang bertegas dengan niatnya
"Tiada apa yang berubah dengan kematian disebabkan sakit jantung atau Apache."

"Dan aku", tegas si syahid itu, 

"memilih Apache."

Ternyata, kematian Dr Abdul Aziz Rantisi juga menyaksikan kebenaran syahadah yang beliau bawa.
Pejuang itu bertemu dengan Ilahi kerana serangan Apache.

Mereka ini benar kesaksiannya. 
Tulus niatnya.
Dan kerana itu cita cita kematian mereka ternyata.




Mungkin itu sebenarnya bahan yang membina cara kematian;

kehidupan yang benar terhadap satu kesaksian.

***



Kematian adalah sesuatu yang sangat pasti.

Dan aku,

Aku sering menyelitkan harapanku dalam satu kepastian itu.


Semoga kematianku nanti kematian yang menghidupkan.
Semoga kematianku nanti membuktikan bahawa sedayanya aku berusaha mengota satu kesaksian.



Epilog:

Maka dunia hari ini dikejutkan dengan kematian seorang hamba Illahi yang sangat mulia di mata masyarakat dunia Islam, Al-Marhum Syaikh Said Ramadhan al-Buti. Meninggal beliau akibat penangan bom ketika sedang menyampaikan ilmu di konferens sorga dalam sebuah masjid  dekat Damsyiq semalam. Innalillah. Moga surga buat beliau amin. Jasanya buat dunia Islam sangatlah hebat hebat hebat! berbanding diri kita. Gasp!

Dan tidak lupa juga mari kita doakan agar kematian yang menjemput Saudara ikhwah kita Muhammad Nur Iman Shafiq (1989-2013). Dikau dalam kenangan. Aku dalam kerinduan: yang mana anda sudah pon tahu akan kesetiaannya pada jalan yang sumpah kool ini.

-Iman: anda dirindui. Nanges -


Sila baca: (kelik sini): Iman, Si Mujahid Setia karya Inche APG kita untuk lebih paham.

Ya wahai anda yang sedang membaca ini! Doakan saya juga bakal menyusul pada suatu hari nanti, juga dengan tersenyum dan girangnya. 


"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya),"

(Al-Ahzab Ayat: 23)



-PAB-

Ya pos kali ini membicarakan mengenai kematian. 

Saya sungguh terkesan dalam seminggu dua dengan ayat 'kematian'. Kematian kita, dan apa kan naseb kita selepas mati, baikkah atau sebaliknya.

Dengar lagu nasyid kematian oleh Dalam Kumpulan, Ketuhanan, Jauh Utara menyebabkan saya sebak. Sumpah buatkan saya nanges.

Owh ye!
Ehem! Arakian puisi ini sebenarnya dikarang dan disantuni dengan penuh chenta fillah oleh seorang ikhwah kenalan saya di mukabuku yang bernama Menang Atau Syahid Adwa'. Ianya telah dipost di blok ger beliau iaitu (kelik ini): Pena Cyrano (Ehem! pada pandangan saya dia seorang ikhwah yang comel dan gebu-gebu dengan D&T ini haha!).

Kepada Adwa': I'am sorry for my order kopi dan pasta from your blok ger. Oh! Your poem touched my heart and feeling. Ehem! Batuk. Sila jangan kembang, eheh!

Dan mahu tahu mengapa saya nanges. ok tenang. Kelmarin saya ditelefon tuan duktur dengan suspennya. Hati dup dap dup dap.

Kata dia cecair merah dalam badan saya mengalami sedikit ehem ehem sulit diceritakan di sini.

Arakian hati dalam dilema kesedihan. hoho! Sehingga ngadu kat iche murobbi-kun dan ikhwah dalam kumpulan saya. Tidak lupa juga share dengan hadek-hadek bulatan gumbira saya, semuanya berikan sokongan padu lagi ber-energi. Baring atas peha mereka sambil luahkan masalah tersebut, buatkan saya nanges lagi rasa dihargai, wahhhhhh!

Maka mohon ampon kepada kalian yang mengenali diri, agar diri ini syahid atau menang adwa' eh! didoakan untuk memasuki surganya dengan tersenyum.


Sebab saya terlalu rindu sanggggattt bertemu tuhan.



Ehem. Makanya penangan blog inche Adwa' ini buatkan hati sedikit senang:)



Senyum sedikit sedih, eh!

Juga nanges...


-kredit untuk Inche Maher Zain anda ingatkan saya: This worldly life just Dunya-

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan... 

sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)"

-Al-Ankabut ayat 64-


Nanges teresak-esak. 

suam.

Sabtu, 16 Mac 2013

Kamilah ‘Ikhwah Tarbiyah Medikal Chenta’.

-kredit-


Disklaimer: Sebelum anda membaca cerpen ini, seeloknya terdapatnya di tangan anda sebuah kamus kejururawatan atau kamus tuan duktur kerana terdapat beberapa perkataan medikal yang boleh menyebabkan anda mengalami sindrom dizziness, morning sickness eh! atau kepeningan-ness jika tidak dirujuk segera di klinik berhampiran. Err saya tak menanggung sebarang risiko.

Juga kepada yang belajar medikal, silalah rujuk kamus dakwah dan tarbiah agar anda juga tidak alami masalah jiwa dan raga untuk memahami skop D&T di hospital. Dan akhir sekali beruntunglah mereka yang sudah berada dalam medikal, dan melibatkan diri dalam D&T, tetapi still tak futur dan lemau dek penangan kesibukan sistem hospitaliti anda.

Senyum

……………………..

Prang!

Jatuh bersepai. Semua makanan ditolaknya jatuh. Tinggal lagi meja kardiak itu sahaja lagi tidak diterbalikkannya. Semua mata yang ada di situ hanya mampu melihat. Termasuk jururawat lelaki berbaju putih bersih itu, hanya mampu sekadar melihat gasp! dan tidak berupaya melakukan sesuatu hal untuk membantu. Tergamam mungkin.

“Abang sudahlah tu ya. Tak baik buat rezeki semacam ini.” Ujar isteri dia. Lembut.

“Ewah! Engkau jangan pandai nak nasihatkan aku. Dahlah lambat, makanan pula rasanya macam hampeh!” Diajunya jari telunjuk pada isterinya.

Bergema wad pagi itu dengan suara pak cik tersebut. Seorang pengidap kencing manis atau dalam bahasa terma medikalnya Diabetic Mellitus (DM). Kronik. Seperti perangai barannya. Panas.

Terdiam lagi semua orang pesakit di situ. Bersebelahan katil pak cik itu terdiam seorang pesakit pemuda yang berbangsa Cina. Dimasukkan pada kelmarin hari kerna terlibat dalam kemalangan jalan raya. Selesai menjalani pembedahan memasukkan besi bahagian kakinya pada petang hari semalam. Bersama dia seorang puan mamanya.

 Isteri pak cik tadi memandang aku dengan pandangan teduh lantas cuba mengutip pinggan mangkuk yang bertebaran di atas lantai, sambil menguis-guis nasi  yang sudah jatuh tadi dengan tangannya.

Kesian. Inilah masanya untuk memberi bantuan sebaek mungkin. Aku pun dengan rasa rendah dirinya cuba membantu. Cubaan menjadi seorang jururawat budiman yang suka membantu orang lain.

“Hoi adek! Jangan kau cuba bantu mak cik kau tu. Aku beri pelempang sakti nanti baru kau tahu!”

Aku pun dengan beraninya masih lagi membantu mak cik tu. Memekak kan telinga. Aduhai tidak malukah pak cik berkelakuan sebegini? Apatah lagi manakah pergi terbangnya akhlak seorang Islam yang sepatutnya memberi layanan yang baek buat isterinya?

“Hoi adek! Kau pekak ke kau buta? Nah hambek ni!” Ludah pak cik tu dengan kasarnya. Arakian nasib baik aku sempat mengelaknya. Sambil membetulkan spek mata aku dengan sebelah tangan, mengucap hamdalah kerna berjaya mengelaknya. Fuh!

Bila difikirkan semula, entah keberapa kali aku berjaya mengelak ludahan setiap kali pesakit bertukar menjadi raksasa hijau yang masuk ke wad dalam masa setahun ini. Sudah menjadi resam pekerjaan ini benar-benar memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.

Aku pon berdiri sambil mata pak cik tadi tadi terus merenung tajam. Kelihatannya seperti mahu menerkam aku dengan  laparnya.

“Pak cik, tahu tak pak cik hari ini dan saat ini, pak cik bukan sahaja telah memalukan isteri pak cik, tambahan diri pak cik sendiri, tetapi perkara yang paling besar lagi adalah apabila…” naik turun suara aku. Sambil bahu terangkat-angkat, tangan mengepal tanda menjadi super saiya.

“ Bahkan pak cik sendiri telah memalukan agama Islam yang pak cik bawa. Pak cik telah membelakangkan ajaran baginda Muhammad SAW yang mengajar umatnya berakhlak mulia setiap ketika malah kepada isteri sendiri. Pak cik sendiri telah membawa fitnah kepada Islam yang sepatutnya berakhlak dan bermoral apabila ditimpa musibah atau kemalangan. Bukannya bertindak begini! Seolahnya menunjukkan pak cik tidak redha dengan musibah yang Allah beri. Muhasabah pak cik, muhasabah!”

Ucap aku dengan nada yang sedikit tinggi tetapi bergaya. Sememangnya bila berhadapan dengan perkara sebegini yang melibatkan emosi pesakit yang beragama Islam, yang tidak keruan dan bertindak agresif, aku kembali mengingatkan mereka dengan apa yang telah  diajarkan oleh Ar-Rasul.

Bertindak rasional dan tidak melawan kembali dengan emosi dan perasaan. Ewah! Itulah yang pernah diajari oleh contoh tauladan uswatun hasanah Ar-Rasul kita. Juga dalam konferens sorga bersama dengan ikhwah kesayanganku yang lain. Senyum bangga.

Tiba-tiba aku lihat dia diam. Menatap wajah aku sesaat lamanya. Senyap.


Kemudian air mata dia mengalir.


Eh!
……………………………..


“Staf nurse yang baik boleh bantu saya tak?”

“Insyaallah boleh. Kenapa ya?”

“Minta ambilkan handset saya terjatuh bawah katil.”

“Owh ok.” Senyum.

“Staf nurse, mahu Tanya boleh?”

“Boleh.” Senyum.

Aku menundukkan diri. Mengambil fon tangan berjenama S3 di bawah katilnya.

“Nah pak cik.”

“Terima kaseh staf nurse. Emm staf nurse, kenapa jadi staf nurse lelaki?” Soal dia tiba-tiba.

Haha. Ok. Aku tersenyum kulat. Semenjak di zaman belajar sehinggalah sekarang, aku tidak pernah berhenti mendapat soalan yang sebegini. Soalan yang kadang bila ditanya oleh rakan-rakan Ma’ahad dahulu bila berjumpa semula, sumpah terasa mahu menyorokkan muka dalam beg plastic, eh! Then arakian bertambah malu apabila ditanya ikhwah lain yang baru dikenali:

“Enta ambik kos apa? Usuluddin ya?”

“Err….” Kuis tanah dengan kaki. Garu-garu kepala tidak gatal. Mata pejam ketat.

Pasti ada jawapan.

 Ya, jawapan bergaya aku, agar aku mampu menjadi seorang yang bercita-cita  dalam dakwah dan tarbiah ini, yang digelar seorang murobbi nurse. Eh! haha sumpah aku sendiri pon tersengih kerang.

Well! Tak mustahil bukan.

“Jawapannya, sebab saya minat encik. Suka membantu dan menolong orang yang sakit.”

“ Owh jadi kenapa tak jadi doktor je. Kan nampak lebih elegan dan macho. Anak pak cik semua dah berjaya dan kebanyakan mereka ambil medik kat timur tengah. Pak cik bangga sangat. Alhamdulillah.”

Shock. Renjatan. Ya! Aku sudah biasa dengan jawapan macam ini sebenarnya. Senyum. Pemikiran rakyat Malaysia sudah tertanam daripada kecil bahawa kalau boleh pekerjaan yang paling mulia boleh buat adalah hanya menjadi seorang doktor. Hanya dengan menjadi doktor, anda mulia. Itu pemikiran di akar umbikan. Tetapi tidak aku. Kerna apa?

Kerna mulia kita, hanya dengan takwa. Letaknya di sini. Hati. Senyum.

Dengan sejauh mana kita mampu membawa dakwah dan tarbiah ini dalam bidang yang kita ceburi. Tidak kisah hatta walau orang itu seorang tukang mop lantai di hospital dan hanya dipandang sebelah mata, tapi dia lebih mulia daripada pengarah hospital , kof kof batuk jika dia seorang yang beriman dan bertakwa.

“tapikan pak cik, antara jururawat dengan doktor, siapakah lagi rapat dan selalu memantau perkembangan pak cik? Siapa yang selalu bertanyakan pak cik sudah makan ke? Pak cik sakit ke? Yang membantu pak cik berjalan ke tandas? Ya! Ya! Kalau bukan seorang nurse yang berbaju warna suci itu.?” Haha! Ok kalau doktor dengar ayat ni sumpah aku kena pulas telinga.

“Hoho. Ok ok. Anak menang. Betul juga tu.”

“Pak cik mahu tahu apa lagi yang lebih super terhebat lagi daripada itu semua?” Angkat kening.

“Emm apa dia?”

“Di sini. Iman dan takwa kita. Itu yang lebih penting dan membezakan kita pak cik.” Tangan dibaringkan ke atas dada. Sambil tersenyum.

Pak cik  tu pon tersenyum. Manis.

“Staf nurse?”

“Tentang semalam, saya minta maaf kerna bertindak panas baran. Bising malah telah memalukan nilai seorang Islam pada diri kita. Moga Allah mengamponkan dosa kita, minta maaf ya.”

“Tak mengapa. Moga Allah redha. Pak cik mahu tahu sesuatu?”

“Ya mahu. Apa dia?”

“Allah sayang pak cik tau.”

“Eh! Kenapa cakap macam tu?”

“Sebab Allah sayanglah Allah beri pak cik penyakit ni. Moga pak cik redha dengan ketentuannya ea.”

“Terima kaseh nak.” Senyum dia. Lalu menangis dan aku meminjamkan bahu untuk dipeluk. Peluk dengan kaseh dan mawaddah.

"Aliif laam miim. Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."

[al-Ankabut, 29:1-3]

“Allah…..aku redha.” Terdengar keluhan dari bisikan pak cik. Tersedu sedu.

Arakian selepas pagi tadi dimaklumkan bahawa dia akan menjalani pembedahan. Pembedahan untuk amputasi kaki kanannya, kerana telah mengalami sindrom kematian tisu atau gangrene. Maka untuk elakkannya daripada terus merebak, doktor telah sarankan agar…

Kakinya dipotong. Amputasi. Jenis Below Knee Amputation.

Dan sekarang, dia redha.

Allah….

Moga kaki sebelahnya bakal berada dan menapak ke surga dahulu. Senyum.

…………………………….

Telefon tangan di kocek seluarnyanya bergetar. Vibrate mode.

Hanya mampu tersenyum. Tak dapat diangkat arakian sedang membantu seorang doktor melakukan pemeriksaan setiap pesakit di bawah seliaan doktor tersebut. Sebagai team leader wad tersebut pada hari itu, dia perlu memainkan peranan dan konsentrasi yang tinggi untuk bekerja berbanding hari-hari lain.

Menemani doktor buat pemeriksaan. Buat laporan bertulis setiap pesakit. Mengurus aktiviti atau prosedur seperti fisioterapi, membuat pemerikasaan CT scan dan X-Ray dan pembedahan yang perlu kepada setiap pesakit, dengan mengarahkan staf jururawat dan staf pembantu hospital membantu. Belum lagi jika kes medico legal, yang sekarang ini mencapai tahap yang sangat menakutkan. Paling dahsyat sekali, jika kena marah dengan doktor akibat sedikit kecuaian. Fuh!

Sungguh, sangat membunuh!

Dan sumpah dia penat. Tapi mesej bergetar itu menyenangkan hati dia. Sweet gitu kata hati dia. Ahaks!

Hanya dia yang tahu mesej itu.

“Inche staf nurse, anda mengelamunkah?” Sapa doktor berkot putih itu. Dengan kehenseman dia, menyapa aku dihadapan pesakitnya, seorang wanita muda berumur lebih kurang 20-an. Berpakaian sopan dan menutup aurat dengan sempurna sekali. Pergh!

Tapi doktor ni tak akan marah, err sebab dia juga seorang ikhwah. Senyum.

“Ahai maaf akhi, maaf maaf.”

“Haha tak mengapa. Enta fikir apa?”

“Terfikirkan bulatan sorga kita. Insyaallah ahad ni kita akan buat rehlah. Enta dapat mesej ana tadi kan?”

“Alhamdulillah dapat. Ana dah nyatakan persetujuan.” Senyum  dia sambil memegang tapak tangan wanita itu dengan selamba wa wa hek eleh, eh! dia. Bahkan menyelak kain lengan wanita itu ke atas, dan memeriksa nadi brakialnya dengan tanpa rasa bersalah. Sambil mulutnya kata ‘cold and clammy’.

Gasp! Hati koyak. Langit guruh.

Mata tercengil!

Haish! Tak boleh jadi ni. Kena tegur. Seorang ikhwah telah melakukan suatu noda yang sangat besar ni, di hadapan aku bahkan ditatapi oleh mata aku dengan batilnya.

“Err Ammar. Kenapa enta pegang tangan dia tanpa minta izin? Ana sebagai murobbi enta, bahkan sebagai muslim seagama dengan ini minta izin boleh? mahu menegur fillah akh, tak boleh sebegini. Melanggar etika sebagai prinsip keikhwahan medikal kita.” Bisik aku pada telinga dia sambil tangan kanan menutup. Harap pesakit tak perasan.

Err tiba-tiba dia senyum. Aku tegur, tapi dibalas dengan senyuman. Amboih melampau. Kenapakah?

“Err akh. Huhu, enta dah lupa kah dia adalah adek perempuan ana. Semalam ana kan dah mesej enta. Haha.” Cakap dia dengan jelas. Terang tanpa tapisan.

“Eh! ye ke. Lupalah. Haha malu ana.” Tepuk dahi. Muka merah. Tunduk malu. Kuis-kuis lantai.

Adeknya tergelak kecil sambil menutup mulut. Huhu comel.

Blushing. Malu.

…………………..

-kredit-

“Ana ada satu persoalan mahu diajukan kepada antum, itupon jika antum boleh menjawab dengan bergayanya.” Beritahu Hafez  pada sesi persoalan di akhir konferens sorga mereka Ahad pagi itu.

Ber ‘rehlah’ bersama. Hati lapang.

“Apa dia akh, cer cite cer cite?” Celah Isam tersengih. Dongak dagu.

“Haha ok, ok. Kita semua kan dalam bidang perubatan, sumpah semua orang tahu akan kesibukan kita bila berada dalam bidang ini. Ditambah lagi dengan tanggungjawab setiap daripada kita dalam dakwah dan tarbiyah, dengan bawa halaqah ditempat masing-masing, dengan masalah jasadi dan maknawi, malah sebagai ayah pulak macam macam tuan duktur kita, Ammar. Jadi macam mana antum boleh lapangkan masa still dapat hadir walau sesibok mana? Tak futur dan lemau. Boleh kongsikan cerita tak?”

Ammar senyum. Menyapu leher.

Lantas cuba menjawab dengan gaya dukturnya.

“Sebenarnya bila kita tengok sejarah para anbiya’ kita boleh cuba mencontohi para nabi dan sahabah. Bagaimana mereka sesibok mana tapi still punyai masa dalam setiap apa yang mereka sepatutnya buat. Bahkan Baginda Muhammad SAW juga sebagai Presiden Madinah, Panglima perang, Ketua Ekonomi, dan segala jawatan tinggi yang Baginda pegang, tak sekali beliau futur dalam melayani dan menyikapi isteri-isteri beliau (ulang isteri dua kali: means perasaan isteri kan banyak), anak dan cucunya, bahkan dengan para sahabah beliau tersangatlah punyai sikap yang paling terbaik dalam melayani mereka. So, samalah macam kita. Kita dah belajar sirah dan patut mencontohi mereka. Kita dengan Baginda, kita implimentasikan perubatan dengan dakwah dan tarbiyah, baginda pula dengan kepimpinan yang merangkumi semua hal, so ce bagitahu siapa lagi sibok?”

“Juga kita sebagai ikhwah dalam bidang perubatan ini, pada ana tidak seharusnya menjadikan alasan kesibukan kita untuk tidak memberi ruang masa dalam wasilah tarbiah yang lain, ekspeselinya usrah. Tentu ada masa ruang yang kecil, yang boleh kita susunkan waktu untuknya. Bukankah kita dah belajar dalam muwasat tarbiyah: tersusun dalam urusan dan menjaga waktu?” Sahut Hafez.
“Antum pernah dengar tak ada akhawat tu dalam masa yang sama seorang tuan duktur, juga seorang ibu kepada anak-anaknya di rumah, tapi still mampu melapangkan masanya membawa beberapa grup usrah di luar kawasan, pergh! Dahsyat en!” Mencelah Isam.

“Tapikan Ammar, Hafez, Isam,  kalau ada orang kata kita yang dalam bidang perubatan ni tak perlu sibuk-sibuk dalam hal dakwah dan tarbiah ni macam mana? Yelah cukuplah kita dengan bidang hospitality kita, ilmu kita kan pada hospitality. mereka yang belajar Usuluddin, Syariah Islamiah dan sebagainya perlu diberi keutamaan untuk melakukan D&T. Haha itu yang selalu dipersoalkan oleh rakan seperjuangan ana yang lain, bila ana cuba ajak join gerabak sempoi ni.” Aju Khairul Faisal, seorang ikhwah gagah yang bekerja sebagai Medical Assistance atau MA di sebuah hospital terkenal di kota raya.

“Ok yang itu cuba murobbi kita jawab.” Muncung mulut Ammar tepat pada aku. Haha comel dia buat muka.

“ Sebenarnya mungkin salah kita juga kerna mereka tak memahami. Dalam D&T ni, tak semestinya mereka yang belajar agama sahaja wajib buat dakwah, bahkan dalam bidang skop yang lain lagilah diperlukan dakwah ni.”

Tarik nafas.

“Contohlah tak kan mereka yang belajar agama, kena pergi hospital then peringatkan tentang agama. Tak kata salah, tapi se’afdhal’nya mereka yang dalam bidang perubatan tu lah perlukan buat dakwah. Sebab kita lebih dekat dengan pesakit. Sebab kita lebih tahu akan keperluan fizikal dan emosi pesakit ketika memberi perawatan.”

“Tapikan akh, mereka yang belajar agama mungkin lebih luas pengetahuan mereka berbanding kita. Bila ditanya tentang sesuatu yang berkaitan dengan islam, tentu mereka lebih ekspert dan ceredik.” Ujar Isam. Seorang ikhwah dalam bidang Sains Perubatan. Baru pulang dari menjadi penceramah di sebuah IPTA perubatan di kuantan.

“Tapikan juga akh, ada satu rahsia yang jika antum semua perasan. Kita ada satu kelebihan berbanding mereka yang belajar dalam pengkhususan agama. Mahu tahu tak?” Ujar aku.

“Mahu.” Hafiz menyahut. Bersemangat.

Ahli usrah lain pula sekadar mengangkat kening. Meningkatkan konsentrasi.

“Apabila kita yang dalam bidang perubatan ni menceburkan dalam D&T, otomatik kita akan belajar mengenai agama. Belajar ayat tafsir Al-Quran, memahami tafsir hadith secara mingguan, bedah kitab Syarah Rasmul Bayan Tarbiyah dan Majmu’atul Rasail, belajar sirah nabawiyah dan para sahabah, belajar maratib amal, muwasat tarbiyah, belajar fiqah dan syariat dan banyak lagi yang letih untuk ana sebutkan lagi. Semuanya boleh kita peroleh dalam halaqah kita. Dalam D&T yang kita jalani kini.”

“Tapikan akh murobbi, ana ada satu pandangan. Tapi kalau mereka yang belajar agama tahu ni, konfem ana kena pelempang sakti mereka, haha.” Celah lagi Hafiz, seorang ahli Farmasi di sebuah hospital swasta Islamik di kota raya.

“Oh ye ke. Apa dia?” Jawab aku.

“Kalau mereka ada konferens sorga, mereka tak dapat belajar sains, bidang perubatan, dan sebagainya berbanding kita dalam konferens sorga dapat peluang menyeimbangkan diri dalam kedua-dua bidang. Betul tak tamsilan ana ni, haha.”


Semua ahli tertawa kecil. Aku senyum.

“Tapikan akh, jangan lupa bahawa itu tak beerti kita lebih baik berbanding mereka. Dan mereka juga tidak beerti lebih baik berbanding kita. Setiap daripada kita ada kelebihan dan kekurangan dalam bidang masing-masing. Maka sebab itu kita semua perlu bergabung membentuk satu barisan chenta fillah D&T tanpa mengira latar belakang bidang yang diambil. Sebab kita Islam dan kita semua bersaudara saling memerlukan kepakaran antara satu sama lain”

Tarik nafas.

“Kerana kita juga semua sama dalam D&T ni. Cuma satu sahaja yang membezakan kita adalah pada taqwa. Dan letaknya di sini.”Tangan aku pada dada. Senyum.

Semua ahli mengangguk kepala.



Senyap tiba-tiba. Semua orang memandang buku catatan masing-masing. Sambil tabung halaqah sedang berpusing.

“Emm minggu lepas kita cadang mahu letakkan nama kumpulan halaqah kita ni. So antum dah ada cadangan.” Aku memecah kesunyian dengan soalan.

“Ahah! Ana ada satu cadangan. Disebabkan kita semua dalam bidang perubatan, apa kata kita bubuh nama yang berkaitan dengan medikal. Huhu baru best!” Cadang khairul Faisal, sambil membetulkan duduknya supaya dekat dengan aku.

“Emmm apa dia ya?” Gumam Ammar.

Sunyi sesaat.

“Hah! Dapat dah!” Tepuk tangan sekali. Isam mencelah tiba-tiba.



“Jeng! Jeng! Jeng!  kitalah ‘Ikhwah Tarbiyah Medikal Chenta’! Amacam sedap tak?”

Semua orang tertawa. Aku pon sama. Faisal menolak kecil bahu Isam.

“Aik kenapa ni. Ok ke dak ni?”

“Ok tu ok, tapi kenapa kena bubuh chenta belakang tu. Hehe.” Soal aku.

“Sebab dakwah kita kan dakwah chenta. Da’wah is Chenta. Am I right?”

“Haha ok. Ana sangat setuju.” Ujar Hafiz.

“Alright!” Sahut  serentak Faisal dengan Ammar.

Dan aku pula seorang staf jururawat di sebuah hospital ibu kota terus tersenyum.

Senyum gumbira.

Moga Allah sayang kami semua dalam arena medikal tarbiyah ini.
-Nurse, Medical Asisstance, Tuan Duktur, Sains Perubatan di makmal, dan ahli Farmasi.

Dan kamilah ‘Ikhwah Tarbiyah Medikal Chenta’.

Ketawa kecil tutup mulut dengan tapak tangan.

Senyum sekali lagi.

-PAB-

Ceghite kali ini saya reka khas buat mereka yang berada dalam gerabak D&T ini, ekspeseli mereka  yang berada dalam bidang medikal or perubatan ini.

Juga sudah tentu buat semua hadek-hadek konferens sorga saya. Harap mereka tak perasan bahawa dalam ceghite ini telah digunakan sebahagian nama mereka sebagai watak. Eheh!

Moga anda tak futur, lemau tin biskut, dan kekal dengan tarbiah dan dakwah hingga akhir hayat.

Senyum dengan happy-nya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...